About Me

My photo
Blog ini bukanlah blog ilmiah, jadi sila tutup buku ketika baca blog ini. Penulis blog maseh belajar di unisti yang tak terkenal di dunia. Blog ini khas untuk bakal anak penulis. Jika penulis mati dulu sebelum sempat ada anak, maka anak yatim layak mengaku penulis ini bapak dia.

Sunday, December 23, 2012

Trip ke-3 gua ke kawasan salji serta pengalaman getir

Beberapa hari lepas, gua serta kawan gua berpenis
dan tidak, menjejakkan kaki ke pesta buku yang menjual
lebih 3 jute buku..tempat tu dekat the mines yang diberi nama
the big bad wolf..Sehari sebelum pegi ke pesta tu, gua dok fikir,
buku apa la nak beli.. gua nih buku novel ke, buku yang berasaskan
tulisan dan perkataan semata-mata memang melumpuhkan niat gua
untok membaca..perasaan gua tak hilang sampai gua
sampai kat situ..

Buku-buku tersusun rapi macam manusia pegi tengok konsert m daud kilau
pada tahun 1980an..cewah..dipendekkan cerita gua terjumpa satu buku,
pasal Australia..gua terfikir dalam hati

"biar benar freak, lu nak amik buku pasal Australia..macam la
lu tak tahu tempat menarik dekat Sydney tu?" hati gua cuba
merobek niat gua membelek buku tu..

Lantas gua letak buku tu, lalu gua tawaf lagi kawasan buku tu..
dari satu genre ke satu genre..dari novel ke masakkan, ke seni,
ke majalah, ke buku cerita bergambar..akhirnya gua sampai ke
seksyen travel.. belek2 buku, terjumpa lagi pasal Australia lagi..

Ada sorang brother cari buku pasal travel jugak, dia cakap kat gua

"berapa buku dah amik ni bai?" brother
"tak berapa banyak la bang.." gua
"sini murah ni..kat kino (kinokuniya) mau
dekat 90 henggit untuk buku travel ni" brother
"gua takut beli banyak2 tapi tak baca" kata gua

bila fikir balik apa cakap brother tu, gua rasa
tak rugi gua sebat buku pasal Australia...tengok harga
rm 12.00..gua sebat simpan dalam bakul..
berguna jugak la gua nak berjalan nanti nak cover apa
yang tak terpergi lagi..

dalam gua belek-belek muka surat buku tadi, gua
terfikir..shit, mana gua letak gambar semua trip hah..
gambar yang pegi snowy mountain..gunung salju yang
mengambil masa 5 jam..yang gua ada video je..video
kitaorang main snow fight, main papan luncur..

terus terang beb, gambar gua semua gua tak tau letak mana..
even gambar graduation gua kat UNSW pon takde dalam kamera gua..
oh lupa, gua takde kamera..double damn..
so skang gua terfikir, susah jugak nak dapat balik gambar
kenangan semua..

****************************************************

Biar gua refresh skit gua punya memori gua, bercerita pasal
snowy mountain..Mount perisher to be exact...
sebelum tu gua ada pengalaman pegi Mount Buller,
tapi since pegi dengan budak usrah yang gua tak kenal,
jadi kekok skit nak main..pastu gua pegi kawasan
salji dekat Tasmania, Craddle Mountain..

So kali ni ke Mount Perisher di NSW..

pada haritu kitaorang bertolak awal pagi, takde la pagi sangat,
pukul 10am pagi Sydney kitaorang bertolak..gua bawak van
8 seat, dan member gua gagah perkasa bawak van 12 seat..
van 12 seat lebih besar dan lebih tinggi..ramai yang cakap
sapa bawak van 12 seat macam seksi..macam harammm..

anyway, gua cakap kat member gua si Ramli tu, bawak jangan
laju laju..ikut speed limit..nak bayar speed trap satu hal la pulak..
terus je sampai ibu negeri Australia, ACT, Canberra, ambik sorang
member kitaorang..tanpa buang masa terus je bawak van..gua
bawak kat depan, Ramli mengekor gua dari belakang..jam kat
tangan pukul 7 malam, kabus tebal gila malam tu, minyak plak
sipi sipi nak mampos..gua nih rilek je..kalau gabra habis la
terkencing semua bebudak nih..gua kena mantain cool..
bila naik kawasan bebukit, minyak makan banyak..pam minyak
ada yang gua terlepas sebab ada kereta cucuk gua laju sangat..
takkan gua nak brek mengejut..nanti arwah 7 orang dalam kete
gua tu nanti..

sampai je Cooma, bandar kecil sebelum Janderbain di Snowy Mountain,
ada pam minyak..gua dan ramli isi minyak..sementara tu, bebudak lain
pegi shopping glove kat kedai tu..kedai tu ada jual glove, snow cap,
dan peralatan snow-kerling (nampak tak gua cuba tipu luorang)..haha..
malam tu sampai dekat cabin park dalam pukul 9 malam..memang seram
cabin tu..

oleh kerana kami ni travel laki dan perempuan..kami tidur bersama
sama..







cewah..mesti la tak..nak kena bantai dengan eric? eric ni seorang
kristian yang baik serta alim..(dia satu sekolah dengan gua)..
jadi kami bahagikan kepada 5 kabin..sampai je gua pon
bawak van hantar ke kabin atas bukit..ada dua kabin
untok pompuan, maklum la mereka tolong masak..
2 kabin yang cantik
di lengkapi dengan kitchen serta bilik air..sangat selesa..
pastu ponggah beg baju bebudak pompuan ni..

selebihnya kena pegi kabin bawah bukit..1 kabin
perempuan, 2 kabin lelaki..jadi kami yang terlalu letih ni,
naik van turun ke kawasan tu..semua masuk kabin..
gua tengok, apsal kabin ni takde tandas langsong..
aik, pelik betoi..macam mana nak main sabun..eh silap..
macam mana nak mandi, amik air solat serta membuang
sisa kumbahan..ghope nya (rupanya), tandas kabin
bawah bukit ada 50 meter dari kabin kitaorang..
cis, kabin low class..

takpe gua rilek je..tapi gua nih jenis sensitif skit..minum
segelas air, 30 min mesti nak pegi tandas..takde daya
menahan langsong..gua goyang jugak la, gila apa nak
pegi tandas sorang sorang pukul 1-2 pagi..vampire banyak
tau..setan tak mengenal warna kulit..

malam tu, kitaorang letih gila babi setan..esok nak kena bangun
pagi sewa rantai untok tayar (snow chain) serta kelengkapan
ski, tabogan dll...snow chain ni penting tau, kalau tak sewa,
kitaorang boleh kena saman..in case salji lebat, rantai perlu
dipasangkan dekat tayar..

anyway, malam pertama dekat kabin tu, gua rasa lain macam..
kabin ni terletak dalam satu kawasan lapang..korang boleh bawak
caravan dan parking dekat situ..kawasan tu gelap nak mati..macam
dalam hutan pon ada..seram sejuk..ok la gua cerita apa ada dalam
kabin gua..

3 orang duduk dalam kabin tu..Ramli, gua dan Eric..walaupon
eric ni gila-gila dan pious (alim)..dia juga penakut..yes sangat penakot..
walaopon gua takut, tapi gua sorok dalam-dalam perasaan tu..
.ada fridge kecik, pemasak air, ada CERMIN, ada almari
dan TV..lepas je dinner, kitaorang balik bilik..dah langsai pegi
toilet 50 meter jauh tu..

dalam kabin ada
4 katil, 2 katil double decker, 1 katil single,
1 katil king size...gua tido katil single, ramli
tido kat double decker belah bawah..si eric
tido katil king size..gua rasa letih gila babi..
jadi masa si Ramli ni sembang/sweet talk dengna
bucuk bucuk dia (awek dia)..gua dah terlelap..
terbukak tutp mata gua..lampu biar 1 je pasang..
biar malap skit..tv biar bukak..

dalam sejam gitu gua terjaga..pastu gua rasa lain macam..
mata gua melilau..kabin tu senyap gila babi, maklum la kawasan hutan..
skeri gila..gua pon angkat kepala skit tengok, ramli rilek je tido..
tiba2 gua tengok kat kaki gua ada makhluk..harammmmmmmmmmmmmmmmm..

gua tengok sekali..dua kali..terjongkit gua..apa makhluk yang sanggup
bengkok kan badan demi duduk sekatil dengan gua?
terkejut gila babi gua..rupanya eric tengah tido kat kaki gua..
gua kejut eric tu..

"oii eric.."gua panggil dia cemas..
dia hanya letakkan jari di bibir..tanda suruh gua
senyap..
gua tanya lagi..
"eric..apa jadi?" gua semakin cemas
"shh diam.." kata eric sambil tunduk balik
kepala dia..

gua dah rasa lain macam..disebab eric perangai
pelik macam tu, gua rasa mesti ada benda tu dalam
kabin kitaorang..gua cuba pejam mata..tak boleh jugak..
cilake cilake cilake betoi..hati gua berdebar..
apa yang buat si eric ni tido sekatil dengan gua..
mata gua melilau tengok dalam kabin..takde apa pon..

lama-lama gua pujuk si eric ni tido kat king size punya katil..
gua cakap kat dia, gua tido sekali sebelah dia..
jam pukol 2 pagi..
gua dan eric tido sekatil..gua tak rasa janggal sebab kitaorang
tak pakai spenda sahaja masa tido..
Tv dibiar on..Ramli tido mati..

"eric.."panggil gua
"haa apa dia.."kata eric..
seminit kemudian
"eric ko dah tido ke" tanya gua lagi..
"belum"..
lima minit kemudian..
"eric...eric.." bisik gua perlahan
(bukan la macam bisikan husband dan wife ajak
menerokai malam tau)

sebenarnya tujuan gua panggil dia tu sebab
gua takleh nak tido..gua takut..gua dah tak
ingat apa dah..kalau letak awek manis sebelah gua
pon gua buat tak tau..takut woo..

gampang si eric ni tido dah..gua plak tak boleh tido..
paling best betol-betol depan gua ada cermin besar..
cantik punya depan muka..gua plak tak boleh tido
fikir makhluk apa yang ganggu pemuda alim bernama
eric ni..

lama-lama gua tertido akibat terlalu penat..ye ar, drive
5 jam, terbangun lagi..cilakak betoi..

esoknya, eric bagitau..dia bagitau dia tido..
pastu bila bangun dia tengok kitaorang takde dalam kabin..
dia sorang je..tu pasal melompat dia..rupanya dia
mimpi..tapi dia cakap seolah-oleh dia nampak betoi-betoi
takde orang...
macam lagu damasutra plak , "umpama mimpi dalam mimpi"..

esok nya baru la nak pegi sewa barang..main salji..
malas la gua nak cerita main salji..kat discovery channel
banyak ada tunjuk orang main salji, orang main ski..

main salji ni best, tapi tak best bila angin tiup..abis spek
mata gua penuh ais..pastu rasa sakit sebab hujan tukar
jadi ais kecik.

Antara aktiviti kitaorang la, main tabogan
(talam besar)..naik tabogan dari atas bukit ke bawah..
main ski..majoriti kitarorang kongsi main ski..best jugak
main ski..tapi tak reti boleh langgar orang..pastu ada
yang main snow board..tapi yang gua respek, bebudak undergrad
nih, baru je belajar main snow board sejam dua dah berani
naik lift ke puncak gunung..bila naik puncak gunung tu,
dia kena turun pakai ski, atau snow board..nak jalan kaki
takut mati sebab tu kawasan curam..kalau tak reti, merangkak la
luorang turun..

anyway, langsai je main salji kitaorang blah la dari situ..
dek kerana takde surau atau masjid macam R&R
Malaysia, kitaorang terpaksa semayang atas salji,,
wuduk pon pakai salji..nak pegi toilet dia, leceh, jauh..
so just amik salji yang bersih (takde kesan kuning -orang
kencing)..since kitaorang travel dalam 19 orang, semayang
ramai2 buat sapa2 yang segan tak kekok..datang ostolia ni
kena biasakan semayang merata rata sebab takde surau macam
kat malaysia..berlambak, tapi ramai tak semayang sebab
rasa boleh semayang kat rumah. (last2 terlepas semyang..)

hari ketiga..balik..sebelum gerak balik ke Malaysia Hall
Sydney, kitaorang singgah kawasan sebelum Perisher Snowy Mountain,
untok beli suvenir..suvenir ni penting untok kitaorang sebab ni maybe
last time pegi kawasan salji..tambah ada exchange student dari Uni Malaya..
bukan senang nak travel datang Australia lagi..

sampai je malaysia hall, bebudak nih ajak pegi keluar lagi, nak pegi
tepi pantai memalam buta..van kena hantar esok pagi..so
selalunya bawak jenjalan sebelum pulangkan van sewa tu..
badan letih, gua pegi kejap je tepi pantai..pastu balik..

sigh..mana gambarrrrrrrrrrrrr..adoi..
kepada anak gua, lu kena ada journal/diari la..
kenangan ni sangat best..gua ada la amik video semua..
dan gua pasti sapa yang join trip tu, mesti tersenyum
sorang sorang bila tengok video tu..

teringat gua masa kecik kecik ambik gambar pakai filem..
sangat priceless sebab kena amik gambar penting-penting je..

Sunday, December 16, 2012

Visitation from vip

Penah tak luorang rasa gembira
bila someone yang penting nak bermalam rumah lu?
Rasa excited serta bangga..maklum la orang femes..

Pada arini gua berkesempatan menjiwai perasaan tu..
Bukan senang nak ajak bliau lepak dalam bilik gua..
Jadi lepas gua pujuk dia, gua bagi alasan konkrit
supaya dia selesa lepak dengan gua..

Ingatkan dia sombong..rupanya peramah..
Rasa dia gembira dan rasa dihargai..
Rasa macam bintang kpop lepak bilik gua..
Yang penting dia duduk sekatil lepak atas slimut gua lagi..

You my man, so incredibly awesome..



Pasni boleh la gua tido dalam gelap sebab dia teman..
Jiwa gua ni gentar jugak dalam gelap..kui kui

Wednesday, December 12, 2012

Kisah memberi perokok tegar sekaton rokok dunhill

Hi dan salam tangan kanan semua

ingat tak lagi gua ada cerita pasal adik sedara gua yang kuat main game?
Gamers dikatakan..beliau meminati game dari sebongok bongok graphic
hingga la game yang cantik graphic..tak kesah la
sekecil kecil henpon sehingga lah sebesar skrin laptop/pc, asal
ada game tercelik mata beliau..celik macam mata pervert tengok
awek lenggang lenggok jalan..

Gua nih bukan apa, tengok dia ni macam addicting semacam..
petang tadi dia ajak gua pegi cybercafe kat bawah apartment gua
tinggal ni..muka dia pon nampak nur cahaya, gembira dapat
pegi cc..bagi gamers cc tu bagaikan shopping mall..korang kena
paham..bayangkan perempuan/lelaki gila shopping masuk kedalam
shopping komplek yang terpampang 50-70% diskaun..

dah masuk CC tu, kitaorang cari la seat..tak ramai time tu..gua nih
jenis malas nak terjebak dengan kedai CC bagai...ye la dah ada laptop
bagai, buang masa nak pegi CC..takpe2 demi menemankan adik
sedara gua nih melampiaskan napsu serakah dia terhadap game..gua
turutkan jua..rasa kesian plak biar dia tengok kotak tv, tengok muka
kesian..boring katanya..bila dah duduk semua..
dah on komputer, klik folder game....pop up,
system down..dalam hati gua kata..THE END..

disebabkan sistem down dekat CC tu, gua merasakan kedai komputer tu
patut dibakor je..apa ke bangang tak bagi seorang insan biasa dan lemah
nih (adik sedara gua) tak diberikan peluang untok
melampiaskan napsu serakah beliau terhadap game..
gila ke apa..bayang orang sorok rokok tak bagi perokok tegar melampiaskan
napsu isap cancer stick..tak ke haru..dikala kami melangkah kuar dari CC,
terasa kecewa dihati dan muka beliau..

malam tu gua rasa kesian..jadi gua kasi la laptop gua..gua kasi dia
main online game/tengok movie..
so gua bagi la dia tengok..pastu kan..lama gila babi dia tengok movie..
gua cam..haram betoi..obviously la movie mmg lama tengok, tapi agak2
la dari pkl 6-8 malam..kang gua pelupuh tengkok baru tau..mengikut perkiraan
gua, sejarah memang perfect indicator untuk bagitau perangai seseorang..
dari dulu lagi adik sedara gua nih, kalau dapat komputer/elektronik
device yang ada game- RIP la..rest in peace la sapa yang tunggu giliran..

pastu dah dapat gua pegang laptop..gua plak kasi pinjam tab..yes gua bangang
kasi dia pinjam..lagi berlemak berkerim la budak nih..dari game apa ntah ke
satu game..dikala gua type nih, 3 am..masih godek tab gua..poor me..
anyway, gua sorok dah charger..budak2 camni, gua memang panas..
takde kesedaran sivik..kalau gua ada anak camni, jangan harap gua
belikan xbox ps ke wii ke..gua belikan game tetris je..banyak cekadak nak
game game..

Kalau suatu hari nanti, gua belikan alat mainan yang mengasyikkan macam
ps3, wii, xbox..anggap je la anak gua akan berjaya..tapi lambat..macam gua..
sehingga gua rasa, penampar je yang bagi diorang cepat berjaya..lol..
ingat ye anak ku, penampar buat gamers adalah legit..ini peraturan gua..
when you are my children, this penampar is for you guys if you annoy me with
nonsense behavior..english macam gampang takpe, janji paham..
merengek mintak game boleh, tapi kasi result yang mengembangkan lubang idong
bapak lu nih..ok..

p.s- anak gua diharap minat baca novel, sebab novel belambak..mungkin selonggok
rm 10 henggit..

Saturday, December 1, 2012

Adakah gua pemberi nasihat yang annoying?

Salah member gua ada kontek gua..nama dia Kim,
Kim ni daripada Korea ar..budak nya baik, umur dia
lebih dari gua dalam 2 tahun gitu.. Andai kata dia study
kat Malaysia, mungkin awek berebut kat dia..maklum la
orang korea, muka tak kesah, janji tau cakap korea..LOL

Baru baru ni dia bagitau gua yang dia dapat result untuk satu
course ni. Dia cakap dia dapat UF iaitu Unsatisfactory Failed.
Atau dalam erti kata lain dia gagal dalam salah satu component
exam. Senang citer dalam satu subjek tu, mungkin dia tak lulus
satu komponen tapi overall markah dia lebih 50. Gua pon lepas
sipi sipi..final exam memang susah gila beb..

Dipendekkan cerita dia watsapp gua..





Tapi gua baca balik, adakah gua ni pandai mendengar
atau pandai bagi nasihat? Bila baca balik, gua rasa macam
banyak sangat plak gua bagi advice..gua terasa nanti dia annoy plak..

Thursday, November 29, 2012

Tentang menontong bola

Tadi dia ushar bola dengan member gua..
To be honest i dont really have passion in
watching football..dh tade umphh..macam
tengok spenda gua..dah boring..
..mcm bagi gua tengok
karton nikolodeon.. Gua bukan cakap match
tadi bosan, it was a good game..gua enjoy
dari awal sampai akhir..tapi gua dh tak berapa
nak tengok match bola dah..

Dulu gua suka suka tengok match yang
ada liverpool main..sekarang, rela gua tdo
dari bersengkang mata..apa dah jadi dengan gua ni..
Perlu ke gua study balik pasal bola, or let this feeling
fade away..

Kepada anak gua..tak kira la lu obese ke kurus,
pandai atau kurang cerdik, suka awek atau mak kepada
awek..kalau buat satu benda tu kena ada passion..
Kalau suka main drum..go ahead dude..tapi kena
pandai lihat masa depan..gua akan ikut kehendak lu
asal tak mengarut..

Berbalik pada keinginan tengok match bola, kita tak
boleh cakap laki je kena tengok bola..kalau dah layu
Dan takde napesu, takleh buat apa..
Mana boleh tengok bola kalau tengok jam je manjang..
Gila ke apa..

P.s. Gua tak kesah luorang tonggang terbalik pada benda yang lu minat..
It is completely normal..just go for it..bagi gua, bila cakap pasal bola,
Timbul gambar bunga layu..

Tuesday, November 27, 2012

Fed up la kena kasi tajuk..ok..gua namakan karangan gua sebagai..Hari gembira mr freak

Suatu ketika dulu, gua rajin mencoretkan apa saja yang best
dalam blog ni...sekarang, log in (biar tab,...15 minit), log off..rasa malas nak tulis..
seperti ada makhluk yang menghalang gua (nampak tak camne
gua relate budaya tahyul dengan penulisan blog)..

Banyak yang
gua tak ceritakan..semua gara-gara sikap yang dibenci baby boomers,
MALAS..so hari ni, tengah gua dok rilek-rilek, gua cakap dengan
diri gua..alang-alang dah bukak blog, jangan buat perangai haram J..
tulis sekerat- tengah jalan mati gitu je..

Kita mulakan blog ni dengan cerita apa terjadi dengan gua..awal bulan ini,
gua mula exam.. abis je exam gua pegi clubbing..definisi clubbing gua ialah
lepak kat bilik gua..sangat best..

Beberapa hari lepas gua balik, nampak gaya nya darah gemuruh gua
naik flight tak hilang hilang..8 jam dalam flight Sydney - Singapore
memang seksa..banyak jugak turbulence yang buatkan pesawat FlyScoot
bergoncang manja..gua tak kesah..dah azam dah, kalau nak mati- masa makan
nasik lemak pon boleh mati..gua buat rilek..

Memandangkan gua tak bawak banyak barang,
gua hanya bawak yang penting je..Buat apa bawak shampoo, sabun ketiak,
dettol dan shaver bulu sedangkan di
Malaysia belambak jual..murah pulak tu- fikir benak gua..
Akhirnya sampai je rumah, gua tibai apa saja dalam bilik mandi..kakak gua punya
ke, bapak gua punya..semua gua guna..termasuk satu cecair sabun warna coklat
bau coklat milik kak gua..bau dia perghhhh coklat beb..mau je gua rasa, tapi
kan ke bongok merasa makanan dalam toilet..so gua tak rasa..

tapi gua lama tenung satu botol ni..tak tergamak nak try..tapi kalau try pon
bukan orang tau..botol dia ada bunga bunga...warna pink tak salah gua..
.tajuk dia 'cecair pencuci wanita'..
gua biarkan karangan gua tergantung..mana boleh bagitau setiap gerak geri gua..

Tuesday, October 23, 2012

Peka atau bangang

Ada benda dalam hidup ni kita kena peka..
Sama ada kita terlalu bangang nak sedar atau
buat buat tak sedar...

Ada masa kita kena sedar yang kita bukan boleh pleased orang..
Gua teringat lagi, masa gua kat kolej, gua cuba impress sorang
minah ni..gua  pakai kete kakak gua, (ada la point untuk ngorat..LOL)
gua dressing ala ala remaja hansem, rambut sikat tengah..
Tapi kalau dia dah tak nak layan gua, gua bagi la
henpon sabun, henpon nokia paling mahal, duit ribu ribu,
kalau dia  tak nak dengan gua, gua takleh buat apa

Hidup ni simple, kalau orang tak nak kat kita- kita kena
sedar..dan teruskan hidup kita..hidup kadang sangat kejam,
especially masa remaja..tapi kalau dapat lepasi tahap bangang
remaja tu, gua pasti bila dewasa kita dapat terima direjek dengan
tenang..sama ada balak rejek, awek rejek, waima kawan rejek kita
sekali pon..

Kepada anak gua, kalau orang cakap tak suka kat lu, jangan bazirkan
masa dengan approach orang tu balik..teruskan hidup..jangan amik port
nak explain yang lu orang baik, lu tak penah anaiya orang..duduk diam
dan teruskan hidup lu..

JANGAN JADI BANGANG NAK PROVE LU TU BAIK ATAU INNOCENT,
TERUSKAN HIDUP LU..bagi gua, bila orang luahkan yang dia tak suka kat kita-
dia seorang jujur dan tak bermuka -muka..kita kena respek orang tu dan buat
hal sendiri..

tampar dahi kalau tak sedar sedar lagi..

Sunday, September 23, 2012

Kehadapan perut

Gua ni bukan la suka sangat sushi..tapi kalau sekadar telan satu dua, happy
la jugak..perut gua lebih rela makan benda kenyang..

Gua penah cuba banyak kedai dah..ada yang cakap boleh order sushi banyak
banyak TAPI rasa dia hancor..member gua beli cupon beli sushi-makan sampai
kenyang katanya..sampai2 kedai makan, order gua sengaja dilambat lambat
kan..bikin gua panas je..rasa dia takde la macam power gila babi
setan..bayang kan kena tunggu order meggi goreng lauk ikan sardin hanyir..

Lagi satu sushi yang femes tapi rasa ntah apa apa..kedai dia dalam paddy's
market kat city..famous sampai student sydney suka makan kat sini..tempat
dia bersebelahan nandos..kedai dia macam kedai sushi biasa, piring bergerak
keliling meja bulat..kalau tetingin makan, ambik je piring..harga dia $2.50
sepiring tapi rasa stenderd kampong je..walaopon harga dia murah tapi rasa
dia out..

Pastu gua pegi la kedai yang dalam gambar tu..kedai dia tak ada tempat
duduk pon..kedai dia dalam Royal Randwick depan kedai kopi dan kedai
buah..kalau makan salmon roll dia mesti rasa nak beli lagi..lama lama perut
berlipat..hajahahaha..

P.s oiii makhluk, tak payah la komen2 lagi..tak paham langsong..buat je la
blog sendiri, pastu komen je la sendiri..sedih betoi gua dengan lu ni..

Monday, September 10, 2012

sakit dan manja

musim demam datang lagi..
gua macam biasa akan mengeluh
macam orang tua..

opah gua pernah cite, kalau tok gua
demam mesti dia buat bunyi sakit..
opah gua cakap, tok gua nak bermanja..
sama macam gua..kita laki ni kadang kena
nampak manja, baru la nampak kacak personality..

bapak gua plak kalau sakit dia simpan
sorang sorang..dia buat2 tK sakit..buat rileks..
tapi sejak kena penyakit ntah apa ntah, bapak gua
mula tunjuk dia fragile..mungkin nak bermanja..

mak gua kalau sakit mesti tunjuk dia sakit..dia
pakai sweater kalau demam..dia baring kalau dia demam..
dia even tak masak kalau dia.demam..mungkin
dia nak bermanja..

bila gua fikir balik, kenangan bila ingat kembali orang sakit
especially family kita, mmg priceless..gua akan kenang muka mereka
ketika sakit..kerana bila sakit orang jarang berpura pura..gua
sayang family gua..

Thursday, August 23, 2012

hal yang buat gua tak keruan

Hari gua rasa tak tentu arah..
mana taknya gua lupa basuh baju..
stok spenda saiz middle gua dh kotor..

Laluu gua fikir..munda mandir tak keruan gua..
pastu teringat satu tempat..satu tempat gua rasa ada ter
simpan spare sluar kecil..

gua pong panjat almari..gigih betol gua..baru luorang
tau gua particular kebersihan bontot gua..
cari cari...jumpa..

nampaknya ada satu sluar kecik yg gua
kurang arif tentang saiznya..waima gua tarik
tarik getah spender(kata omputih celop) dan tengok
macam muat je..

dalam hati gua rasa..ni mesti spenda abang gua nih..dia
terlupa bawak balikla tu..aritu bercuti
kat sini..pastu gua cakap kat diri gua..

"spenda apak pon aku tibai...."
lalu gua sarung..repositioning
lalu gua bergegas pergi...

Monday, August 20, 2012

Selamat hari raya

Selamat hari raya gua ucapkan kluarga gua,
Saudara mara, sahabat handai
Kepada teman teman gua, assignment
3000 words serta groupmate gua
yang jarang jarang mandi- bau macam
tikus mati..

Akhir kata, Sydney bandar tak best untuk raya..



P.s ni bukan gambar jamuan hari raya tapi
Ntah bila gua tangkap..sedapkan hati je

Saturday, August 18, 2012

Suasana

Bukan senang nak bersuasana mcm ni..

Thursday, August 9, 2012

hello sayang..oppss bulan ramazan la sayang

Bulan pose ni slow skit gua nak update.
Bosan pulak rasa nak kasitau apagua
buat.. Takkan nak post gambar berbuka..
Nanti luorang tempelak gua pulak.
Hakikatnya hidup bulan pose ni dah macam
routine, malas gua nak update. Sahor berbuka
semayang terawih semua takkan nak
dikaborkan kepada semua orang..ni perhal dalam
kain pelikat gua..LOL..if you know what i mean..

Bulan pose ni plak ada sukan olimpik,
memang sedap bebenor kalau tak tido,
ushar orang berlari, lompat2, basikal la....tapi yang
tak bestnya kat tempat gua nih, ada
commentator tetap.. luorang tanya apa je
mesti dia dapat jawab..at first, gua cam..
wow..dasyat2...

tapi lama lama gua rasa, alamak tak best plak
orang tahu semua pasal sukan ni..nak sembang
pon kena  cover cover, kalau tak kena pangkah
sebab fakta salah...lama2 develop satu perasaan
tak suka dengar commentator..lama2 rasa annoy..
gua nak ushar olimpik jeee..adoi..

satu lagi gua nak kasitau, bukan semua orang nak tau
pasal sukan tu..saja buat sembang je..adoi..don't take it
seriously

Tuesday, July 24, 2012

Cara belajar dengan orang yang pelik macam gorgon

Hari ni ada macam-macam gaya manusia gua
jumpa..sebenarnya gua kena form satu group
untuk buat presentation..

Pastu gua duduk sebelah sorang nih..
Pastu gua pandai sangat pergi join je group nih..
Yang tak bestnya gua join org yang pushy..
Gua amat benci orang yang tak relax..

Luorang bayang kan sekecil kecil shaperti
nama kumpulan pon nak kecoh..damn it..
Gua tanya mamat korea,
"brother, penting sangat ke nama kumpolan ni?" gua
"tak penting ponnn..tapi yang penting buat
minah ni happy" mamat korea..
Bukan ni je minah ni mengeletek gelabah tak tentu
pasal, dia nak sangat satu topik ni, mesti nak gila gila, kalau
tak perangai berubah jadi gorgon.. Nak tau dari mana dia datang?
Atau dari negara mana dia datang? Check baju luorang?
Made in what? Ada benda luorang kena tau pasal diorang..
Diorang kena bersaing dengan berjuta juta orang senegara
(1.3billion total) untuk dapat sesuatu benda
..so, memang diorang kena opportunist,
kalau tak, diorang tak dapat bersaing..same goes with
my classmate..nak satu benda tu macam nak mati dia
punya desire..

Kalau benda kecik pon nak bising,
macam mana nanti kalau pandangan berbeda
atau mungkin perkara yang lebih penting macam
isi presentation..mesti ada masalah nanti..

Tadi masa gua nak cakap baca case study, minah pushy ni,
tak nak dengar cakap gua..dia pegi sembang dengan mamat korea..
Gua ni tengok perangai dia pelik benor..pelik betoi.

Tapi bila fikir balik, its not about how well people
in it but, how well you adapt to the group and try to
purify the shittyness in it..btol tak..so gua pejam mata dan
join je..yang penting, boleh la cerita pasal keberantakkan tentang
groupmate gua masa nak mintak kerja nanti..priceless!!

Monday, July 23, 2012

duit ni sape yang punye

Aritu masa gua nak pegi
makan sushi, gua terjumpa
duit kertas 50dollar..pastu
jalan depan skit ada lagi
10 dan 5dollar..

memandangkan gua ni tak
suka amik harta org lalu gua,
buat tak nampak je..tapi gua
tengok je belakang ada
orang puteh ni rilek je amik
50 pastu cau..

kalo ikut kan bole je gua rembat
pastu beli megazine ke apa tapi,
kalao bukan duit gua jadi tak
sedap plak nak pakai..mungkin
kalau gua beli spenda,jadi
kurap plak ponggong gua ni..
lol..

lagipun nak ke kita cicir duit
pastu orang amik duit kita?.sama
la macam duit gua kena rembat
dekat bank tempoh hari..

duit ni kadang boleh jadi kan
kita hamba kan..kadang ilang
20 dollar terus lemah lutut, tapi
hilang waktu semayang rilek je..
lol

Tuesday, July 17, 2012

Bacpakers guide di ostolia

Sebenarnya gua ni merantau
di semeranjau Ostolia, tu yang gua malas update..
Tambah takde tenet, gua ingatkan Australia ni maju
Bebenor tapi blh tahan lembab develop tenet free atau
better coverage...

Ok sementara gua tak tdo ni, gua nk cerita pasal tempat tinggal
bila bercuti..gua ni tak berapa nk suka membazir duduk hotel,
duduk backpakers udah le..buat yang tak tau apa benda backpakers tu
biar gua explain..backpakers ni tempat tinggal org yang suka merantau..selain
murah, tempat ni mesti ada kemudahan asas je sbb org travel ni
tak berapa nk cerewet mcm bimbo atau orang kaya perut buncit..

So gua nk explain la apa benda yang ada dalam backpakers..maklum la gua ni
suka gak la merantau,,

1) benda basic kena tau bila nk search tempat backpakers ni ialah tempat
tido..kita kena tau berapa katil ada, campor laki pompuan ke tak..
Kalo lu nk 2 katil pon ada tapi bazir la sbb point utama ddk sini sebab
nak murah...tapi gua pon ada tukar bilik dari 16 katil ke 4 katil sebab orang Europe
mabuk dan mengigau..buatnya dia raba gua, habis virginity gua drop by 25%..



2) kitchen pon penting gak..org merantau kena jimat skit tang makan sebab
nk berjalan byk..bila ada dapor blh la masak..ada setengah2 tempat ada bagi
free breakfast berupa roti dan spread..ok la dari tak dapat apa2..
soal samak kuali gua,malas nk cakap..tepuk breast tanya selera la..
gua ada je bawak sabun samak, so worry free..



3) toilet pon penting bagi memastikan kelancaran hidup luorang,
bila toilet bersih baru ada selera nk memerut dan buat sisa kumbahan yang menjelikkan..
Bilek mandi pon penting..luorang kena call untok clarify sama ada toilet atau bilik air kat dalam
atau luar..gua pnh kena pg toilet dekat luar sebab kitaorg duduk kabin..plus kn menapak 50 meter..
Ydah la time winter..scary lg...sadddd..,







4) bonus- ada backpakers dia sediakn entertainment free.. Kat port macquirie aritu dia letak
meja snooker utj orang main, plus ada bilik penuh dengan board game, buku, tv, serta bean beg utk lepak..
Swimming pool pon penting terutama yg bagi org topless..priceless..laki mmg topeless pon masa mandi..cit








Ni gambar yang gua duduk berserta dengan member 4 orang masa balik dari gold coast..
Dari gold coast 5 jam, tido port macquirie untuk rehat sblm berangkat balik ke sydney
12jam sbb ada banyak jalan2..


Ya backpakers murah tapi jangan samakan dgn hotel budget sbb backpakers mmg lagi
basic dr motel or budget motel or stinggan..hope gua dpt bercuti lg sbb mmg best dan thrillGika especially
bila lu dudk dengan strangers..takut pon ada, rileks pon ada..

So far tempat paling best kat tasmania sebab bersih dan tilam empuk..gua
Penah dapat tempat murah tpi lantai macam nak roboh..buat apa? Ye dak..

Tu je gua nak kongsi..akhir kalau bercuti nak mewah je, tak thrill dan tak mencabar..

P.s - gua harap orang tak spam komen box gua..dah tak faham2 gua tak suka
orang merepek..faham tak?

Wednesday, July 4, 2012

binawer punya orang

what can I say, look at her happy face..nama je out..
gambar ni gua amik kat dinding
faculty engineering - mechanical..
hanya student yang superb je
akan diletakkan gambar
bersama dengan komen mengenai
pelajaran di university of nsw..

apa2 gua salute kat dia walaupon
nama dia lawak..u r one coon
girrl..otak lagi penting dr
nama..ye dak?

Monday, July 2, 2012

profil gambar Facebook..moga2 kita faham kegunaan cermin

So I was standing in front of
the mirror and took couple of
picta of me.. gonna tag my fren
now and aweks too..

Sunday, July 1, 2012

SAYA PEMANDU BERHEMAH..NAK KEMANA ENCIK? KIRI KANAN KASITAU JE SEBAB SAYA IDIOT

Nama gua freak, gua ni takde la hebat sangat..
kalau setakat orang nak berjalan sana sini, gua
takde hal..gua leh je bawak diorang kesini sana..
gua takde la guna super power untuk bawak orang
kesana kemari tapi gua guna satu benda dipanggil
ENERGY untuk gua kerahkan...

Gua ni kalau letih macam nak mati ke letih macam
lepas tengok gadis manis ke, tak pernah nak kompelin
directly kat orang tu..sebab gua rasa kita dah dewasa
untuk lihat body gesture, body movement, dan facial
expression dan tahu secara automatik yang orang tu letih..

Semalam kelab Malaysia Hall resident clube (MHRC) ada
buat lunch kat atas cruise yang 90 orang dalam tu..ada 3 tingkat
kapal tu..lebih kurang 4 jam dalam kapal tu, balik je ada member
ajak pegi shopping2..gua takde hal sebenarnya, tapi tang nak
makan pon nak berdemand2, muka gua dah mencuka..badan
manusia ber 70kg ni pon tahu letih, ingat sama ke driving dengan duduk kat
passenger seat..dinner kat tempat best - time tu gua punya
mood dah bagus skit..pastu nak pegi tengok wayang plak..get real
my friend..LOOK AT MY UGLY FACE..letih tahu tak..letih..

gua takde la nak kasitau directly yang gua letih, GUA TAK SUKA
SPOIL MOOD ORANG..walaupon gua ni tak berapa suka orang
bagitau apa nak buat, gua setuju tengok cerita TED si patung beruang
yang gampang lawaknya..cerita dia ok, tapi lagi best cerita dalam mimpi
gua..

balik balik bilik tengok my beautiful roomate tidor..sedapnya gua
tidor memandangkan dia dah tido, so gua tutup lampu...pukul 6 gua terjaga
sedap je roomate tercinta gua ni bukak lampu..
 yang shitnya, bila gua bukak lampu toilet untuk sembahyang subuh (terlalu gelap
dan malas nak bukak lampu) pon dia terjaga.. macam gampang jugak
rasa...hari hari gua hidup macam shit, shit shit shit..gua rasa gua patut
tulis buku shit macam politician sapa ntah..
tajuk dia patut.. I AM KIND MAN, PLEASE SHIT ON ME..yahooooo
by mr muhamad freak

ps. gua marah- tak lama bai..sebab gua cakap dengan hati gua..pandai pulak hati gua nih
sejuk..kang cakap dengan orang terasa pulak..baik cakap dengan hati..

pss. gua rasa gua patut bakar degree gua, pastu jadi driver..

Thursday, June 28, 2012

Arncliffe food test

Tiap kali member gua mintak
hantar ke epot, gua akan
singgah kat Arncliffe..dari
Sydney lebih kurang
10 min ke area ni..ada satu
kedai yang orang cakap burger
dia sedap..

Tapi kitaorang baru tahu ada
buat roti yang lagi sedap..
kedai tu betol2 depan
Naji's charcoal chicken and
kebab..kedai tu nama dia
Elzein Bakery..

memula macam skeptical
nak try..pastu kitaorg
try la order piza..home
made pizza..bentuk dia tak la
besar sgt masa dia tebar..
tapi bila dah siap
3 orang pon kenyang melntak..

satu roti di panggil
Zateer sangat sedap..
Zateer ni roti bentuk
pizza yang topping dia
letak olive oil dan macam2
benda lagi..

plus makcik buat tu orang
Islam lebanon so kita rasa sedap
nak bantai bnyak2..dalam
gambar tu luorang blh nampak
betapa kecik dan simple je
kedai dia

Monday, June 25, 2012

Terlalu selesa

Buzz dan salam pertengahan tahun..
terlalu pantas masa berlalu..gua ingat lagi
gua first time datang, muda dan mentah..
terlalu rapuh dengan gadis manis..

sekarang dah suku abad, belajar lagi, muka
hansem serta terkapai kapai mendakap realiti..

apa lu cuba sampaikan freak? straight to the point
sudey- mungkin luorang cakap

gua sebenarnya dah terlalu lama ada kat Sydney..sampai
gua rasa gua ni senior sangat dah, macam orang
yang PR(permanent resident) kat sini..bila ada orang
nampak gua still kat sydney, mesti orang cakap
"eh, freak ada kat sydney lagi?"

tapi diorang tak tau gua dah maju setapak dalam hidup..
tapi gua tak kesah..makin lama, gua dah makin selesa..
janggal pulak rasa nak balik Malaysia..sini dah jadi
comfort zone gua..gua selesa lepak sini, walau majoriti
bukan orang melayu..

jadi persoalan dalam benak gua nih..adakah ini normal
untuk rasa selesa di negara orang.. tapi yang paling penting
gua takkan tinggal kat sini sampai..
salah satu sebab gadis diorang cepat tua..LOL

Saturday, June 9, 2012

martin place..

Ni adalah area sebelum
Opera House, Sydney..yang pelik
nya..kawasan dia lengang tak macam
KLCC yang penuh sesak
dengan orang yang pelbagai ragam..
lupa gua nak khabarkan tempat
ni dipanggil Martin Place..tak
tau apa significant nya tempat ni..

yang pasti sini lagi best dari
pavi..

Thursday, June 7, 2012

keje gila

Gambar ni gua amik masa gua
dgn kawan gua jumpa imac tepi
jalan..memang gila omputih
ni  main buang jr komputer..
sekali dgn keyboard..

cite dia camni, member gua ni
beria  benar nk pg coles(supermarket)..on da way nampak barang org letak tepi jln..
gua pon kuis kuis..tetiba jumpa
keyboard brand epal..
gua excited pastu member
gua kata.pegi brli barang
dlu, balik baru amik..gua setuju sambil garu
ponggong..

Balik je bli barang, pg tmpat td cari
keyboard..member gua plak jmp
komputer imac..gumbira buta buta
kitaorang..balik je pasang..voila..
its work like a charm..
budaya kt sini, buang barang kadang elok lg..mungkin diorg br bli tv or new desktop..
i love u mang..

p.s tgh tgu org buang ps3..

Wednesday, June 6, 2012

azam gua

Seperti orang ramai sedia
maklum gua ni lambat nak update..
ntah ngape malas nak update..
jadi gua nyatakan pada
diri gua yamg gua ni nak
turunkan berat badan
.

aritu gua makan la burger kat
kedai ni.
volcano nama tempat dia..
gua pon excited order beger special yang ada dua ketol patty burger..daging yer..

setau gua , pagi tu gua tak  breakfast..so gua punya makanan mmg daging lembu 80% aritu..balik rumah gua tido, bangun je rasa nak tertanggal kepala gua..pening gila babi setan..

rupanya gua bnyk protin dan gua rasa badan gua tak mampu trima daging byk..jadi gua rasa kolestrol gua makin naik..

oleh yangvsedemikian, gua amik langkah drastik utk cut down daging to no daging..nasik 3 kepada satu skoop..gula intake kurang..air banyak macam tasek chini gua telan..

namun gadis manis tetap banyak ..lol

doakan apak mu berjaya wahai anakku

Wednesday, May 30, 2012

mengumpat itu best ke?

Ngumpat nih bukan satu perkara yang boleh dibawak
main main..boleh bawak ke neraka tau..gua letak perkara
ni dalam otak gua..tapi bila lu fikir balik, adakah lu terpaksa
simpan isi hati lu untok elak mengumpat?

bila simpan dalam hati, rasa nak meletop pon ada..so gua
amik initiatif perkara ni dibawak dalam blog..kesan dia tak
kuat dan diharap tak sampai mengumpat..kang gua ngamuk
depan orang tu kang, kata gua ni biadap waima sehensem mana
gua nih..

Gua perasan, gua niih selalu jaga ati orang..nak buat baik kat orang..
lap meja makan..kutip sampah..
bila gua masok bilik, gua pastikan tak bising..lampu tutup dan terus
tido..

(luorang: weh freak, hilang pahala lu bila cerita kebaikkan lu..)
(gua: fuck u)

so nak dijadikan cerita, gua ni asyik terfikir, kenapa la susah sangat
orang buat benda yang sama kat gua..
gua selalu rasa diperkosa dek perasaan ni..kenapa orang tak buat
benda sama..kenapa benak sangat otak diorang nak digest benda simple ni..
sejak dua menjak ni, hari rabu
dijadikan hari cuci bilik..pukol 3pagi baru pasang cadar..dalam hati gua
kecewa gila..orang nak tido- bunyi plak bising, lampu plak terpasang..

hari ni badan gua letih gila babi, gua nak tido..balik2 bilik- lampu terbukak,
roomate baru nak pasang cadar..masa tujam pukol 2 lebih pg..gua pon baring
sampai pukol 3 pg, gua baring
golek golek- stress sebab lampu tak padam..
telinga gua plak asyik terdengar butang keyboard berbunyi bunyi..
wallaupon gua ni dah baring..mata tertutup rapat- bunyi bunyi sekeliling
ditambah dengan lampu terbukak buatkan gua rasa nak bukak seluar
dan bogel masa tido..
masa tu otak gua terfikir lagi..last week pon camni..tension tension tension tension
tension tension tension

nak cakap lebih nnt kata gua ngumpat..jadi gua terfikir, dekat mana
gua nak luah perasaan ni..cakap kat orang, dikata  mengumpat..
tolong la..kasitau camne..everyday people talking about other people..
naik gila la weih..takkan nak luah perasaan pon dikira mengumpat..

pastu, gua terfikir lagi, gua ni selalu ada issues dengan roomate gua..
kenapa bila dia belanja gua, gua rasa bad..rasa kecewa sebab
bengang dengan roomate gua..bila dia belanja gua, gua rasa dia
sebaik anjel sebaik baiknya, dan gua sejahat setan kerana benci
kat beliau..tapi salah ke gua?? salah ke gua marah sebab tak dapat tdo??.


gua rasa matlamat blog ni dah terpesong, asyik tulis bila gua 
tension je..lain kali gua tulis macam mana gua mandi telanjang..

--------------------------------------------------------------------------------------------

kenapa gua prone menggunakan perkataan fuck lately?
ini adalah kerana gua tak suka orang jadi ustazah ke ustaz dalam blog ni..
gua suka blog kereta mayat bila dia cakap, berdakwah bukan sekadar
tekan kekunci keyboard..kalau setakat tekan butang keyboard, gua 
copy paste je la memanjang benda benda murni dalam blog ni..blog ni
adalah luahan perasaan gua, for god sake! bukan nya nak berceramah..
kalau nak ceramah pegi surau mesjid...bagi gua online medium tak kan
dapat gantikan cara lama..

lagi satu poin penting, macam mana luorang tahu gua ni rosak?
kenal pon tak..gua tulis blog ni ikut mood...bukan bila marah je..
yang penting-KALAU TAK KENAL GUA, JANGAN NASIHATKAN
GUA..nail this in your head..apa yang gua tulis nih hanya 8% daripada
realiti hidup gua..sapa kenal gua, akan cakap apa yang gua tulis ni
tak mengambarkan gua langsong..

Monday, May 21, 2012

Keadilan tu kadang macam abstrak

Gua check akaun bank..
maseh tiada bayang duit
yang dikebas pencurik..
Keadilan tak dapat ditegakkan
nampak gayanya kata hati gua..
Gua doa agar pembalasan
setimpal diberikan..ingat best
ke ilang duit..tambah duit kita rendah 3.2 kali ganda..
Bila gua pikir balik, apa2 je la..
org tu nak mati ke nak pegi
jahanam ke ap, buat la..gua
dah kasi duit tu, jangan nak
merogol merompak orang
Malaysia plak kat sini.
Gua doa kalau dia main judi
pakai duit gua, dia klah 5 kali ganda..rot in hell u goddmit..LOL
ingat senang kr maafkan pencuri..at least gua tak hipokrit..ye dak? har har

Sunday, May 13, 2012

Kemana letaknya poket pemboros, otak atau koceknya?

Salam kucupan di tangan kanan
satu dua dan lepaskan kembali
kepada orang 'senior' dalam dunia ini..

Satu soalan yang bermain di minda gua,
ada tak orang yang boros kemain pastu
lepas habis duit terngagau ngagau (panik)?
Maksudnya dapat duit je terus shopping,
pastu terpinga pinga di pengakhiran.

Nak dijadikan cerita gua ada jugak jumpa orang
macam nih. Yang bestnya, bila dah makan breakfast
yang cafe sediakan, still
nak makan kat luar lagi. Nak rasa makanan
thai kononnya. Padahal semalam baru je
tong tong duit nak belanja beliau.
Gua bukan nak cakap kita kena kedekut ke apa,
cuma kena beringat sebelum habis..

Lagi satu bila nak pegi makan, mesti nak ajak
gua banyak kali..gua ni kalau dah makan,
takdenya nak membadak nak pegi beli makan
lagi.. dah kenyang buat apa makan lagi, bazir
dan bongok namanya. Gua nih tunggu nak snap
je, ye la, gua nih bukan nak kedekut sangat, tapi
kalau boleh jimat tu, jimat je la..
nih belagak duit tak luak, dapat duit terus spend,
last last terkial kial..

Ada je orang lain buat camni..gua malas je nak mencontohi
diorang..pening nak ingat balik..ada duit spend, ada duit spend..
habis duit pandai pulak cari kita..apa ke bangang pemikiran..
walaupon ni agak kasar, tapi lagi elok dari gua cakap depan2..
nanti sentap, tak makan dibuatnya..LOL

jangan nanti jadi tak malu langsong mintak duit..haru dibuatnya hidup

Monday, May 7, 2012

Kaunselling, satu benda yang mudah- dengar, faham, bertindak oleh freak

Sedang gua prepare nak pg kelas,
Gua ternampk saatu bangunan yang gua
Perñah peegi. Bangunan ni dipanggil Goodsell building
Dimana gua telah dipaksa pegi counselling.
Gua kena buat appointment dalam seminggu
awal..tapi bila fikir balik
Gua sebenarnya lega gua pegi kaunseling walau
orang kata 'eh lu pegi kaunselinggg??'
Ada jugak cakap camtu, tapi gua tak amik port
sbb dia pon ada kantoi satu paper, bising pulak..

Masa gua pegi kaunsling, dia memula tanya gua,
apa kondition kelas, apa subjek gua amik, ada berapa
subjek and apa yang fail. Masa tu WAM (in Malaysia
we called CGPA) gua, below passmark wich is around 42/100.
Kira gua dalam kategori Referral. Gua dh lupa referral tu apa.
Anyway, peng kaunseller tu nasihatkaan gua agar
Tulis subjek apa nak amik semester depan supaya tak
serabut. Ada la nasihat lain yang gua rasa malas nak cerita.
And it turns out to be good, Alhamdulillah.






Tapi satu benda gua kongsikan, bila kita jatuh tersembam,
ingat ada jugk yang sedia tolong, even luorang kata itu duty uni provide
kaunseling.. Apaa yang paling penting, kaunseling tu bukan compulsory,
Jadi terpulang..jadi gua syukor gua pegi kaunselling tu..

ohh gua teringat satu kisah dimana ada sorg mamat
Dengan minah ni satu group dgn gua..
Mamat ni bisik bisik dengan awek dia,
Pastu diorang cakap dengan gua..

'eh,mat gua rasa gua penah nampak lu 2 tahun lepas'kata mamat..

'eh, ye ke..course apa ek'kata gua pelik..

'ala matematik' kata budak tu ssambil sengih2..

Gua dalam hati cakap 'damn diorg tau gua tukar
course plak..sial betol..'

'eh, mana pulak..'kata gua releks..

Pastu mamt tu dgn awek dia mula bisik2..
Yang paling best, dia kantoikan diri sendiri..
Kalau dia cakap dia jumpa gua 2 tahun lepas maksudnya,
Dia penah kantoi dan tak grad2 lagi..

Oh gua ternampak mamat tu bwak mercedes baru2 ni..
Sama ada dah grad atau tak..gua tanak tau..
Be it!

*kadang karma ni pedih jugak rasanya

Dah tolong, tak appreciate. Come on grow up!

Pernah tak luorang buat satu benda untok tolong
member lu? Tapi turn out, member luorang tak appreciate 
langsong? 

Yang paling best, bila sakit, bila agak-agak tak leh buat
benda tu, mula la cari luorang. Cakap dia takleh buat,
walhal dari awal lagi luorang cuba encourage beliau 
siapkan benda tu.

Gua senang je orang camni, gua malas nak layan dah kalau
tak appreciate bila gua bantu. Macam adik sedara gua, gua nak kasitau
PMR ni kalau study last minit pon boleh dapat banyak A, tapi bantai
tiru jawapan belakang- mana la nak cemerlang. Lepas je kantoi PMR,
gua agak ralat nak tolong- gua hanya perhati dan senyum je. Gua senang je-
bila buat macam2 dengan gua, sorry gua nak tolong. Ingat gua nih apa?
Lain la anak gua.

So, ingat ingat sendiri. Gua dah encourage, pujuk, tapi kalau taknak buat
jugak-jangan pin point kat gua dah la..salah sendiri susah nak nampak,
bila bagi nasihat pandai pulak twist sana twist sini.

Gua terasa dibongokkan. Sabar je la.

Sunday, May 6, 2012

Bilik kepam

Gua nih rasa segan nak luahkan perasaan
kang di cakap besar kepala..
Namunatas dasar kebebasan bersuara,gua
luahkan juga..

Gua nih tak suka oranf pakai heater dalam
bilik..kali ni gua tak kisah pasal letrik..
Bukan kena bayar pon bila duduk sini..
Tapi heater nih, terutama kipas berheater nih
selalu buat kulit kering..pastu badan rasa gatal..
Dalam erti kata lain kena pakai lotion pulak..

Cuaca sejuk la best..kita study jauh2 nih bukan
nak rasa satu musim mcm Malaysia ni je,tp nak rasa
semua cuaca.skang ni dalam bilik gua terlalu berkuap..
Rasa panas sangat..tolong la, bilik ni dah cukup kepam
dengan cuaca panas..

Kalau nak panas sgt, apa kata sarung je sleeping bag..baru
Layan tido bila keliling kita sejuk..skang ni gua
nak pakai slimut pon malas sbb cuaca panas..dayummmmmmmmmmmmm

Friday, May 4, 2012

cikgu hanya layan budak popular..rentetan hati dr freak

Gua ada cikgu, badan dia tegap..
dik kerana ketegap pan badan beliau,
badan, belakang tengkok dan kepala beliau
straight..macam pembaris kayu besar masa
sekolah rendah..maksud gua postuer badan dia..

Nama beliau cikgu Badrol..gua takut cikgu ni,
satu sipat yang tak berapa nak gemar ialah
suka tengking tengking..lagi satu gua perhati
beliau ni tak berapa suka budak tak popular..
dia suka student popular, terutama budak bola
sepak atau atlit..dia ni coach bola..so time
bersembang sembang dengan budak bola,
perghhh tersenyum kambing..tapi dengan budak
nerd, senyum pun tak, apatah lagi nak cakap..

ada sekali tu masa gua darjah 5 gitu, gua ternampak dia..
dia mintak tolong gua..gua sangat berdebar debar..
gua takut la dia marah gua, takut gua silap.. dia suruh
jumpa cikgu Hisham, bagitau tukar warna wayar,
sebab time tu ada masalah teknikal masa perhimpunan..

gua pon berlari nak cari cikgu Hisham..gua tersilap
cari..dia cakap cari kat bilik 4a..gua pon jenuh cari 4a..
dia dah mula marah, dia mula shift gear guna nada tinggi..gua pon
berlari lari lagi cari..last last kena marah pulak..macam
haram cikgu ni..

sebenarnya rumah cikgu badrol pembaris straight ni,
sangat dekat dengan rumah gua..tapi disebabkan
gua tak popular, jangan kata nak tegur, nak angkat
tangan pon rasa nak muntah..

pastu ada sekali, gua main recorder..ala, yang alat seruling
warna putih, pastu ada 6 lubang..gua ada ujian tiup recorder..
gua tiup2, sumbang bunyinya...cikgu badrol jadi pemeriksa ujian
muzik time tu..
gua tiup recorder depan dia..tiga kali bunyi sumbang..dia kata,
dah la..kecewa gua..dia dismissed gua..

kepada cikgu badrol sekolah sg Rapat, Ipoh..
walau lu mengamalkan favouritism melampau,
walau gua tak popular masa darjah 5 dan 6,
walau gua tak penah bersembang dengan lu,
walau gua kena marah dengan lu,
walau gua tak pernah jadi superstar main bola
dengan lu,

gua still...





dapat belajar melepasi laut..




favouritism lu, tak bunuh gua..

*gua cikgu muda zaman sekarang, tak ambik contoh
cikgu macam ni..loser kan budak je..

Wednesday, May 2, 2012

Kadang gua ni baran juga

Muhamad Freak ISHAK
2A Jalan Alison
2301 Ranswick
NSW Aostralia

29 April 2012

House Secretary Malaysia Hall
Encik 'I have POWER'
Alamat sama shaperti diatas

Tuan,

Berbudi bahasa ketika membuat pengumuman,

Apa khabar saudara? Sihat sejahtera kah?
Atas perkara diatas saya ingin memberi sedikit
nasihat terperinchi mengenai tingkah laku saudara
ketika membuat pengumuman.

2. Umum mengetahui, setiap hari Ahad, penduduk malaysia hall
yang bertugas dikehendaki untuk bergotong-royong membersihkan
kawasan malaysia hall. Namun disebabkan aktivtiti gotong royong ni
bermula selepas makan malam, semua orang kekenyangan dan rasa
mahu tidur. Mungkin atas sebab ini saudara bertindak
menggunakan mikrofon untuk memanggil pelajar bertugas dengan
menjerit dan meneran-neran suara seperti pegawai tentera turus 1.
Bagi saya, level suara saudara ini kurang digemari anak telinga saya.
Bukan itu sahaja, saudara kelihatan seperti menunjukkan perangai
'this is my play pan' yang amat jelas.

3. Mohon saudara ketahui, saya ada menumbuk pintu bilik sekali atas
sebab terlalu tension ketika pengumuman dibuat ulang kali. 
Ketika itu saya sedang membuat kerja, namun
saudara terlalu girang membuat pengumuman seperti dunia
ini anda yang punya. Saya akui tindakan saya menumbuk pintu itu salah,
namun bagi saya 
"Bolehkah saya gantikan pintu dengan muka anda?"
Ketika itu darah saya, sudah naik ke 43 ferenhight.
Kalau ada 

4. Mohon pihak saudara, mengambil serius soal penggunaan pembesar suara
di Malaysia Hall yang mulia ini.

Oleh yang sedemikian, saya dengan rendah diri dan rendah adab ini,
menghendaki saudara agar kasihani diri sendiri, diri orang lain, dan diri
pelawat. 

Sekian terima kasih.

Yang benar,
Freak Ishak
Aktivist Pembenci Hegemony Wannabe

p.s- hidup ini perlu pandang kiri dan kanan juga

Monday, April 30, 2012

Tekun menyimpan tak semesti kaya

Nasib manusia ni takde sapa tau..
Kadang kita berjimat macam mana pon,
Mesti ada je duit yang keluar..

Beberapa hari yang indah, gua bersama kawan
kawan gay, berjalan di supermarket sederhana besar..
Gua ni nak masuk duit, takkan nak ajak
Kawan bertestis lain..nanti kata gua ni
Baru menang loteri..tak manis kata orang..

Gua pon masuk kedai duit (bank)..lepas
Je masuk duit dalam bank, gua tak
Pueh ati..gua keluar bank, check balance guna
Atm pulak..lepas je kluar resit gua blah..

Dalam 30 saat pastu gua tercari2 kad gua..
Gua patah balik depan atm.. Ada mamat depan atm..
Tetiba kad atm gua kuar, guamik kad tu, trus
blah..

3 hari pastu gua nk check blance 300 dollar hilang..
Gua tak tau mana hilang duit tu sampai gua tringat balik
mamat depan mesin atm tu..
Gua terus buat repot kad bank serta
balai polis dang wangi di Sydney..

Dipendekkan cerita sampai sekarang tak ada berita pasal duit gua..maybe
mamat yang cilok duit gua tu sangat happy..mungkin doa dia di makbulkan
Supaya dapay duit free tapi dia tak tau gua sangat upset..
Ada hari ada balas, ada hari kena balas..

Dalam borang polis tu kat ruangan
'apa motif utama anda melaporkan kejadian..
Gua tulis
For justice.

Sunday, April 22, 2012

Sijil yang biasa biasa di Malaysia, tapi luar biasa bagi gua

Ni la sijil yang dapat masa graduation day..
Maaf kan apak tak upload gambar apak
amik scroll sbb apak pemalas..

Sijil tu dia letak dalam bekas folder hitam,
Tak cantik dan terlalu terdedah,
Jadi gua amik initiative beli frame dan letak sijil
dalam tu..nak dapat sijil ni 4 tahun..
3tahun untok orang bijak..
Jadi ada baiknya gua pelihara keindahan sijil ni..


Sunday, April 15, 2012

kesimpulan hidup mr freak untok seminggu

Apsal kalau orang lama tak menulis, mesti cakap
dah berhabuk dah blog..this is internet u dumbass,
mana ada habuk..yang berhabuk diari bukan
blog..metofora konon..

Jadi kita teruskan penceritaan tentang kehidupan
seorang pelajar di Sydney yang sudah basi..nak cerita
gua jogging, dah boring..nak cerita gua ni makin bulat,
dah boring..nak cerita rambut gua, dah boring..
jadi apa ntah nak cerita kat luorang pon gua tak tau..
rasa nak bunuh je blog ni..tapi disebabkan aqal(arob skit),
gua panjang..gua tulis jugak demi anak2 gua yang
bakal bermuka puteh dan berspeaking german..

dear anakku, apak mu berasa sakit perut di ulu hati,
namun pabila ke tandas, tidak pula rasa mahu melepas..
apak mu makan bagai esok tsunami melanda, selagi tak
kenyang atau perut membuncit, selagi itu apak melantak
nasik, kuih, biskut waima pop corn masin..kehidupan apak
disini agak bosan kerana cuaca cepat gelap..pukul 5 petang sudah
gelap..apak rasa seperti di united states of kindom (UK), tapi apak
berdiri di bumi nyata, Australia juga apak berdiri..

Semalam apak bergelak ketawa berguling guling sampai 4-5 kali
batal solat..masa kan tidak,imam terlupa 3 rakaat, lalu apak
dengan kawan apak tergelak terbahak bahak kerana makmum tak
tau nak tegor imam atau gelak..kami memilih untuk gelak..

beberapa hari sebelum tu, apak berjogis bersama teman ber testis..
berjalan la kami, sembang segala jenis berkaitan dengan perempuan..
tetiba apak terserempak bersama 2 ekor anjing yang ganas..
kelihatan 2 orang dibelakang anjing tersebut..
apak dan kawan kawan, kelihatan kecut skotrum..rasa nak
lari..tapi 2 orang tadi(suami isteri) menenangkan kami..

"tidak apa apa, anjing ini tidak akan meng attack, what ever
it is"kata perempuan tua itu..

apak serta kawan terkejut, rasa seperti dunia ini terlalu kecil..
dua orang omputih bercakap bahasa melayu yang sangat bagus..
hargai la bahsa kita, kalau setakat belajar kat oversea baru setahun
dah speaking beria ria..apak ni 4 tahun, bahasa melayu tatap melekat dihati
gua..hidup bahasa Melayu..bahasa rasmi Malaysia

Wednesday, April 11, 2012

Budak kecik skang dah advance

Sedang gua main sepak2 bola plastik
di Malaysia hall, seorang budak kecik
menegur gua..

"eh, main macam budak kecik" kata seorang budak
perempuan..

terasa terpanah dek sindiran budak kecik itu,
maka gua pon terus blah masuk bilik..malu dia
terasa shaperti dibogelkan dihadapan tentera
Amerika yang suka pada lelaki..

tak lama kemudian gua pegi keluar bilik, mahu kan
angin yang fresh..duduk di ruang tamu Malaysia dapat
mengurangkan seksaan angin berkuap dalam bilik gua..
kelihatan budak kecik tadi, gua jadi takut..budak ini
mempunyai personaliti yang mampu meruntuhkan
ego lelaki besar..

lalu sebagai seorang pelajar yang mempunyai iq lebih tinggi dari
budak pavi, mat rempit, atau dsr fag, gua terus membuka tirai
perbincangan dengan budak kecik tersebut..

"dik, hari ni pegi jalan2 mana?"kata gua santai..remote tv diambil
sambil jari menekan butang 'on'..
"ala jalan la.."kata beliau
"pegi shopping ke"duga gua..
"ak ah"..jawab beliau ringkas..

"semalam, pegi zoo tengok apa?"kata gua takde akal..
"tengok binatang laa.."kata beliau cuba meruntuhkan
soalan tidak bernas gua..

lama kelamaan gua jadi takut mahu bersoal jawab dengan beliau,
takut dikalahkan dengan teruk, terasa gua ni pengalah (loser)..

pastu dia cakap camni tau..budak kecik darjah 4 nih punya ayat..
baca tau..

"bye"kata beliau sambil mahu naik ke tingkat 2 malaysia hall
"bye"kata gua sambil membuka peti ais..cari apa ntah..
"awak ni comel la"kata beliau yang berusia 10 tahun..

gua terasa seperti dingorat..terasa seperti rambut gua hari ini
terlalu ayu..apa la hair dyer nih, buat rambut gua terlampau hansem..
so ini la taktik, yang digunakan datuk2 dan tan sri2 untuk kawin dengan
anakk dara 20 an...LOLzy

Monday, April 9, 2012

Pasca anugerah bintang popular

Gua tengok anugerah bintang popular semalam..
(tak payah la nak sebut Berita Harian..dan cukup kaut
untung dah orang undi..)
sebagai seorang anak watan Malaysia, gua terus
streaming secara live dan pasang pada lcd screen kat
Malaysia hall..pastu tetiba ada iklan cerita hantu
parody..ala cerita macam 'hantu dalam botol kicap' tu
kira parody la.. maybe dia nak buat bahan jenaka kat
cerita 'ANU dalam botol' yang kemudiannya di tukar kepada
'.... dalam botol'...tukar nama je beb..

gua terus terang cakap makin menyampah dengan syarikat
produksi yang buat cerita takde kualiti nih..gua rasa
luorang dah tau kan, syarikat movie mana gua cakap ni..
lepas satu satu, filem crap diorang produce, tapi still dapat
kutipan tinggi..tapi cerita power macam 'bunohan' yang dapat
award tak dapat sanjugan dan kutipan yang bagus..

cuba tengok movie kat bawah ni..ada rasa better dari cerita kita tak?



gua tau cerita ni diarah pengarah luar, tapi kita kena tengok
pada sudut yang berbeza.. kita kena ingat filem ni ada
spillover/tempias pada industri perfileman Indonesia..
benda macam ni mengajar pengarah tempatan cara nak
buat shot yang elok, effects dia, atau mungkin jalan cerita
yang simple tapi 'wow factor'

cerita camni la kita nak..belum lagi gua kasitau yang
rating cerita ni 8.4/10..mesti luorang cakap
orang Indonesia je yang rate filem ni..tak mungkin orang
Indonesia je puji sebab 5000++ pengguna yang komen
di IMDB (klik sini)..IMDB ialah database movie terkenal di dunia..

dengan jolokkan "the best movie in decades!", gua yakin
akan menyemarakkan persaingan pengarah tempatan Indonesia
untuk challenge cerita ni..

gua faham kita ada cerita 'kl gangster' yang dapat kutipan
tertinggi meninggalkan cerita 'sembilu', tapi kita perlukan
sentuhan yang epic..kita perlukan movie yang lagi dasyat
dari 'kl gangster'..cukupla dengan cerita yang kutip duit
bebudak dengan cerita cinta yang ending nya predictable..
atau mungkin cerita berdasarkan kenegerian..hantu yang
tak takut..

Oh, gua lupa masa tengok anugerah bintang popular kan,
gua perasan ada perubahan,,kita sokong artis yang ada kontroversi
lebih dari artis yang ada potensi..what a waste..

Sunday, April 8, 2012

Berjalan di padang pasir

Hari ni gua pg Newcastle,
Perjalanan mengambil masa satu movie hindustan
Kuch kuch hota hey, atau filam bobby..

Apa yang menarik
-gua demam
-gua kacak
-panas terik
-main sand boarding..dia semacam padang sahara,
Kita naik puncak gunung pasir dan turun naik papan luncur..

Apa yang tak menarik
-gua batuk
-gua as usual main driver walau demam..pak gua
Seorang driver yg mantap satu ketika dulu,
Tok gua seorg driver tegar..

Gua pada mulanya tak berapa suka
Nak pegi ramai2 ni, but it turns out to be ok..
Jadi pada masa depan MAYBE gua pegi buat
road trip lg..




Gambar ni diambil masa kitaorg makan restoren kat
Newcastle..cite dia camni, masa kitaorang jalan2 ada
Mamat ni..orang Malaysia la..dalam sembang2 kitaorg
Tanya mana la nak makan benda halal...jadi dia cakap ok follow dia..
Kitaorg pon follow la dekat 20 minit ikut mamat tu..gua dh merungut ala2
Pondan bila dia bawak tempat makan yang jauh gila..


Mamat tu kata makan halal..
Sampai je depan kedai gua macam teruja..mesti sedap gila makan dia..so
Gua pon trus bukak menu..whatttt.. Ada babi/pork..
So gua tgk harga plak..whattt..mahalnya..tapi takpe, bersangka
Baik since ada student malaysia keje situ so kita org order..
Gua pon oder Pat Thai..apa ntah..macam kuay tiaw..pergghh tak berapa
Sedap..sesal jugak la, tapi gua berterima kasih la kat brother yg sanggup
Bawak kitaorg makan..tq so much bro..

Trip berakhir dgn demam gua tak kebah kebah

Thursday, March 22, 2012

Hari busy buat gua, namun tatap hansem

Hari ni gua agak busy..
bangun pon lambat..

semalam gua terkejut bila ada
orang cakap yang roomate gua nak
tukar bilik..mula la otak
gua fikir bukan bukan..
tapi sebagai orang yang hansem,
perkudakan perasaan ini..dia nak tukar
dia punya pasal, tak kurang
sperma sihat gua..lol

oleh kerna lewat bangun serta tak sempat makan,
gua beli kek yogurt nih..
yang paling best siap ada logo halal
kelolaan AFIC..tapi kalau takde halal
pon gua check ingredients je..
tapi ini menunjukkan capitalist bukan
sahajo gila duit, tapi concern pada
seciput umat Islam di bumi
kangaroo ini..yeah..


AFIC adalah the australian federation of islamic
councils inc.



Monday, March 19, 2012

mimpi yang kudis sipatnya

Peristiwa yang seram yang
gua ingin coretkan tak sesuai
untok pregnant lady maupon
budak pavi kamera dslr..

crita ni berlaku tatkala gua
sangat letih..gua pon baring..
pergh empoknya tilam macam
di atas awan..tiba tiba tido gua
di ganggu olih roomate gua..

dia coba memeluk gua ketika
gua enak tidur..khinzir betol,
gua cuba meronta..dipeluknya
gua, gua cuba meronta lagi..
gagalll! sebagai budak hansem,
gua ada code red bagi selamatkan
gua di keadaan emergency..

ahhhhh-ok ni bunyi pelik

arggghhh- ni baru botoi.

maka gua pon jerit nada
rendah seperti kat atas..

TIBA2

gua terjaga dan tersedar yg
gua ini jerit di luar mimpi..
nasib roomate gua tu tdo
lg..sah2 roomate gua tdo,gua
sah2 ngigau.

p.s ini bolih dikira pitnah?
diperkosa dlam mimpi diterima?
dunia apakah yang kita tinggal
ini?

Tuesday, March 13, 2012

Jubah, scroll atau buang masa?

Hari ni gua uni gua ni lain macam punya
penuh..parking penuh,awek penuh dan
wajah penuh..kegembiraan..

Hari ni rupanya graduation day untuk
fakulti engineering..memang penuh sebab
fakulti ni ada banyak, ada civil ada mekanikal,
ada chemical dsb..

Olih itu disini gua amik kesempatan nak ucapkan
tahniah untuk sapa2 yang dah grad especially budak
hall..taniah la ye..







Hari ini khas untuk menyambut susah payah
belajar, lupakan tentang kerja buat seketika
dan paling penting buat yang dah kerja,
jangan lemahkan atau sogokkan mereka
dengan masa depan..anak muda lebih hebat
tanpa cerita mengarut lu..kerja susah la,
tak ada masa depan la - awakpon bukan
hebat sangat sijil pon tak ada..promoted by
experience je..brahhh..

Ni yang gua cuba terangkan..masa kini,
tak ada sijil, kurang chance nak get promoted..
Jaman baby boomers boleh la..jadi henti
lemahkan semangat orang nak tuntut ilmu..
kalau luorang boleh kaya dengan jual beger,
be it man, jangan tunjuk lagak kat orang lain..

P.s - tahniah buat yang dah grad, buat yang belum
jangan lemah lutut tengok orang pakai jubah..
kuatkan akidah menuntut ilemu(ilmu)..