About Me

My photo
Blog ini bukanlah blog ilmiah, jadi sila tutup buku ketika baca blog ini. Penulis blog maseh belajar di unisti yang tak terkenal di dunia. Blog ini khas untuk bakal anak penulis. Jika penulis mati dulu sebelum sempat ada anak, maka anak yatim layak mengaku penulis ini bapak dia.

Wednesday, May 2, 2012

Kadang gua ni baran juga

Muhamad Freak ISHAK
2A Jalan Alison
2301 Ranswick
NSW Aostralia

29 April 2012

House Secretary Malaysia Hall
Encik 'I have POWER'
Alamat sama shaperti diatas

Tuan,

Berbudi bahasa ketika membuat pengumuman,

Apa khabar saudara? Sihat sejahtera kah?
Atas perkara diatas saya ingin memberi sedikit
nasihat terperinchi mengenai tingkah laku saudara
ketika membuat pengumuman.

2. Umum mengetahui, setiap hari Ahad, penduduk malaysia hall
yang bertugas dikehendaki untuk bergotong-royong membersihkan
kawasan malaysia hall. Namun disebabkan aktivtiti gotong royong ni
bermula selepas makan malam, semua orang kekenyangan dan rasa
mahu tidur. Mungkin atas sebab ini saudara bertindak
menggunakan mikrofon untuk memanggil pelajar bertugas dengan
menjerit dan meneran-neran suara seperti pegawai tentera turus 1.
Bagi saya, level suara saudara ini kurang digemari anak telinga saya.
Bukan itu sahaja, saudara kelihatan seperti menunjukkan perangai
'this is my play pan' yang amat jelas.

3. Mohon saudara ketahui, saya ada menumbuk pintu bilik sekali atas
sebab terlalu tension ketika pengumuman dibuat ulang kali. 
Ketika itu saya sedang membuat kerja, namun
saudara terlalu girang membuat pengumuman seperti dunia
ini anda yang punya. Saya akui tindakan saya menumbuk pintu itu salah,
namun bagi saya 
"Bolehkah saya gantikan pintu dengan muka anda?"
Ketika itu darah saya, sudah naik ke 43 ferenhight.
Kalau ada 

4. Mohon pihak saudara, mengambil serius soal penggunaan pembesar suara
di Malaysia Hall yang mulia ini.

Oleh yang sedemikian, saya dengan rendah diri dan rendah adab ini,
menghendaki saudara agar kasihani diri sendiri, diri orang lain, dan diri
pelawat. 

Sekian terima kasih.

Yang benar,
Freak Ishak
Aktivist Pembenci Hegemony Wannabe

p.s- hidup ini perlu pandang kiri dan kanan juga

1 comment:

nzhh said...

salam en Muhammad Freak ishak....always pun memang BARAN kot...kan? klu betul kasi jatuh itu kepala...