About Me

My photo
Blog ini bukanlah blog ilmiah, jadi sila tutup buku ketika baca blog ini. Penulis blog maseh belajar di unisti yang tak terkenal di dunia. Blog ini khas untuk bakal anak penulis. Jika penulis mati dulu sebelum sempat ada anak, maka anak yatim layak mengaku penulis ini bapak dia.

Saturday, April 4, 2009

Episod 7: Bangga

"Apa benda ni Mape? cuba terang kat abang "Endut
cuba menyembunyi kesangsian yang menebal dihatinya.
"Ni dinamakan radio bang, dalam surat khabar omputih
...."kata-kata Wan Mape dipotong oleh Endut.
"Arghh(mencelah ketika adiknya bercakap)
cepat bagitau bom mana bapak beli ni...
mentang-mentang Endut tak pandai, kerja takde,
muka tak kacak macam Jupri jual cendol..."sebak
seketika Endut ketika meluah kan perasaan...
orang ramai yang bertandang ke rumah nya itu
tergamam kerana 'radio' yang disangka hebat
mampu menyebabkan anak si Abu Babar
tak tenteram...
"Udah ler kamu ni merepek...malu bapak jer...
Mape apa tunggu lagi...pasang benda alah tu..
bapak beli tadi sebab tokey bapak nama
Andrew Steinson tu nak balik Amerikan"kata Abu Babar
sambil matanya ligat mencari isterinya, Salmah...
"Sari berita penting di radio...."radio berbunyi kuat.
Orang kampung berasa gembira lalu menepuk tangan..
Wan Mape hanya menggelengkan kepala...

Beberapa hari kemudian, Pak Mail datang kerumah.
Endut kelihatan berang kerana Pak Mail
menuduhnya mencuri rambutan ketika dia sedang
bermandi manda bersorangan...

"Betul Babar,anak kamu ni bukan boleh percaya..
muka pon cam pelita malap rumah aku...
ntah-ntah duit 2 ringgit aku semalam pon dia
ambik...kuang asam, tak sempat aku beli
nasik bungkus janda Rahmah..."Keluh Pak
Mail tapi tegas dengan serkap jarangnya itu...
"Anak aku ni takde kacau orang..jentik anak
kamu yang nakal pon tidak...ni kan nak
mencuri rambutan kamu" Abu Babar berkata
tegas penuh tatabahasa.
"Baik pak Mail balik sebelum saya libas
tali pinggang Wan Mape kat tengkok pak
Mail...mengumpat saya pulak...dah tua tak
reti-reti lagi..." teriak Endut kerana terlalu
geram...
"Baik aku pergi dulu..esok lusa korang miskin
papa kedana jangan cari aku...eleh takat
bom berbunyi(jari di tunding kearah radio)
tu, aku boleh beli tujuh" kata pak Mail
ego sambil mengembangkan hidungnya itu...

Endut terduduk, Abu Babar tersentak dengan
sahabat lamanya itu, manakala Salmah sibuk
mendengar lagu hindustan di radio..
Hari berlalu tanpa perasaan kerana radio
baru mereka berjaya menghapuskan sisa-sisa
dendam ketika pergaduhan pagi tadi...
Wan Mape bangga dengan sikap professional
Endut dengan memberikan tabik hormat sebelum
Endut tido...

No comments: