Salamat hari dalam Disember
Sejak memburuh ni
ada banyak benda yang gua
fikir..kira banyak benda yang
boleh gua bengang sebab
gua tengok semua sudut dari
segi pemakan gaji..ada
jugak gua cuba perhati
dari sudut manusia berjiwa
bebas..tapi gua gagal..gua
tak mampu beb..
jadi harini gua cuba
lampirkan siapa gua rasa nak
cekik cekik..
1. orang yang tak reti kerja..
skop tak reti kerja ni luas..
jadi gua kecikkan..apa maksud
tak reti kerja ni?
simple je, orang yang rilek
je makan duit parents tanpa
ras bersalah..kalo boleh
nak duduk goyang kaki je
tak kesah la
apak dia billionaire ke apa,
itu bukan alasan lu duduk
rilek..at least buat la bisness
walaupon luorang tau
akan melingkup..atau untuk
rakyat biasa kerja la apa apa..
gua ada rakan sepejabat yang
still kerja walau gaji rendah
and parents dia ada kilang (orang cina)..
bukan
apa bai, kalau bapak lu stop
bagi duit sebab apa2 buruk terjadi,
lu nak buat apa? mintak tolong
kawan ke? Ah tak payah ceramah
pasal orang kaya, diorang
kaya 15 keturunan..yang
miskin kalo malas, sendiri
ingat la bro..
2.keje gomen..ini paling gua
marah gila babi..tak habis
habis tanya gua apsal tak
apply gomen..rasa nak
korek telinga gua pastu
lap kat baju diorang je..
suka hati gua la nak kerja apa..
hofstede researcher melalui
kajian seluruh dunia cakap malaysia ni
tinggi pada power distance..
power disance (pd) ni macam
bersetuju pangkat tinggi
dan kedudukan pangkat
penting dlm masyarakat..
keje gomen ada tangga gaji
dan tangga pangkat.
mungkin alasan gua terlalu lemah
tapi jangan tipu la kawan, rasa
nak naik pangkat sebab
nak tunjuk power dekat orang
lain..
pastu sorang member gua cakap
keje gomen ni pencen lagi
bagus dari dapat duit
gedebuk macam kerja
syarikat private..bagi gua
ni alasan lemah..sebab
kalo tak reti guna duit
berpada pada, keje dekat
gomen pon boleh kayap..
pencen pon boleh habis
kalau belanja sakan..
lepastu gua cakap lagi,
ada sorang tu polis duduk
dekat banting, pastu
hari2 pemandu dia ambik
dekat banting ke bukit aman..
bayangkan bertapa tak kesah nya
orang ni..dapat driver di
tanggung kerajaan, pastu
minyak ditangung kerajaan..
nak suruh orang awam berjimat?
tapi pegawai polis ni senang
lenang duit minyak kerajaan
tanggung..pastu kawan
gua ni cakap, itu la
kelebihan kerja kerajaan..
ko guna je la elaun
yang diorang dan perkhidmatan
yang diberi..
kalo macam tu, lagi jauh
gua nak masuk sektor awam..
sekurang kurang nya
gua melingkup duit syarikat
dari duit rakyat malaysia..
tapi gua tak la sampai
tibai pen syarikat, claim
macam setan..gua
ada maruah..
3. dapat br1m macam dapat
8a dalam pmr..
gembira..masuk fb..kalo tak mampu
memang patut la terima..
tapi kalo pemalas macam setan,
baik amik br1m beli dettol,
minum dettol tu..
tongkat lama lama
kita malas nak berdiri sendiri.
