About Me

My photo
Blog ini bukanlah blog ilmiah, jadi sila tutup buku ketika baca blog ini. Penulis blog maseh belajar di unisti yang tak terkenal di dunia. Blog ini khas untuk bakal anak penulis. Jika penulis mati dulu sebelum sempat ada anak, maka anak yatim layak mengaku penulis ini bapak dia.
Showing posts with label Rejection of love. Show all posts
Showing posts with label Rejection of love. Show all posts

Wednesday, May 4, 2011

cerita tinta yang tiada awal dan akhir: Ikma semanis senyum bibirmu

izinkan gua melayari hati
ini sekali lagi, ada jiwa yang katakan
gua kena terima hakikat yang
beliau bukan untuk gua..

jadi gua teruskan tradisi mencerita isi
hati gua yang ke #10..tak perlu la
kiranya gua berkias-kias seperti karangan
spm atau essay yang perlu ada pendahuluan
isi tengah isi tepi mahupun penutup yang
sedap..biarla kiranya gua terus menusuk kalbu
sesiapa yang membaca..

peristiwa berlaku di kolej, dimana gua dan makhluk
lain yang amik course kokulikulum kena buat kerja
organize malam sukan..walaupon ada cerita ceriti
mengenai rasuah dan skandal cikgu muka tayar
sotong, gua tamau cite..

malam tu gua ditugaskan serve tetama bersama
kengkawan lain..berseluar levi's dan berjaket
levi's serta jam tangan U2, gua terasa kacak
membawa dulang ke tetamu..setelah habis serve
orang ramai, gua terpandang wajah si gadis yang
cantik rambut ikal mayang dan paling penting
mata dia yang bulat bersinar yang sampai kini
gua masih lagi ingat..

farah munira la yang kasitau nama dia..ikma namanya..ketika
itu gua bertentangan dengan dia, dan seperti babak
filem high skool musikal gua berjalan bertentangan
dan gua terus melemparkan senyuman dan berkata
hai..dia hanya tersenyum..aduhhhhh patah nyawaku
begini..anggun senyum nya..

malam itu indah, terpandang wajahnya..namun disebalik
wajahnya itu tersirat cerita yang kiranya tidak diingini
oleh lelaki yang berstandard ketayap..dia dahulu kaki
clubbing dan pernah smoking cerita farah munira..
apa hati gua? ahhh persetankan waktu silam lu,
yang kita lihat kedepan..

nama serta nambo talipon telah gua genggam erat
tanda gembira..date telah pon ditetapkan..
gua sangat excite, sebagai lelaki yang pegang
pada janji, gua telah tunggu awal..nak date
dikatakan..excite ni dik..

gua tunggu lambat..lambatnya ikma ni..takpe
gua call..tak dapat jugak..takpe sembang dengan
member yang lalu lalang..itupon gua sembang
kocoh tak kocoh tanda gua pentingkan
date gua..sejam, dua jam..takde berita...
gua pulang berjalan kepala kebawah tanda
hampa..

gua pon sms..beberapa ketika, gua terima
sms mengatakan dia tidur..takpe gua sabar..
awek ni kan kita kena sabar..amik je apa
jenis dugaan dia kasi.. sehari dua hari
lapan hari tujuh hari satu jam, keadaan
masih sama..gua sangat down diperlakukan
seperti tin koka cola, disepak selepas enjoy
manis gulanya..

gua try consult farah munira..ni peluang gua...
gua kena try gak..farah munira pon takleh
nak tolong gua..segala cerita dia pegi clubbing
dia isap rokok ke ganja ke..gua tolak tepi..
gua tak mintak lu layan gua macam balak
gua cuma mintak lu sehari je ikma untuk
date dengan lu..sehari yang mana tau
leh leraikan ego lu tu..gua tau gua skema..
gua tau gua tak kacak cam harley davidson
mahupon cam boon siew honda..

jadi pengakhiran kepada nya cerita ini adalah
tiada kesudahan kerana gua belum pun sempat
memberi nilai kasih gua yang mahalnya ini..
jadi inikah nilai manusia bernama freak? selalu
dimain mainkan seperti kapal kertas dilongkang
longkang..

takpe la freak, ikma bukan untok lu,
tapi takpe if gua ada peluang, gua nak minum teh
tarik and sembang dengan lu ikma, dapat
tengok senyum and mata lu pon jadi la..

walau tak diberi peluang, walau diri gua ni ibarat
sampan di sungai hanyut tanpa arah,
senyummu tetap gua simpan di hati
kiriku..bye ikma..

Monday, May 2, 2011

hari cinta bernama Cher

helo2..hari ni gua lapang rasanya jika
gua coretkan mengenai awek yang penah
rejek gua..adapon assignment masih
tertahan gua teruskan juga mengubat
hati si pembaca..

nama beliau ialah aisya..lebih manja dipanggil
cher..itu la nama yang pernah membuatkan
gua tak tido malam tak tido siang dan tak
tido masa dalam kelam..

cerita perjumpaan gua dengan dia memang
dah tertulis dan memang unik..hari tu gua
baru je habis exam paper kat kolej..balik
tu gua drive menusuri jalan yang berlobang
lobang dekat laluan UPM..terus ke arah bukit jalil..
jalan sesak tika itu..tetiba kereta gua dihentam
dari belakang..tak kuat tapi berdesup juga
pinggang gua..gua turun agak tak puas hati..
kereta kat belakang beri isyarat jgn jamkan
jalan..jadi gua panggil driver tu drive ke tepi..

bila turun gua agak terkesima..cantik orangnya..
nama diberi, no diberi..jadi sejak kejadian itu
gua terus berhubung dengan dia..penah sekali
dia jauh dari kl, kitaorang set date..and worth
to mention that masa gua dilanggar cher gua
berambut panjang..tapi sebelum gua date
dengan dia gua potong rambut..my stupid
mistake..

bila kita set date, gua pon fetch dia kat lrt bukit
jalil..terus gua bawak dia ke the mines..
masa tu seronok sgt, dalam kereta kita
berjenaka..tapi gua akui gua too pushy..ilmu gua
sangat cetek..gua paksa dia suka apa yang gua
rasa dia suka..pernah gua berjalan tinggalkan
dia sampai dia kata tunggu la saya..maafkan
gua cher..

pernah juga sekali tu gua suruh dia bayarkan
minyak kereta..sekali lagi gua diajar
tak jentle man la freak..pegi la bayar..
gua mengangguk malu..then hari indah itu
berlalu pergi..singkat benar rasanya..

kemudian gua rasa dia seperti mengelak
dari gua..katanya opah dia masuk hospital,
mungkin dia rungsing, mungkin dia cuba
lupakan gua..sampai sekarang gua
tak dapat jawapan..kenapa cher,,bagitau
gua kenapa lu tak jawab gua call..explain
kat gua..gua tau gua spoilt one day date..
tapi takkan gitu lu reject gua..tell me why..
itu la benak gua berbicara..

telah berlalu hari itu, tanpa suara beliau
tanpa spek mata beliau..gua ditinggalkan
tanpa berita..penah gua bertanya kenapa
tak balas sms saye..dia berkata, sebab
dia tak suka sms..benar katanya
pernah gua sms selamat hari raya cher...
selang sehari baru dia balas..at least
cher lu balas sms gua terakhir..

kalau gua ratekan cher sebagai hampir
perfect seperti model..tapi sayang
i am not for her..

to cher who hit my sis vitara..
gua tak kesah lu takde lagi contact
gua lepas tu..gua terima kasih sama
lu punya advice, lu punya time..
thanks..kalau kita berjumpa
sudi tak lu ceritakan life
lu selepas lu tinggalkan gua
tanpa berita..

hari itu gua berbunga bak bunga kapas
ringan bunganya tapi cantik warnanya
andai gua dapat bertemu jika lu berikan gua peluang
bertemu dan bersembang bersama-sama..
alangkah indahnya itu kembali..

cher 2006

Saturday, March 19, 2011

wahai pencari cinta, dengarlah rintihanku..oleh dr professor Mohamad Freak

ok la memandangkan gua bermood baik,
gua ingin menyambung kesah cinta gua..
tak baik gua tahan2 cite cinte ni..nnt
kena batu karang plak gua...

buat anak ku Fuad Taat bin
Freak, Apak ingin memohon ampun jikalau
nama ini membuatkan dikau malu pergi
sekolah namun ingatlah anakku ,
Apak mu lagi malu pegi sekolah
sekiranya cinta apak di tolak..

damn it, my son..i forgot la nama
awek apak..too many la my son..dont
be like me..catit sapa nama awek mu
anakku..take 5 jap ek...


ok ceritanya bergini..
semasa gua (maaf anakku, bahasa pasar apakmu
mungkin mengguris hatimu buat seketika..namun
santai)..semasa gua tingkatan 5 gua
merupakan pelajar yang kegersangan cinta..
masa form 4 member gua predict yang gua
ni akan jadi lebih liar headhunting awek..
well u are right my dear fren..masa
awek form six register gua merupakan orang
paling tajam mata..bagaikan ada
sistem pintar dalam otak gua,
gua leh detect awek mana yang cun
ayu dan manis hendaknya...

maka terjumpalah gold mine yang
bernama Shafirah..apa yang specialnya
beliau nih..rupanya lembut, rambutnya
berikat tocang namun tercacak pabila
diikat.."aduhhh goncang rasanya melihat
rambut saja..belum lagi lihat betisnya..
mahu saja saya pingsan"kata gua berbahsa
jawa...seperti biasa gua menggunakan surat
mensurat untuk mencapai matlamat gua..

and seperti biasa nukilan jiwa gua berjaya
menambat hatinya...setelah berkenalan gua
mendapati dia menghadapi krisis..jikalau
dia menghidapi penyakit pekak sebelah atau
kurang jari kaki gua tak kesah, beliau
ada masalah yang lebih besar..beliau
menghadapi konsfleks (konflik) dalam
cintanya sendiri..luorang tau tak pedihnya
hati ini..niat dihati mencari cinta,
tatapi akhirnya menjadi kounselor cinta..
umpama luorang nak memburu kijang, akhirnya
luorang kena kounseling sebab memburu..

parah dihati dicover dengan menghina diri ini..
gua tulis surat menghina diri dengan niat
menunjukkan gua fragile...mengikut perkiraan
gua perempuan memang senang tersentuh dengan
lelaki yang fragile..memang beliau concern
namun beliau amat confuse dengan cintanya..
dari kounselor gua didowngrade ke adik
angkat..luorang tau tak adik angkat bagi
gua seperti orang yang ada direstoren
ikan bakar tapi hanya dapat tulang je..
tu pon tulang tu kena rebut dengan kucing
bernama tompok yang berkurap kat telinge..
tu la umpama hinanya adik angkat..

gua menjadi adik angkat dan segala
cita dan cinta dipaksa dibuang di pulau
air mata..dibuang jauh dari pandangan
jejaka bernama Freak..saban hari kami
berbicara namun tak lebih dari seorang
kawan atau adik angkat..kehidupan gua
hanya bersemangat bila berbicara dengan
bliau..hari2 gua menelepon beliau
dan menegarkan diri bayar duit henspon
dengan call mesej..namun pelaburan gua
hancur belaka...

akhirnya beliau mendapat tawaran ke poli..
berlalunya dia pergi bermaksud tamatnya
seksaan gua sebagai kucing kurap(adik angkat)
tika itu..kali terakhir gua bermesej dengan
beliau ketika gua berenti form 6 dan masuk
ke kolej..time tu gua sedang headhunting
Anis..
ramai antara member gua yang gelas Syafira
ni sebagai 'ku petik bintang' kerana
agak tergesa-gesa bila buat
sesuatu benda..namun apa daya
semuanya terhenti umpama Romeo
berhenti bersajak untuk Juliet
dan Romeo mengejar Angelina Jolie
dan amik anak angkat bernama freak..LOL..
bestnya ada mak angkat angelina jolie..

sejak itu gua berarak pergi dari sejarah
itu..pernah sekali nak pegi perpustakaan
untuk menemani ku..namun segalanya bertukar,
tiada sejarah berpacaran buat kita..

kepada syafirah..berspek mata, rambut
terpacak ketika diikat rambut,berkulit
putih form 6 st michael 2004..
lu teruskan mencari mr right, dan
jangan layan laki lain dan bagi harapan
boleh tak..jerit kang..LOL..gua
gurau je..ahahahhahahhaha...
jangan cari gua lagi tau..gua dah
makin hensem and i dont think that
i will pick u up..sebab pedih menjadi
adik angkat masih berkurat di punggung
sebelah kiri gua..

p.s:ajak pegi dating pegi libery sebab
trend masa tu..LOLzy

Saturday, October 2, 2010

Cinta penaiki bas

hari ni hujan..gua tak kuar langsung
hari ni..satu perkembangan sihat untuk
non-socialist seperti gua..

tapi lu orang mesti pening..what the hell
ilmu that i have to pewittt..pewittt..
gadis manis..yes ladies and gents..the
list is keep on going..

mesti luorang cakap camni
"mintak-mintak la freak dah takde
awek untuk diceritakan.."kata pemuda yang
kecewa dengan awek-nyer..

well, u are wrong..sadly, I have
more love story bout my self and her..
even I am nerd , non social and
pemalu..but gua tidak pernah..gua ulang..
gua tak pernah gagal berenti mencari
cinta..

ok gua tau skang luorang dalam
mood alpha..iaitu mood yang baik..
tambah hari ni sabtu..so gua ingat nak
turn ur mood to alpha beta and setarn...

so ladies and gent, u can start peluk bantal
and put kopi ais next to you..(pepsi pon orite)..
pls switch off any electronic device such as
ur cliche and expensive handphone..nnt
balak luorang call..dah lari meaning cite ni..
and pls..pls dont skim..i beg u..

play this video while reading ek..

orite..cerita cinte ni berlaku pada gua ketika gua
form 4, dan si dia tingkatan 3..nama beliau ialah
Aqilah..seorang gadis melayu..
.gadis seperti ni mmg jarang masa
sekolah dan sering menjadi rebutan sang
musang yang gersang..beliau yang comel..kecil molek,
seperti henpon yang dipromosi khai AF..

ok2..masa gua form 4 gua naik bas sekolah
'chan brothers'..bas sekolah paling racist..
ramai gila orang cina..berapa kerat je orang
melayu..seperti memakai google night vision,
gua dapat tahu awek mana yang cun..

seperti biasa gua akan berfikir beberapa jenak..
merancang strategy selama beberapa hari..4 hari
terlalu lama..seminggu membunuh jiwa..
surat menjadi modus operandi..ayat manis
menjadi taruhan..

seminggu gitu seingat gua beliau
balas..
pappppppppppp!!!!! gua berjaya
menangkap hati beliau..beberapa
surat dia, gua dapat..yang pening
nya, surat gua cam standard je..
"well gua punya standard maybe tahap
pari-pari cinta..ingat tuh!"kata gua dengan belagak
namun santai..

dalam perbualan talipon gua percaya beliau
bercita-cita tinggi..manakala gua takde cite-cite
langsung time tu..

pernah gak dia nyatakan hasrat nak study
oversea..time tu gua rasa sedih sgt..sebab gua
dah la tak pandai time tu..rasa shaperti seorang
pemuda yang tak rempit tak gila namun bongok..

one day gua jumpa dia kat depan umah dia..
seperti adengan sembilu, gua duduk atas motor
ex5 dan sembang dengan beliau..harapan gua
nak tgk rambut dia tak tergapai..dia pakai
tudung gak..aduss..adik dia pon ada time
kitaorang sembang seperti uda dan dara..

adik dia yang berumur 7 tahun gitu hanya tersengih2..
mungkin dia
approve hubungan kitaorang..penah satu ari tu
gua penah nak bawak dia naik motor..nak
merasa seperti awek dan balak la konon..
haha..

ada one time, gua nak kasitau dia gua suka
dia..so gua buat benda camni masa call dia..
"saya kasi teka teki boleh"
"boleh.."kata dia..
"freak xcxxixnxtxa Aqilah"
"hmm..apa xx"
"skang buang semua x tu"
"hehe.."dia hanya ketawa kecik..on la bebeh
"ok la ..bye"

termanggu gua seketika, rasa berkaca mata
mengenangkan gua tak pandai time tu..
udah la kelas sains tapi perangai cam budak
sastera..whereas, dia ada cita cita..

akhirnya gua hilangkan diri...sejak
akhir-akhir ni gua ingat nak
jumpa balik..nak kasitau gua berjaya
study oversea..tapiii gua takut dia
dah merantau oversea dan tamau
gua kacau kitaran hidup beliau..

anyway,
dia penah kasitau dia nak study medic kat
rusia/ukraine..gua harap dia berjaya gapai cita2
dia..as for me ladies and gents, life need
to go on even people keep on saying
u r lurus bendol(yea I got that phrase in form 3)..

this for aqilah

"
Aqilah pernah tak awak berkawan dengan budak
hensem2 cover2 naik motor ex5 dan nama start
dengan huruf F..masa tu awak form 3 kita
penah tukar-tukar surat..
masa saya form 5 saya eksiden..patah kaki,
saya penah nasihatkan awak jangan bawak
motor sebab saya takut awak eksiden cam saya..
ingat?? saya nak kasitau yang saya skang
belajar kat sidney, sob sob..harap awak
berjaya capai cita2 awak..di memori saya
awak gadis baik, study bagus..hope awak
jemput saya ke wedding awak ye.."

hidup gua dan dia berlalu..gua tak tau dia
masih menaruh harapan atau tak..tapi hati
gua kuat katakan dia lebih bahagia dgn cita2
dan gua hampir pasti dia berjaya tarik hati
orang lebih bagus dari gua..

Aqilah ni lain..gua rasa dia top three ex gua..
cewahhh..kalau gua dapat jumpa dia,
gua nak say hi dan chat on her studies..nothing
more..yes..gua takleh nak interfere hidup
peribadi dia..

hmm..rasanya itu saja thread cinta gua..
say what??? of course la ada banyak lagi
list gua..come on..life too short to give
up on love..even label utk post
dikategorikan rejection of love, gua
rasa keadaan telah reject cinta ni..

and no! this is not cinta monyet..
this is effort by me and i know
how pain in the ass and mind to
get her attention..ok!cewahh..gua saja
je trigger luorang..haha..gotcha..

kepada yang baru bejalan ke blog gua
dan nak baca lagi cerita cinta gua..sila
klik sini or klik kat sebelah kanan ni..-->
kalau rasa nak follow, klik kat sebelah
kanan..kalau tanak follow, be it..but
dont blame ur self kalau lupa blog gua..

Tuesday, September 28, 2010

Ceritera cinta antara gua dan dia..antara freak dan minah ..antara..arghh baca la sendiri

Hi girls and boys..how
r your marka today?
merajuk? or panas baran?
well, i dont give a damn bout
it.."begitu la pembukaan blog
mrfreaklife.blogspot.com"narration
dari mircosoft opis.

well today gua nak teruskan tradisi
menceritakan kisah awek2 gua..tak guna
gua simpan cerita ni..this is because soon
my grandchildren/children will have a snippet view
how to be better than me..well today
gua nak cerita kan pasal seorang gadis bernama
Anis Fatehah..

masa gua form 6 selama 2 bulan gitu, gua adalah
mamat cover hensem..as always, at that time,
gua hanya belagak hensem..nothing more..so gua
ada kawan lama yang bernama Shahril..well this story
will develop..

story dia bermula gini..kawan gua nama Shahril ni
tanya gua..lu nak kenal dengan Anis tak? gua cam
"gila babi setan gondol ..nak ler!!!!!!!!!" but in my
heart of course..then gua dapat ler no phone dia..

bagi gua dia susah nak ngayat..even gua sms hari2
dengan dia, gua pon susah nak get close..u know,
gua call dia..cam cakap dengan calling center Three
yang terletak di Mumbai..dia cakap cam tak interested
kat gua langsung..

pastu dia cakap kat gua yang dia nak sambung kat
Lim Kok Weng.. so after the school end,gua hurricane-ly
berlari mendekati beliau...guess what my sick reader?
dia cam cuba tarik kawan dia..cam tamau cakap dengan
gua..it;s like, i'm wearing spenda and talk to her..poor me..

after that, our unknown status of relationship came to end..
gua barely and almost did not contact her..Until one day
gua tegur dia kat friendster.com(laman web budak sengal cam
gua kat skola)... so we decided to meet again!!!!arghh my heart
very flowerish like bunga kembang dinihari..

so we went to KLCC to watch movie..so I did told her that
if ada rezeki I want to study oversea..and masa kita berdua
berbaris nak beli tiket wayang..ada omputih tanya pasal
time cerita harry potter..skills gua berbahasa English diuji
dihadapan awek...perghh sweaty armpit bebeh..sweaty armpit..

so kitaorang decided usha cerita indonesia..gua lupa cerita apa..
cerita dia pasal hantu kepala terbang tu..bak kata raja lawak
dari sabah "balan2"..gua tak sure..yang kepala dia terbang
and organ dia ikut skali..tapi badan takde..so cite tu cam bosan
nak mati..and masa kitaorang masuk..it's just gua dan dia..and
dia cam rilek jer kitaorang duduk berdua..guess what ??
takde apa2..lol..

so lepas jer nengok cerita yang bosan tu..kitaorang pegi guardian..
gua beli sweets for my self sbb mulut gua busok..and
heard she talk someone on phone, i reckon she talked
to a girl.."blom bagi lagi"a phrase that i heard..

so anyway kita orang makan kat burger king..she cop
a place..and gua blanja dia..and look to her eyes..she smile
back to me..like we have good time..and when we want
to berpisah kat klcc punya train station, before she
masuk dalam dek bullet train(ewahh), she gave
me one teddy bear..and couple of things in it..
gua cam..excited cam setan baru lepas pengaruh
orang minum air sirap masa pose...

couples of days, gua bertambah excited..gua penah
nak buat benda best..kitaorang nak bertukar kasut..
gua beli kasut utk dia, dia beli utk gua..seems like
gua je excited..dia so and so jer..

so one day, gua tak tahan..my head cant stop
pushing me to ask her..by my girl...so gua pon
tanya via ym..as always..she told me..
'look it;s too soon..we're still young'
end up gua frustrated..having that
nasib tak baik feeling..gua tengok
episod full house back to back 4 episodes
gitu in a dark with a feeling like looser guy..

so end up we are stranger again..we did
contact couple of months ago but end up
like tanya khabar pada kawan yang
sudah takde benda nak tanya...

so tu jer..gua tau cerita ni tak sehebat
kisah uda dan dara..romeo dan juliet
tapi andai kata ada pengarah nak wat
cerita tentang gua dan kisah cinta gua
yang lain..gua tak kesah..asalkan gua
belakon..heh..

so to anis fatehah
penah skolah st michael 2005
forgive me for hmmmm..silap..
forgive myself for ruining myself..
lol...byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..

p.s: at least she didn't say she like me..
that is far better than cakap suka
tapi layan balak rempit!

Tuesday, June 29, 2010

kesah PMR..seindah bunyinya..persatuan muda remaja

hidupku tika itu penuh pancaroba...
tension..PMR dah dekat..kaseh sayang
kurang..muka tak seberapa..hatiku bergoncang
bak irama dangdut utk mencari pasangan
kekaseh untok memahami pribicara
hati ini..itulah keluhan hati gua ketika
tingkatan 3..

start dari situ gua memang desprate nk
cari awek..kerana bagi diri gua tika itu,
cinta dapat memahami jiwa, lara dan mustapha
diri ini..

kawan2 gua yang form 3 ni semua ada awek cun..
cinta monyet semua...arghh persetan kan aja
mereka..itu cinta monyet..tatkala diri ini
kedesprate-tan..gua terlihat wajah awek ini..

boleh tahan kata diriku..jadi gua merancang
strategy seperti tentera rom ingin menyerang
tentera dinasting ying..lalu ku utuskan surat(surat lagi!!)
ke empunya diri..hazwan memberku menjadi
pengeposnya..sempat jugak member ku ni
komen..."takde barang awek tu"..kurang asam
lu hazwan..gua tak pandang barang2 ni..

lalu gua pon berjaya mendapatkan awek berkenaan..
maksud gua no tepon...then kitaorg pon bersembang..
gua dibayangkan sebagai seorang yang tidak berani
kerana pakai surat oleh awek itu..tapi gua terima..
lalu gua pon tangkap cintun lalu membeli seutas
jam tangan likorn..silap..seutas rantai silver dengan
nama di tengkoknya yg tertulis ILA..perghh
membazir sial gua masa tu...sambung...



ILA..cewah..gila keji gua..ni bukan
ila ni patung tudung ila..hoh

gua pon start memanggil sayang2...namun bergitu,
gua lama2 rasa terkongkong..ya..gua rasa ingin bebas..
arghhhh inikah cinta? rasa seperti di penjara taiping..
lalu kami berdua tidak bersefahaman..lalu berantakkan
'rumah tangga' kami berdua...lalu ILA menghamburkan
perkataan break maka terlerailah kasih sayang antara
kami berdua..

oleh itu terasa bebas dan gembira..gua ingat
lepas je dapat sms tu gua main ps..

inilah kesah cinta gua di form 3..selain tidak tampan
ketika itu, gua juga heavy spender to awek..rantai
la apa la..padahal benda tu tak merapatkan lagi
hubungan tapi membuka ruang utk awek
utk pau gua..tak semua awek mata duitan..gua tau..

kepda Fadhilah form 3 tahon 2002
tuisyen kat L.U.I ipoh..gua tak mintak
balik rantai tu, cuma gua nak kata
dah kawin ke blom wekkkkk...

Wednesday, June 23, 2010

Ratna sari vs Nazirah

selamat pagi dunia...gua tak
tido lagi..nak enjoy
my hours lepas exam..

so lets loose a lil bit..
ingat tak kesah cinta gua..
yang merapu dan sedey tahap
gaban tu..well this is more...
yeay..come on guys..yeay la skali...

"yeay"


tat kala gua darjah 5..opah gua
tersayang memperpujuk(pujuk) gua
untuk sekolah dekat dengan rumah gua..
alasan dia simple, rumah dekat save cost,
dapat belajar and pegi kelas tambahan senang..

well as the top cucu kesayangan with handsome
face of course..gua setuju..on the first day
opah gua hantar gua masuk dalam kelas
dan cium gua di pipi disaksikan
satu kelas...gua sebak sekejap..
market gua naik sebagai seorang
yang penyayang...*ting*

anyway..transferring from st michael
to sk gunung rapat is a lot of different..
terutama student kat skolah
baru gua ni campor dengan perempuan..

stat la situ jerawat gua naik..apa benda
punya jerawat..
..ntah la
ada kena mengena ke tak..

so start derjah 5 gua mengusha
awek..Ratna sari..itu la nama
yang maseh gua ingat..
seorang yang slim tapi suara garau..
tapi sebenarnya kisah cinta 3 segi gua
start darjah 6...

start darjah 6 ada dua orang
suka gua..satu sekolah tau
Nazirah suka gua..


Nazirah ni badan dia
lagi besar dari gua..tak gemuk
tak kurus..sedang sedang..
tapi gua tak suka sangat
dia..dia pny la suka gua..

gua suka ratna sari..paham
tak!! so satu hari tu
gua cuba lari dari dia..gua suruh Azli
kawan gua cakapkan..yang
gua tangkap cintan sama ratna
sari

oleh kerana keciwa..Nazirah
komited utk cakap dialog ni
agak kuat..

"Freak suka Ratna kan.."kata nazirah
sambil usha ratna..muka dia
seperti senyum sinis..geram agaknya..

ratna hanya terdiam..tergamam..
seperti mangsa keadaan..
keadaan ini merungsingkan
bagi gua kerana gua masih muda
dan tak reti bereaksi..

kalau lu nak tau gua hanyalah
-seorang dude yang muka bulat
-sikat rambut tepi
-takut dentist sampai Nazirah kena
comfort gua..yikes..

gua selalu mintak nasihat kat
cikgu tersayang gua
Cikgu Rusilawati..dia kata
kalau dia suka suruh la
dia tulis surat and letak bawah
meja or something..hmmm...
ni macam galakkan Nazirah
ngorat gua jer..

satu hari mamat dari kelas
sebelah panggil gua..dia kata

"lu becinta dgn Nazirah ek"dia kata
"mana ada.."kata gua naif..


lalu gua blah pergi..malas
layan...

pengalaman gua sebagai
cinta playmaker memang takleh
dilupakan..kenapa la diorang suka gua..
hmm...gua masih la berfikir..until now..

to Ratna sari form sekolah
kebangsaan Sungai Rapat tahun
1999.lu memang tenang
menghadapi cubaan..

dan Nazirah dari sekolah
yang sama..dah kawin ke belom
wekkkkk(gila2 remaja)

p.s kisah ini tak semenarik yang lepas..i know..
but hey..this is part our my life..takleh lepas
gitu jer..


ni bukan kisah cinta pure sebab gua
tak sempat luahkan cinta gua..

Monday, June 7, 2010

sambungan cerita cinta minta

Aik..follower gua kurang sorang..
takpe2 gua easy goin'...
even tade follower gua pastikan
cite gua ni sesuai untuk korang
yang suka baca sambil peluk
bantal, isap puting(bagi kanak2),
kopi kapal api(laki2), kopi janda(pompuan)..
tak kesah la.. yang penting lu
orang semua rilek2 baca blog gua..

ok today yinnadey gua nak cite pasal
permasalahan throwing system..
masalah sistem pembuangan perut
gua ar..
gua lupa bila kali terakhir
gua lepak dalam jamban..
rasanya seminggu lepas dah..
hish..

ok2..gua nak sambung lagi
maraton cinta gua..ok
korang leh amik bantal
pelok sambil bace..


-----------

in 2000, gua mula
naek bas skolah..gua
bersama k.e, pejel(faizal),
jojo dan ah poon..
kitaorang memang slalu
naik bas dan lepak
blakang bas..so masa
gua form 1,gua pelik la
apa hal la pejel ni nak
duduk tepi tingkap bila sampai
kat skolah Convent ipoh..rupanya
nak usaha awek..so masa tu gua
sampai awal, gua duduk la
tepi tingkap..

pastu pejel ni cakap dia nak
duduk tepi..maka gaduhla..
gaduh2 pastu gelak..takde serious..
then masa gua naik form 2..
gua dah tau selok belok nak
mengorat berkat dari tunjuk
ajar pejel dan jojo...

so gua dan k.e mencari la awek..
satu kali tu gua ternampak
awek, cun bai..seminggu berlalu,
gua mula strategy..camne nak
kenal awek tengah tunggu bas ni..sebab
bas kitaorang ni
just fetch student convent ni pastu
blah..dalam seminit gitu dekat convent..
so gua pon rancang..
flying letter!!!

gua ni asyik surat jer kan..gua ni
klasik orang nya..suka bagi surat..
so gua pon baling la surat..skali dia
angkat bai..baca..besttttt..pastu kan
dia balas bai..bunge2 mak tau..aww~..
ada skali tu, kakak dia kata
"mana freak ni??kakak nak tengok..
(masa tu gua nyorok..pastu terpaksa
angkat muka..yep masa tu gua dalam
bas)
oooo hensem jugak"kata kakak dia..

muka gua merah..bangga2..

yang lawak nya..kawan gua nama bonzer
yang bulat tu pon dapat
aiskrim, awek kasi..jodoh bas..

dan hadiah pertama gua dapat
dari awek ialah sebuah music box
yang murah dan mudah didapati
kat kedai AH TEK..tapi gua tak kesah..
lupa gua..nama dia hanifah..duduk kat
taman cempaka..kecik2 putih..pakai
tudung..

so gua dapat la no tepon dia..
as a naif guy, yang first taime
nak call awek manja..gua amat
nervous..

"hello hanifah ada?"kata gua
tapi dalam jantung gua gila
babeng punya dup dap dup dap..
"helo hanifah..ni freak"kata gua..
"ni hanifah cakap..ya freak"..kata dia manis..
lama2..
dah kering idea..

lu tau gua buat apa..

"err..hanifah..sekejap yer"pinta gua..
"ok"balas dia..

gua lari ke bilik abang gua..
lepak tengok dia main game..
cari idea**..hmmm..
then lari balik cari dia..
dengan telepon rumah yang
tak penah hang up..gua lari
sembang balik..

"hello"tanya gua..mana tau dia
dah letak..maklum la 5 MINIT
gua 'rilek' dalam bilek..lol
"hello"dia balas..rupanya
dia ada lagi..setianya!!

ada skali tu kakak dia call gua..

"hello freak..esok sabtu pg
sekolah tak?"kakak dia
agak happy go to hell..
"hmmm..tak sure..
ngape?"kata gua
"takde..kalau free datang
la kuar dengan hanifah"kata kakak beliau
lagi..
"ok..nanti saya fikir.."kata gua..


then kakak gua yang lepak kat
depan telepon tu
perasan gua nervous semacam..
nasib tak kantoi..

akhirnya disebabkan
gua ni suka lepak rumah..
so tak dapat la gua jumpa dia..
di form 3 gua lupa pasal dia..

one day..masa gua pegi
kuar dengan apak gua..
kereta bapak gua
tersempak dengan kereta
volkswagon..gua terkejut..
gua terasa masa terhenti..
10 saat gitu terhenti..
gua tergamam..gadis
kat seat penumpang tu
hanifa..yes hanifa...!!
then kereta tu blah..
maapkan gua hanifa

start masa tu gua cari
no dia..surat dia semua
ilang..perghh..sedih sial.
gua memang careless..
(kuang asam sinar fm
pasang lagu sedih masa
taip cerita ni)...


so kepada hanifa..yes you..
from sekolah menengah
convent ipoh..pakai tudung..
kening tebal..rendah..form
2 kenal budak nama dia
mula hurup f masa
tahon 2001..gua mintak
maap sebab gua
paksa lu tunggu semasa
gua lepak bilik abang gua..

"ni sapa rejek sapa ni"mesti
korang cakap benda ni..oiii
ni cinta gua direjek
oleh persekitaran..lol..

more???
yes..nantikan..ok..

p.s: nnt gua nak
anak gua naik bas..kasi
matang skit..budak
skang kereta jer..
hish..nak senang jer tau..

Sunday, June 6, 2010

The origin of cinta

cinta..
apa itu cinta..cewahh..
meh gua explain dari konteks
gua masih kecil..

cinta sebenarnya dah sebati
dalam idup gua..masa gua
tadika, ada sorang amoi
dan dua kembar ni ..gua suka
tau..

hari-hari gua usha dia..tapi cikgu
tadika Mariam tu kedekut..
pisahkan gua jauh-jauh..
masa persembahan tadika pon
gua dipisahkan..
ada skali gua pee dalam suar ..
padan muka u ols..kena cuci
gua pnya pee..

anyway, masa gua kat cheras,
sebelum gua tadika Mariam,
gua suka main masak-masak
sama jiran gua..dia cantik..
gua lupa muka dia..tapi gua
slalu suka main dengan
awek cantik..so gua pon
main masak2..pakai pisau
tau main masak2..

then sekali gua terpotong jari
gua.."auch"kata gua dalam ati..
gua lari kedalam tanpa tunjuk
reaksi kat awek itu..tak macho
la jerit depan awek..so gua pon
lari masuk dalam..family gua
pon tau gua ni romeo orangnya..

masa tadika gua hanya tumpukan
perhatian pada awek comel
lebih dari kira2 abjad..
so ada banyak lagi kisah..
gua ingat dalam belas2 jugak..cewah..
tapi semua rejek..gua kena
rejek..lol..

skang gua dah hensem
baru nak terhegeh2 nak
kat gua..kata gua dengan
separa riak..lol..takde la..
gua tak kesah diorang rejek
gua..sebab nanti kalau
diorang kena rejek,
jgan cari gua..lol..

p.s:oiii kenduri dah start,sebab cuti
sekolah..man i love school holidays..
tapi ngape masa cuti jer rasa sekejap..
use it wisely..gua dulu whole week movie
aje..jangan study..lol

Saturday, June 5, 2010

kesah cinta ku#1

Hello guys..
bear with me..
gua nak kasi lu orang
something to read,
and something to feel ..

when I was studying in
St michael ipoh, (tukar
bahasa la plak) gua merupakan
student yang suka sangat
nak ngorat kakak form 6..
even though mendow, sekolah
gua semua laki, tapi form 6 ada
perempuan..

so gua cite pasal sorang awek ni
nama dia azima..camne gua nak
describe ek..dia ni kecik je,
muka dia cute takde la,
tapi ngape gua gila ngan dia ntah..
anyway, gua suruh member gua
kasi surat ni..hati gua berdentum-dentum
nak jugak kenal dengan dia...
perghhhhhhhh bunga2 sial
hati gua lepas kasi..rasa
cam nak lari-lari,
lompat2..

lama gak gua tunggu surat tuh..
then gua kasi lagi surat ke-2..
last skali gua dah takde pilihan,
gua guna kaedah bersua atau mati..
desperate tak gua?

so gua pon jumpa dia..
DIA BOLEH TAK TALAYAN...
tak layan ar..hish..
gua sedih bai..
gua tak tau ngape,
gua siap doa agar beliau
membalas surat gua..
emo gua masa tu..

prestasi sekolah gua menurun
sebanyak 12% dari 45%sepenuhnya..
gua hari2 tunggu surat dia..gua
ingat lagi yang gua tulis
kat sekeping kertas..
gua tulis
"azima mana surat saya"
perghh jambu sial gua masa tu..

masa tu gua form 3..then last
skali gua tak tahan jiwa lara
gua diperkotakkatikan gua
nak jumpa last dengan dia..
gua datang dekat dia, dia lari kedepan
masa sebelum start assembly..
malu sial gua masa tu...

then gua dengar ada orang
kutuk gua, gua rasa balak dia
kutuk gua..gua amat down
kawan-kawan..

then gua dengar dia cau ke
universiti...sejak tu
gua terkenal sebagai pencari awek,
tapi malang skalik gua sering
kali direjek..

masa dulu kalau kawan gua
sharil duduk sebelah gua,
awek akan pergi kat sharil ni..
sebab sharil ni putih hensem gitu..
gua sedey bai..gua tak hensem
masa tu, pendek..

gua kalau nak cite memang banyak
lagi awek yang kecewa kan..DARI
TADIKA HINGGA KE KOLEJ...

kini, berkat kesabaran gua dipersenda
awek2 semua..skang gua tak kesah
sama awek tu semua..semua
pandang rupa..ok..
nnt gua cite lagi kesah awek..

p.s-Azima from st michael ipoh form 6 tahon 2002
yang penah jadi M.C hari sukan..gua nak lu
bc post ni..oiii dengar tak..oiiiiii