About Me

My photo
Blog ini bukanlah blog ilmiah, jadi sila tutup buku ketika baca blog ini. Penulis blog maseh belajar di unisti yang tak terkenal di dunia. Blog ini khas untuk bakal anak penulis. Jika penulis mati dulu sebelum sempat ada anak, maka anak yatim layak mengaku penulis ini bapak dia.

Wednesday, June 12, 2013

Dalam hati bukan ada taman, tapi ada azam..

Lepas je present depan client, gua terus
hilang rasa nak pegi jamban...bila gua nervous
segala system dalam badan gua bercelaru..bagai jentik jentik
berenang dalam air penuh garam..terkinja kinja..

Bila kevin cakap
"muhamad last week you were better,
but today you are the best" muka serious,
gua hanya angguk..
Gua tak percaya la cakap si Kevin tuh..

Lagipon menjawab soalan daripada
2 orang wakil client, sorang professor,
dan 2 lecturer serta sorang student dari group lain
bukan la hebat mana..semua orang boleh buat..

Kali ni gua pastikan gua tak gementar..gua
buat rilek sambil tangan diletakkan dibelakang badan..
dada kedepan..bila nak jawab soalan gua langkah kedepan..
adap dan etika menjawab soalan shaperti gua "menjawab pada
guru besar, yang group gua tak isap ganja bawah pokok sambil
pakai baju sekolah koller terangkat"..
Sherly macham biasa, excellent menjawab soalan..

Bila habis je, 2 group lagi present..gua tengok diorang
punya 'question answerer' (tukang jawab soalan) mantap-mantap..
malah lebih mantap dari kumpolan gua..bila luorang tanya gua
ni dasyat ke?
gua rasa gua ni tak dasyat..

Dari kiri: kevin, gua, richard, jean, richard tomson, sherly, lucy

Surat mengesahkan kumpolan gua terpileh..

Sebulan lepas, gua terpaksa bersetuju dengan vote,
bahawa gua kena jawab soalan bersama Sherly..
Lucy seorang Australian tamau jadi 'question answerer'
sebab dia cakap dia tak bagus jawab soalan..
atau dia nak cakap dia nervous gila babi..
Walaupon dia tak ada masaelah (masalah) jawab
pertanyaan kerana beliau sangat faseh berbahasa 
inggeris, namun beliau mahu present sahaja..

Kevin pulak macam gua..
tak berani, walau gua tau dia
ada potensi gantikan gua..paling muda
dalam kumpolan gua serta mempunya accent
tersendiri, beliau menang bermain coin flip-
dimana gua kalah (terpaksa jadi question answerer)

semua dalam group optimis
nak pileh gua, mungkin warna kulit gua seumpama
lelaki Hawaii yang kerap berjemur dipantai
bersuming trunk.. Jadi anggapan orang hawaii
pandai berbahasa inggeris..

terima kasih kumpulan 5, kerana buat
gua jadi berani.. i luv u guyz (tolong jangan type
macam ni tau..sebab macam gampang)...
so type la camni.. 
i love you guys (kata gua
sambil garu ponggong)..