About Me

My photo
Blog ini bukanlah blog ilmiah, jadi sila tutup buku ketika baca blog ini. Penulis blog maseh belajar di unisti yang tak terkenal di dunia. Blog ini khas untuk bakal anak penulis. Jika penulis mati dulu sebelum sempat ada anak, maka anak yatim layak mengaku penulis ini bapak dia.

Sunday, November 3, 2013

Benda yang lagi interesting dari politik pusing pusing, itu juga...

Dum dam dum dam bunyi
dendangan lagu ala ala disko
yang sudah lali gua dengar..
sakit kepala denyut denyut macam
orang ketuk kepala dengan hammer..
Sapa sapa rasa nak duduk bukit jalil,
pastikan rumah korang jauh dari
stadium bukit jalil..sebab apa?
sebab bila ada konsert, bunyi
kuat nak mampos..oh benda ni terpulang
kat korang..bilik gua nih mengadap
stadium, jadi bunyi sangatlah
menjengkelkan..


Sekarang ni, gua tak tau
la luorang perasan ke tak
orang muda/budak-budak
dah biasa dengar lagu yang selalu ada kat
kelab malam..tak kesah la apa
nama kelab tu, tapi lagu-lagu ni
kita sedar atau tak dah mula
masuk ke corong-corong radio
yang dahagakan perhatian..
tak kesah la era ke hot ke..
radio ni bukan kesah hubungkait lagu
dengan tempat diputarkan lagu tu, janji popular
mesti main lagu tu..

bila lagu dj yang selalu main kat kelab
ni masuk dalam radio..dah jadi hit,
teka la apa jadi kat kepala otak budak
budak..ada sekali tu, 2 member gua nih
sembang pasal dj mana lagi best..nak
dengar dj top ni kena la masuk dalam
kelab dan mesti lah pakai $$..

Gua teringat lagi, ada satu haritu gua
jalan2 waktu malam (naik kete) dengan
abang gua serta adik sedara gua..
ada satu kelab ni tanpa rasa bersalah
main lagu Alhamdulillah sekuat alam..
dum dam dum dam bunyik nya..


ini semua dalam minda bawah sedar
(subconscious mind) kita..
luorang tengok la kesan dia..mula-mula
main dalam radio, 4-10 tahun bila
budak kecik/remaja yang familiar
dengan lagu dj tu start minat dengan
genre tu..dan puffff..selamat datang ke kelab
malam adik adik ku..

bukan setakat lagu je..hair style pon dia
bagi kesan kat member member,
anak pakcik felda, para graduan,
para calon temuduga, anak pak maon
dan sebagainya..bila dah radio 'beri
galakkan' sebab lagu dia 'sedap & famous',
sesetengah remaja anggap boleh la jadikan
dia ikutan..maka rambut macam slop tepi pon
boleh la..


Sonny Moore posing with his Skrillex haircut and reading glasses while pointing with his finger up during a DJ session
sapa nak hansem dan coolmacam saya, sila potong rambut macam ni



http://www.skrillexhaircut.com/

bai bai semua..rambut macam mamat
atas ni belambak gua tengok..
bosan gila beb, bayangkan member
sendiri rambut macam ni, pegi
interview ada orang rambut macam ni..
naik lrt ada..bawak kete tengok tepi
ada orang rambut macam ni..
nak pegi toilet, yang jaga toilet rambut macam
ni..nak keluar toilet ada mamat rambut
camni masuk tengah tunggu nak guna
toilet..

luorang kena ada pegangan hidup
kukuh sikit la..jangan jadi lalang
ikut benda popular..benda paling gua
respek bila nampak pak cik
umur 50 tahun rilek je pakai baju tengkorak
sluar jeans lusuh..itu baru sejati..
minat satu genre muzik bukan
sebab popular tapi sebab
jiwa dia rasa selesa..


bila gua potong rambut gua yang
panjang sebelum pegi interview,
brother kedai tu cuba nak buat rambut
gua macam skrillex tu..tapi gua tak mau..
rela gua rambut tengah macam ni..















perghh baru la kacak..tapi gua amik
keputusan untok belah tepi..macam gua
derjah nam, sambil pakai jel sikit..baru
la hansem..gua berambut tengah
dari darjah 5 miang keladi
sampai la form 5 ke atas..sampai kolej
pon rambut tengah..betapa setia nya gua
dengan rambut tengah
walau ombak rambut pacak melanda
bagai tsunami..


kesimpulan gua...
muzik:
1. kalau suka beat/genre yang
bermain dengan beat yang
awesome, tolong
main kan lagu dalam kelab malam,
tutup pintu rapat rapat dan pasang
kuat kuat sampai semua jadi bangang abadi..
jangan buat konset/tempat awam..


2.kalau nak buat satu benda, tanya
kepala hotak lu dulu..benda ni hanya
satu trend atau memang satu benda
yang lu suka buat.. jangan tengok
orang buat rambut slope tepi, semua
nak ikut..kena ada pegangan sikit walau
dengan sekechil kechil perkara seperti
shave misai, dye rambut, atau contoh
lebih mudah pakai boxer sebab
senang mandi sungai bila
ponteng sekolah..

p.s ala spenda pon bolih
la bangang..

1 comment:

Noor Hafizah said...

Yup skong sgt2...ank muda skunk kne ada pndirian bru ley hdup slesa...ni asik ikut bnda popular smpai hilng jati diri..adeii malu laa...then mmng yg duk aprtmnt depn bukit jlil akn dgr mcm2 bunyi..nsib baik skula cuti sbtu ahad klo x pcah gk tlinga nk ngjr