About Me

My photo
Blog ini bukanlah blog ilmiah, jadi sila tutup buku ketika baca blog ini. Penulis blog maseh belajar di unisti yang tak terkenal di dunia. Blog ini khas untuk bakal anak penulis. Jika penulis mati dulu sebelum sempat ada anak, maka anak yatim layak mengaku penulis ini bapak dia.

Saturday, December 31, 2011

Segelas Teh Sebuah Cerita...Adik Shuffle perut goyang goyang

Segelas teh merupakan initiatif gua sebagai rakyat
biasa Malaysia yang perihatin kepada golongan
pekerja yang sibuk berkerja siang dan malam..
Jadi gua jadikan ini satu platform untuk luorang
bancuh teh/kopi/air masak/air pepsi apa2 je la..
pastu letak kan air tadi dimeja komputer dan
baca karangan gua..

Cerita ini dibuat untuk menjadi peneman luorang yang
sentiasa mencari cerita untuk releks kan minda..
seat back relaks and enjoy..kalau skimming gua rasa
gua nak tampar dahi sebab penulisan gua sangat bagus..
kalau baca sambil pakai lilin mesti rasa nak jatuh cinta
dengan gua..feel tu penting..lagi bagus kalau baca ketika
baru lepas break dengan balak..

-------------------------------------------------------
Adik Kassim merupakan pelajar yang dilahirkan
dijaman internet. Zaman dimana segala media menjadi
panduan hidup, menjadi trend terkini..

Adik Kassim suka mendengar lagu LMFAO
lady gaga, Hujan dan juga feveret awek katty
parry yang mempunyai bentuk badan yang
dilarang sama sekali di negara Askaban..
ini video Adik Kassim suka...

setiap hari di sekolah Adik Kassim suka bergaul mesra
bersama kawan yang gerek sahaja..kawan yang nerd,
yang suka belajar disisihkan malahan dijadikan bahan
ketawa mereka sekumpulan..

"wey wey tengok Ah Keng tu, badan besar beb..aku dengar
dia anak tokey babi..."Kassim berbisik kepada geng yang bernama
geng Shuffle 4.50pm we go to hell..

maka seluruh ahli kumpulan ketawa terbahak bahak mendengar
lawak yang dibawak Kassim..Kassim sering di pelawa ke mana mana
..jika tiada Kassim, maka kelam la suasana..se kelam suasana di
dalam dewan peperiksaan..

Adik Kassim mempunyai hidup yang kurang lebih sempurna..
makan cukup, tidur cukup, teknologi cukup..setiap hari sabtu
Adik Kassim suka menghabiskan masa men Shuffling tangan..
terpusing pusing tangan nya..dari gaya belut ke gaya
sotong beliau peragakan di kalangan kumpulan nya itu..

tidak dapat dilupakan bahawa adik Kassim mempunyai parents
yang busy..sebusy
perdana menteri Hawaii..hari sabtu dan ahad ke,
hari Asura ke..kerja is kerja..
overtime tu kira cahaya kuning dari langit dan bunyi
duit syiling jatuh jatuh.. Adik Kassim bagaimanapon menjadi
mangsa..masakan tidak, nugget roti burger sosej menjadi sarapan
routine..ibu Adik Kassim seolah olah sudah tidak hiraukan kebajikan
anak nya itu..

Beberapa bulan lagi, Projek Menenengah Rendah atau singkatan bagi
PMR, akan menjelang..akhirnya atas perlbagai usaha mak dan pak beliau,
serta
berkat usaha bersahaja adik Kassim, iaitu membeli buku
persiapan Pmr dan tiru sahaja jawapan..

Hari yang dinanti sudah tiba, hari mengambil keputusan
peperiksaan..Adik Kassim sibuk sms
geng Shuffle 4.50pm we go to hell..

Adik Kassim: Wey geng, hari ni good luck..apa pon jadi
kita tetap bersatu..pelajaran itu penting..hik hik

Roger (Rahmat): Wey aku dah kat sekolah ni..bapak
aku hantar sial..ramai gila beratur..

Kamal: Aku berak sat..

Maka, setelah hampir seluruh geng mereka berkumpul..
mereka bersepakat nak amik result sama sama..sambil tunggu
keputusan, takde sapa pon buat Shuffle tangan..takde sapa
pon nak gurau lawak lawak..semuanya pucat, takut, adrenalin rush
la tewww...

"Nama sapa nih..."Pegawai bertugas bertanya tegas..
"Kassim, incik..."
"ooo..duduk duduk..orang lain selalu
saya tak bagi duduk..tapi sebab awak, saya bagi duduk..
nampak releks je dik..saya kerja sini ada budak pingsan
tau tadi..tu yang ada ramai nurse kat sini.."
"Terima kasih..penat saya tunggu ni..dekat 30 minit
tunggu..adat la cik, budak tak study.."Adik Kassim meluahkan perasaan..
"Tunggu ya, saya cari keputusan..(sambil sibuk
mencari) adik rasa berapa adik dapat.."pegawai tadi
cuba bersembang bersama adik Kassim..
"Saya rasa dalam 5 A tu confirm la encik..saya selalu
prepare exam yang lepas lepas..paling kurang 3 A la.."
Kassim petah bercakap..tiba tiba salah satu ahli kumpulan
geng Shuffle 4.50pm we go to hell, iaitu Bad, lari
sambil mengelap mata..Kassim hanya tersenyum..
"adatttttt exam gitu la.." kata hatinya tenang...

"ok Kassim, ni result awak"kata pegawai tadi
sambil tidak endahkan reaksi Kassim..

Kassim tak mahu tengok lagi result peperiksaannya
itu..dia sengaja bawak slip itu tadi ke tempat yang
tersorok sebelum melihat keputusan..
"kalau camni baru thrill skit"kata Kassim dalam hati..

Perlahan lahan, dia melihat keputusan exam..
degupan jantung mengepam laju..dup dap dup dap..
lalu dia terus lihat..darah tiba tiba umpama
tiada di kepala nya itu..hampir pengsan..

"ya Allah, 2c 6d???????????????"bisik
hati kassim..lesu badannya, umpama di buang
sekolah atas kesalahan pukul kaki kawan..
angin panas yang membuatkan dia peluh
tadi seolah olah bertukar menjadi angin sejuk..
berat rasanya kaki, rasa nak merangkak..tapi
tidak diperdulikan perasaan yang cukup unexplainable
itu..
Kassim dengan pantas
berlalu pergi..dia tak mahu lepak bersama
team kesayangannya..jatuh maruah beliau
nanti, kalau dia mencanangkan kebodohan beliau..

Balik dari sekolah, ibu Kassim bertanyakan Kassim..

"Kassim dapat berapa result periksa pmr harini.."
tanya ibu Adik Kassim concern..
"dapat biasa biasa je"kata Kassim buat tak endah
sambil menonton telvision buatan LG...
"Bagi sini result, amma nak tengok"pinta ibu Adik
Kassim tegas..

....

"ya Allah, teruknya result kamu ni Kassim..kenapa
teruk sangat ni..kamu main2 ke masa amik PMR
nih.."Ibu Kassim mengeraskan suara...
Kassim terdiam..hilang selera menonton Maharaja
Lawak Mega..tapi hatinya sering memujuk beliau
dengan mengatakan "ok la tu, Bad dapat 7c 1 e"..

seketika kemudian, Kassim bersuara..meluahkan terbuku
di hatinyer..

"Amma tu, sabtu ahad kerja..bukan peduli pon
pelajaran Kassim"kata Kassim sebak..dia lalu berlari
ke bilik..gaya Suhaila ditolak permintaan membeli
barbie dol..

Malam tu, ibu Adik Kassim mula menggerakkan
anaknya yang sering ketiduran dalam realiti hidup..
dia menceritakan bagaimana susahnya hidup ini, mencari
kerja, mencari nafkah..tapi Adik Kassim masih mentah,
masih tak independent pemikirannya..masih suka berkawan
dengan team tak tentu hala..masih rebel, suka mengikut
sifat rebel tanpa tahu asal usul..menentang peraturan sekolah
semata mata mahu dilihat gerek serta dihormati kawan kawan
sekalian..

sifat Adik Kassim tak dapat diubah oleh ibu Kassim..di suruh
belajar, makin malas..setiap kali buat matematik, dia sering
teringat result pmr nya..kadang kadang, baru 5 minit buat
latihan matematik, dia teringat ingat result PMR lamanya..
kadang kadang dek, terlalu tension, dia terus tidor..
nak dilihat gambar gadis manis di internet, tak boleh..
Koneksi (connection) internet dipotong oleh ibunya..

Kini, ini status di skype Adik Kassim..














berubahlah adik Kassim, dunia ini amat kejam pada
orang yang tak berpelajaran..

pesan penulis pada adik Kassim,
bila nasihat di buat lawak,
kalau masih tak serious,
gua yang penah gagal, pon tak boleh
nasihat lu..

Thursday, December 29, 2011

Pameran lampu limpah







Malam sebelum 24 Dec ,hari Krismas atau
bahasa alternative nyer hari Natal,
gua telah ke satu kawasan perumahan yang
bagi gua sangat meriah..

setiap tahun, kawasan perumahan ni ada menganjurkan
pertunjukkan perhiasan hari Krismas yang
memperlihatkan keunikkan lampu lampu
serta perhiasan..

Bukan kata orang puteh je ada, orang Bangladesh,
orang Jepon, China, Jarman dan seluruh penduduk dari Sydney akan turun ke Matraville..

Tahun 2008 gua ada pegi jugak, tapi time tu paling meriah..
gua ingat lagi masa tu banyak rumah yang join pertunjukkan ni..
tapi sekarang kurang skit la..umpama hari raya la..
dulu ramai je orang bagi bebudak duit raya, sekarang
kurang dah..orang sumbat kuih raya je kat bebudak nih..
lemak benau nak duit je keje nyer..haha..

Gua rasa hari Krismas ni bukan berat kepada keagamaan,
tapi sambutan..santa clause tu walau mitos sekali pon,
bebudak still enjoy tengok-still mengharap santa datang..
ia satu budaya..so bagi gua pameran/pertunjukkan ni
dapat menarik kembali rakyat Sydney yang
mula lupakan adat sambut krismas..
terlalu liberal sangat..

ada sorang mamat rumah gua, 2 hari dah balik rumah
sewa..maksud gua, 2 hari lepas sambut krismas
dah balik rumah sewa..kita kalau boleh nak
seminggu kat kampong..gua rasa, tahun depan
gua pasti balik beraya kat Malaysia..

p.s: gay marriage disokong pihak church..tak lama
lagi mungkin boleh kawin sesama jenis..it's reality
folks not fantasy anymore..

Wednesday, December 28, 2011

Janji untok ditepati

Hari ni gua gembira..gua tolong
kawan gua shopping..gua cakap kat
dia, ok gua setuju tolong, tapi lu kena
tolong la pulak gua fikirkan cara
buat resume dan cover letter..

hari menjangkau malam, member gua
telah hanyut dibawa arus dingin malam..
tidur tak berlangit..janji dibawa lari
oleh keenakkan tilam dan bantal..gua
ternga nga..dendam tidak, janji pasti
ditepati..

sakit hati tidak sekali, tapi janji tu kalau
umpama tekup ular, pasti lemas ular tu..
kalau pegang bara, pasti arang..kalau
pegang meggi pasti jadi mummi monster..
kalau pegang....ok bye

Sunday, December 25, 2011

Saya mau kawan dengan awak, kerana awak mempunyai wang yang banyak..payung la saya

Luorang pernah tak ada kawan yang hanya
melekat kat luorang semata mata kelebihan
yang lu ada? contoh lu ada gameboy, mula
la budak2 femes nih kawan dengan luorang?

gua teringat lagi masa gua kat kolej, gua pegi kelas
naik kereta kakak gua la..tapi gua tak femes..gila apa
gua femes...nak dijadikan cite, ada sekali tu ada mamat
nih nak pegi beli joystick kat The Mines..so dia ajak la
gua..gua mula2 macam malas la..tapi dah dia cam
ajak jugak, gua setuju..dah la jalan jem maghrib tu..
time tu orang balik kerja..

sampai je kat mines, dia pon beli la joystick..dia dah beli
joystick gua hantar plak dia balik kolej..oleh kerana gua
nih rasa fedap, gua nak pau la dia duit minyak..ingat gua
teksi ke bawak2 orang nih..dia blah tanpa bantu duit minyak
gua..kadang gua tension jugak orang camni..nak kata takde duit,
henpon tukar2, kerabat sultan lagi..

gua tak berkira dengan kengkawan..kalau member gua nak makan
dekat Bangi, takde sorang pon gua pau duit minyak..asalkan gua
nak makan sama..asalkan gua setuju..
pak gua penah pesan, jangan bazirkan minyak tak tentu hala,
bawak kawan sana sini..bapak gua tunggu gua balik dari praktikal
pon mati enjin masa tunggu gua..jimat tak apak gua?jimat dgn kedekut
lain..kalau kedekut, pak gua suruh gua balik naik train since
bank X dekat dengan train stesen..can you distinguish
that jebon?

bagi gua senang je, tengok sama ada 'barang' tu menjadi penyebab
orang kawan dengan lu..cuba kalau gua takde kereta time tu, ada
tak mamat tu nak ajak gua pegi jalan2 atau pegi beli joystick?
hell no..

gua teringat kat Malaysia Hall dulu ada mamat nama Raman..dia
ada kereta mercedes lama la..ramai gak yang nak berkawan dengan dia..
gua tak tau apa motif diorang kawan dengan Raman..tapi gua berkawan dengan
dia sebab
sempoi, umur 29 tahun tapi orang panggil dia Man..tak payah nak
ada 'abang rahman'..dia penah bagi nasihat kat gua masa gua tensen
study, masa tu gua rasa tak boleh belah dah..asyik study tapi kantoi..
dia tu more like abang besar la..bagi gua
kereta dia, tak menjadikan gua rapat dengan dia...

semua ni senang je, kalau berkawan kerana benda, kejap je
kawan nya..tapi kalau kawan sebab gembira sedih sedu masih
lagi berkawan, tu lagi bagos..

gua sebagai seorang yang susah berkawan, gua suka mencari
kawan yang betoi betoi selesa..sebab tu gua ada rasa sikit
awkward sama orang luar..tapi kalau dengan member
gua, gelak ketawa hilai tawa gua hidangkan untuk diorang..
dan gua tak suka jadikan strangers sebagai kawan baru gua,
semata mata dia ada cabel untuk kerja..semata mata dia ada
kereta mewah..semata mata dia ada buku harry potter..semata
mata dia lelaki gay yang handsome..semata mata dia ada mata
yang cantik bak bulan purnama..

*ps-muka cantik tapi hati tak bagus, tak guna kawan
ps2- game ps2 dah tak best
ps3- game ps3 mahal nak mampuih
ps4- berhati hati berkawan..
ps5- sekadar ingat mengingat- mak gua pon pernah digunakan..

Segelas Teh, Sebuah Cerita.. Sukidin dan Bong Romli

Segelas teh merupakan initiatif gua sebagai rakyat
biasa Malaysia yang perihatin kepada golongan
pekerja yang sibuk berkerja siang dan malam..
Jadi gua jadikan ini satu platform untuk luorang
bancuh teh/kopi/air masak/air pepsi apa2 je la..
pastu letak kan air tadi dimeja komputer dan
baca karangan gua..

Cerita ini dibuat untuk menjadi peneman luorang yang
sentiasa mencari cerita untuk releks kan minda..
seat back relaks and enjoy..kalau skimming gua rasa
gua nak tampar dahi sebab penulisan gua sangat bagus..
kalau baca sambil pakai lilin mesti rasa nak jatuh cinta
dengan gua..feel tu penting..lagi bagus kalau baca ketika
baru lepas break dengan balak..

-------------------------------------------------------
Sinopsis: Sukidin dan Bong Romli - kawan baik- perangai
jahat- sejahat kucing mencuri ikan pastu biar tulang merata
rata- jahatnya...menci menci(sambil tumbuk dinding)

----------------------------------------------------

Satu hari yang terang, matahari memancarkan cahaya
yang terik. Sukidin dan Bong Romli khusyuk mencangkong
bawah pokok rambutan Pak Hussien Lampoyang.


"Pergh power..power gila..slurrppp..bong, hang rasa
kita ni makan rambutan ni kira haram tak?"Sukidin soal
Bong Romli sambil makan rambutan.

"Setau aku la, halal haram tu antara laki laki dan perempuan
belum kawin je..kalau makanan aku rasa tak haram..kecuali
babi la, tu pon sebab tak..."kata2 Bong di potong..

"shhhh..diam2..aku dengar bunyi tapak kaki Pak Hussen..
haram..ni mesti ada orang report ni"Sukidin berbisik..

"Sapa lagi bukan Jamal kat simpang tu..buat2 main gitar
konon, tapi jadi tukang report..udah la rambut banyak
kutu" Bong kelihatan marah.

..........

"Aku rasa, kat kampong ni tak selamat dah..asyik nak kantoi je perbuatan
jahat kita..mencuri salah, mengendap salah..dulu masa aku nak cadangkan
buat pondok belia remaja, ditentang nya habis habisan dengan si Jamal tu"
Sukidin berkata sambil mengisap rokok dunhill.

"Aku rasa aku tanak buat keje ni lagi la..semalam aku tengok rancangan
ustad muda, segak pulak pakai ketayap.."Bong berkata kata sambil
keluarkan ketayap kepunyaan arwah atuknya..

"Jangan buat keje bangang..aku rasa kita kena buat benda jahat lain la..
asyik mengendap je..apa pon tak dapat.."Sukidin mula buat asap kepol
kepol..
"Nih gaya orang ganas" tambah Sukidin..
Perlahan lahan dia keluarkan cakera padat keras dari dalam bajunya..

"Fuhhhhh..mana hang dapat ni Din..cerita ni kalau ustad Mustapa nampak,
mau kita dilibasnya..tajuk pon power, pera..peramugara terlampu..aik
apa ke bangang tajuknya.."Bong gelak gelak sambil perlahan lahan
simpan balik ketayap atuknya itu..

"Power tak gua..haaaa.."Sukidin tambah lagi rokok sebatang..

"Eh Din..aku dah lama teringin nak tanya hang..kawin seronok tak?
aku ingat nak kawin dengan Anak Pak Hussin la..Milah anak dia
yang cikgu tadika tu" Bong bercerita tentang harapan..ada sinar dibalik
mata yang berair itu..

Pappp, Sukidin bagi satu tamparan kepada Bong..tepat pada dahi Bong

"Kalau ye pon nak cerita pasal kawin, kenapa ko gigit cover cd tu..
mahal tau aku beli..nih Bong, jangan jadi bongok..kita ni kutu kampong..
mana ada orang nak kawin dengan kita..tengok cerita tu sudah la" Sukidin
start motor dan berlalu pegi..tak sampai satu tiang dia memacak motornya,
dia break emergency lalu memaling pada Bong..

"oii Bong, esok kita cari port lain..kita pergi experience sediri.."

Bong tergaru garu kepala..IQ bong dikatakan lebih rendah dari
seekor lembu Pak Salim bernama Dogol..

-------------------------------------------------------------------------

Tepat 1 petang waktu Kampong Lembing Lembik, Bong steady menunggu
Sukidin sambil minum teh ais bungkus dari kedai Haji Somsom.. Peluh lebat
tak dikira..disapu dengan tangan, kendian di sapu pada baju.

Prrennggg

dari jauh Sukidin memecut..kapcai milik orang tuanya habis di lenjan..
dah macam motor pekerja kontrek..

Sreetttt..

"Jom.."Sukidin bersuara..pendek ajakan namun tegas..

Lalu mereka berdua pegi ke port selalu, belukar kebun
Pak Jamil..sebelah kebun durian Haji Sony Konjoyo prajurit
seberang..

"Semalam lepas je aku mandi wajib, aku dapat ilham..
kita pegi kampong sebelah..Kampung Pisang Setandan..
kita buat jahat kat sana"kata Sukidin bersemangat..perlahan
lahan dia mengetuk kotak dunhill lalu dia keluarkan sebatang
rokok, dinyalakan..

"Hang biar betol ni Din, ketua kampong sebelah nun terkenal
dengan sipat alimnya..aku tak nak kita kena tangkap, ketua
kampong tu ada anak cun..Alisha namanya.."Bong kelihatan
tak bersetuju dengan ajakkan dosa Sukidin..

"Nih..camni, kali ni aku rasa kita buat satu benda baru la..tangan
aku dah gatal dah ni..tengok ni.."kata Sukidin sambil menggaru
garu tangan kanannya..

"ok2, bab garu menggaru tu, aku setuju..ok jom kita gerak..
tangan aku pon dah gatal ni"kata Bong gaya orang lepas minum
air ketom..

Maka berlalu la dua sahabat ke kampong Pisang setandan..
sampai je dalam kampong Pisang, mata mereka melilau mencari
mangsa..tiba2!

"eh Din, tu mangsa kita..jom cepat2 gerak..cepat..aku tak tahan ni.."
kata Bong..

"Hang tau ke apa nak buat ni? jangan kantoi macam haritu sudah la..
ko tarik cepat tau"kata Sukidin sambil menutup visor helmet motornya..

"ahhh aku tau la..aku buat perlahan je la"kata Bong..

Sukidin dengan pantas memecut ke arah seorang gadis yang asyik berjalan
lenggang lenggok..dan memperlahankan motosikal apabila menghampiri gadis
tersebut..dengan pantas Bong terus..pappp..

----------------------------------------------------------------------------------

Alisha seorang pemuda..ya seorang pemuda..Alisha atau nama sebenarnya
Ali Bakar Abu telah lama kepingin mempunyai rupa paras wanita..satu
kampong dah puas nasihatkan Alisha, namun tak juga menjadi..terbaru
ustazah Zakiah, hantar email kat mak si Alisha tanda give up..ketua
kampong ?? Anak dia la tu..tu tak terbuat..

Alisha mempunyai tabiat menggoda, dan dia suka menggoda kutu
kampong, terbaru Alisha cuba menggoda Murad, bekas banduan..
Murad baru sahaja dibebaskan dari penjara dan tidak tahu menahu
tentang 2 Alam sotong bernama Alisha..jadi setelah hampir 2 minggu
bertemu mata ke mata, mereka bersetuju nak pegi pekan Tambun,
tengok cite hindustan..

dalam perjalanan Alisha merasa tak sedap hati..dilihat nya perutnya,
dilihat ponggongnya..dilihat segala segi badan nya itu..dia takut kalau Murad
tahu dia merupakan pemuda yang tulen..perasaan itu menghantui perasaan
Alisha..perasaan itu membawak ketika dia dalam perjalanan ke perhentian
bas..

"apa kena aku tak sedap hati ni? seluar ok..ketat lagi ni ha..
henbag ok la..gred A siam lagi..apa tak kena nih"Alisha berkata
kata sendirian..

tiba tiba...pappppppppppppp

"oiii...jantan tak guna...raba orang..kalau dapat Alisha
gigit2 tengkok..tak gentleman langsong..raba kasar plak tu.."
Alisha menjerit setelah dia diraba oleh individu tak kenali..

sementara tu..diatas motor..
"hahahaha..aku dapat..aku dapat.."Bong menjerit kegembiraan..

sampai di ceruk semak..Sukidin memberentikan motor kapcainya..

"haa mana hasilnya?? lama aku tak merasa pegang duit banyak"
Sukidin berkata sambil menghulur tangannya..

"duit? apa duit..ni lagi baik..nah bau ni..aku dapat raba minah
tadi..perghhh terbaik la Din"Bong berkata sambil membau
tangan kanannya..

"Oii gila ke..kenapa tak ragut tadi..peluang tuu..tak de hasil
la kawan dengan hang ni Bong..macam kawan dengan kaldai la"
kata Sukidin kecewa..

"Sukati hang la Din, janji aku puas..hoho"kata Bong riang..

"Bak sini rokok.."pinta Sukidin..sambil bertenggung Sukidin
menggeleng geleng kepala melihat Bong yang tersenyum sambil
mencium tangan nya itu..

-------------------------------------------------------------

sementara tu,

"aiyoo apa pasal ini radio English juga..mau tamil mari la"kata Muthu
berseorangan, seorang kelindan..

tiba2 radio mati..Muthu naik angin kerana ketika itu lagu Bobby
sedang diputarkan..perlahan lahan dia cuba mencari signal setesen
radio tu..sedang leka Muthu mencari setesen radio, dia terlepas pandang selekoh
tajam di Kampong pisang..selekoh tu diberi nama 'Selekoh maut Mat Telimik'..
seorang jejakan bernama Mat Telimik menemui ajal ketika membawa motor
di simpang tajam tu lalu terpelosok dibawah lembu..

Diselekoh tajam atau koner tajam tu, lori bermuatan sederhana yang dipandu
Muthu terbabas lalu menabrak dua pemuda yang sedang leka bersembang..
iaitu Sukidin dan Bong Romli..Muthu, Sukidin, dan Bong Romli terselamat namun...

Hampir pengsan Bong melihat kakinya terputus
dua dan tangan yang digunakan untuk mencium tadi telah patah..

Sukidin bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius kerana sempat
mengelak dan berguling gaya chuck norris..Muthu bagaimanapon parah
akibat dibelasah penduduk kampong kerana didakwa memperkosa
Alisha, berdasarkan maklumat Alisha bahawa si pelaku mempunyai
kulit yang gelap..

Lori milik Muthu dibakar..kasihan beliau, sudahlah tak ada EPF,
loan bank banyak, kena tuduh memperkosa seorang sotong, dan juga
lori menjadi besi buruk..

persoalannya, apa jadi kat Sukidin dan Bong ?
sambung la korang sendiri, kata penulis sambil tersenyum sendirian..

Friday, December 23, 2011

emo yang sopan

semalam  dan kelmarin gua
prgi movie world plaak..
tak best sgt sbb semua ride
je..gua yang prnakut ni jadi
malas nak jeling rasa jelik..

jadi pegi la naik scooby doo
ride..kawan gua kat Johor kata
seronok dan lawak..
gua pon naik la..
gua tengok budak kecik
ada..ok la..takkan nak
klh dgn budak pra akhil
balikh kot..tak macho la..

jadi naik la gua..20 saat pertama
macam dalam rumah hantu.
naik kereta sambill jalan
simpang siur yang tak estrim..
gua gelak ketawa tanda permainan
tu tak mencabar..

tiba2 kereta yang kiraorang naik
tu berenti kat hujung..
jantung gua dah tak
sedap..gua mula dengar budak
jerit kuat2 umpama hilang
mainan kegemaran..gua jadi
tak sedap..

rupanya kereta tu nak lif..
dalam 20 meter gitu..gua dah
cam..damn betoi..pastu dalam
keadaan terbalik kereta tu memggelonsor
mengejut sehinggakan gua rasa
perut gua dah takde..six pack kejap
badan gua..situasi cemas
tidak berakhir disitu pabila
kami diperlihatkan dengan
simpang siur trek roller coaster
tersebut..

setelah habis gua sempat
sound patung scooby doo..
you're liar kata gua..lepas je
keluar gua nampak mak cik tua
Malaysia keluar dari ride tu..gua yakin
mesti dia hampir gugur jantong..

pastu malam semalam gua pergi
la cari kopi kat pie face..
pastu ada 5-6 org mamat emo
cari makanan malam tu..

"bang kenapa pie ni rasa lain je"
kata budak emo 1.
" laaa ye ke dik..takpe2 abang
tukar yer..sabar ek"kata tukang
counter..
" sorry la bang..rasa lain tadi..
boleh tak saya nak pie ni..ni fresh punya ada tak?
terima ksih"emo 2

"boleh2 dik" cashier..

baju diorg tak menggambarkan
personaliti diorg yang lemah
lembut serta budi bahasa...

bebudak emo ni baik.juga kata
gua sambil angguk2 kepala
2 kali..

Wednesday, December 21, 2011

gayat berair

Hari seterusnya gua jadik
trauma..gua hanya gosok
gigi..tak mandi..

gua kecut perut bila member
gua sembang deras nak
masuk dalam taman tema
Wet N Wild..gua cuba
belakon cool untuk
cuba semua benda yang melibatkan
ketinggian yg mrlampau seperti
melampaunya seksualiti merdeka
yang memgarut..gua punya jantung bergerak laju selaju orang sembahyang curi2..bad example..i know..

pokoknya gua tak senang
duduk..gua ni tak suka
tinggi..even duduk katil
doublebdecker pon rasa cuak
kecuali bila tengok gambar gadis manis sambil memangku kepala guna tangan..

nak dijadikan cite gua mandi jugak
walaopon gayat..oh lagi satu, awek2 yang mandi situ tak la yang seksi samgat..jangan la bazir duit nak datang gold coast semata mata nak tengok gadis manis..

malam tu, gua tukar bilik dari 12 bed mixed room ke  4 bed..bayar mahal skit takpe dari asyik pegang slimut takut diberkosa..
           
jadi lebih galak la gua sepah sepahkan spenda gua..hik hik..

bersambong...

Tuesday, December 20, 2011

12 jam

Hari ahad yang lalu gua telah mempersetujui untuk meneroka kawasan diberi nama Gold Coast.. terletak utara NSW..

sebelum ayam berkokok gua dan kawan gua pon terus gerak ke so called percutian..perjalanan dijangka mengambil masa 9 jam..oleh itu gua terus memecut laju kereta buatan kpop itu..

6..7..8..90 minit kemudian gua mula letih..rasa hasrat di hti dikecewakan oleh endurance body gua..gua berenti tepi jalan dan rehat..makan roti sebuku dua terus pecut lagi..lama2 gua dah letih balik..padahal baru pukul 9 pagi iaitu 3jam memecut..kecewa rasa nak tumbuk2 setreng..

gua cakap member gua gantikan gua kerna gua dah macam nak gigit streng kerna terlalu mengantok..melihat iklan disepanjang jalan banyak yang menyebut " stop, revive,survive"..pokok kata, keletihan boleh membunuh..lepas beberapa kali dinasihat secara serius oleh papan bilbod tu, gua pon terus berenti dan mrnyuruh member gua bangun dan drive..asyik tido jer..

bila member gua bawak plak kete,byk pulak nak berentinya..pegi pusat menjual pisang la..madu lebah pak cik robert la..last2 gua fedaap gua bawak balik..ada sekali tu ada scenery cantik, so gua berenti la..member gua sembang dgn sorg mamat dan minah yang asyik melepak seperti kutu kampong..dengan bertemankan rokok dan bermandikan arak..mereka melepak tepi lembah gunung..gua sembang2 dua patah, pastu ajak kawan gua gerak..mana tau mabuk2 pastu kidnap ke..setelah 12 jam perjalanan..akhirnya sampai..

kitaaorg check in dkt backpakers..kawan gua kata murah..memang murah sebab orang yang duduk situ berlonggok baju..gua udah la
letey nak tdo..gua pon terikut menepek spenda dan sluar di merata rata..malam tu gua takut sungguh..macam gua takde berkemaluan pulak..muda mudi eropah ni berparti lewat malam..

pastu ada sekali tu ada mamat ni dia bising2 macam kena rasuk..pastu dia bangun pastu berjalan menuju ke pintu energency..tiba2 pintu emergency tu berbunyi..dia terus tido balik atas tilam ke lantai gua tatau..sebab gua takut dia mengigau panjat katil double decker gua..akhirnya gua tertidor keras akibat takut sebab dikelilingi orang yang tak kenal..gua yakin manusia berperisa eropah menghuni bilik tersebut..

bersambung..

wordless Tuesday


Saturday, December 17, 2011

dalam hati ada taman bunga ros

walaopon gua gangster dan selalu tak pueg hati sama pendudok flt rumah gua..gua akan rindukan rumah ni..

gua dan hosmate mula kemas barang..esok gua akan ke gol cos..tadi masa gua lalu dekat padang, takde dah budak malaysia main bola..sunyi nya Sydney.,

skang ni bunyi jarum jam lagi kuat dari suasana biliik ni..ohh syahdunya hati ni..harap cepat masuk Malaysia hall..agar gua merasa tidak sunyi lagi

p.s gambar dari tingkap gua

Friday, December 16, 2011

hari melawat pantai bogel

"Wey, kalau tak percaya jom ikut, kita
tengok orang bogil" kata rakan dangdut 1..
"tak caya la, aku dah pegi haritu takde orang
pong"kata gua cuba menepis kenyataan rakan
dangdut 1..

maka kami pong berjalan..gua, rakan dangdut 1
dan rakan dangdut 2 berjalan menyusuri pantai la
perouse..kami terpaksa panjat batu dan ikut
pejalan kaki yang disediakan..2 minit berjalan
tetiba mat salleh berspenda mandi jalan melepasi
kitaorang..lantas

"haa tu mesti bogel tu, siap piercing puting dia.."kata
rakan dangdut 1 yang cuba meyakinkan gua..

maka kami pong berjalan dekat 10 minit, tiba la
di satu pesisiran pantai yang kecik..turun je dari batu
besar, gua nampak sorang mamat telanjang bulat
sedang bersembang..dan kat belah kanan dua orang
sedang asyik telanjang bulat( seorang mula pakai tuala)..

tak sampai 2 minit kitaorang kat sana, pembogel semua
pakai tuala/menyorok..kitaorang pelik, kenapa pulak
diorang menikus takut kan kitaorang..

"ni rules dia, kalau kita masuk kawasan sini, kita kena
bogel sama"kata rakan dangdut 1..
"tapi sign board kat depan sana kata tak boleh bogel.."
kata gua pelik

maka disebabkan rakan dangdut 1 dan 2 tak selesa, gua
pon terpaksa la ikut diorang..iaitu blah dari kawasan tu..
sampai ditempat pantai yang biasa, gua start mandi...

*p.s -tapi apa rakan dangdut 1 dan 2 tak tau, gua sebenarnya
tak pakai spenda..gua boleh bogil bersama mereka..
sebab haritu gua basuh baju so tinggal baju dan sluar
je..haha..

Wednesday, December 14, 2011

rindu ombak

Semalam gua fikir fikir yang gua ni kempunan
nak tengok cerita ombak rindu ke , memang gua
rindu main ombak..

jadi gua pon pegi la sebuah pantai di La Perouse,
pegi sana gua pon terus main air umpama mat rempit..
mat rempit kan tak fikir panjang, dah eksiden baru
nangis..sob sob my arse..

so gua dengan seluar jeans nya selama badak terus
main air laut..tapi gua tak berani nak celup bontot
emas gua, kerana ombak kuat..ombat seperti
memanggil manggil gua untuk disedut kedalam air..
tak ke gila tu..jadi tak jadi mandi, hanya rendam kaki
dalam air..gua rasakan bau busuk kaki gua kurang 4%..

pastu on the way balik , singgah kawasan perumahan yang
tiap tiap tahun masuk pertandingan hias rumah masa musim
krimas..tahun 2008 ketika gua semak fail exam belambak, sejuk
juga hati gua dapat tengok decoration..lupa kejap masalah study..

so gua berhajat nak tengok full decoration..dalam 50 buah rumah
akan join nanti..it will be a wonderful nite, maybe kena bawak
pop corn Kmart...cewah..
ok bye bye..
















Sunday, December 11, 2011

hantu rambut panjang duduk seat belakang sambil senyum

Beberapa hari kebelakangan ni, gua banyak
kali balik pukul 2-3 pagi, hantar member gua
balik malaysia hall..

kadang kadang gua teringat balik cerita cliche
hantu kat malaysia..mesti hantu pompuan duduk
kat seat belakang..nak jadi ma'am gamaknya..
kecut juga gua teringat cerita tu..masa drive
lalu kat area pokok besar besar, gua tengok
juga sekali dua cermin pandang belakang..
lagu dikuatkan..goyang jugak lutut gua..
kadang pecut juga kereta..

bila gua fikir, tiket kapal terbang mahal ni..
hantu pon kena naik kapal terbang..tak caya
tengok tajuk ".... dalam botol"...HA HA..
terus gua bawak kereta rilek rilek saja..

Friday, December 9, 2011

tammat..sila beralih ke blog lain..macam la hang tu tolong gua..mentor ke? tak penah pon..

Tadi gua dapat email dari UNSW, student email
gua akan diterminate dalam 84 hari lagi..namun
gua akan diberikan email alumuni..jadi la kan..
takde la gua meroyan nak kan attention dari
management libery, IT atau even Islamic committee..
semua habis gua spam..tanya itu ini..

Hidup gua sebagai student dah tamat..bak kata filem
p ramlee- tammat..gua sebenarnya ambik course
(jurusan) social science..atau dalam bahasa melayu nya
sains sosial..gua pecaya hanya 2-8% je student Malaysia
yang study jurusan ni..mungkin alasan diorang course ni
tak mendatangkan gaji yang lumayan atau tak relevant
dengan ciri ciri menantu pilihan..semuanya berebut buat
subjek akaun/finance, engineering-mekanikal, elektrikal,
automatikal, dan basikal kal kal..ada juga yang suka mereka
bangunan iaitu arkitet, quantiti surveying(kira kos pembinaan)..
medic juga tak ketinggalan..ada juga buat course matematik..

setakat gua belajar kat UNSW, course SLSP atau course
social science, gua tak penah jumpa orang Malaysia..bukan
nak bangga diri sendiri..tapi kita dapat tengok bahawa course
pelik, orang tak pandang..gua penah kasitau orang, gua buat social
science..diorang nampak surprise..bagi gua bagus la orang buat
something diluar comfort zone diorang...apa tah lagi kalau dah
tak pandai matematik, baik amik something yang senang
tangkap..tentang manusia..observe, read, read read read until swollen (baca
sampai lebam) and then write..
bab menulis yang banyak kali gua nak kantoi..professor,
dokter, lawyer nih memang particular pasal penulisan grammar..

bila dah study pasal social science, bermacam la ragam manusia
gua kaji..ada sekali tu kitaorang kena perhatikan couple bersembang..
kena tengok laki atau perempuan yang cakap paling banyak..ada
pulak kitaorang kena kaji website mencari cinta, tengok macam
mana laki laki potray diri diorang..ada pulak kena kaji mengenai
myspace..

latest, gua mengkaji mengenai orang asli atau Aboriginal Torres and
Strait Islander..dari sini gua tau, system undang2 Australia racist,
oppression serta mengamalkan white supremacy..gua sebenarnya
bangga orang asli Australia mendapat recognition..bila PM Australia
yang lepas Kevin Rudd start je jadi PM, dia terus minta maaf dekat
orang Aboriginal..kenapa? sebab penjajah yang datang Australia
kata takde orang langsong kat bumi Australia..padahal orang
Aboriginal dah menghuni tanah Australia sejak berkurun lama..
jadi orang Aboriginal dibunuh, diasingkan..anak2 Aboriginal
di tangkap dan diajar meninggalkan budaya diorang..anak2 ini
digelar 'the stolen generation'..macam macam lagi ..

hey, at least I learnt something rite? walaupon tak la relevant kat
dunia koprat, tapi gua leh sembang kencang..keh keh..
takpe la, biar la gua sorang amik route yang berbeza, asal
outcome nya bermakna...kalau ada sesapa nak merasa hidup
bermakna, sila amik social science kat UNSW baru tau
kepala tu ringan ke berat..so far kepala gua berat nak hadam
apa artikel tulis..nasib semua pass..

owh gua lupa kasitau..
masa gua amik paper thesis pasal orang Aborigines ni, gua
punya literature review first time dapat distinction..bukan nak
brag, tapi nak dapat credit pon gua menangis tak dapat dapat..
masa gua dapat result nak runtuh dinding artilary gua...

maybe
sebab gua ada tulis kat paper gua, yang gua hansem..
HAHA

Wednesday, December 7, 2011

family cuti cuti

Hello mamat dan minah..
gua hari ni buat draft untok family gua
datang..gua buat budget, tengok tempat
apa yang menarik untuk family gua datang..

gua nak bawak diorang pegi tempat yang
best contoh pegi tengok kangaroo, pegi
naik sydney tower (walaupon gua tak penah
pegi lagi + tak penah pegi kl tower..haha gampang
betoi gua nih), pegi fish market, blue mountain..blabla..

tapi sedang gua buat draft tu..hari terakhir kat sydney
tu, gua terasa lain macam..gua tanya diri gua,
"gua balik malaysia sekali ke? camne la gua nanti,
sebak ke..happy ke" walaupon 3 bulan lagi..gua
start rasa pelik dah..ohh man..sydney macam
second home gua dah..rasa dah selesa walaupon
seksa nak mati sebab kedai mamak takde,
internet cam haram j, shopping kompleks tutup
pukul 5 WALAUPON summer (hari cerah sampai pkl 8 malam)..

Malaysia tetap kampong ku..

Friday, December 2, 2011

Berkeliaran di pasar ikang


Salamat hari Jemaat..
amacam hari ni? ada sihat?
semakin hari semakin dikit (sedikit)
waktu gelap..pkl 5.30 pagi dah start
cahaya cerah menjengah ke tingkap
gua..pkl 6-7 dah mula ada cahaya matahari..
8.15 pm, still cerah lagi..sedor tak sedor
waktu malam makin berkurang..

anyway, semalam gua berjaya menjejakkan kaki ke
sebuah tempat bernama fish market..pasar ikan?
apa ke bangang best pegi pasar ikan..
ini yang uniknya orang yang bangang, skimming
tak habis habis..har har..
















ok, fish market ni konsep dimana ia sebuah pasar ikan
dan juga sebuah kedai yang menjual ikan yang digoreng..
yang bestnya ikan tak perlu disembelih..dan minyak
digunakan ialah minyak bebas hewan(haiwan)..






























gua tak pasti ada konsep fish market camni kat
Malaysia, kalau ada, gua rasa mesti best..
anyway, lepas je berbincang dengan member2 gua
secara berdiri.. kitaorang kongsi je la satu tray besar
which cost around aud$36.50 gitu..satu tray tu
5 orang boleh makan..



























sotong (bukan aww tau), soft shell crab,
calamari, udang, ikan dan tapak sulaiman..


member gua kata, tambah la plate lain kalau tak cukup..
so gua pon rembat lagi satu seafood mix..tamak punya
pasalkan..gua first datang, so tak tau taktik memakan
kat sini..gua rasa kalau family gua datang, sini perfect
place untuk bawak diorang enjoice the seafood..






























atas ni gua makan sorang..mau mati sebab
banyak..

pastu makan kena la atas jambatan kat luar bangunan
baru la feel nelayan..no offend..tapi ada burung2 yang
suka curik makanan..gua tertanya tanya..kenapa burung ni tak
makan ikan kat dalam laut je..fresh and yummy..nak jugak jadi pemalas
makan fried seafood..
someone need to do research on this birds la..
makan benda berminyak..mati cepat la burung tu..

pastu balik je pegi berkinhead point..tempat setan
banyak berkeliaran..tak lain, tempat shopping..
time tu gua rasa nak terberry dah sebab makan
banyak sangat..lagipon hari gua dapat result, gua
pegi makan kat restoren indonesia nama shalom
gua bantai ayam paling pedas..pastu tambah lagi
sambal belacan..awesome..
ye la, takde orang nak teman
gua selebrate, baik gua selebrate sorang je..

anyway, hari ni pegi teman member kepada member
sebab esoknya dia nak balik Singapore..so hari2 terakhir
kena la makan benda syok-syok..gua nak balik nanti
gua nak makan kebab banyak2..kat malaysia tak sama..

p.s - tapak sulaiman takde pon..orang skimming biasanya
tak dapat tangkap apa gua type..biasa la busy kan..ha ha..
seriously, get a life..

Thursday, December 1, 2011

lompat, baling topi dan kembang hidong

Pukol 4 petang semalam, gua menerima
keputusan exam.exam yang gila gila gila
penting..bukak je email..*klik..gua senyap..
dup dap dup dap bunyi jantung gua..
pastu terus call sekretary no 1 rumah gua..
mak gua..

tetiba adik sedara kepunyaan gua angkat..
gua pinta bercakap sama sekretary rumah gua..

gua: amma, freak dah graduate!
amma: so..(long pause)..what's next?(sambil
meng polish kuku)

takde la, mak gua tak macam tu..dia tumpang
gembira..gua dapat rasa dia mungkin sebak,
atas sebab gua berjaya grad atau mungkin tengah
potong bawang sebab nak memasak.LOL.anyway,
ini bagi gua dreams come true..umpama seorang
lelaki kepingin awek yang cun menerima dirinya,
dan awek tu terima dia, pastu ajak kawin..yahooo..
tak perlu bukak website gadis manis!

so what's next?
pertama sekali gua kena ucapkan selamat tinggal
kepada perangai gua yang satu ni..perangai gua
yang nak perfect all the time..ini bagaikan satu
rantai yang limit segala macam opportunities
depan gua..gua
rasa lepas ni, gua akan hidup seadanya, hidup
lebih adventurous.. hidup berantaikan
perfect buat gua tidak enjoy hidup..gua rasakan
gua control semua benda walhal ada benda yang
yang gua takleh control...well, kecuali benda yang gua
kawal la cam johnny gua..LOL..

anyway, gua cakap la kat mak gua, supaya skype malam tu..
pastu gua skype dengan family gua, routine skype but
more relaxed..muka gua berseri macam ada gold shining shining
dekat muka..

amma: apa hadiah nak freak? camera boleh, yang bole zoom zoom? (dslr)
gua: takpe la..(gua tak suka hadiah dah at this point..tak tau ngape)
amma: nanti tanya abah..
apak: nanti tengok pos atau beli kamera tu..

dslr? oh tidak, itu akan membazirkan uwang serta ruang..gua
tak minat kamera, tak minat harimau muda, tak minat ipad..
semua tak minat..gua perlukan kegembiraan je..
gua tak tau ngape gua tamau hadiah..mungkin tshirt..
sebab tshirt gua dah lusuh dekat koller dia..hampir
kesemuanya..tak salah gua
tshirt tu time kolej gua taun 2006 gitu..
so tshirt will be fine amma..spenda dah banyak..

oh well..bye2 mau enjoy my short vacation before cracking my head
searching for 'salary-work-pain' kind of thing..

Sunday, November 27, 2011

Ada disini

Kepada anakku,

pak mu maseh hidup,
jikalau pak tak update lama,
maksudnya apak teruskan hidup
sebagai manusia normal..

ini juga menandakan apak mu ini
sibuk dengan aktivitas didunia maupon
diakhirat..diharap anakku faham..

hidup ini tak lain tidak bukan sama seperti
spenda..kalau digulung2 dan dijemur, pasti
ada kawasan terpencil yang basah atau lembap..itu la kita
perlu beri perhatian..supaya ia sama kering..
dalam erti kata lain, memfokus pada perkara yang
penting belaka..

p.s:lu pon kena buat benda sama wahai anak, jangan
membeku darah ponggong lepak depan komputer..
sebat nanti baru tau..

Wednesday, November 23, 2011

dying..literally

gua rasa gua akan mati umur 30 atau kurang..pada umur 24 tahn gua rasa beban yg maha hebat..

pressure hidup, nk mampus cuba grad, nk cuba cr keje..people fak me from behind,front,everywhere.yang dok fikir,kenapa freak tak amik port hah? gua pun ada life..

bg la gua ruang..udah la hari2 fikir pasal future..amazingly people dont care..bila cal family je, dorg tak concern sgt pun..tu yg gua buat sendiri..

bg la gua tempat skit..hari2 gua rasa kepala kena himpit..gua ni perfectionist..smua nk perfect..mana gua dpt ilmu perfect ni ntah..jadi gua mohon jgn tambahkan lagi sakit jantung gua ni..

gua tak faham..kenapa harus kita hentam org kita sayang..cant u see the side effect? dr segi psikologi? damn, bila marah kita fikir pakai apa? lutut ke?

gua dh tak tahan..harap gua tak mati dalam tdo..

p.s- this is in real life, bkn invisible or anonimous what ever

Monday, November 14, 2011

depan dan belakang stage

Kelmarin gua menonton konsert kpop..
yup korean mari punya..shinee,2am, miss A,

Mlaq, kara, cnblue, snsd, secret, 4minute,

tvsq,sistar, b2st..dalam gua tamau2 tengok,

henjut jugak kaki kiri gua..harhar..



cite dia camni, perjalanan ke anz stadium

mengambil masa macam haram jadah

sebab jalan Paramatta tu macam kl punya

jalan..lu tau kan cam haram jalan kat kl..

jemmmm je manjang..so gua cam hilang

sabar..rasa nak keluar kereta, lari lari anak

sambil pakai spenda..



anyway, sampai je stadium, fans2 kpop ni

berlari bila konsert nak start..siap ada countdown

lagi konsert nak start..berlari la minah2 dan

balak2 berlari ke dalam stadium..gua dengan

member gua, rilek je..tapi last2 kitaorang pon

lari, tak tau ngape..sebab pressure dari mak cik

cleanner kot..dok tengok je kitaorang rilek je,

cam kena jeling sebab tak pose plak..LOL..



anuway, bila konsert je start, gua cam..pehal

la budak2 asia ni dok terhegeh2 ni..jerit2..jadi

lama kelamaan gua digoda oleh gadis jelitawan,

gua tak tau kumpulan mana..tapi agak la menari

dia..mungkin kalau gua ustad, tercabut ketayap

gua..tapi gua rilek je..padahal mamat korea depan

gua tu gigit tangan dah sebab cute sangat group

perempuan tu..



dalam kumpulan ke 5 gitu, gua perasan satu

mamat omputih ni hapal lagu kumpulan shinee..

gua cam..wah salute la..bukan saja brand LG,

Hyundai, Samsung gah diserata dunia..malahan

produk idol dioran juga berjaya..formula

apa la diorang pakai nih..mamat tu bukan je

hapal, siap goyang2 badan macam menari..

gua salute sama jiran kim jong, iaitu korea

selatan..



sebagai seorang yang buta kayu terhadap

kumpulan kpop..bila gua ushar tarian dia,

agak sharp..walaupon tak sharp, fans dia

terhibur..so diorang bermula dengan

praktis dan semuanya perfect..suara boleh

la(maybe gua tak faham suara diorang..



dalam banyak2 kumpulan kat situ, satu

je band yang gua rasa memang best..cnblue,

sebab diorang pakai instrument semua..

yang gua sembang dekat konsert tu ye,

jangan ingat gua cakap secara general..

tampar kang..LOL..



at last, blah je dari konsert tu, gua ada beberapa

observation..gua suka observe..especially people..



....

hidup ni bagai kan diatas stage..bak kata goffman,

kita potray sesuatu prilaku tu semacam kita berada

di atas pentas..kita greet orang senyum, kita

mesra..tetapi bila kita dibelakang pentas, kita lain..

kita tunjukkan diri sendiri..kita boleh

kita sumpah seranah orang, kita kutuk

orang yang kita greet tadi..cakap mulut dia busuk

semua..pokoknya dibelakang pentas adalah diri

kita sebenar..



so dari konsert ni, kita leh tau yang mereka ni

walau letih atau benci gila sama weather

sydney, diorang tetap portray kegembiraan

kat muka diorang..anasayok (kata group kpop)

sebaik habis menyanyi, seraya satu stadium

bergema menyambut teguran meraka..

senyum je diorang..macam gembira berjumpa

dengan 1000 bidadari..



hidup kita gitu gak, kalau kita benci

kita cover skit kan..kita benci kat

balak kita punya pak, sebab slalu

terpandang2 barang kita..kita

pon senyum la nak cover..tapi belakang

dia, kita kata dia pervert..haram j..



berbanding dengan diri gua yang hina ni,

gua suka terbalikkan teori goffman tu..

gua selalu buat muka gampang, tak interested,

annoying bila gua benci orang tu..ni lebih

senang dan tidak plastik diri gua..

bila orang yang gua tak kenal, tetiba sembang

kencang pasal rambut, gua iyakan aja dan

blah..apa haram jadir sangat nak berlawan

dengan rambut gua..tak interested langsong,

baik gua layan wwe(wrestling) dari gua

layan orang camni...menunjuk 24/7..



anuway, ada sorang member gua ni cakap

kat gua, "lu ni kan, kalau tak suka orang,

lu tak suka cover..nampak sangat lu

benci kat orang tu"..gua senyap...



gua sebenarnya tamau hipokrit..diorang

buat perangai yang gua tak suka, gua

malas layan..dulu ada tukang urut

ni suka mengurut mak gua..each time

nak datang umah gua, gua macam annoy la..

mak gua plak berkawan orang gini..bukan

nak degrade orang mengurut ni..masalahnya

dia pandai ilmu2 alam nih..hantu semua nih..

tu yang gua tak berkenan..so one day gua

cam biasa buat no-point-sembang-with-u..

nak tau 'bomoh' tu kata apa?

dia ni hati keras ni kata kat mak gua..

memang hati gua keras..

sebab orang gini la, mak gua jadi penakut..

takut hantu la, takut buatan orang la..



kalau pak luorang sangat annoying,

please, takut gua sakitkan hati bapak

luorang sampai kena heart etek nanti..



ok gua bagi lagi contoh..ada sekali tu ada

mamat nih bawak awek dia pulang,.kat ostolia

beb, biasa la tu..so pong mandi la..peduli

apa awek datang ke tak..so gua pon mandi la..

lepas je mandi gua hanya ber one piece..bertuala

je la..tak pakai baju semua..pastu gua tersempak

dengan awek mamat tu..nak tau gua buat apa?

gua buat tak tau je laaa..ni rumah sewa gua,

bukan rumah sewa pak hang..dah rumah jantan

hang gatai datang sapa suruh..gua pon masuk bilik..



ada sekali tu mamat singapore ni bawak awek dia

datang umah, gua berone piece jugak..pastu gua

rasa, dia jarang bawak awek dia..mungkin dia

pikir tak sesuai bawak awek datang sini..

ye la, orang nak berboxer, nak berspenda

pon potong stim je..plus, muka gua cam

khayal je lepas mandi..takut awek dia

kena perkosa plak..tu tak bawak dah..



lu tau tak nikmat bertuala tanpa pakai baju

lepas mandi..orang yang pakai baju lepas mandi

ni, tak syiok la..bagi laki la..sama ada ada kesan

sebat kat belakang dia, atau ada kesan kurap

kat belakang dia..ha(gelak sekali yang padu)..

be confident la beb..selamba jantan je..ni kat

rumah sewa sendiri pon nak cover2..cam la

breast hampa tu lawa nak cover dengan baju..

kah kah..



gua nak bagitau main point ni, jadilah diri

sendiri..kalau luorang cakap camni

"gua ialah seorang lelaki, dan gua cintakan

laki..gua gay..gua tengah jadi diri sendiri

la ni"..so jawapan gua..harap luorang jangan

jumpa gua lagi, sebab gua cepat benci

orang..hahahaha..so better senyap2 je..

kalau ushar betis gua, gua pukul dahi lu nanti..

ingat!


p.s: jangan ingat gua tujukan kepada seseorang..

gua ada ramai kawan..jangan terasa gua tuju kat lu..

get a life..

Friday, November 11, 2011

Puji orang adalah lagi baik dari ngumpat orang..berspenda levi's lagi baik dari baju 'i love sydney'..

Hari yang gua lalui penuh dengan
pancaroba, kadang orang buat palat
dengan gua, gua tahan je..

tapi harini bukan gua nak cerita
orang buat palat, tapi nak cerita tentang
benda positif yang jadi dekat persekitaran gua..

gua ada member..dia ni anak sulung datang dari
keluarga sederhana..skang ni tengah cuti dia setiap
hari keje..sejam dapat 10 dollar* 10 jam= 100 dollar
(bergantong kepada shift beliau..kadang kejap sebab
ramai pekerja)..dia merupkan pekerja restoren..

apa yang gua kagum kat beliau ialah dia kerja
berat2 untuk dapatkan apa yang dia nak..dia
dapat ipad..700++aud..respek woo..
bukan senang orang yang camni..ada yang
goyang telar(telor) je terus angkat ipad..
mak pak loaded dikatakan..

gua dapat sense dia seorang yang berpegang
pada collectivism..orang yang berfikiran mengenai
kumpulan terdekat contoh keluarga ke, sedara mara ke..
(lari definition dia, tapi maksud dia, orang yang concern
pada komunity)..
dia slalu pikir nak beli ipod
pastu nak pas kat adik dia..beli henpon untuk
pak dia..nak beli ipad untuk pak dia..gua rasa
memang dia agak independent..dia meng KAYA
kan family, sedara mara..

berbanding dia, gua merupakan individualist..
melihat kepada apa yang gua lalui (tak dapat
scholarship semua), membuatkan gua nih
tak mau fikir lain..fikir diri sendiri lagi bagus dari
pemikiran gua..tengok je la..setiap kali
balik Malaysia gua tak bawak ole2(buah tangan)
untuk family, sedara mara..sebab apa?

sebab gua peduli apa..yes, gua peduli apa
dengan sedara mara, kecuali family gua..
ada la gua beli barang utk mak gua..opah
tok gua..sedara mara? nope..memang tahi
kan perangai gua..har har..

bagi gua, family gua tak berapa nak hadap
benda2 ni..asalkan gua balik, ada dalam
rumah..complete kitaran hidup diorang..
gua senang je, kalau nak apa2 pesan je kat gua..
gua beli..

tapi bab sedara mara, gua tak berapa nak
layan..ada yang mintak beli longboard(cam skateboard)
harga ratuih2..tak kesah la..dia kaya..tapi
tup-tup dia beli dah kat Malaysia..nasib
gua tak bangang beli siap2.. last sekali,
sedara mara call skype ke apa, gua malaih nak
layan..nak ym je..gua malas nak intimate tetiba
sebab nak beli barang, bukan sebab nak sembang
dengan gua..hey, i am lonely u know..har har..












ahh...so like me..
kalau takde orang pastu ada laptop
pon ok..


so kesimpulan yang gua boleh buat..

1. berusaha itu amalan murni

2. menolong adik beradik lagi penting dari tolong
awek cuci tangan, ajar main golf, pegang tangan ketika
melintas, atau meraba dalam kegelapan

3. individualist vs collectivist adalah pilihan anda

4. family lagi penting dari semua kerana itu ialah
institusi yang paling asas..kecuali luorang kurang bernasib
baik

5. sedara mara baik jahat tetap patut dilayan..senyum la
walau luorang pedih kena tanya, bila nak habis..

6. orang yang show off, barang apa dia ada, kereta, laptop,
merupakan orang yang pentingkan materialistic..cuba bagi
kad plastik, mesti dia ingat kita bagi kredit card kat dia..

7. orang materialistik boleh gua terima, gua takleh terima
"materialistik dan dengki sama orang lain yang ada barang
lebih dari dia"..dengki woo si kalid pakai ipad 2..aku ada ipad
1 je..dengki woo, si ramli ada bini cantik, aku ni bini cam
apa je..wekkk..

8. belajar la dimana mana..belajar dikolej mana pon orang tetap
terima kerja..dekat US orang belajar dikolej diterima masyarakat
seperti belajar di uni..dekat malaysia, belajar kolej semesti nya
dicebik bibir tanda "kolej jerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr"..

9. jangan tetiba call orang, pastu mintak tolong yang
bukan2..gua penah try..gua call member gua tolong
rekomen kerja..gua tersilap..haha..gua tak pecaya
kat dia satu sen pon..so how..haha..

Thursday, November 10, 2011

short and simple: bersin

Gua selalu bersin menyembor..
kadang2 gua rasakan bersin ni sesuatu yang
mengasyikkn macam lagu amelina..
gua suka bersin kat almari sebab almari tu
warna putih..dan boleh nampak effect dia..

namun sekarang gua bersandar kepala kat
almari tu..luorang rasa, boleh sakit tak gua?

Saturday, November 5, 2011

Raya korban

Maka bertemu kembali dengan raya haji..
Pasti lembu tak tido lena, kasihan iouls rasa..
Tapi kalau lembu buat steak sedap jugak..
Iouls nak buat lembu masak bbq kalau dapat
daging kurban..maklum la orang kat sydney
ni kaya kaya..

Iouls kat malaysia tak penah tengok orang
sembelih lembu..darah dia buatkan iouls rasa
nak pingsan..tapi kalau tengok nenen lembu,
terasa hilang dahaga..har har..

iouls buat sajak untuk lembu korban la sempena
pengorbanan beliau untuk diratah daging..yum yum..

lembu...dikau sangat gagah pasrah menerima takdir tuhan
lembu..dikau bercahaya mata, berkaca mata tapi kau tetap gagah
lembu..dikau dipegang erat badan, namun kau tetap berdiri tanpa gentar
lembu..jasamu pada manusia tak mungkin terbalas
lembu..daging mu tak mungkin dilupakan..yum yum..

I still have balls, still hanging there, but faridah tetap faridah..
25 days to go..

p.s: Tanah Melayu hanya dijajah 2 tahun jer?? ingatkan
400 tahon..adoi..

cuba tengok video ni, kalau uouls suka, subscribe ler,
memang lawak diorang nih,.and informative too..ok faridah gerak
dulu..bye

Wednesday, November 2, 2011

masa iouls kecil dulu oleh faridah

masa iouls kecik, iouls suka main dengan
adik beradik iouls..mesti la main dengan adik
beradik..takkan main dengan "adik" uouls tu..
tak baik tau..dosa tau(sambil gaya tangan patah)..

iouls nak cerita masa kecik iouls
bergurau senda dengan kak serta abang iouls..

so once a pond a day, uouls bergelak2
la sama kak iouls..so satu hari tu iouls
ingat kitaorang main surgery..so kak iouls
ni pandai2 suruh abang iouls yang lagi
satu untuk spray sheltox kat
celahan ponggong iouls..

abang iouls pon tanpa berfikir sejenak
seperti fikir masak masak, terus menyepray
racun nyamuk sheltok terusssssssss
ke lubang pencernaan iouls..terasa sejuk tau
uouls..tapi kak iouls panik la..ye la
mana tau iouls boleh mati macam nyamuk..

so kak iouls pon jirus air banyak2..
nasib iouls tak mati melingkar lingkar
macam nyamuk lepas kena spray..
iouls menangis ke tak, iouls tak ingat..tapi
iouls ingat sejuk bila kena spray..

iouls dulu merupan orang yang kasar..
iouls suka main wrestling2.. dulu family
iouls selalu ajak sedara mara kecik2 datang
rumah iouls..meriah gitewwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww

so, satu haritu, tu kitaornag tiru la
gaya wrestler kat tv..gaduh2..
iouls dengan selamber piledriver
adik sedara iouls ...
menangis dia uouls! iouls dah cuak gitewwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww..

nak tau piledriver tu apa?

haa sebijik cam kat atas ni uouls..selamber badak je
iouls pile driver adik sedara iouls yang perempuan tu..
kecik lagi dia..mana idaknya
adik beradik iouls ramai laki..memang la ganas,
sorang kak i je yang perempuan..

tapi peliknya, kak iouls takde plak ganas
cam laki..elok je..tu penting nyer inglish edukesyen gamaknya..

bye dari faridah.

wordless wednesday..finally

searching for freak..agak2 ada tak?

Tuesday, November 1, 2011

cerita mengenai period oleh faridah

since gua punya rambut macam
perempuan berambut pendek kerana
salah potong rambut..
gua jadi perempuan untok
1 bulan..so maafkan gua..nukilan
ini adalah dari gua, bukan dari
individu lain..


hari ni faridah nak cerita la skit..
slang gedik mesti digunakan untuk faridah..
iouls = I alls
uouls= you alls

hari ni iouls nak cerita la kan,
iouls dulu tak tau langsung tau
perempuan ada cuti..cuti apa?

ala uouls ni buat2 tanya..cuti
red flag la..ala yang lesen untuk
uouls makan mcD time puasa tu..
haaa..tu la maksud iouls..datangnya
period..period ulouls..kelas gitewwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww

so iouls ni masa kecik, tak tau la kan
uouls gegirl kat luar sana tak kan puasa
penuh..iouls jeles tau, ada cousin iouls yang
selalu ponteng puasa dengan alasan gastrik..
iouls ni la yang puasa penuh..cewah..terjual
diri iouls pulak..gitewwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww

so iouls sentiasa cari alasan nak ponteng puasa..
tak dapat2..so satu hari tu, iouls ternampak
mak i uouls, tengah makan time puasa!
iouls terperanjat..masa tu iouls tak tau pon
perempuan ada cuti MC nih..maka iouls
pon call sekretary kampung iouls,..opah i la
of course uouls ni lembab cam kambing gitewwwwwwwwwwwwwwwwww

so opah iouls ni pon cover baik punyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
dia kate "mak uouls tu sakit kot..tak larat nak
puasa.."

iouls tanak kalah" freak pon tak larat hari ni"

at last, iouls puasa jugak..ntah kenapa, iouls
tak guna alasan gastrik cam sedara iouls..

jadi iouls sampai umur 16-17 tahun baru tau
pompuan (perempuan) tak bolew puasa..iouls
rasa tertipu, iouls rasa nak ketuk2 meja
ni..

mak sama kak iouls sangat pandai cover,
kak iouls tak pernah makan depan atau belakang
atau cover uouls! dasyat betol..

iouls penah kantoikan mak iouls sekali je..
tu pon secara tak sengaja..

jadi bila pompuan cuti puasa kan, mesti
la kena ganti balik puasa kan uouls..ada
satu cerita yang iouls rasa sangat lucu
gitewwwwwwwww

pada suatu hari, dimana petang redup2
gitu, mak iouls puasa...
so ada sekali tu belom maghrib lagi
mak iouls dah berbuka..iouls masa tu tak
tau mak iouls puasa..jadi mak iouls pon
bedal makan..puasa kan uouls..mesti la bedal
makan..

tiba2..baru dia tersedar belom maghrib..
tapi iouls rasa tak gelap pon kat luar tu..
mak iouls berbuka dengan selamber
kerana..

abang iouls tu, rajin sangat rekod azan
kat kaset dia..so masa dia pasang radio kuat2,
ada plak azan tengah2 lagu tu..so mak iouls pon
pantas la berbuka..iouls rasa tak
ramai rekod suara azan..iouls kagum..

29 hari sajorrkkk lagi iouls nak jadi faridah..
jap2 gua check ada lagi tak kelakian gua..
double check..still there!

Monday, October 31, 2011

Faridah..siapakah dia?

rambut gua sekarang ni pendek..
tapi nampak macam awek plak..
jadi sepanjang sebulan ni luorang jangan
panggil gua freak..panggil gua faridah..ok?

bila gua tengok depan cermin, nampak cam
awek skool plak..terasa nak type on jejaka pulak...aww..

jadi kalau nama pon dah faridah..kita kena la
sembang prihal wanita..ye tak?
ok gua nak cerita mengenai tuala wanita..

suatu ketika dulu, derjah nam..gua merupakan
seorang yang skema namun comel..bersikat tepi
dan perut sedikit buncit, gua menjadi kegilaan
2 gadis..namun itu hanyalah pengenalan je mengenai
topik ini..gua tak cerita pasal awek 2 orang nih
kali ni..

hari2 ada perimpunan kan sekolah sungai rapat
ipoh nih..kadang2 bosan jugak kena membebel
tiap tiap pagi..paling best kalau ada persembahan..
boleh duduk atas jalan tar..ni asyik2 berdiri dengar
pengumuman yang ntah apa2..tapi kali ni
pengumuman dia best..bunyi dia gini..

"pelajar pompuan diminta agar tidak membuang
tuala wanita dalam lubang tandas..ini akan
menyebabkan tandas tersumbat"kata seorang cikgu
perempuan yang agak lantang suaranya..

...

"tuala wanita?" gua pelik..takkan tuala besar
tu bawak pegi sekolah kan...

"haha..pampers la"kata budak lelaki
keturunan asli sambil ketawa seperti orang
menang motor poweroot..

"oooo..cakap la pampers"kata gua tersenyum
tanda paham

cakap bahasa senang kan ke lagi baguit..

Thursday, October 27, 2011

kisah duit yang kecil

gua decide nak kasitau anak gua,
pasal blog gua nih masa dia umur 20 lebih..
kalau gua kasitau awal2, mesti dia
gatai nak bercouple la, nak test power la..
maklum la nak test power macam pak dia..
tak tau pak dia, master in ngorat..

anyway, gua teringat satu peristiwa kat
kolej gua..

sebelum tu gua nak kasitau, gua suka gelak
sorang2 bila baca artikel untuk buat assignment..
ntah kenapa..makin lama makin pelik gua..sebab
tu gua tamau anak gua umur 12 tahun start baca
blog gua..takut dia cakap gua multiple
personality..pastu gua takut dia tukar jantina
plak..haru nanti..har har..

ok sambung balik..
gua teringat peristiwa masa kat kolej gua..gua ada
kawan perempuan..dia ni agak baik dengan gua..
tapi disebabkan balak dia kontrol dia macam kereta
kontrol- gua jadi mual nak member dengan dia..
tapi tu cerita lain..

skang ni cerita gua rasa besar pengajaran untuk
kita yang bergelar manusia..tak kira la korang ada
cantik macam bidadari ke, buruk cam ponggong
kiri gua ke, kaki yang wangi ke, atau pon
lelaki ayu..pokoknya kita takleh menipu
walau satu sen..gua penah menipu and
gua rasa tak bagus..tapi gua manipu(menipu)
menggunakan taktik yang kotor serta
melibatkan duit yang banyak..

apa2 pon (anyway), member gua ni
pernah cakap..kita namakan dia
Sya la..so sya ni penah kasitau gua,
pak dia seorang professor..pak dia
tak kasi luit (duit) banyak kat dia..
gua paham, pak gua dulu, tak kasi
jugak duit yang banyak kat gua..

so dia kata dia dapat duit MARA je
untuk belanja...sadddddddddddddddddd...
so kita sambung kisah sedih dia lagi..
so one day, she wanna print 2 pages of
document..so what she did is that..oiii
haram jadah..english pulak..harhar..

ok2..dia pegi print dokumen la, tak tau
la assignment ke apa..so dia pon print la
kat makmal komputer (lab)..lepas dia print dia cakap camni..

"dah dah cau cau"kata Sya serious..

maka dia pon berlalu pergi bersama
kengkawan dia..berlalu pergi tanpa
bayar lepas mencetak (print) dokumen..

"oii sya, kenapa ko blah?" tanya gua pelik
sebab macam haram tak bayar lepas print
(sila pasang lagu serius~)

"aku malas bayar"kata sya gembirang(muka
nampak girang)..

"berapa posen?"gua tak pueh ati..

"20sen..."kata sya bangga

"....................................(balik
gua rasa nak tengok gambar awek
cun..sebab awek cun kat kolej gua
tak leh harap)" gua diam..

"kenapa ko nak bayar kan ke"tanya sya

"aku boleh je nak bayar" kata gua sambil
seluk poket belakang gua..
tapi gua hentikan langkah bangang dan
balol gua..buat
apa nak bayar utk orang..

20 sen beb..buat apa la nak tipu..gua
lupa berapa sen sebenarnya..tapi gua pasti
tak sampai 80sen..

ok gua tanya korang..20 sen mungkin besar
untuk dia..bagi gua, kalau dah guna
servis bayar je la..

gua punya kawan laki nama Ramli(bukan nama
sebenar) penah kata camni

"wey freak, sya penah mintak
aku 10 sen"kata ramli

"aik..pehal..10sen?"kata gua pelik
rasa nak pukul muka macha jaga
prepaid sebab tak hensem..

"dia kata, aku penah pinjam dia
10 sen"kata ramli pelik tanpa
menggaru bola nya..

"..............................(gua rasa
nak balik rumah nak pasang
fan pastu baring atas tilam sambil
letak tangan atas dahi sampai lebam)"
gua masih pelik..

gua faham..10 sen kalau masuk tabung setiap
hari untuk seribu tahun lu orang dapat beli la
kereta mercedes untuk cencirit(cicit kepada cicit
kepada cicit kepada cirit) korang..

gua tamau cakap apa2..cuma gua mintak, gua
dan anak gua dilibatkan seperti perangai tersebut..
harap 10 sen tu tak dibuang, tapi tidak la juga
dihina, tidak la juga dibuat baling dalam perigi..

-20sen (hutang printing) + 10sen (kawan pinjam)= -10sen(kurang)

Tuesday, October 25, 2011

kawan

Gua ada seorang kawan, nama dia azizul
hakim bin che om...kenapa gua tulis nama
penuh dia? teruskan membaca..

suatu ketika dulu masa gua form 1, gua sekelas
dengan dia..kitaorang sekelas memang ada
group..sebabnya ada berapa kerat je orang melayu
dalam kelas..tapi kaum lain pon kitaornag kawan..
tiada rasis dalam kamus kami..

nama panggilan dia joi..dia ni dalam kelas
kitaorang paling kuat melawak..sehari kalau
takde dia, gua rasa memang tak best..kalau
dia takde, umpama meggi tanpa perisa..hari
akan jadi bosan..maklum la masa sekolah dulu,
belajar last sekali, member paling penting..

anyway, waktu sekolah menengah dulu, gua
ingat lagi, joi ni paling gila main bola..kitaorang
memang suka main bola, tapi dia punya fokus
masa main bola tu memang dasyat..time
tu umpama dia amik spm..fokus terbaik..
tak macam gua, belajar cam taik, main bola
pon cam taik..

tiap hari minggu kitaorang ada perjumpaan
kadet tentera..lepas pegi latihan kadet tuh, mesti
end up pegi yik foong..kitaorang lepak kat
yik foong..tempat bahagia untuk orang sederhana
macam kitaorang..belajar tak berapa pandai,
sukan pon tak berapa..so kitaorang tengah tengah..

sampai form 3..kitaorang sibuk pmr..joi ni dia
time kelas, matematik dia dok kusyuk gila
menyalin apa cikgu ajar..time agama buku penuh
dengan notes..tak macam gua, ntah apa ilmu
gua dah lupa skang nih..

tapi sejak form 4, kitaorang tukar kelas..gua kelas
4sc6, joi tukar kelas lain..gua lupa..tapi masa
form 5, kitaorang tak berapa rapat..joi berubah..
tapi dalam hati gua kata, bukan joi yang berubah..
tapi ...

apa apa pun, sekian lama, gua pon berpisah..
gua tak tau ngape gua bengang sangat dia berubah..
cepat pulak dia naik angin masa form 5 tuh..
tapi gua biarkan aja..ada gak gua dengar dia dah keje..
syukur..

dikotak fikiran gua,,joi dah hilang.,.kawan lama pon dah lupa..
cilaka sungguh gua nih..

pagi tadi..


zzzz: aku bru dpt tau ni..Joi che om meninggal..sok kebumi..sbb
aku xtau lg..sedekah la fatihah kat dia.

gua tersentak..tak tau apa gua nak buat apa..lantas
gua call zzz...gua suruh dia sms apa2 perkembangan..

zzzz: Azizul mninggal sbb asthma

tadi termanggu gua seketika..masa gua dalam toilet tadi
teringat kenangan dia melawak..suara dia terngiang kat
telinga gua..gaya dan perwatakkan dia sungguh lawak..gua
masih ingat lagi..

Joi, gua maafkan apa saja salah lu pada gua..hutang, dosa,
fitnah ke apa ke..gua tak kisah..gua jugak doakan lu bahagia
kat sana..gua akan doa utk lu..maafkan gua berprasangka
tak baik sama lu..

ingat tak dulu kita berlumba sapa tamau dpat nombor
paling last dalam kelas..gua, lu dan man, berlumba
tamau dapat nombor last dalam kelas..

ingat lagi tak, kelas PAFA setiap petang selasa..lu tak
penah ponteng kelas PAFA..baca quran pon laju..
gua ni la ter sangkut sangkut..muka merah sebab malu..

ingat lagi tak ...terlalu banyak kawanku..terlalu banyak
kenangan..maafkan gua sekarang baru nak hargai
kenangan lama..maafkan gua..gua ni bukan kawan yang
baik..

andai kata gua kat kl, gua balik je terus ipoh..tapi..
lautan memisahkan, dan kisah gua sudah lain..
maafkan gua joi..

seketika gua terfikir..tawa nya, perwatakkan nya,
tidak lama..andai sampai masa..macam mana
la gua di 'sana' nanti..

Azizul che om
1987- 2011
Form 1A5,2A5,3A5, 4sc4, 5sc4

I will pray for you ,my friend. Thanks for everything.