About Me

My photo
Blog ini bukanlah blog ilmiah, jadi sila tutup buku ketika baca blog ini. Penulis blog maseh belajar di unisti yang tak terkenal di dunia. Blog ini khas untuk bakal anak penulis. Jika penulis mati dulu sebelum sempat ada anak, maka anak yatim layak mengaku penulis ini bapak dia.

Thursday, August 29, 2013

'ustad' yang berbahagia berkata 'ya, anda dijankiti sakit sawan babi setan'

Semalam gua menjangkau 26 tahun,
bila dah besor panjang, ditambah dengan
bulu muka (misai) yang tak henti
tumbuh, gua merasakan tiada apa
yang lebih penting dari hidup berdikari
tanpa bantuan mak pak gua..

Anyway, pada pagi besday gua, sesuatu
tidak dijangka berlaku..mak gua bangun
je dari tido terus cakap nak air..gua baru
je nak tegok air mineral dekat tangan gua,
terus gua bagi dia..dia minum seteguk dua..

pastu mak gua terus mintak baldi, nak muntah..
gua jadi pelik..kenapa tiba-tiba jadi macam ni..
semalam elok je..pastu mak gua jadi lemah..tak boleh
jalan..gua jadi panik sebab mak gua nak pegi toilet
pulak..gua panggil abang gua untuk papah mak gua
ke toilet..

bila mak gua baring atas katil, abang gua nih pegi
la call sorang 'ustad' ni..gua tak tau kenapa perlu
rely on 'ustad' sebab boleh je pegi hospital..anyway,
'ustad' ni cakap ada benda menyinggah..which is setan
or hantu..melalui panggilan talipon yang hanya 45saat ke
seminit, saudara berbahagia 'ustad' ni dapat identify
yang mak gua kena buatan orang...hebat..

bila petang, keadaan mak gua betambah teruk..
dari boleh gerak kiri kanan, dah tak larat nak
gerak langsung..setiap kali makan, mak gua muntah..
non stop..badan dia dah tak boleh terima sebarang
cecair (air) ataupon pepejal (biskut)..keadaan
time tu macam plastik..gua nih tak henti henti
picit kepala dia sebab dia pening kepala..

by 4pm, doktor dari klinik dekat apartment gua
datang..dia cucuk air masuk dalam badan,,
gua rasa dia nasihatkan bawak mak gua
pegi hospital (gua takde time doktor datang umah)..
lepas maghrib family gua bawak mak gua pegi hospital..

bila check, darah mak gua tinggi..mesin tu berbunyi
tanda dalam aras bahaya..bunyi tak berenti..titttttttttttttttttt...
kuat kata engko..

itula, lain kali pegi hospital dulu..jangan
pecaya 'ustad' ni cepat sangat..ok gua kasitau satu rahsia..
cuba lu pegi kat orang yang 'pandai' berubat ni..
luorang cakap luorang asyik pening kepala je..
jarang (amat amat jarang), dia akan cakap,

1) dah pegi hospital ke check?

2) migrain rasanya ni.
etc.

3)pegi la beli asam boi (ni lawak je..)

diorang akan jump to conclusion
yang luorang kena buatan orang..
amat jarang diorang cakap, "tak ada
apa dengan lu ni..perasaan je"..

paling kurang, dia bagi lu air jampi dia,
suruh minum..buat modal lu tenang..bila
perkara macam dah selesai, secara psikologi
luorang akan rasa tenang..tak percaya,
kalau henpon lu rosak, lu hantar kedai..
dia godek godek..dia cakap, bateri
rosak je..lu orang pon lega..luorang
rasa ahhh tenangnya..

jadi, nasihat gua..pegi la hospital/klinik dulu..
kalau tak jumpa masalah baru la cari ustad-ustad
bertauliah yang suka bantu orang..bukan yang jenis
tangkap lepas je..main hentam je..kalau la, kitaorang
percaya cakap ustad tu tadi, tak ke naya mak gua..
gua mintak la, kalau tak tahu, jangan la assume..
kalau tak tahu menahu sakit orang..

kalau la luorang anak pengamal perubatan,
apa perasaan lu bila dapat tau, bapak lu
charge rm 50 setiap kali orang datang mintak
bantuan,,padahal bapak lu tu main bantai
je..buat air skit,,baca ayat Quran skit..bagi orang
minum..padahal satu pon tak tau apa sebab..
duit orang tadi, dia bagi lu buat belanja..
apa luorang rasa? ah, tak kesah la, janji bapak
gua berusaha..berusaha menipu?
ceh pigida..

Wednesday, August 21, 2013

Penebar roti canai jangan kita lupa bulan raya ni

Hari raya pertama gua lepak KL je..
lengang terus KL..
Pegi sembahyang raya dekat surau, yang ada
warga oversea je.. Bangladesh dan
Indonesia penuh hiba..

Tengah hari, dah rendang sama lemang takde,
gua, abang dan mak gua pegi ke restoren mamak
dekat belakang apartment gua tinggal..
orang tak balik kg akan lepak situ sebab
satu2 kedai mamak yang bukak
area situ..plus, korang kena paham, yang kedai mamak
ni wajib ada setiap radius 5 km, sebab
sumbangan diorang tak terhingga..

jadi sempena bulan syawal ni, gua tergerak hati
kongsikan kehebatan penebar roti canai..
roti canai bukan semua orang boleh buat..
silap gaya, muntah kalau tak sedap..
jadi vidio ini menceritakan
cara penebar roti canai kedai mamak
yang owesomem..terasa lapar nak roti telur..

Monday, August 12, 2013

kehidupan sosial dan tektik gua bila jumpa kawan lama/orang gua tak kenal

Sejak dua minggu gua balik ke rumah ni, gua
macam rindu je hidup di sydney..selain dari
hidup bebas masalah keluarga (bagus untok minda
yang nak study), gua rasa kemahiran sosial gua
meningkat naik..gua kuar bilik je, ada orang tegur,
"ha bai, malam ni movie apa?"kata Mirul
"lu pileh je, gua pasang je"gua jawab selamba sambil bawak cawan
nak bancoh air teh susu..

roomate plak memang terbaik..ntah kenapa
sebelum gua cau, dapat roomate baik..mungkin
tuhan nak bagi gua memori indah kot..macham mana
ntah, dia boleh jadikan hati gua ni tak panas sangat..
maksud gua, gua ada la bengang skit, tapi dia
pandai amik hati supaya gua tak bermasam muka..
yang gua suka bilik dengan dia, dia understanding..
kalau nampak gua tengah tido, dia tutup lampu,
dia cau study kat depan..kalau gua nampak dia tido
gua selimutkan dia, dan kucup dahi beliau
(kalau dia perempuan aaa..ni lelaki yop, mesti la gua tutup
lampu je)..

bila gua balik Malaysia, gua duduk bawah tempurung balik..
 duduk kat apartment memang la
tak syok..gua ni dah la tak suka duduk tempat kepam..
bilik gua super panas..ventilation tak ada..pintu bilik
kena tutup, sebab tak nak kucing masuk..kalau masuk
abis la diorang kencing merata, nak marking territory diorang..

bila gua fikir balik kan..

sekolah.......sorang je,,lain lost contact
kawan gua kat kolej.....lost contact
kawan sydney....ramai..tapi rata-rata duduk jauh
dan dah bayar bil air dengan mudah (dah kawin ar)..

luorang rasa kawan kolej gua panas tak dengan gua,
dari 2009 hingga 2013 gua tak kontek diorang langsong..
(2008 gua masih kontek diorang skit2)..terus terang gua
belum ada achievement dalam idop yang boleh pegang
kaki gua bila berdiri..at least gua kena ada kerja dulu..
bila ada achivement ni, baru gua rasa senang
bila jumpa kawan-kawan..gua ni jenis cepat sentap,
terutama kalau kawan tanya pasal diri gua..bila nak kerja,
course apa lu buat la..at least bila gua dah kerja, takde la
diorang nak tanya macam macam..

gua kalau boleh gua tanak kasitau la gua ada master..dari
mana gua grad, kalau boleh gua nak rahsiakan..
ini weapon paling berharga buat gua, agar dapat
counter dari kengkawan yang suka gebang-gebang
cerita bangga diorang mengenai kereta berapa bijik
diorang ada, rumah yang diorang ada (berutang pon bangga ke?)
Kalau diorang paksa gua kaw kaw, baru gua kasitau pasal
gua study mana..

1) tahap pelajaran gua..gua memang suka tengok orang
teka dulu apa gua belajar..gua suka diorang jadi typical..suka
diorang jadi orang melayu sejati..tengok muka pastu cakap gua study
takat kolej je..nice one (tak salah belajar kolej, gua sendiri belajar
kolej dulu..),

2) kat mana gua belajar..luorang penah tak tengok seseorang
pastu luorang cakap camni dalam hati "budak uitm je budak ni..
baju pon selekeh.."..
terkejut tak kalau member yang mengeteh
kat kedai mamak kasitau lu,
"eh budak selekeh tu, yang lu dok usha dari tadi tu..
 nama syukri..grad U.S bro..terbaik
dari ladang"..kata member lu sambil sambung
ushar majalah mangga..
mesti luorang macam tak percaya.. gua nak orang
rasa macam tu la..

gua rasa
gua layak enjoy sedikit privilege sebagai orang yang penah belajar oversea..
bukan senang nak sacrifice relationship dgn family, dengan sanak saudara,
awek, dengan mak cik jual nasik lemak, mamak bulu dada lebat serta
pak guard bangla yang sangat garang (tapi kalau luorang melawan,
takut pulak dia)..

terus terang, masa gua jumpa wan beruang, gua kasitau dia
gua study kat kl, padahal time tu baru je balik cuti dari stadi..
bukan nak tipu, tapi malas bersoal jawab..

gua dah set kepala hotak, gua tak boleh bangga
lebih lebihan, kerana takut bila bangga sangat
muka jadi bangga tukar jadi bangsat sebab
hidung besar selalu..

Thursday, August 8, 2013

Raya memang sedih sampai kluar airmata

Tup..tv jenama panasonik menyala..
channel 555 estro gua tukar pada
rtm 1..bebudak kecik baru lepas
baligh kelihatan gembira nyanyi
lagu raya..ada gaya artis tapi
suara tak berapa nak artis..
gamaknya kalau jadi artis kena
la buat gaya feeling feeling gitu..

kalau gua masuk tv, gua kena tiru
gaya artis la..maklum la diorang
memang pakar depan kamera...
kalau tak orang cakap kaku,
buang masa..
tv bukan untok artis je la oii..
asyik raya je tunjuk artis
punya rumah terbuka, tunjuk
la orang yang keje oversea
yang tak dapat balik..
keje askar kat UN ke,
buat phd ke..ni tunjuk
artis je manjang..

kalau artis tu rumah dia
12000km dari kampong,
gua rasa layak la tunjuk
diorang bersuka ria..ni
ghumah pon 2 jam driving,
time interview
sedih nangis beria ria..
pi tengok student yang kena
pegi kelas time raya..
luorang kena selalu ingat
kat bebudak/abang/kak
yang study/keje kat oversea..

stesyen tv ni plak kaki rating je..
time raya tunjuk movie
berlumba lumba..
gua rasa tiba masa stesyen tv
ubah tradisi ni, raya bukan
nak suruh orang longgok
depan tv, tapi bersosial
antara sanak sedara(bersembang,
mintak maap, dsb) dan
eratkan siraturrahim..

gua rasa gua layak wakilkan
budak oversea untuk bagitau,
kalau rumah kat kl, tak dapat
balik perlis, rilek la brader..
raya sebulan..tak payah
feeling feeling hingus..
ada peluang balik la..
lain la student phd yang
kena stenby lab, ada experiment
running dari pagi sampai malam..
keluar pagu balik malam,
makan apa yang ada..

ingat, raya ni jangan fikir kita
ni paling malang..enjoy
little things..