About Me

My photo
Blog ini bukanlah blog ilmiah, jadi sila tutup buku ketika baca blog ini. Penulis blog maseh belajar di unisti yang tak terkenal di dunia. Blog ini khas untuk bakal anak penulis. Jika penulis mati dulu sebelum sempat ada anak, maka anak yatim layak mengaku penulis ini bapak dia.

Monday, April 27, 2009

Episod 10: Berita gembira

Seminggu selepas kejadian menimpa encik
Andrew Steinson....

Diari di tulis Endut...

12 Julai 1982
Hari ini teman rase pelik shekali, kerana bapak teman
kelihatan senyum aje..teman cuba tanye tapi dia chakap
bahasa omputih " Shaddap uu"...Wan Mape chakap
pekataan "Shaddap uu" hanya sesuai untuk tentera
Jepun.. Bila mak tanya bapak tak cakap apa-apa
dia hanye tersenyum aje...mak dah tak shedap ati...
dia ingat bapak kena gode dengan Janda Supiah
yang baru bercerai..mak angkat parang aje bapak
terus berterus terang he~~...bapak kata taukeh lama
dia Andrew Steinson dah keluar dari hospital..
Incik Andrew ngata nak datang ler nak ucap terima
kasih pada teman....teman terharu...ehhh sedap pulak lagu
M. Daud kilau ni...

Hari itu Endut kelihatan senyum seharian...terasa dihargai
bahkan dia mintak maknya membuat masakan istimewa untuk
Andrew Steinson sekeluarga...

"Endut kamu pegi tangkap ayam kita si Jebat,
tapi kamu kena pujuk dulu ler Wan Mape adik
kamu haa..ayam tu teman dia bersembang
bila bapak kamu asyik dengar cerita
Kasih Bunga Pertiwi kat radio tu"Salmah bercerita
sambil menumbuk rempah...
"Baik mak"Endut kelihatan bersemangat...

Pintu ditolak perlahan-lahan...kelihatan
Wan Mape sedang memtelaah buku dari
Za'ba...Endut senyum meleret...

"Wan Ma......(Wan Mape letak jari di mulut, tanda
suruh senyap)..."Endut terpinga-pinga...pelik perilaku
adiknya itu...
"Jebat tu dah 6 bulan jadi teman Wan Mape...
Wan Mape halalkan Jebat untuk kita makan malam ni..
walaupon dia ganas, sebab patuk kaki Jepri anak pak
Munir...dia bertindak melindungi Mape...
Mape rela kan..."Mape berkata dengan sebak...

Wan Mape sebak seketika tetapi dia
senyum kembali selepas Endut memberi
Shinggam(chewing gum) kepada Wan Mape...

Ayam yang Jebat tidak lah hebat seperti di sangka
Endut kerana hanya 5 min berjaya ditangkap...
Ayam disembelih oleh Wan Mape sambil membisikkan
sesuatu ke telinga Jebat...mungkin kata terakhir seorang
sahabat..Dengan hanya bersongkok dan singlet...Wan Mape
menyembelih sahabatnya dengan senyuman....Mungkin
Jebat merelakan pengorbanannya kepada keluarga
Abu Babar....

Arang dibakar...hidangan siap untuk
dipanggang...Endut kelihatan kipas
arang...Wan Mape masih mengunyah
singgam sambil membaca buku
Saya Anak Watan oleh Tunku Abdul Rahman...

Saturday, April 11, 2009

Episod 9: Andrew Steinson

sebuah motokar berasap di engin....
Endut terpinga-pinga menggaru kepala
kerana terlalu panik...tiga orang kelihatan
seperti tak sedarkan diri,seorang
lagi budak kecil berumur 15 purnama
..Endut mengetuk cermin sambil
berkata " bangun...bangun.."
dengan tidak membuang masa
beliau bertindak memecahkan cermin dan
mengeluarkan mangsa...
Rupanya ketiga-tiga mangsa merupakan
mat salleh, atau terkenal dengan gelaran
'omputih' oleh sebahagian besar penduduk
Tambun.

Secara tak sengaja Endut terlepas salah
seorang lelaki dan kepala lelaki tersebut
tersembam ke tanah dan berbunyi seperti
nangka yang jatuh rebah ke bumi...bukk..
Dan mangsa membuka mata lalu mengeluarkan
kata-kata...

"Boy, what happend to me?"kata orang
tersebut dengan nada tersekat-sekat
mungkin kerana sesak nafas.
"Nama saya Endut, bapak saya
Abu Babar..Encik ni penjajah ker?
saya tak buat jahat kat encik
cuma terhentak kepala encik jer..."
Endut menggeletar seperti disoal
tentera Jepon ..
"Abu Babar?Go and get him boy"
orang putih itu memberi arahan..
"Bapak ker? dia sibuk bercengkerama
dengan mak ler..."Endut cuba santai.
"I said NOW!"orang putih itu mensergah.
Endut tersedak,lalu dia terus
mengangguk seperti kapten ortroman...
dia terus berlari dan beberapa kali
juga kain nya terlondeh...kadang-kadang
dia terasa malu kerana kain terlondeh
meskipon hanya kambing yang berada di
sepanjang jalan...

"Bapak!! ada orang kemalangan kat
simpang depan sanun tu,
teman nampak.kesian mangsa."Endut lelah sambil
bercakap perak pekat.
"Hishh, kamu ni.bapak tengah dengar
cerita " Kasih Bunga Pertiwi" ni...
Wan Mape kamu tengok abang kamu ni
time bapak nak rilek, time ni la
nak mintak tanda tangan.."Abu Babar mengomel
seperti disuruh berperang.
"Bapak, there's been an accident. Let's go and
help them"Wan Mape berbicara bahasa omputih.
"Apa! ada kemalangan?!!"Abu Babar bangkit
lalu mengetatkan ikatan kain pelikat cap pulicat.

Sejak Wan Mape mengajar bahasa inggeris kepada
Abu Babar, dia lebih fokus kepada mendengar bahasa inggeris..
Lalu 3 beranak bergegas ke tempat kejadian, Endut
ditugaskan pergi beritau ketua kampung,
ketua kampung kemudian akan kayuh basikal ke
pekan tambun dan beritau kepada Kulop,
Kulop kemudian akan pergi ke rumah
Amirol untuk telepon ambulan...

Abu Babar terkejut kerana tokey lamanya
Andrew Steinson yang terlibat dengan
kemalangan tersebut.. dia, isteri dan
anaknya kelihatan tidak sedarkan diri...
Wan Mape bertindak memeriksa
nadi ketiga-tiga mangsa dan mengangguk
tanda mereka masih hidup...dia kemudian meletakkan
kayu besar di kaki ketiga-tiga mangsa
bagi melancarkan pengaliran darah...
Abu Babar menepuk-nepuk
bahu Wan Mape kerana begitu bijak...

Wan Mape sebak kerana jarang bahunya
ditepok, jika ada pon sebab ayahnya
nak jadikan dia imam ketika solat...
tidak lama kemudian ambulan sampai,
Abu Babar ikut sama didalam ambulan..
Wan Mape dan Endut kelihatan
letih namun mengharap mangsa
terus hidup...Wan Mape kemudian
mengelap pipi Endut kerana Endut
sebak lalu mengalir air mata...
Endut terlihat sesuatu...rupanya
gambar kepunyaan Andrew Steinson...



Anak kepada Andrew Steinson seperti
pramugari ingin pulang dari pesawat.

Thursday, April 9, 2009

Episod 8: Lampu suluh

Pada suatu malam, Endut bertekad mahu bersembahyang
di surau. Entah tiba-tiba Wan Mape nak bersembahyang
dekat rumah. Selalu Wan Mape orang yang selalu
menggunakan lampu picit milik bapaknya
Abu Babar. Suasana malam dingin sekali,
Endut terasa kulitnya disapu dengan lembut
oleh angin bayu. Tatkala dia menoleh kebelakang
dia ternampak Pak Mail, lalu dia buat-buat tak
nampak. Hatinya masih parah di fitnah Pak Mail.

Sampai di simpang 3, Pak Mail lalu di semak samun...
Endut kepelikkan lalu menggaru-garu dagunya
yang licin itu. Lalu Endut tanpa buang masa mengikut
Pak Mail. Alangkah terkejutnya Endut ...

"Mana boleh kau letak nombor ni!...
sekarang giliran Samad la bengong.."kedengaran kekecohan
kebisingan membara dari sekawan manusia.
" Asemekom! tak jawab dosa..haha..ni dia
pakar pakau mari(sambil menepuk dada)..
aku ada duit skang...cepat..."Pak Mail beramah
mesra bersama kawannya yang diibarat lembu oleh
Endut.
"Kau ni Mail, dah tua pon nak join jugak....
kalau kau balik maut tengah jalan macam mana..
dahhh tak sempat taubat...hahaha,"kedengaran
sindiran disertai gelak ketawa..

Suasana malam itu seolah tiada pengakhirnya
bagi Pak Mail dan kawan-kawan nya..Endut
menarik menahan nafas kerana takut
nafasnya didengari oleh Pak Mail..
Pak Mail mempunyai deria yang sangat
tajam sehinggakan daun rambutan yang
dipijak oleh kambing Pak Usop berjaya dikesan..

Endut berlalu pergi dan terus ke surau...
Seperti biasa solat jemaah berjalan seperti biasa
cuma ada kanak-kanak yang membuat bising..
namun Endut tak kesah sebab dia pernah
letak kuih pulut dalam sepatu Tok Imam
kerana menyebat kakinya kerana bacaan nya
salah...

Dalam perjalanan pulang gerak hati Endut
kuat mengatakan untuk pulang melalui
jalan yang berbeza, mungkin takut dikesan oleh
Pak Mail... Dari jauh kelihatan ada cahaya...
Degupan jantung Endut bergegar laju...Endut
masih lagi melihat cahaya walaupon setelah
memejamkan mata....Endut panik...

Namun dia tabahkan hati berjalan menuju
kearah cahaya tersebut....Endut terkejut lalu
menjatuhkan lampu suluh yang dibeli di kedai
Ah Kau, tahan sungguh buatannya...
Tak sangka sungguh bahawa.....

Saturday, April 4, 2009

Episod 7: Bangga

"Apa benda ni Mape? cuba terang kat abang "Endut
cuba menyembunyi kesangsian yang menebal dihatinya.
"Ni dinamakan radio bang, dalam surat khabar omputih
...."kata-kata Wan Mape dipotong oleh Endut.
"Arghh(mencelah ketika adiknya bercakap)
cepat bagitau bom mana bapak beli ni...
mentang-mentang Endut tak pandai, kerja takde,
muka tak kacak macam Jupri jual cendol..."sebak
seketika Endut ketika meluah kan perasaan...
orang ramai yang bertandang ke rumah nya itu
tergamam kerana 'radio' yang disangka hebat
mampu menyebabkan anak si Abu Babar
tak tenteram...
"Udah ler kamu ni merepek...malu bapak jer...
Mape apa tunggu lagi...pasang benda alah tu..
bapak beli tadi sebab tokey bapak nama
Andrew Steinson tu nak balik Amerikan"kata Abu Babar
sambil matanya ligat mencari isterinya, Salmah...
"Sari berita penting di radio...."radio berbunyi kuat.
Orang kampung berasa gembira lalu menepuk tangan..
Wan Mape hanya menggelengkan kepala...

Beberapa hari kemudian, Pak Mail datang kerumah.
Endut kelihatan berang kerana Pak Mail
menuduhnya mencuri rambutan ketika dia sedang
bermandi manda bersorangan...

"Betul Babar,anak kamu ni bukan boleh percaya..
muka pon cam pelita malap rumah aku...
ntah-ntah duit 2 ringgit aku semalam pon dia
ambik...kuang asam, tak sempat aku beli
nasik bungkus janda Rahmah..."Keluh Pak
Mail tapi tegas dengan serkap jarangnya itu...
"Anak aku ni takde kacau orang..jentik anak
kamu yang nakal pon tidak...ni kan nak
mencuri rambutan kamu" Abu Babar berkata
tegas penuh tatabahasa.
"Baik pak Mail balik sebelum saya libas
tali pinggang Wan Mape kat tengkok pak
Mail...mengumpat saya pulak...dah tua tak
reti-reti lagi..." teriak Endut kerana terlalu
geram...
"Baik aku pergi dulu..esok lusa korang miskin
papa kedana jangan cari aku...eleh takat
bom berbunyi(jari di tunding kearah radio)
tu, aku boleh beli tujuh" kata pak Mail
ego sambil mengembangkan hidungnya itu...

Endut terduduk, Abu Babar tersentak dengan
sahabat lamanya itu, manakala Salmah sibuk
mendengar lagu hindustan di radio..
Hari berlalu tanpa perasaan kerana radio
baru mereka berjaya menghapuskan sisa-sisa
dendam ketika pergaduhan pagi tadi...
Wan Mape bangga dengan sikap professional
Endut dengan memberikan tabik hormat sebelum
Endut tido...