About Me

My photo
Blog ini bukanlah blog ilmiah, jadi sila tutup buku ketika baca blog ini. Penulis blog maseh belajar di unisti yang tak terkenal di dunia. Blog ini khas untuk bakal anak penulis. Jika penulis mati dulu sebelum sempat ada anak, maka anak yatim layak mengaku penulis ini bapak dia.

Wednesday, May 30, 2012

mengumpat itu best ke?

Ngumpat nih bukan satu perkara yang boleh dibawak
main main..boleh bawak ke neraka tau..gua letak perkara
ni dalam otak gua..tapi bila lu fikir balik, adakah lu terpaksa
simpan isi hati lu untok elak mengumpat?

bila simpan dalam hati, rasa nak meletop pon ada..so gua
amik initiatif perkara ni dibawak dalam blog..kesan dia tak
kuat dan diharap tak sampai mengumpat..kang gua ngamuk
depan orang tu kang, kata gua ni biadap waima sehensem mana
gua nih..

Gua perasan, gua niih selalu jaga ati orang..nak buat baik kat orang..
lap meja makan..kutip sampah..
bila gua masok bilik, gua pastikan tak bising..lampu tutup dan terus
tido..

(luorang: weh freak, hilang pahala lu bila cerita kebaikkan lu..)
(gua: fuck u)

so nak dijadikan cerita, gua ni asyik terfikir, kenapa la susah sangat
orang buat benda yang sama kat gua..
gua selalu rasa diperkosa dek perasaan ni..kenapa orang tak buat
benda sama..kenapa benak sangat otak diorang nak digest benda simple ni..
sejak dua menjak ni, hari rabu
dijadikan hari cuci bilik..pukol 3pagi baru pasang cadar..dalam hati gua
kecewa gila..orang nak tido- bunyi plak bising, lampu plak terpasang..

hari ni badan gua letih gila babi, gua nak tido..balik2 bilik- lampu terbukak,
roomate baru nak pasang cadar..masa tujam pukol 2 lebih pg..gua pon baring
sampai pukol 3 pg, gua baring
golek golek- stress sebab lampu tak padam..
telinga gua plak asyik terdengar butang keyboard berbunyi bunyi..
wallaupon gua ni dah baring..mata tertutup rapat- bunyi bunyi sekeliling
ditambah dengan lampu terbukak buatkan gua rasa nak bukak seluar
dan bogel masa tido..
masa tu otak gua terfikir lagi..last week pon camni..tension tension tension tension
tension tension tension

nak cakap lebih nnt kata gua ngumpat..jadi gua terfikir, dekat mana
gua nak luah perasaan ni..cakap kat orang, dikata  mengumpat..
tolong la..kasitau camne..everyday people talking about other people..
naik gila la weih..takkan nak luah perasaan pon dikira mengumpat..

pastu, gua terfikir lagi, gua ni selalu ada issues dengan roomate gua..
kenapa bila dia belanja gua, gua rasa bad..rasa kecewa sebab
bengang dengan roomate gua..bila dia belanja gua, gua rasa dia
sebaik anjel sebaik baiknya, dan gua sejahat setan kerana benci
kat beliau..tapi salah ke gua?? salah ke gua marah sebab tak dapat tdo??.


gua rasa matlamat blog ni dah terpesong, asyik tulis bila gua 
tension je..lain kali gua tulis macam mana gua mandi telanjang..

--------------------------------------------------------------------------------------------

kenapa gua prone menggunakan perkataan fuck lately?
ini adalah kerana gua tak suka orang jadi ustazah ke ustaz dalam blog ni..
gua suka blog kereta mayat bila dia cakap, berdakwah bukan sekadar
tekan kekunci keyboard..kalau setakat tekan butang keyboard, gua 
copy paste je la memanjang benda benda murni dalam blog ni..blog ni
adalah luahan perasaan gua, for god sake! bukan nya nak berceramah..
kalau nak ceramah pegi surau mesjid...bagi gua online medium tak kan
dapat gantikan cara lama..

lagi satu poin penting, macam mana luorang tahu gua ni rosak?
kenal pon tak..gua tulis blog ni ikut mood...bukan bila marah je..
yang penting-KALAU TAK KENAL GUA, JANGAN NASIHATKAN
GUA..nail this in your head..apa yang gua tulis nih hanya 8% daripada
realiti hidup gua..sapa kenal gua, akan cakap apa yang gua tulis ni
tak mengambarkan gua langsong..

Monday, May 21, 2012

Keadilan tu kadang macam abstrak

Gua check akaun bank..
maseh tiada bayang duit
yang dikebas pencurik..
Keadilan tak dapat ditegakkan
nampak gayanya kata hati gua..
Gua doa agar pembalasan
setimpal diberikan..ingat best
ke ilang duit..tambah duit kita rendah 3.2 kali ganda..
Bila gua pikir balik, apa2 je la..
org tu nak mati ke nak pegi
jahanam ke ap, buat la..gua
dah kasi duit tu, jangan nak
merogol merompak orang
Malaysia plak kat sini.
Gua doa kalau dia main judi
pakai duit gua, dia klah 5 kali ganda..rot in hell u goddmit..LOL
ingat senang kr maafkan pencuri..at least gua tak hipokrit..ye dak? har har

Sunday, May 13, 2012

Kemana letaknya poket pemboros, otak atau koceknya?

Salam kucupan di tangan kanan
satu dua dan lepaskan kembali
kepada orang 'senior' dalam dunia ini..

Satu soalan yang bermain di minda gua,
ada tak orang yang boros kemain pastu
lepas habis duit terngagau ngagau (panik)?
Maksudnya dapat duit je terus shopping,
pastu terpinga pinga di pengakhiran.

Nak dijadikan cerita gua ada jugak jumpa orang
macam nih. Yang bestnya, bila dah makan breakfast
yang cafe sediakan, still
nak makan kat luar lagi. Nak rasa makanan
thai kononnya. Padahal semalam baru je
tong tong duit nak belanja beliau.
Gua bukan nak cakap kita kena kedekut ke apa,
cuma kena beringat sebelum habis..

Lagi satu bila nak pegi makan, mesti nak ajak
gua banyak kali..gua ni kalau dah makan,
takdenya nak membadak nak pegi beli makan
lagi.. dah kenyang buat apa makan lagi, bazir
dan bongok namanya. Gua nih tunggu nak snap
je, ye la, gua nih bukan nak kedekut sangat, tapi
kalau boleh jimat tu, jimat je la..
nih belagak duit tak luak, dapat duit terus spend,
last last terkial kial..

Ada je orang lain buat camni..gua malas je nak mencontohi
diorang..pening nak ingat balik..ada duit spend, ada duit spend..
habis duit pandai pulak cari kita..apa ke bangang pemikiran..
walaupon ni agak kasar, tapi lagi elok dari gua cakap depan2..
nanti sentap, tak makan dibuatnya..LOL

jangan nanti jadi tak malu langsong mintak duit..haru dibuatnya hidup

Monday, May 7, 2012

Kaunselling, satu benda yang mudah- dengar, faham, bertindak oleh freak

Sedang gua prepare nak pg kelas,
Gua ternampk saatu bangunan yang gua
Perñah peegi. Bangunan ni dipanggil Goodsell building
Dimana gua telah dipaksa pegi counselling.
Gua kena buat appointment dalam seminggu
awal..tapi bila fikir balik
Gua sebenarnya lega gua pegi kaunseling walau
orang kata 'eh lu pegi kaunselinggg??'
Ada jugak cakap camtu, tapi gua tak amik port
sbb dia pon ada kantoi satu paper, bising pulak..

Masa gua pegi kaunsling, dia memula tanya gua,
apa kondition kelas, apa subjek gua amik, ada berapa
subjek and apa yang fail. Masa tu WAM (in Malaysia
we called CGPA) gua, below passmark wich is around 42/100.
Kira gua dalam kategori Referral. Gua dh lupa referral tu apa.
Anyway, peng kaunseller tu nasihatkaan gua agar
Tulis subjek apa nak amik semester depan supaya tak
serabut. Ada la nasihat lain yang gua rasa malas nak cerita.
And it turns out to be good, Alhamdulillah.






Tapi satu benda gua kongsikan, bila kita jatuh tersembam,
ingat ada jugk yang sedia tolong, even luorang kata itu duty uni provide
kaunseling.. Apaa yang paling penting, kaunseling tu bukan compulsory,
Jadi terpulang..jadi gua syukor gua pegi kaunselling tu..

ohh gua teringat satu kisah dimana ada sorg mamat
Dengan minah ni satu group dgn gua..
Mamat ni bisik bisik dengan awek dia,
Pastu diorang cakap dengan gua..

'eh,mat gua rasa gua penah nampak lu 2 tahun lepas'kata mamat..

'eh, ye ke..course apa ek'kata gua pelik..

'ala matematik' kata budak tu ssambil sengih2..

Gua dalam hati cakap 'damn diorg tau gua tukar
course plak..sial betol..'

'eh, mana pulak..'kata gua releks..

Pastu mamt tu dgn awek dia mula bisik2..
Yang paling best, dia kantoikan diri sendiri..
Kalau dia cakap dia jumpa gua 2 tahun lepas maksudnya,
Dia penah kantoi dan tak grad2 lagi..

Oh gua ternampak mamat tu bwak mercedes baru2 ni..
Sama ada dah grad atau tak..gua tanak tau..
Be it!

*kadang karma ni pedih jugak rasanya

Dah tolong, tak appreciate. Come on grow up!

Pernah tak luorang buat satu benda untok tolong
member lu? Tapi turn out, member luorang tak appreciate 
langsong? 

Yang paling best, bila sakit, bila agak-agak tak leh buat
benda tu, mula la cari luorang. Cakap dia takleh buat,
walhal dari awal lagi luorang cuba encourage beliau 
siapkan benda tu.

Gua senang je orang camni, gua malas nak layan dah kalau
tak appreciate bila gua bantu. Macam adik sedara gua, gua nak kasitau
PMR ni kalau study last minit pon boleh dapat banyak A, tapi bantai
tiru jawapan belakang- mana la nak cemerlang. Lepas je kantoi PMR,
gua agak ralat nak tolong- gua hanya perhati dan senyum je. Gua senang je-
bila buat macam2 dengan gua, sorry gua nak tolong. Ingat gua nih apa?
Lain la anak gua.

So, ingat ingat sendiri. Gua dah encourage, pujuk, tapi kalau taknak buat
jugak-jangan pin point kat gua dah la..salah sendiri susah nak nampak,
bila bagi nasihat pandai pulak twist sana twist sini.

Gua terasa dibongokkan. Sabar je la.

Sunday, May 6, 2012

Bilik kepam

Gua nih rasa segan nak luahkan perasaan
kang di cakap besar kepala..
Namunatas dasar kebebasan bersuara,gua
luahkan juga..

Gua nih tak suka oranf pakai heater dalam
bilik..kali ni gua tak kisah pasal letrik..
Bukan kena bayar pon bila duduk sini..
Tapi heater nih, terutama kipas berheater nih
selalu buat kulit kering..pastu badan rasa gatal..
Dalam erti kata lain kena pakai lotion pulak..

Cuaca sejuk la best..kita study jauh2 nih bukan
nak rasa satu musim mcm Malaysia ni je,tp nak rasa
semua cuaca.skang ni dalam bilik gua terlalu berkuap..
Rasa panas sangat..tolong la, bilik ni dah cukup kepam
dengan cuaca panas..

Kalau nak panas sgt, apa kata sarung je sleeping bag..baru
Layan tido bila keliling kita sejuk..skang ni gua
nak pakai slimut pon malas sbb cuaca panas..dayummmmmmmmmmmmm

Friday, May 4, 2012

cikgu hanya layan budak popular..rentetan hati dr freak

Gua ada cikgu, badan dia tegap..
dik kerana ketegap pan badan beliau,
badan, belakang tengkok dan kepala beliau
straight..macam pembaris kayu besar masa
sekolah rendah..maksud gua postuer badan dia..

Nama beliau cikgu Badrol..gua takut cikgu ni,
satu sipat yang tak berapa nak gemar ialah
suka tengking tengking..lagi satu gua perhati
beliau ni tak berapa suka budak tak popular..
dia suka student popular, terutama budak bola
sepak atau atlit..dia ni coach bola..so time
bersembang sembang dengan budak bola,
perghhh tersenyum kambing..tapi dengan budak
nerd, senyum pun tak, apatah lagi nak cakap..

ada sekali tu masa gua darjah 5 gitu, gua ternampak dia..
dia mintak tolong gua..gua sangat berdebar debar..
gua takut la dia marah gua, takut gua silap.. dia suruh
jumpa cikgu Hisham, bagitau tukar warna wayar,
sebab time tu ada masalah teknikal masa perhimpunan..

gua pon berlari nak cari cikgu Hisham..gua tersilap
cari..dia cakap cari kat bilik 4a..gua pon jenuh cari 4a..
dia dah mula marah, dia mula shift gear guna nada tinggi..gua pon
berlari lari lagi cari..last last kena marah pulak..macam
haram cikgu ni..

sebenarnya rumah cikgu badrol pembaris straight ni,
sangat dekat dengan rumah gua..tapi disebabkan
gua tak popular, jangan kata nak tegur, nak angkat
tangan pon rasa nak muntah..

pastu ada sekali, gua main recorder..ala, yang alat seruling
warna putih, pastu ada 6 lubang..gua ada ujian tiup recorder..
gua tiup2, sumbang bunyinya...cikgu badrol jadi pemeriksa ujian
muzik time tu..
gua tiup recorder depan dia..tiga kali bunyi sumbang..dia kata,
dah la..kecewa gua..dia dismissed gua..

kepada cikgu badrol sekolah sg Rapat, Ipoh..
walau lu mengamalkan favouritism melampau,
walau gua tak popular masa darjah 5 dan 6,
walau gua tak penah bersembang dengan lu,
walau gua kena marah dengan lu,
walau gua tak pernah jadi superstar main bola
dengan lu,

gua still...





dapat belajar melepasi laut..




favouritism lu, tak bunuh gua..

*gua cikgu muda zaman sekarang, tak ambik contoh
cikgu macam ni..loser kan budak je..

Wednesday, May 2, 2012

Kadang gua ni baran juga

Muhamad Freak ISHAK
2A Jalan Alison
2301 Ranswick
NSW Aostralia

29 April 2012

House Secretary Malaysia Hall
Encik 'I have POWER'
Alamat sama shaperti diatas

Tuan,

Berbudi bahasa ketika membuat pengumuman,

Apa khabar saudara? Sihat sejahtera kah?
Atas perkara diatas saya ingin memberi sedikit
nasihat terperinchi mengenai tingkah laku saudara
ketika membuat pengumuman.

2. Umum mengetahui, setiap hari Ahad, penduduk malaysia hall
yang bertugas dikehendaki untuk bergotong-royong membersihkan
kawasan malaysia hall. Namun disebabkan aktivtiti gotong royong ni
bermula selepas makan malam, semua orang kekenyangan dan rasa
mahu tidur. Mungkin atas sebab ini saudara bertindak
menggunakan mikrofon untuk memanggil pelajar bertugas dengan
menjerit dan meneran-neran suara seperti pegawai tentera turus 1.
Bagi saya, level suara saudara ini kurang digemari anak telinga saya.
Bukan itu sahaja, saudara kelihatan seperti menunjukkan perangai
'this is my play pan' yang amat jelas.

3. Mohon saudara ketahui, saya ada menumbuk pintu bilik sekali atas
sebab terlalu tension ketika pengumuman dibuat ulang kali. 
Ketika itu saya sedang membuat kerja, namun
saudara terlalu girang membuat pengumuman seperti dunia
ini anda yang punya. Saya akui tindakan saya menumbuk pintu itu salah,
namun bagi saya 
"Bolehkah saya gantikan pintu dengan muka anda?"
Ketika itu darah saya, sudah naik ke 43 ferenhight.
Kalau ada 

4. Mohon pihak saudara, mengambil serius soal penggunaan pembesar suara
di Malaysia Hall yang mulia ini.

Oleh yang sedemikian, saya dengan rendah diri dan rendah adab ini,
menghendaki saudara agar kasihani diri sendiri, diri orang lain, dan diri
pelawat. 

Sekian terima kasih.

Yang benar,
Freak Ishak
Aktivist Pembenci Hegemony Wannabe

p.s- hidup ini perlu pandang kiri dan kanan juga