Kalo baca tajuk memang la nampak macam serious..tapi
tengok la gua ni, kecut perut sikit kalau naikk kapal terbang..
kalo ada awek sebelah gua, gua buat buat berani..tapi
sekali terhenjut sikit kapal terbang, habis
terbang semua ego gua..berpaut la pada
hand rest kiri kanan tu..
dalam bulan 6 haritu, gua berpeluang naik
kapal terbang jenis Cessna..kapal terbang
kecik berkapasiti 4 seat..Cerita dia bermula gini..gua ada sorang
member yang belajar piloting dekat
Bankstown airport..nama dia akademi tu Basair..
Since dia ni dah dapat lesen yang
bolih dapat penumpang, dia offer la
gua ikut dia..kira gua jadi first penumpang
dia la..kawan gua ni cakap, ajak la lagi sorang..
so ingat nak ajak Ika, sorang minah belajar
kat university technology of sydney..
tapi dia cakap
" aku kira berat kita bertiga kalau naik cessna ni
macam tak lepas"kata beliau yang berusia 19 tahun
"apsal?"kata gua pelik
"sebab aku kira kan, kalau kita naik 3 orang,
besar kemungkinan kapal terbang tak sempat
naik pastu crash masa take off.."
jadi lepas plan, ika tak dapat ikut..so gua dengan
member gua ni yang akan naik flight nih..
plan dia, gua datang pukul 6.30 pagi dekat
apartment dia, atas kedai steak Volcano..
gua bangun pagi tu awal gila..nerves tak nerves,
gua selamber badak je pegi..
bila gua pick up je dia..dia pesan kat gua..
"lu ada beli makan tak? nanti kita naik
kapal terbang lama tau..kalau berenti dekat
epot kecik tak ada tempat makan semua..
air paling penting..takut dhydrated" sambung
beliau lagi..
gua pong, pusing kat fastfood beli burger..
beli air minieral dekat stesen minyak..semua gua
belanja dia..nak tau sebab apa gua belanja??
sebab nak sewa kapal terbang bukan murah..
ikut rate perhour/perminute..so gua takde la
nak berkira dengan dia..lagipon ini satu peluang
keemasan..
sampai je dekat epot Bankstown, member gua nih
pesan kat gua.."lu duduk dalam kete diam diam,
bagi gua setel register dulu"kata dia macam nak
pegi rompak kedai emas area jelatek..
lama jugak la gua tunggu..naik cebu perut gua..
30 minit dia kuar..dia cakap ok jom bebeh..
satu gua kena jelaskan, dekat bankstown ni
banyak company yang bukak akademi bukan
Basair je..so basair kompeni kecik yang ada
kapal terbang yang agak usang..gua tengok pon
ada rasa ragu ragu jugak..tapi apa ada hal..naik je..
sampai je kitaorang dekat kapal terbang tu..member gua
suruh gua duduk dulu dalam kapal terbang tu..dia cakap
"mat, kat kaki lu ni ada satu benda yang tak boleh pijak"
"so aku nak kena buat apa?"kata gua pelik..
"haa jongkit kan kaki tu..biar tumit je sentuh"kata
beliau lagi..
lepas gua keraskan diri..gua tengok la dia check sayap kapal
terbang..panjat kapal terbang sebab nak cek apa ntah..
gua rasa kalau gua ajak dia pegi cek kereta sekenhen mesti dia
panjat2 kereta..mesti salesman takut nak tipu gua..
lepas 20minit dia check area badan kapal terbang..
dia check semua button pulak..
nak tengok fungsi ke tak..
time tu cuaca gelap gila..macam nak hujan..
member gua cakap, kita try avoid hujan..
kita gerak arah sana, sambil tunjuk arah barat..
gua tak kesah..janji terbang..
lepas semua ok..dia pon pasang enjin..perghh kuat gila..
sampai gua nak cakap dengan member gua pon tak
dengar..so dia pasang earphone khas..ala dalam movie
kan kita dapat tengok , kalau naik helikopter diorang pakai
earpone dan cakap antara satu sama lain..sebijik
headphone tu la kitaorang pakai..dalam terma yang simple,
noise cancelling headphone..rasa macam kat
persidangan PBB plak bila pakai..
jadi bila dah start je berjalan..kapal terbang ni
gerak pelahan..sampai satu point ni kitaorang berenti..
dekat depan kitaorang ada satu kapal terbang cessna yang
tengah tunggu arahan dari pondok kawalan..
so sementara nak tunggu mamat depan tu terbang..
member gua ni bagi instruction..benda ni penting
sebelum fly..ini procedure yang perlu dijelaskan
since gua nih kalau situasi panik, gua mungkin akan
tutup mata dan kencing..
lepas je bagi instruction, member gua call pondok kawalan..
lepas je bagi line clear instruction..tiba la masa untok take off..
masa tu enjin dah bunyi gila babi kuat dah..pastu kapal terbang
full speed..ada rasa daya tujahan skit...terangkat semua tayar
kapal terbang, gua yang gayat 5% naik jadi 100%..
kalau luorang tengok video bawah..gua banyak amik video
dalam kapal terbang atau tak nampak luar sangat..
ini kerana gua gayat..bila takut gua jadi kaku..
celah kangkang gua juga terasa tiada apa..
sampai satu tahap..gua ni rasa takut gila babi bila
semua hutan nampak kecik macam kacang pis..
tu takpe lagi..yang buat gua rasa nak heart etek,
bila member gua ni masa bawak flight, 3000 kaki
nih, boleh je selamber buat calculation..kira pakai
jari takpe lagi..ni kira pakai jangka lukis..kira pakai
pakai pensil semua..tiap kali dia buat calculation,
kapal terbang naik atas skit..senget sikit..
lu tau tak perasaan bila jantung berdegup gila babi kencang?
rasa macam nak suruh patah balik je..
ok ini gambar masa sebelum flight..bayangkan dia boleh
pegang satu tangan dekat stereng kapal terbang tu,
sambil kira direction..
time lalu atas hutan ni..gua dah berpinar mata..hati gua
selalu bikin gua panas..ada ke time tengah terbang atas
hutan hutan ni boleh pulak terdetik "ni kalau crash ni
mampus ni..langgar pokok pokok ni."
"kalau crash ni..tak jumpa orang nih.."
dalam 25 minit menuju arah barat(atau timur,,gua pon tak tau)..
member gua cakap...tempat kita nak pegi ni
tak boleh lepas la..semua ada awan hitam..
so dia cakap, kena patah balik kat epot..
kapal terbang ni sangat sensitif pada hujan
serta angin kuat..gua cakap kat member gua..
"ok..takpe takpe..lain kali la kita fly jauh sikit"
tapi dalam hati gua, nak balik sekarang jugak..
bila naik kapal terbang ni, passenger kena tolong
pilot..disebabkan tak ada radar macam jet..naik
kapal terbang kecik ni kena tengok sendiri ada tak
kapal terbang datang ke arah kita atau terbang
dekat dengan kita..kalau tak alert, silap aribulan
bertembung satu sama lain..dua kali jugak
kitaorang nampak kapal terbang kecik..
satu kapal terbang yang terbang rendah untuk
tengok scenery, dan satu lagi halus sangat, gua tak
nampak pon..walau
pon jauh, member gua nih suruh gua perhati je
kapal terbang nih..takut dia terbang arah kita..
lagi satu, member gua contact kontrol tower
dengan picit butang dekat stereng..sebelum
nak landing..dalam 15 minit macam tu dah call
control tower, tanya bila boleh landing..
bila nak landing tu, hujan dah start turun..
kapal terbang bergegar-gegar..
time tu, member gua turun kan sikit tinggi kapal
terbang pastu landing..
time landing tu, gua rasa sangat lega..
landing pon ok..gua terasa bangga sebab member gua ni
pro dan dapat landing flight dengan bergaya..
itu pon dia cakap dengan gua, "sorry la landing tak smooth"
kata dia macam tak pueh ati..bagi gua, asal landing cukup ar..
jangan terhempas rodok jalan tar sudah ar..
balik dari 'jalan-jalan' naik kapal terbang tu,, gua belanja
dia makan pizza..ala apa la sangat belanja pizza seploh dollar
large, nak dibandingkan pengalaman naik flight kecik..
langsai je makan semua..gua hantar dia balik, pastu gua
cau balik..
gua rekod video nih sebab gua rasa satu kepuasan rekod
semua yang berlaku dalam flight..
.sebenarnya ada lagi video, tapi since ada banyak
sangat muka gua, gua malas la nak letak..kalau luorang
nak cari video cam yang handy dan kecik macam henpon,
try la cari sony bloggie..sangat kecik dan gambar clear..
kadang pakai henpon, quality dia sangkut2..tu yang gua
malas nak pakai henpon..plus bloggie ni memang khas
untok amik video bagi yang tak nak serabut kepala pilih
scenery la..mode itu ini..dia just tekan butang
dan rekod..
adakah gua akan naik flight macam ni lagi?
mungkin bila anak gua jadi pilot plak..sapa tau..