About Me

My photo
Blog ini bukanlah blog ilmiah, jadi sila tutup buku ketika baca blog ini. Penulis blog maseh belajar di unisti yang tak terkenal di dunia. Blog ini khas untuk bakal anak penulis. Jika penulis mati dulu sebelum sempat ada anak, maka anak yatim layak mengaku penulis ini bapak dia.

Sunday, February 26, 2012

Perjalanan

Gua sebenarnya dalam perjalanan..
Perjalanan menuju suatu yang tak pasti,
umpama menggaru kurap yang tiada penghujung..
krupp krapp krupp krap..sedappp

Setelah memikirkan jalan -umpama jalan lurus atau bengkok,
Antara awek cun atau comel,
Antara awek gedik muka jamban atau awek cun tapi lurus,
Antara harimau malaya atau discovery channel,
Antara najwa latiff atau youtube main guli
Itu semua beredar dalam otak gua..

Lalu gua terus bungkus otak dan pakaian untuk ke destinasi yang
gua dah lazim..entah kenapa gua pilih ini..




Maka kapal terbang jugak gua cari..
Naik ke kabin disambut dengan senyuman
entah ikhlas atau dipaksa..
Duduknya gua di aisle sebelah dua orang
putih..tersenyum puas gua..senang ke toilet ujar
hati kecil gua..tapi lebih penting..


Selama pulang ke Sydney,Australia..

*Besar jugak balls gua nak datang balik..

Friday, February 17, 2012

Dramatis hidup jaman sekarang

Hari ini dengan rasminya syarikat
conglomerate terkenal rejek application
kerja gua..dengan berat hati gua terima..
bak kata orang bunga bukan sekuntum,
nasi bukan sebutir dua deh..
gua pasti yang interviewer tak racist mahupon
memandang luaran, tetapi kesilapan gua sendiri..
gua akui..

jadi walaupon gua dikecewakan, gua terima
sahaja..syarikat terkenal
penghantaran parcel, surat dan dokumen
sudah lama rejek application gua berdasarkan
kebiadapan gua terhadap staff nya yang seslalu
suruh gua reply email..maka minggu lepas gua
terima akibatnya..dibuang seperti sepah busuk di tepian..

2 offer je?? keh keh..takkan nak cerita
semua..ada la lagi..

tapi gua rasa gua tegar menerima kerana
1) gua rasa hidup lebih adil bila tak guna orang dalam,
kroni dan tangan ajaib (invisible hand)..maka hidup
akan lebih susah..bukan kata susah, lebih pedih bak
luka dicurah cuka..perghhhhhh sedap sedap

2) cari kerja umpama mencari parking
di Ikea pada hari Sabtu pukul 1petang..
berpusing2 macam setan, 10-20 minit
sure burn pastu baru jumpa parking, tu pon
berebut2 macam orang Malaysia kutip duit
syiling bertabur atas jalan masa eksiden....
-begitu la ketika mencari kerja..
dengan umur besara dinaikkan, serta
peluang tak diberikan pada zero experience
candidates, degree dah jadi macam sijil kemahiran
-berlambak lambak, interviewer yang cepat emosi
bak period every sec,
maka mencari kerja lebih
susah..

3) berdada lapang menerima segalanya,,
tadi ada budak junior nurse ni dok kira
dada gua masa bernafas..3 kali tau dia kira..
tu pon salah salah lagi..
last2 dia panggil senior nurse..apa daaa..
nampak sangat dada gua begitu bidang..

maka gua kembali rehatkan diri..oh ada berita
yang bagus bakal gua kongsikan..tapi nanti2
la.. berita yang best..awesome..

Tuesday, February 14, 2012

my chair... who cares

ungkapan seperti tajuk diatas memang sesuai..kalo dia duduk sapa pon tak boleh kacau..

duduk pon macam org..gua rasa la kan, mat rempit pon tak ada ego mcm kucin ni..karisma pon tinggi melangit

bila sembang dengan member lama

Sasaorang yang gua kenali hantar mesej
di ym gua..pelik juga, sudah kira kira beberapa
tahun kitorang tak berbicara..

seperti biasa, bila dah lama tak berbicara,
benda penting kawan kolej ni tanya gua
ialah kerja apa..walau gua cuba twist
words untok tukar topik, tapi beliau tegar
nak tau gua kerja apa..

"tapi kenapa freak orang suka tanya lu dah kerja
ke tak? "luorang tanya..
adakah orang concern kat lu..adakah orang
suka sama muka lu? jawapan mudah, gua antara top student
kat kolej gua..top camne? decimal points away from
being best student..tapi apa mau buat, takde rejeki..
dari sini, datang nya sifat berlumba lumba..
sapa taknak beat, best student kan?

bermula gua dapat
result first semester 2008, gua tau yang gua akan malu
besar kalau orang tau..ye la dapat 3.8 hampir setiap semester
tapi masuk UNSW terus jadi tahi sejati..tu buat gua secretive..
masa akhir tahun 2008, gua balik Malaysia, lepas gua rangka solution
lepas gagal teruk, gua beranikan juga pegi
kolej lama gua..gua terpaksa berlakon yang study gua ok, walaupon
dalam kepala otak bersarat rasa kecewa dengan diri sendiri..
lecturer gua siap, tanya detail2 lagi, gua dengan selamber nya
men'chong' setiap detail..tipu la senang citer..

jadi berbalik kepada member kolej yang gua chat tadi, dia
tanya pasal kerja sebab dia expect gua nih dapat kerja awesome,
gaji riban2, pakai suit, awek cantik, bawak bmw, muka hansem sebab
pakai pencuci muka mahal, pastu pergi spa la apa haram lagi..
tapi gua cakap la, gua dah kerja-nak cover diri sendiri..
ego gua memang besar, sebesar gunung Three sisters kat
Blue Mountain..

tapi bila gua fikir balik, lantak la orang nak fikir apa pon..
hidup bukan selalu indah, baik gua celebrate apa yang gua
ada sekarang..gua ada family yang supportive, ada member yang
baik, ada makan yang cukup, ada muka yang hansem, ada gigi
yang bagus( 2 rosak, mulut selalu busok), ada kuku yang
perlu dipotong, serta rambut yang bagus..jadi dari gua pening
kepala fikir orang terus menerus judge gua, baik gua rilek..
rejeki Allah dimana2..buat yang suka judge gua..hentikan je la..
setiap option yang gua ada, gua takkan cerita..dan setiap
option yang paling penting- usaha gua sendiri..

p.s gua lupa kasitau, member gua nih, siap kasi gambar dia
bertunang lagi..sikit pon gua tak jeles..good for her..
semoga berbahagia..

p.s2- gua tak nafikan ada kawan gua yang concern tentang diri gua,
bagus la concern..tapi sorry gua tanak cerita..

Sunday, February 12, 2012

Cameron highland umpama pergi ke Sungai besi, KL- takde apa istimewa kecuali awek jual sayor

hari jemaat lepas, gua dengan family
telah pergi ke Cameron highland..tanah
tinggi yang dikatakan sejuk, sesejuk bedak
sejuk dimuka lepaih cuci muka..setibanya disana, kami dihidangkan
dengan kepulan asap dari lori lori dan kenderaan
kecil yang saban menyinggah rongga idung gua
yang sebesar ibu jari..

terus terang gua cakap, Cameron hanya tinggal
kenangan dan hanya layak untuk aktiviti menanam
sayor je..tengok la ada ruang sikit, habis orang tarah
nak buat tanam sayor..bapak gua komplen sebab tanah
diberikan secara membabi buta, masakan tidak
tanah2 dibangunkan untuk berkebon tumbuh macam cendawan
lepas hujan..ni dah cacatkan keindahan
alam semula jadik..tempat paling palat kena benda ni
ialah dari Kg Raja turun ke Brinchang..

Tempat favourite family gua ialah Tanah Rata, every
time naik cameron highland, mesti tinggal kat Tanah Rata...
sebabnya semua kedai ada, boleh jalan kaki je..
tapi ye la kan, dah tanah runtuh banyak sangat, serta
kesejukkan yang tidak menentu, keluarga gua dah jarang
datang sini..dulu masa time cuti sekolah je mesti pegi
cameron highland..orang kata, nak merasa pakai baju sejok
la senang citer..

keluarga gua nih, walau senang macam
mana pon, tetap bercuti dalam negara je..Australia tu first oversea
vacation buat kitaorang..not even singapore deh(terkeluar
cakap kelantan pulak)..so kalau ada yang berpeluang ke
oversea untuk melancong, tahniah la..even ke Indonesia,
anda bertuah..rakyat Malaysia dah senang sikit la bagi
pemerhatian gua, ditambah dengan pertumbuhan sihat syarikat
kapal terbang murah, kini semua rakyat biasa boleh enjoy apa
orang yang paling atas piramid selalu buat(on top of the pyramid-
rich and famous, rasuah people, makan duit rakyat people,
entrepreneur) ..

bagi gua, gua tak enjoy sangat vacation/holiday sebab
gua perlukan pressure hidup..senang citer, gua perlukan
satu mekanisma yang boleh tekan hidup gua, contoh kerja,
belajar ke..kalau dah tension kerja, belajar- baru la gua enjoy
vacation tu betoi2..contoh gua pegi Gold Coast lepas grad..sebelum
tuh memang macam haram pressure..and bila gua cuak nak
exam, mesti gua pegi toilet 3-8 kali..tension tak?

kalau anak orang senang, pergi bercuti la banyak2 even tak
de pressure hidup..gua tak kesah beb..sebab harta tak habis 7 keturunan..haha..
kalau la hidup bermula dengan kesusahan, mesti diorang takkan perabih
apa yang bapak diorang mulakan..itupon kalau lu faham la..

ok, gua still dalam mood enjoy this shitty holiday..bye

Thursday, February 9, 2012

Royal cat

Antara binatang paling bijak dalam rumah gua, kucing ni paling bijak..

of course la johnny bin pak gua..tadi makanan habis..kitaorg pegi la beli makanab dia..royal canin tuh..demand punya kucin..tp lepas tu pekena mamak jap..balik lambat pulak..Johnny ni merajuk tamau makan langsong..merajuk pulak..pak gua pulak rungsing..

skang ni dia duduk depan grill merenung masa depan..mungkin dia berfikir masa depan umat kucing..

kalau gua kucing musti gua slalu bincang permasalahan kucing yang salalu kencing merata rata

anutong

Gua nih bukan malas nak menulis, tapi
bila gua balik ni asyik busy je..baru tadi gua
teman mak gua potongkan tapi sperma kucing..
termasuk kucing legend, TOI..gua malas nak
cakap banyak..tapi kalau tak ikat tapi penghasilan
sperma, makin banyak la pulak sedara mara
si TOI nih..

tadi masa gua nak bawak, punya la memberontak
dia..mesti dia ingat nak kena buang kat kedai
mamak..cait..mau kasi potong itu sperm punya
urat juga..
kadang terfikir jugak, kenapa ada manusia sukarela
potong urat tu..think2..

p.s: tajuk anutong membawa maksud yang simple
iaitu anu potong..

Saturday, February 4, 2012

Antara sistem dan diri sendiri by datok panduka dan datok power mr freak

Setelah seminggu gua menyepi dari
dunia penulisan, hari ini gua kembali
dengan burung gua..oii starting pon
dah rosak..apa daaa..

sejak gua balik Malaysia ni, gua still lagi
ada shock skit skit..bagi gua itu biasa..
tapi tak sehebat masa gua first time balik
dari Sydney ke Malaysia..time tu semua
tak kena..gua rasa Malaysia ni cannot go la..
servis lambat..tandas kotor..anjing punya taik
merata rata..tapi tu dulu..sekarang ni gua dah immune..
dah boleh tangkap perbedaan antara dua negara..

jadi gua nak cerita skit la..korang pelik tak,
seorang professor yang graduate dari Australia, atau
buat master or degree kat Australia, balik je terus jadi
racist..padahal kat Australia dulu boleh tahan awareness
tentang racism ni..gua dapat kenalpasti 2 faktor (baca betoi2
ni bukan mencarut)..

1) kebebalan sendiri
lu takleh tukar orang tu kalau diri sendiri dia tanak tukar..
gua still buang sampah merata rata..ini menunjukkan gua
ni tak hansem..itu sipat semula jadi gua..so walau gua baru
balik Sydney tak bermakna gua nih akan berubah..
punca dia datang dari ulu hati gua..

2) sistem
bila gua jumpa dengan member lama gua kat kedai makan..
gua tengok dia bukan main lagi mengutuk gua..pastu dengan selamber
gua jawab

"lu dah masuk dalam sistem"..
jadi apa itu sistem..adakah sistem tu umpama bank?
tidak wahai budak mentah, sistem ini adalah caturan
hidup di sini..di boleh land..di Malaysia..di 1 Malaysia kita
1 boleh..

contoh, bawak kereta tak payah pakai signal..dah memang
kita tau kebanyakkan orang kita ni malas sangat pakai
signal..

tapi sistem gua maksudkan ni meluas..senang cite dipanggil
budaya orang kite..kita dah terbiasa, sampai kalau kita tak buat,
kita rasa kekok..

masa gua baru balik dalam minggu lepas, gua nampak ada
sampah berlonggok atas lantai dalam bilik sampah..dari gua
bawak tisu kotor gua guna tu balik rumah, gua selamba badak
je buang atas lantai..nampak tak?? luorang mesti rasa, eh cam
biasa je..tu la gua cuba terangkan..

jadi walau kita pegi merantau jauh mana pon, tapi kalau
kita tak kuat melawan sistem atau ubah diri kita, takde
kesan beb kita merantau jauh..kecuali..
migrate ke negara luar dan ikut sistem sana..
jangan migrate ke tempat salah sudah..

kucing legend

sekali hantam 3 kali.. x payah minum power root..

nama timangan : Toi

keistimewaan : bejalan guna 2 kali sementara kaki belakang di biar atas lantai

berat : 3kg kurang dr johnny

suka : cerita gatal versi kucing

tak suka: makanan habis

tokoh kegemaran: Jadial Ramli a.k.a Johnny

body language: parsi