About Me

My photo
Blog ini bukanlah blog ilmiah, jadi sila tutup buku ketika baca blog ini. Penulis blog maseh belajar di unisti yang tak terkenal di dunia. Blog ini khas untuk bakal anak penulis. Jika penulis mati dulu sebelum sempat ada anak, maka anak yatim layak mengaku penulis ini bapak dia.

Saturday, June 29, 2013

milo panas sudu kecik

Dulu masa gua kecik..gua suka milo.. hari hari gua minum milo..
saat paling best, bila gua minum milo guna sudu kecik..
pastu hirop pelahan lahan sebab panas sangat..
kalo nak best skit taruk dalam piring sambil hirup..
berdiri atas kerusi memang satu kewajipan bagi gua..
abang gua plak kacau milo dengan susu pekat 
tapi tak taruk air langsung. just makan gitu je..

masa tingkatan 1 camtu, gua ikut abang gua 
pegi sure heboh!(time tu tak tukar jom heboh lagi).. 
gua ni dahaga gila, so gua cakap la kat abang gua nak beli air.. 
gua pon tengok banyak betoi pilehan air air yang bolih gua beli.. 
nampak je milo, gua terus beli..
kawan abang gua, sound gua..dia cakap..
"apesal hang beli milo, kat umah pon bolih buat"..
gua senyap je..sebagai peminat milo, gua terasa sentap..
takkan gua nak order air yang tak menepati anak halkum gua..
"kak, bagi saya susu akak satu gelas"..tu je pengganti milo..

sekarang, kat ostolia..milo satu minuman yang sangat palsu..
umpama lelaki pakai gel rambut..buat2 hansem padahal tak..
rasa milo tawar sangat..geli gua minum..kalo tak pecaya, 
luorang beli milo satu tin kecik..try buat air..
gua sure lu tak sabar nak balik Malaysia..

kalo la luorang bagi pilihan antara internet dan milo panas..
gua akan pileh milo panas..sebab masa silam yang 
bersangkutan dengan dengan milo amat besor 
maknanya sebesar jerawat remaja gatal..
intenet tak besar impak pada gua selain ceramah ustad don..lol

Friday, June 14, 2013

Anjang penerajang bini: edisi baran

Segelas teh merupakan initiatif gua sebagai rakyat
biasa Malaysia yang perihatin kepada golongan
pekerja yang sibuk berkerja siang dan malam..
Jadi gua jadikan ini satu platform untuk luorang
bancuh teh/kopi/air masak/air pepsi apa2 je la..
pastu letak kan air tadi dimeja komputer dan
baca karangan gua..

Cerita ini dibuat untuk menjadi peneman luorang yang
sentiasa mencari cerita untuk releks kan minda..
seat back relaks and enjoy..kalau skimming gua rasa
gua nak tampar dahi sebab penulisan gua sangat bagus..
kalau baca sambil pakai lilin mesti rasa nak jatuh cinta
dengan gua..feel tu penting..lagi bagus kalau baca ketika
baru lepas break dengan balak..

-----------------------------------------------------------------------------------------------"

Abang maafkan Leha bang..mungkin cinta kita
disini saja bang..Wan Lebor dah pon hantar meminang..
Ayah Leha dah terima pinangan" tutur leha..sebak didada
beliau nampak jelas..

"Jangan buat begini pada abang...Abang sayang leha
sepenuh perigi di timba"...........puppppppp


Telivisyen antik ditutup..

"Apa bangang sangat cerita awak tengok ni..
Marion...oh marion..mari sini" tempik Leman..tangan
Leman digenggam..

Marion Kus Melati, belari anak ke laman tamu..
mukanya cemas.. apa la nasib beliau, Leman secara
tiba-tiba mengamuk..

"ye darling"kata Marion lembut..

"Apa darling darling sangat ni! Aku ni
balik ni nak kan kepuasan..rumah ni aku
beli supaya selesa.."kata Leman bagai di rasuk setan..

kelihatan anak mereka, Wan mula menangis..
agaknya terkejut pekikkan Leman..

"awak ingat best sangat ke tengok cerita romantik,
pasang kuat kuat..ni tengok ni..loya la tekak aku nih"
jerit Leman sambil tunjuk anak tekak..

"Darling..apa jadi ni..tak pernah...."kata Marion cuba
tenangkan anaknya yang berusia 3 tahun..

"Ahhh awak diam..meh dekat saya sekarang..
bukak baju awak tu..lama kita tak bersama.."Arah
Leman..sambil cuba peluk pinggang Marion..

"Abang ni mabuk ke..anak kita kan tengah nangis nih."
Marion cuba memberontak..bukan niat nak tolak
pelawaan suami, tapi bila tak kena masa dan waktu,
Marion terpaksa bantah..lagi-lagi sewaktu anaknya
menangis..

"Oh..awak ni..pantang saya nak seronok sikit..
mula la menolak..ni sapa punya gambar ni..awak
berpoya-poya dengan sapa!!" Leman mula keluarkan
satu buku bersaiz A4..dihempas atas meja..

"Kita tamat disini.."kata leman sambil berlalu pergi..
emosi beliau bertukar..

"astagfirullah..." Marion cuba menenangkan diri..
hatinya diurut urut..pelahan lahan beliau mengangkat
buku A4 itu..cuba mencari "gambar" yang dimaksudkan
suaminya itu..rupanya..

buku tersebut adalah skrip bertajuk "Anjang penerajang
bini" ..tersenyum lalu
memujuk anaknya..

itulah padah berkawin dengan orang teater..
suami aku kan lembut..kata hatinya..

Wednesday, June 12, 2013

Dalam hati bukan ada taman, tapi ada azam..

Lepas je present depan client, gua terus
hilang rasa nak pegi jamban...bila gua nervous
segala system dalam badan gua bercelaru..bagai jentik jentik
berenang dalam air penuh garam..terkinja kinja..

Bila kevin cakap
"muhamad last week you were better,
but today you are the best" muka serious,
gua hanya angguk..
Gua tak percaya la cakap si Kevin tuh..

Lagipon menjawab soalan daripada
2 orang wakil client, sorang professor,
dan 2 lecturer serta sorang student dari group lain
bukan la hebat mana..semua orang boleh buat..

Kali ni gua pastikan gua tak gementar..gua
buat rilek sambil tangan diletakkan dibelakang badan..
dada kedepan..bila nak jawab soalan gua langkah kedepan..
adap dan etika menjawab soalan shaperti gua "menjawab pada
guru besar, yang group gua tak isap ganja bawah pokok sambil
pakai baju sekolah koller terangkat"..
Sherly macham biasa, excellent menjawab soalan..

Bila habis je, 2 group lagi present..gua tengok diorang
punya 'question answerer' (tukang jawab soalan) mantap-mantap..
malah lebih mantap dari kumpolan gua..bila luorang tanya gua
ni dasyat ke?
gua rasa gua ni tak dasyat..

Dari kiri: kevin, gua, richard, jean, richard tomson, sherly, lucy

Surat mengesahkan kumpolan gua terpileh..

Sebulan lepas, gua terpaksa bersetuju dengan vote,
bahawa gua kena jawab soalan bersama Sherly..
Lucy seorang Australian tamau jadi 'question answerer'
sebab dia cakap dia tak bagus jawab soalan..
atau dia nak cakap dia nervous gila babi..
Walaupon dia tak ada masaelah (masalah) jawab
pertanyaan kerana beliau sangat faseh berbahasa 
inggeris, namun beliau mahu present sahaja..

Kevin pulak macam gua..
tak berani, walau gua tau dia
ada potensi gantikan gua..paling muda
dalam kumpolan gua serta mempunya accent
tersendiri, beliau menang bermain coin flip-
dimana gua kalah (terpaksa jadi question answerer)

semua dalam group optimis
nak pileh gua, mungkin warna kulit gua seumpama
lelaki Hawaii yang kerap berjemur dipantai
bersuming trunk.. Jadi anggapan orang hawaii
pandai berbahasa inggeris..

terima kasih kumpulan 5, kerana buat
gua jadi berani.. i luv u guyz (tolong jangan type
macam ni tau..sebab macam gampang)...
so type la camni.. 
i love you guys (kata gua
sambil garu ponggong)..

Tuesday, June 4, 2013

Hari cantik

"Ok guys, we can do it... Group 5 we can do it!!"
teriak sambil tangan setiap orang diletakkan ditengah
sambil menghayunkan kebawah..terasa semangat menaik..

Daun pintu dibuka perlahan-lahan..kelihatan Alex tersenyum lebar..
beliau kelihatan menanti-nantikan kumpulan yang selalu mendapatkan khidmat nasihat
untuk presentation..

"welcome, what an exciting day..wear this name tag and come on in"

Sambung Alex lagi..
Hati berdebar tidak terkira..bergoncang bak mesin basuh tapi riak
muka selamba itu yang gua tonjolkan..
kelihatan 4 orang staff dari Australian School of Business (ASB)
tenang melihat kami setup untuk presentation..

10 minit pertama merupakan azab buat gua, gua dan member gua
hanya duduk menghadap 3 orang member gua bagi presentation..
stopwatch di henspon gua bergerak pantas, sorang...sorang ...
berdiri ketepi menandakan dah habis present..

tamat 10 minit..gua dan member gua, Sherly bangun dan terus berdiri..
kelihatan 4 orang yang sedia menembak dengan rifle dan shotgun..
gua dan Sherly ditugaskan menjawab segala soalan dari judges, tak
kira la berkait dengan presentation atau soalan out of context..

Sherly, pelajar Indonesia sangat confident menjawab soalan..
maklumlah segala sudut report dikaji sebelum menyediakan
presentation slides..gua?? hanya baca report sekali dua
buat modal jawab soalan..asal dapat jawab udah la, kata
hati gua..

Apa gua jawab semuanya nak bagi group gua survive..
asal sedap dengar telinga gua balun..soalan pertama gua dapat,
tersangkut gua...mana la ada orang tanya dua soalan sekaligus..
macam baling dua batu kat gua..satu gua dapat tangkap,satu lagi
terkena alat kemaluan..gua teruskan jugak, kerna dalam komunikasi
hanya 15% content diperlukan..yang lain body language..

group mate gua hanya menundukkan kepala..kecewa mungkin,
malu pon mungkin..gua tetap menjawab soalan..malah gua
harap soalan lebih banyak dilontarkan dekat gua..

21 minit berlalu, presentation tamat..gua mintak maaf dekat
group gua, gua cakap gua tak sepatutnya pause lama..
ye la-perkataan tak sampai dalam otak gua, macam mana
nak cakap..
diorang cakap gua ok masa jawab soalan..gua tak pecaya..
even salah sorang judge cakap kumpulan kitaorang ok..gua
tak percaya..

dalam lubuk hati gua, gua rasa sangat bertuah kalau terpilih
top 3 untuk present kepada company betul-betul next week..


5 petang hari yang sama..

viber dari Sherly
"Yay!! We r one of the best teams, guy!!"

Rezeki... kalau takde usaha, tak jadi jugak kan..
Esok (selasa) gua present depan company/client..
Jantung, jangan la nervous sangat..tembak je jawapan..