About Me

My photo
Blog ini bukanlah blog ilmiah, jadi sila tutup buku ketika baca blog ini. Penulis blog maseh belajar di unisti yang tak terkenal di dunia. Blog ini khas untuk bakal anak penulis. Jika penulis mati dulu sebelum sempat ada anak, maka anak yatim layak mengaku penulis ini bapak dia.

Sunday, December 25, 2011

Segelas Teh, Sebuah Cerita.. Sukidin dan Bong Romli

Segelas teh merupakan initiatif gua sebagai rakyat
biasa Malaysia yang perihatin kepada golongan
pekerja yang sibuk berkerja siang dan malam..
Jadi gua jadikan ini satu platform untuk luorang
bancuh teh/kopi/air masak/air pepsi apa2 je la..
pastu letak kan air tadi dimeja komputer dan
baca karangan gua..

Cerita ini dibuat untuk menjadi peneman luorang yang
sentiasa mencari cerita untuk releks kan minda..
seat back relaks and enjoy..kalau skimming gua rasa
gua nak tampar dahi sebab penulisan gua sangat bagus..
kalau baca sambil pakai lilin mesti rasa nak jatuh cinta
dengan gua..feel tu penting..lagi bagus kalau baca ketika
baru lepas break dengan balak..

-------------------------------------------------------
Sinopsis: Sukidin dan Bong Romli - kawan baik- perangai
jahat- sejahat kucing mencuri ikan pastu biar tulang merata
rata- jahatnya...menci menci(sambil tumbuk dinding)

----------------------------------------------------

Satu hari yang terang, matahari memancarkan cahaya
yang terik. Sukidin dan Bong Romli khusyuk mencangkong
bawah pokok rambutan Pak Hussien Lampoyang.


"Pergh power..power gila..slurrppp..bong, hang rasa
kita ni makan rambutan ni kira haram tak?"Sukidin soal
Bong Romli sambil makan rambutan.

"Setau aku la, halal haram tu antara laki laki dan perempuan
belum kawin je..kalau makanan aku rasa tak haram..kecuali
babi la, tu pon sebab tak..."kata2 Bong di potong..

"shhhh..diam2..aku dengar bunyi tapak kaki Pak Hussen..
haram..ni mesti ada orang report ni"Sukidin berbisik..

"Sapa lagi bukan Jamal kat simpang tu..buat2 main gitar
konon, tapi jadi tukang report..udah la rambut banyak
kutu" Bong kelihatan marah.

..........

"Aku rasa, kat kampong ni tak selamat dah..asyik nak kantoi je perbuatan
jahat kita..mencuri salah, mengendap salah..dulu masa aku nak cadangkan
buat pondok belia remaja, ditentang nya habis habisan dengan si Jamal tu"
Sukidin berkata sambil mengisap rokok dunhill.

"Aku rasa aku tanak buat keje ni lagi la..semalam aku tengok rancangan
ustad muda, segak pulak pakai ketayap.."Bong berkata kata sambil
keluarkan ketayap kepunyaan arwah atuknya..

"Jangan buat keje bangang..aku rasa kita kena buat benda jahat lain la..
asyik mengendap je..apa pon tak dapat.."Sukidin mula buat asap kepol
kepol..
"Nih gaya orang ganas" tambah Sukidin..
Perlahan lahan dia keluarkan cakera padat keras dari dalam bajunya..

"Fuhhhhh..mana hang dapat ni Din..cerita ni kalau ustad Mustapa nampak,
mau kita dilibasnya..tajuk pon power, pera..peramugara terlampu..aik
apa ke bangang tajuknya.."Bong gelak gelak sambil perlahan lahan
simpan balik ketayap atuknya itu..

"Power tak gua..haaaa.."Sukidin tambah lagi rokok sebatang..

"Eh Din..aku dah lama teringin nak tanya hang..kawin seronok tak?
aku ingat nak kawin dengan Anak Pak Hussin la..Milah anak dia
yang cikgu tadika tu" Bong bercerita tentang harapan..ada sinar dibalik
mata yang berair itu..

Pappp, Sukidin bagi satu tamparan kepada Bong..tepat pada dahi Bong

"Kalau ye pon nak cerita pasal kawin, kenapa ko gigit cover cd tu..
mahal tau aku beli..nih Bong, jangan jadi bongok..kita ni kutu kampong..
mana ada orang nak kawin dengan kita..tengok cerita tu sudah la" Sukidin
start motor dan berlalu pegi..tak sampai satu tiang dia memacak motornya,
dia break emergency lalu memaling pada Bong..

"oii Bong, esok kita cari port lain..kita pergi experience sediri.."

Bong tergaru garu kepala..IQ bong dikatakan lebih rendah dari
seekor lembu Pak Salim bernama Dogol..

-------------------------------------------------------------------------

Tepat 1 petang waktu Kampong Lembing Lembik, Bong steady menunggu
Sukidin sambil minum teh ais bungkus dari kedai Haji Somsom.. Peluh lebat
tak dikira..disapu dengan tangan, kendian di sapu pada baju.

Prrennggg

dari jauh Sukidin memecut..kapcai milik orang tuanya habis di lenjan..
dah macam motor pekerja kontrek..

Sreetttt..

"Jom.."Sukidin bersuara..pendek ajakan namun tegas..

Lalu mereka berdua pegi ke port selalu, belukar kebun
Pak Jamil..sebelah kebun durian Haji Sony Konjoyo prajurit
seberang..

"Semalam lepas je aku mandi wajib, aku dapat ilham..
kita pegi kampong sebelah..Kampung Pisang Setandan..
kita buat jahat kat sana"kata Sukidin bersemangat..perlahan
lahan dia mengetuk kotak dunhill lalu dia keluarkan sebatang
rokok, dinyalakan..

"Hang biar betol ni Din, ketua kampong sebelah nun terkenal
dengan sipat alimnya..aku tak nak kita kena tangkap, ketua
kampong tu ada anak cun..Alisha namanya.."Bong kelihatan
tak bersetuju dengan ajakkan dosa Sukidin..

"Nih..camni, kali ni aku rasa kita buat satu benda baru la..tangan
aku dah gatal dah ni..tengok ni.."kata Sukidin sambil menggaru
garu tangan kanannya..

"ok2, bab garu menggaru tu, aku setuju..ok jom kita gerak..
tangan aku pon dah gatal ni"kata Bong gaya orang lepas minum
air ketom..

Maka berlalu la dua sahabat ke kampong Pisang setandan..
sampai je dalam kampong Pisang, mata mereka melilau mencari
mangsa..tiba2!

"eh Din, tu mangsa kita..jom cepat2 gerak..cepat..aku tak tahan ni.."
kata Bong..

"Hang tau ke apa nak buat ni? jangan kantoi macam haritu sudah la..
ko tarik cepat tau"kata Sukidin sambil menutup visor helmet motornya..

"ahhh aku tau la..aku buat perlahan je la"kata Bong..

Sukidin dengan pantas memecut ke arah seorang gadis yang asyik berjalan
lenggang lenggok..dan memperlahankan motosikal apabila menghampiri gadis
tersebut..dengan pantas Bong terus..pappp..

----------------------------------------------------------------------------------

Alisha seorang pemuda..ya seorang pemuda..Alisha atau nama sebenarnya
Ali Bakar Abu telah lama kepingin mempunyai rupa paras wanita..satu
kampong dah puas nasihatkan Alisha, namun tak juga menjadi..terbaru
ustazah Zakiah, hantar email kat mak si Alisha tanda give up..ketua
kampong ?? Anak dia la tu..tu tak terbuat..

Alisha mempunyai tabiat menggoda, dan dia suka menggoda kutu
kampong, terbaru Alisha cuba menggoda Murad, bekas banduan..
Murad baru sahaja dibebaskan dari penjara dan tidak tahu menahu
tentang 2 Alam sotong bernama Alisha..jadi setelah hampir 2 minggu
bertemu mata ke mata, mereka bersetuju nak pegi pekan Tambun,
tengok cite hindustan..

dalam perjalanan Alisha merasa tak sedap hati..dilihat nya perutnya,
dilihat ponggongnya..dilihat segala segi badan nya itu..dia takut kalau Murad
tahu dia merupakan pemuda yang tulen..perasaan itu menghantui perasaan
Alisha..perasaan itu membawak ketika dia dalam perjalanan ke perhentian
bas..

"apa kena aku tak sedap hati ni? seluar ok..ketat lagi ni ha..
henbag ok la..gred A siam lagi..apa tak kena nih"Alisha berkata
kata sendirian..

tiba tiba...pappppppppppppp

"oiii...jantan tak guna...raba orang..kalau dapat Alisha
gigit2 tengkok..tak gentleman langsong..raba kasar plak tu.."
Alisha menjerit setelah dia diraba oleh individu tak kenali..

sementara tu..diatas motor..
"hahahaha..aku dapat..aku dapat.."Bong menjerit kegembiraan..

sampai di ceruk semak..Sukidin memberentikan motor kapcainya..

"haa mana hasilnya?? lama aku tak merasa pegang duit banyak"
Sukidin berkata sambil menghulur tangannya..

"duit? apa duit..ni lagi baik..nah bau ni..aku dapat raba minah
tadi..perghhh terbaik la Din"Bong berkata sambil membau
tangan kanannya..

"Oii gila ke..kenapa tak ragut tadi..peluang tuu..tak de hasil
la kawan dengan hang ni Bong..macam kawan dengan kaldai la"
kata Sukidin kecewa..

"Sukati hang la Din, janji aku puas..hoho"kata Bong riang..

"Bak sini rokok.."pinta Sukidin..sambil bertenggung Sukidin
menggeleng geleng kepala melihat Bong yang tersenyum sambil
mencium tangan nya itu..

-------------------------------------------------------------

sementara tu,

"aiyoo apa pasal ini radio English juga..mau tamil mari la"kata Muthu
berseorangan, seorang kelindan..

tiba2 radio mati..Muthu naik angin kerana ketika itu lagu Bobby
sedang diputarkan..perlahan lahan dia cuba mencari signal setesen
radio tu..sedang leka Muthu mencari setesen radio, dia terlepas pandang selekoh
tajam di Kampong pisang..selekoh tu diberi nama 'Selekoh maut Mat Telimik'..
seorang jejakan bernama Mat Telimik menemui ajal ketika membawa motor
di simpang tajam tu lalu terpelosok dibawah lembu..

Diselekoh tajam atau koner tajam tu, lori bermuatan sederhana yang dipandu
Muthu terbabas lalu menabrak dua pemuda yang sedang leka bersembang..
iaitu Sukidin dan Bong Romli..Muthu, Sukidin, dan Bong Romli terselamat namun...

Hampir pengsan Bong melihat kakinya terputus
dua dan tangan yang digunakan untuk mencium tadi telah patah..

Sukidin bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius kerana sempat
mengelak dan berguling gaya chuck norris..Muthu bagaimanapon parah
akibat dibelasah penduduk kampong kerana didakwa memperkosa
Alisha, berdasarkan maklumat Alisha bahawa si pelaku mempunyai
kulit yang gelap..

Lori milik Muthu dibakar..kasihan beliau, sudahlah tak ada EPF,
loan bank banyak, kena tuduh memperkosa seorang sotong, dan juga
lori menjadi besi buruk..

persoalannya, apa jadi kat Sukidin dan Bong ?
sambung la korang sendiri, kata penulis sambil tersenyum sendirian..

2 comments:

l@dylily said...

alaaa. abeh kan je laaa

Mr Freak ; gatal tengkok mu said...

gua tak sampai hati nak
sambung la..watak dia sedih
sangat..nasib gua tak
sebak masa type..LOL