Blog ini bukanlah blog ilmiah, jadi sila tutup buku ketika baca blog ini. Penulis blog maseh belajar di unisti yang tak terkenal di dunia. Blog ini khas untuk bakal anak penulis. Jika penulis mati dulu sebelum sempat ada anak, maka anak yatim layak mengaku penulis ini bapak dia.
Hari ni aku nak ceritakan tentang pengalaman pahit rambut aku diperkotak katikkan oleh makhluk yang tidak aku ketahui...
Segala nya bermula bila aku tido dan terjaga bila aku rasa rambut aku dibelai...aku ingat opah aku belai rambut aku almaklum la aku ni cucu feberet kata omputih..
bila aku tengok kiri kanan takde orang pulak..gua dah cuak bai..sapa nih..atau makhluk mana yang kurang asam sanggup usik aset utama aku nih..
gua pun bangun dan soal siasat opah aku yang boleh dikategorikan sebagai setiausaha agung rumah nih.. bila aku soal siasat opah aku dengan mata masih tertutup dengan selamba melemparkan kata-kata ni..
"tikus kot tu.."opah gua berkata selamba
"tikus ker yang usik-usik rambut tadi.."gua cuba rungkai persoalan.
"tikus tuh.."berkata lagi opah kesayangan aku
lepas jer peristiwa 5.30 pagi itu aku terus tido atas sofa yang tak empuk itu..nak wat camne.. yang gua heran tu takkan tikus tu nak korek-korek otak gua..gua bukan royal albert einstein mahupun bush yang bijak pandai..
yang lebih misteri kepala gua nih dipenuhi rambut yang lembut..mustahil kelihatan seperti biskut tat atau biskut lutut yang keras serta enak dicicah kopi..
mungkin tak makhluk invisible cuba ganggu hidup aku..segalanya aku biarkan ia menjadi misteri..hanya Allah yang tau.. yang penting rambut aku tak diapa-apakan.. kalau tak aku patahkan kaki serta tangan tikus tersebut...animal right atau tidak, lu jangan macam-macam sama rambut gua..
*penulis tak teragak-agak untuk memakai helmet ketika tidur jika rambut penulis dalam keadaan terancam..
Gua ari ni ada sikit tension ar bila member gua nih paksa gua buat facebook..ya gua antara puluhan pelajar hensem di dunia nih yang masih mempertahankan diri dari godaan dan bidaan orang ramai supaya membuat akaun facebook..
tension gua ni bermula dari jmp member kat wangsa maju..boys out only dikatakan..so member gua sorang ni plak bawak laptop..nak dipendek kan cite diorang paksa aku register..aku ni udah la mamat raggae..mana leh paksa.. so aku wat akaun facebook palsu.. sampai skang diorang tanya ngape ko ni tak add aku nih.. hamik korang..don't mess with handsome boy..
Gua sebenarnya dah malas dengan teknologi yang membuatkan aku nih takde kebebasan.. takkan duoplohpatjam(24jam) nak berfacebook.2 minit pon gua tak mampu nak bazirkan untuk bersosial dialam maya...baik gua tibai roti canai semalam...
gua cuba jadikan diri gua yang kacak nih bebas dari cengkaman teknologi yang kejam cam terminator.. lu semua bayangkan gua connect dengan member lama..semua udah la pandai cam royal albert einstein..hentikan ler..
gua rela terserempak tengah jalan dengan member lama dari facebook.. tambah kalau gua letak avatar gua muka kacak gua..confirm kena accept ramai orang..tak kuasa la aku.. ni pandangan gua ar..
gua lebih tertarik pada stail old school la.. terjumpa member baru mintak no telepon.. takde la diorang sibuk tanya aku ni kat mana.. paham tak nih...
oiii dengar tak..oiii(ni trade mark gua)
akhir kata diri gua dan alam maya tak sebati tapi diri gua dan alam kekacakkan memang sebati..
Aku adalah antara pelajar yang versatile..aku blajar adapt kepada negara yang berbeza..plus aku kacak.. teruskan membaca..
Aku cukup panas (sambil betulkan rambut) dengan student baru balik oversea terus komplain cakap negara kita tak sehebat negara lain...
balik Malaysia terus komplain.. pejabat pos angka giliran banyak la.. kat bank tak beratur la..Rilek la..
mana boleh ko nak bandingkan POST(Australia) dengan Pos Malaysia(Malaysia) punya servis.. korang kena tengok gak dari banyak segi..negara kita di kategorikan sbg developing country dan Aussie plak developed country...
Engko takleh la bandingkan antara negara yang dah maju...serta mempunyai fasility utk rakyat kurang upaya yang hebat...tak kurang hebat bila diorang mabuk hingga buang air kecik kat depan Malaysia hall...
Korang kena pandai adapt la.. nak berubah service tu perlukan rombakan yang extreme.. korang nih..jangan kasi orang kata 'kacang lupakan kulit' atau 'kacak lupakan sikat'...
Aku tanak digolongkan dalam kategori nih..malah selaku wakil pelajar kacak area Ipoh Timur menyeru agar kita kena belajar adapt to situations and don't look like we are superior or lower to the other country..ewah..hancur jugak..
Akhir kata bila orang pergi obersea, kita nak pegi.. bila orang komplain, kita act smart kita kata.. 'hek eleh..u sick! kita kan rakyat berbilang service maaa...'
*Penulis pandai adapt kehenseman mengikut majlis tertentu..
Since one of my follower is from oversea, I try to write my posts in English..
Today is Saturday and I am bored...
translation...
Ok hari ni aku nak cite kat korang.. Satu hari tu tengah aku main dengan adik sedara(2tahon) tetiba bapak sedara aku yang berumor 30 tahun nih kata..mana 'Abeduligat'? Anak dia pon terpinga-pinga cari sapa la Abeduligat tuh...
Ya, itulah gelaran aku masa aku sekolah rendah..nak tau ngape...
Mari kita lihat ngape.. Menu makanan tengah hari Abeduligat..
*Nasik - Main course *Air *Sosej yang diapit oleh cili hijau - side dishes. Cili hijau tu aku potong tengah2 dan cucuk sosej kat tengah tuh..pastu ngap ar apa lagik..
Menu tengah malam Abeduligat *Nasik *Air *Sosej
Kadang2 Abeduligat supper jugak *Sosej
-Ni la tabiat Abeduligat makan sesaja.. aku penah tolak pegi kolumpo semata-mata makan sosej..dulu mmg aku bulat skit..
Pulak tu aku bantai sorang jer..haha.. Dalam rumah aku sorang jer selera pelik time tu..
Kalau aku boleh kembali ke time sekolah rendah aku nak rasa balik sosej cili aku tuh..siap jari aku kepanasan lagi tuh..nyum2...
akhir kata... selamat pagi Malaysia saya kacak hari ni
Genre: Fantasy Rating: General Exception: None Special consideration: No Skimming at all! Preparation: spectacle for cannot-see-without-it-person
Once a pond a time, there was a century where cat is a leader and fox as a follower..
Cat is very strong at that time and their body is bigger than a can of planta... However, there was a cat who is smaller than their species called Mubarak Hashim (left pic)..
Mubarak Hashim is smaller ten times than the ordinary cat at that time...He is often bullied and often been asked to buy roti canai at Mat Topedo Mamak Stall..
One day, in the bright afternoon the queen of this country, Queen Rahimah the third(look left picture pls)by her messenger called out this message..
"To all my citizens of Cat of Spanyol..I Queen Rahimah the third is so boring because laying on my bed all day long and watch this fox acting like clown..I am indeed bored by their unprofessional way of make joke...so I as a leader would offer 10,000 freskies(some sort of food that is so tasty) for free if you guys can cheer me up..plus there are insurance waiting for the winner..Hence, there is no rules, as long as I laugh.. regards, flaw from Queen Rahimah the third"
Mubarak who is inspired by Jim Carrey started to find ways to make the queen lol (laugh out lung).. so Mubarak make research every day and ask old folk to tell the dikir barat joke to imitate.. Until one day he is mentally ready..
One d-day..every cat in the city line up all the way to castle...all of the cat seems ready except Mubarak..his underarm sweating a lot that is why he is wearing deodorant..
Sometimes he heard the queen yelling
"STOP STOP not the violin again.. this is not funeral you cat!! this is joke contest..now guard.."
"Yes Queen"the guard said
"Take this cat to the jail..he make me more sad...and feed him with grass for a week..."
"Right away Queen..you just make the queen mad pal, and spoil my card game.." the guard said angrily
Nasir the guard almost pawn Wahab(not in the picture)
That incident make Mubarak more nervous...
Finally his turn...Mubarak try to calm down.. spray more deodorant..and
"What is your name son?"asked the queen
"Mubarak my lord(bow)..can I start?"
"Sure...you look very confident.. make me laugh bebeh..if not i will cut your mustange(misai).."
With full of confidence Mubarak throw something..the queen suddenly run and play with that thing..and start lol lol lol like there is no tomorrow...rolling here and there..and the guard started to laugh too...and the whole castle has to purposely laugh if not the queen will cut their tongue.. This only illustration of the queen playing around with Mubarak's secret weapon
Mubarak since then is the local comedian with salary of three meatball, 10,000 friskies and 1 second hand pumpkin car used by cinderella with berjaya insurance...
This is Mubarak after been crown "Most influence cat of the year"
This is the portrait of Queen Rahimah the third.. May her spirit covered by wool...
Salam tangan kanan kepada semua... Aku lupa yang aku ada buat countdown... Biar aku terangkan dengan jelas apa maksud countdown dalam blog aku nih...
Countdown dalam blog aku nih ada kena mengena dengan studies.. Result la..dei..result exam la..bukan result pregnancy test...apa ar...geli tau..
So aku lulus..alhamdulillah... ada la gred dia..rahsia ar..takkan nak bagitau semua orang..tak kuasa tau...awww
anyway..kalau korang belek2 blog aku ni korang tau la serba serbi pasal studies aku..
hmmm..harap kita sama2 belajar dari pengalaman aku..langit tak sentiasa cerah..laki tak sentiasa kuat..tongkat ali tak slalu berkesan..petai tak sentiasa busuk..tu la peribahasa yang menunjukkan kita ni tak slalu lalui jalan idup yang best..
Setelah berbulan perancangan.. Ini la kisah nya...
Satu: Lepak sydney airport 4 jam awal! -walaupon Sammy bai kata..awal sangat.. aku tegar sebab takut kena tinggal flight..
Dua: aku naik Tiger airways pegi Melbourne flight 1 jam lebih..
Tiga: sampai jer aku terus lari ke counter Air Asia sebab ada jurang hanya 2 jam.. aku takut kena tinggal daaa...
Empat: Airport Melbourne(Tullamarine) ada surau..ya ada surau..
Lima: Naik air asia memang merileks kan sebab ramai orang Malaysia..tapi yang aku tak berapa gemar ialah seat dia keras cam tayar basikal aku, plus takleh bersandar(aku tak reti daa)..
Enam: mamat sebelah aku tido ternganga..ada orang tu tido merengkut..my point is seat dia sangat tak sesuai untuk orang yang aim nak tido dalam flight..
Tujuh: ramai tak tau aku balik..
Lapan: Bantai kfc A.M. Riser..sedap woo.. kat sydney ada yang halal, tapi buat apa makan kalau rasa was-was... *aku nak ingatkan korang.. kalau nak stay kacak..makan kena jaga..was-was skit terus tinggalkan.. bukan leh mati pon tak makan kfc.. paham tak ni..oiii..
*kalau nak buat cam aku pastikan gap antara flight 3 jam gitu..takut flight delay maa...
tu jer..piss, kacang piss, sedap ditambah dalam ais kacang..byeee..
It should be noted that a person who has mad cow disease and temporary sawan cannot read this story.. It is not some sort of discrimination but it is kind of safety requirement by mr freak life viewers.
the story starts now...
On a tree near pekan Tambun there was squirrel named Saripudin...he lived with his dad..his dad is single divorce or in short simple term called duda..this is because his mom run away with Appu(a koala)... they ran to unknown location..
Anyway Saripudin has deep desire to walk along the estate area..but his father said
' you are 4 years old son..you can't handle the hotness of sun and you cannot lower your gaze(pandangan)..'
Saripudin replied 'why should I lower my gaze..this is open world dad..gosh..you should read Oprah magazine..'
His father's face turn red brownish 'just listen to me son..Janda Salmiah is hotter than you think..that is why I don't want you to involve in my situation..damn John(western squirrel), he want to get hand of Janda Salmiah..'
And that particular day in the evening Saripudin left note to his father that sound like this ' deer dad..i hate you when you control my life.. i just want to walk around the estate but you refuse to give me chance...U sick dad.. anyway I left Oprah magazine for you to read.. i love u dad.. p.s: I will be back this evening..'
On the way to Taman Estate, Hutan Simpan.. Saripudin saw a big bottle of water..black one..but look tasty.. 'My dad is genius..how can he knew I cannot stand the hotness of sun..now I have to drink this water..'
so he think..and think...and think for hours how to drink that black water.. so he try to remember how human drink, especially when they go to fancy restaurant..of course..straw!
so he went to the nearer dustbin and search for straw...and then he drink the black water with only one inhale(sekali napas)!!!
Suddenly he became feel very energetic and started to be very strange and this story is no longer relevant to the reader especially with low carbohydrate insulin..so the story end here...Saripudin however manage to return in the evening but his father rotan his back 4 times because late 4 minutes for evening snack..bye
sebagai pelajar yang kacak, suasana tidur perlu selesa kerana tidor yang selesa membawak kepada mimpi yang indah...
Ceritanya bermula bergini...
aku bekenalan dengan awek yang cute sangat...dalam mimpi tu aku jumpa dia 2-3 kali ar..pastu kali ke 3 dia bergurau dengan aku, 'nah pakai la kasut ni'..(sambil hulur kasut tumit tinggi)..
mesti ar aku pelik..aku kan laki..so aku dengan selamba nya mintak dia tulis nama dan no pone kat atas tapak kasut tumit tinggi tu.. *jgn skimming ar..hishh..
pastu dia buat muka cute wooooooo.. dia tak kasi...*start situ mimpi aku ngarut*
arghhhhhhhhhhhhh...kacau tol la.. dari situ aku dah takde mood tido.. aku just tido-tido ayam jer..ye ar orang kacak mesti tido mimpi best-best..
akhir kata..hye kepada gadis cute berumur 19 hingga 28 tahun..yang lain bye...
Mesti korang tengah bosan kan.. pastu tengok plak blog aku takde update, mesti korang bertambah bosan kan.. aku dah tau dah.. so inilah ceritanya..
aku pergi dua tempat berbeza semalam..satu aku pergi zoo featherdale satu lagi blue mountain.. semuanya kat NSW(new south wales-google sendiri kalau nak tau)..
so tempat pertama: Zoo featherdale.. aku letak gambo ler..nnt korang skimming.. asyik skimming jer korang..hish..geli aku..
Ni adalah tourist guide utk zoo ni..perhatikan yg gambar topi tu..tu makna dia, 'jangan lupa pakai topi burung banyak lepas bom dari udara' hik hik(gelak manja)
Koala yang bernama 'Janda' ni merupakan Janda terhot di zoo ni...ala macam cik ainon janda muda dikatakan..
Koala ni bukan bernama Jynda..dia diberi nama Syukri bin Syok..tengok punya best dia tido..
Did I know?of cos yes I know..ewahh.korang baca la aku tak suka buang masa 3 saat baca benda ni...
Tempat kedua: blue mountain
ni adalah guest book kat blue mountain ...aku siap promote blog lagi..dah orang Malaysia tak berapa layan blog aku..aku nak test market org ostolia plak..
Ni la diorang panggil 3 sisters..nampak tak 3 ketol gunung tu?..tu la 3 sisters..ntah la..diorang tipu ke tak..aku pon tak tau..
*alah aku pon ada gak tipu omputih, aku cakap aku anak sedara nordin mat top..diorang pucat muka..takde la..hahah..tapi mmg diorang cakap pasal terrorist pastu pandang aku..tak heran dah..
ni secara close up... *duit penulis terbang jatuh ke gaung bawah..tak baik betoi ..curik duit aku secara halus..nanti ko..mak cubit2 nnt..aww~~ Ni map..kalau korang datang sini.. sewa kete pastu korang pg la dekat sini..
kelebihan zoo featherdale ialah korang boleh pegang koala, boleh kejar2 kangaroo, leh main aci kejar dengan burung unta..waima dengan bangau pon jugek...
blue mountain plak..kalau korang jenis adventurous korang leh buat jungle treckking ke gunung 3 sisters tu..
akhir kata.. please dont drink and drive, hence, dont drive if u thirsy...bye
3)luahan ati saya secara sopan..ada orang guna carut2, korang follow gak, best la konon.. naked feeling dikatakan..apa raa..baca luahan aku mesti korang rasa aku lagi hensem...sebab aku gunakan tatabahasa yang unik..
4)material saya 'fresh'..no hard copy available hence I am first and the only writer..(ewahhh~)
5)saya tak gilakan nuffag(tak tau apa benda ni).. takyah klik banyak2..aku nak korang baca jer..
6)satu ku pinta jangan skimming...ni bukan exam kawan- kawan..exam kalau skimming tak ngape, ni posting aku yang hensem pon korang nak skimming..apa kehenya~
7)makin ramai cemburu dengan saya..makin naik saham saya..
akhir kata..stop racism, stop eating cekedis, stop child labor, stop global warming and most important dont be wear singlet when riding a bus..
Once a pond a time, there was a rooster named Ahmad Munawer.. Munawer liked to eat rice and drink coke..
This is Munawer..he is male..of course
His mother said..."no son..no more coke, because we are chicken..."
Munawer replied.."but why our owner mr Ah Keong can drink coke and we can't.. this is one type of discrimination mama chicken"
After arguing for a little while(shorter than nokia ringtone), Munawer apologize to his mother and said
"I am sorry mama chicken..I just want to feel the pleasures of freedom..I want to ask your permission to be popular mama chicken"
"But what about mama(pointing to herself) ...mama want you to buy cikedis (some sort of jajan) seldom-ly.. it's ok son, if that u want..I will give you permission but never forget to give me a crow(menyalak) once you succeed.."
Munawer felt heavy(feeling) to accept condition made by his mother because his crow(nyalakan) is not outstanding and sometimes off tunes ..anyway, he accept it as a challenge..
"Good bye mama chicken..give gentle regard to duda hashim.."
His mum just smiled and wave with her wings..she hope her son, Munawer will be famous..
Once day, a cow name Mat run very fast toward Munawer's mother.. Mat said..
"Your son.....is...."
mama chicken "What?!.. is he popular now.."
Mat replied fast like 3 seconds "Yes..indeed..but..."
mama chicken "Wow..it is enough Mat..no need to explain..now I want to tell duda Hashim..He must be proud too.." she sing happily and move her wings according to her own rhythm.
Mat just can't believe that mama chicken proud that his son become like this...
This is not Munawer but this is some sort of illustration..
This is Munawer..so poor..he must be crow-ing so loudly..i am also crowing..i can't believe i am so cruel to write this story,
* Crowing = berkokok..
based on tales..i write this thirty minutes ago..plus thinking time 20 minutes..
Hari ini tepat 2.30 pm waktu tempatan aku keluar dari rumah dengan tiada perasaan.. Memang tepat la jua tekaan anda..saya letih.. seletih buruh paksa..
Hanya berbekalkan tido beberapa jam, aku terpaksa minum minuman pemberi tenaga bernama 'Mother'.. percaya cakap aku, caffeine dia buatkan aku berjaga beberapa jam..
kadang2 aku kacip2 gigi aku.. mungkin tindak balas caffeine yang hebat hendaknya.. kadang-kadang aku halunisasi yang aku sedang tido..hebat minuman ni..
anyway..aku akan letakkan gambar.. agar korang tak bosan dan skimming(baca laju-laju).. aku tak suka korang skimming..ingat ni exam ker.. ni ialah kisah hidup aku..pelajar hensem..
anyway, lihat la dunia galeri aku.. *pg la amik air, jajan..get ready..
3
2
1
...
Sebelum... Rangka double decker ni kena simpan kat rumah member aku..Aiman bai
Selepas... Begini la keadaan kereta aku...nasib Sammy bai tolong aku..no plat di tutup utk elakkan korang stalker aku..benci tau..awww~ Sebelum...Tengah busy2 kemas barang..sempat gak kitaorang masak lebihan ciken wings..seksinya ciken wings tu..
Ni resepi yang housemate kasi..
siapkan pen yer kawan2..* wink-wink*
Bawang putih di cincang... garam batu-garam ketul2 dan pepper..white or black pepper
3 bahan jer.. *jangan letak garam banyak sangat.. ye..perapkan
Selepas... Nampak dia pny effect..berdesup perut aku..enak la..tengok la sapa tolong gaul..belum lagi tengok muscle aku..ok2..siyes2..next please
Sebelum...memang bersepah gila masa gambo ni diambil..time aku buang barang dapur...aku buang jer semua..tupperware cantik ke tak, aku dengan kejam buang gak.. kalau nak simpan susah ler..bijak tak haku..
Selepas... ni la last skali..ni pon setelah bertukus lumus..
aku ada rasa sikit sedey.. sebab encik ni..slalu datang.. kesian dia takde orang nak gosok2 beliau..aippp.. jangan fikir kotor aaa..
mempersilakan encik...
Dia suka masuk bilik aku..cari2 benda..lapar gamaknya..
memikirkan masa depan...
meng'usha' awek..pewittt
ni aku tangkap gambar semalam..tengok dia.. aku rasa dia mesti terkejut..sebab rumah kitaorang kosong..haish kurang la tempat lepak dia lepas ni...
Hari ni aku nak jumpe member aku.. so aku kayuh la beskal antik aku.. malam ni sejuk plak..
-Cut to the chase- kata omputih
Aku masuk kawasan rumah diorang.. aku ketuk tingkap since one of my 'friend'(kawan ke camni) tengah main laptop.. so aku tunggu la depan pintu..
2 min kemudian still tak bukak.. aku rasa malu gila..aku tak tau nak buat apa.. perasaan ni memang menggila..
untuk pengetahuan korang dalam bilik tu ramai ada dalam tu..yang aku peliknya takde sapa concern pasal aku yang ketuk tingkap rumah diorang tadi..
ni gila..memang gila..aku terpaksa buat-buat tengah cakap pakai henpon on da way nak keluar laman rumah diorang..
Aku tak sangka...tak sangka langsung..please bai.. aku rasa macam budak bongok duduk depan pintu..
********************************************
oleh kerana terasa disturbing moment of decade.. aku kayuh basikal pg uni..ya pg uni..
aku pon tak tau apa aku buat kat uni..
anyway, if I can turn back the clock..I will break the windows instead of knocking gently..I am so embarrass.. rasa macam kaldai jer..
again...my question... kenapa orang kacak asyik kena dugaan camni..
Previously on Tanjong Rambutan ke South England
Bermulanya kisah...
"Di sebalik pekan kecil Tanjong Rambutan, tinggal 4 sekeluarga yang bahagia. Rumahnya papan terletak berhampiran landasan kereta api di Tanjong Rambutan. Mereka hidup aman seperti nobita sekeluarga sehingga........"
Hasrat yang terhalang...
"Seluar kecik kamu pon mak yang belikan inikan nak tanggung anak orang. Sedar la Endut oiii kamu tu tak kerja."
Cinta yang tidak kesampaian...
"Sudah lah abang, Pah tak nak panjangkan kisah kita yang pendek ni... hubungan kita setakat ini saja...12 purnama 1979(bulan 12, 1979)..
Serta cabaran yang lain... "Apa!! takde sijil sekolah darjah 6?"kata bos bernama Adnan Nanam sambil menghentak meja...
"Bapak, there's been an accident. Let's go and help them"Wan Mape berbicara bahasa omputih.
*sila tengok dulu lagu ni...baru baca cerita aku..
Anyway, aku nak cite satu kisah.. aku penah kerja sebagai penghantar katalog kerumah2 di sekitar King st dekat centennial park randwick.. and this is my first time to do such job..
so aku bangun pkl 4 pagi..yea 4 pagi... kembang idung aku hirup udara yang segar... rata-rata orang kat sini tidak bangun lagi...
sanggup aku bangun pagi..so aku start la kereta aku.. kereta aku tu dah la lowered gila sebab katalog penuh satu kereta.. maklum latotal dia dekat 4-5 ribu keping..
masa nak kuar dari basement bawah tanah..*tarik napas pls*... kereta aku ni tak leh naik, sebab berat sgt daa.. kereta aku udah la tak pick up...so aku kenareverse dan naik laju2... macam filem james bond la aku rasa time tu...
so start situ segalanya bermula.. 7 jam! aku nak try habiskan katalog tu.. tapi tak mampu aku,,,malah aku nak give up jer.. mana taknya...aku kena letak dalam post box di kawasan bukit..
serta dipandang serong olehomputih(awek sebenarnya) sebab kereta aku penuh katalog.. cam kereta jual ikan pulak...last2 aku balik utk tujuan nak rehat..
roomate akudengan muka kesian dia kata..ko kena tipu la mat.. aku buat la pelik..tipu apa..dia cite la orang penahkerja dengan tempat aku kerja tu..so pastu aku terus naik katil..baring.. 7 jam!!! tanpa hasil..dah nasib aku ...
Oh my God tidak diucapkan oleh penulis..cuma expressi...
Galeri Gambar
Ni la keadaan kat Emergency Exit umah aku..jangan kasitau tau kat emergency inspector tau..
"One more catalogue, i'll break my pelvis's bone" kata penulis..
Bukan katalog jer kena hantar...benda ni pon kena hantar...*blushing*...next picture la kalau nak tau Malu la nak cakap..tengok sendiri la... *penulis menutup lid laptop tanda malu*
orang kata orang kacak selalu kena buli..btl ker? "OK la kalau begitu" aku setuju!
hari ni start la poll untuk kenapa hidup korang 'sucks'...aku vote on jawapan last sekali.. 'tak ada sapa faham aku'...
Anyway, kalau korang rapat dengan aku mungkin korang akan faham aku... keep track dengan blog ni ya..muah2..aku cium dahi diri sendiri..oiii dengar tak..oiii
Hari ni aku mengira budget aku..hmmm...
ok la..ada la lebih untuk pegi jalan-jalan skit..
tapi kalau jalan-jalan banyak tak boleh la..
Sejak aku duduk rumah ni aku jarang pergi
makan kat luar..kebab, fries and nasik T.O.T(taste of thai)..
yang aku fikirkan..adakah hidup aku lebih baik atau
semakin merosot bila aku tak duduk malaysia hall..
hmmm...ni alasan aku kenapa rumah ni buat aku
macam orang tak betol...nasib aku takde heart attack..
from www.CartoonStock.com
ni sebabnya: 1)bil elektrik tinggi...900++..dollar ler..
2)orang dalam rumah ni macam orang kaya..
raya...tension aku..
3)dah tau bil letrik mahal- tak cabut plug laptop
lepas pakai..biar 24 hour..tak on pon laptop..
bukan satu laptop jer bai...4 laptop skalicamne?tv..hish..banyak 4)tak consider langsung orang lain..pakai lampu
tak tutup..bila dapatbil letrik baru nak buat reaction..dah terlambat la.. 5)kuali masak babi ke tak..tak amik kira, sebat jer..
aku malasnak tegur, diorang takkan tak tau..
Aussie la ko..aku sorok kuali yang aku samak
supaya budak makan babi tu takguna kuali tu.. 6)pinggan tak reti nak basuh..nak pakai dishwasher..getik aku..
7)summer beb! sidai la kat luar..jimat elektrik..apa daaa.. 8)aku duduk rumah yang penuh dengan
orang minum arak..hish...camne aku nak tegur..diorang bukan Islam.. 9)laki perempuan tido atas kerusi tilam yang sama..
aku malas tegur..sebabnya diorang takkan peduli cakap aku.. 10)masak asing-asing..aku start tension dengan budak
Malaysia..bahan tak nak kongsi- rempah, beras semua..
makan nak sedap..start akhir bulan 8 aku beli barang
semua simpan satu tempat..biar diorang terasa..aku ni private
scholar bai..bukan scholarship..tak faham gak.. 11)lagi ramai takde kat rumah..lagi tak aging aku...
12)aku bukan kedekut..aku nak jaga amanah bapak aku..
ok hari ni kita lihat website kumpulan aku untuk subjek environment...subjek aku ni diberi nama Environment for Society...lebih kurang gitu la..
anyway hari ni aku nak tunjukkan serba serbi kandungan website aku...task kitaorang ialah
1)buat website semenarik mungkin...tak menarik sangat aku rasa... 2)masukkan kandungan mengenai topik yang dipilih...carbon emission 3)bahagikan kerja kepada 4 orang... 4)clash in culture!
ok skang aku cite kan sorang2 warga negara yang terlibat dalam course nih...
Sahir orang Pakistan... kerja : buat website hasil : ntah la..cakap macam2 haritu...hasil tak macam dia cakap..
Fred orang Australia kerja : buat research tentang approach kurangkan carbon emission hasil : bagus tapi dia slalu rejek idea aku..pastu senyap jer..
Thu orang Vietnam kerja : aku tak tau apa patut dia buat..dia kata email tak dapat..pastu masa presentation datang lambat.. hasil : bagus...aku tak faham role dia sebenarnya...
Aku orang Malaysia kerja : Bantu mana-mana yang perlukan bantuan hasil : slalunya idea aku kena reject pastu tak kasi reason jangan racist la brother...
ni link ke website aku yang diberi nama Anti Carbon Student Alliance Project.
Screen shot skit
Ni front page dia
Ni adalah overview projek kitaorang
Overall aku rasa projek ni boleh jadi outstanding kalau
1)korang tak main isu sensitif...ko muka cam Aboriginal..idea ko kena reject.. 2)email i rosak la..tak tau ngape..pastu buat muka tak bersalah 3)Semua IT stuff aku buat tau..ko duduk diam2..hasilnya...emmm... 4) poor communication because through email..aku yang cadangkan guna messenger... tu pon diorang reject memula.. 5) idea budak ni cikai..so aku rejek..rejek jerek..idea aku banyak kali kena rejek..mungkin sebab aku tak outstanding..diam jer.. 6)tapi akhirnya kitaorang berjaya siapkan..ok aku tanak kontek ko lagi.. bye...
Ok..setelah beberapa lama aku tak update... aku nak update la skit baru tak nampak bersemak blog ni.. hari ni aku nak cite pasal umah sewa aku la... ye kat sydney ni...
aku duduk kat salah satu kawasan yang dekat sangat dengan uni aku..so aku masuk rumah ni sebab dah malas nak duduk hall(kediaman lama aku..haha)
so aku masuk la umah ni..besor umah ni... ada 3 bilik 2 bilik air..yang duduk sini 3 org Malaysia, 1 orang burma dan 1 orang US...international habis ni.. yang aku pening ni bill letrik dia gila babas mahal..sebabnya mismanagement dan juga ikut kepala sendiri... 900++ AUD(australian dollar)...
so of cause la kongsi bersama kami...still mahal gila... untuk pengetahuan korang aku baru duduk sini 3 bulan gitu.. dan yang buat aku nak pecah kepala ialah aku liable untuk segala kerosakkan untuk 2 tahun rumah ni disewa..aku cam argggggggghhhh korang gila!...
so skang ni aku dalam dilema...udah la aku takde skolarship.. diorang ni mmg mengarut...yang handle budak Malaysia... dah ar...malas aku nak sembang lagi..u spoil my mood..u sick! *begitu la perasaan penulis tentang rumah sewanya... nak kata membawa kebaikkan tidak juga kerana rumah itu mengandungi segala macam gejala sosial maupon gejala makan pork...budak Burma gamaknya...
aku nak bagitau korang la kan.. bila aku baca blog orang lain yang menceritakan kehidupan diorang kat universiti/kolej kat Malaysia, aku rasa cemburu pulak..ntah la kenapa.. bagi aku kehidupan kat Malaysia sebagai student sungguh best.. duduk kat sydney memang best tapi korang ke pandai cari kawan.. bukan apa..kadang-kadang bila korang rasa cam kerinduan nak balik malaysia... macam aku..sekarang ni aku rindu nak peluk KFC.. gila tak...oiiii sedapnya kfc makan dengan tabasco sos..
skang ni pukul 1.05 pagi waktu sydney... aku tak tau la kenapa aku tak nak tido, padahal lewat dan aku letih...
aku rasa aku sangat bertuah dapat study kat bumi bertuah bernama Ostolia ni... Australia daa...ye la, bukan semua berpeluang..
tapi pikir2 balik, aku memang rindu kolej.. ada skali aku mimpi tentang life kolej aku,.. gila babas ar... aku dulu kolej biasa jer.. KLIUC tapi aku bangga ar..
walaupon ada perlekehkan budak kolej,, tapi aku tak putus asa...
kalau korang nak tanya apa-apa tentang belajar kat sini korang kena tunggu aku grad dulu..kalau tak aku tak sudi nak jawab,...hahhaha.. apa korang ingat ni kounter pertanyaan... takde la..aku sudi tolong kalau korang tak annoying.. ok...stay peace..no racist..no weed..no mouth war.. no bad mouthing..no smelly mouth...no harsh words..
ok..aku rasa kecewa sejak beberapa hari ni.. pasal apa? hmm..aku rasa tak perlu la aku cerita... yang penting aku nak kasitau korang yang dugaan ni kalau kita lalui dengan tenang dan sabar dengan syarat ada usaha ye, hasilnya lebih manis kalau kita berjaya berbanding kita dapat sesuatu tanpa dugaan... aku yakin ni...
contoh korang nak dapat markah tinggi dalam kelas. pastu korang asyik dapat markah sederhana jer.. setiap test dapat markah rendah...down la... pastu korang usaha sampai 10 kali ganda.. dapatlah korang 10 ten student dengan markah baik.. hasilnya lebih manis..korang kena ada dugaan..
berbanding dengan takde dugaan.. cuba korang baca kisah Endut yang aku tulis tanpa dugaan... dia terus kawin, dia ada bakat, dia kaya raya... cerita akan bosan..begitu jugak dengan hidup kita ni.. ingat tu..bosannya hidup kalau takde dugaan...
so hidup aku skang ni dalam dugaan.. aku hanya dapat usaha doa dan tawakal... anyway..dugaan adalah motivasi hidup..cuma kena fikir positif..
Abu Babar khusuk mendengar radio sambil baca surat khabar jawi... terkadang menguap kerana tak cukup tidur..Salmah pula bertandang
ke pusat orang ramai bersama kesatuan wanita
kampung untuk membuat kueh raya beramai-ramai untuk dijual..mengumpat juga tidak dilupakan namun
Salmah sering teringat nasihat Abu Babar agar tidak
mendengar dan menggalakkan mengumpat. Maka
dia sering buat buat tak dengar..
Wan Mape pula sibuk menelaah ilmu agama untuk dijadikan tazkirah pada malam nanti..dibaca kembali
tulisan ulama ulama tempatan termasuk ulama tersohor
luar negara..sesekali dia termenung memikirkan
perbezaan pendapat ulama ulama tersebut..
Endut pula pergi ke kedai buku Ah Goon untuk membeli buku masakan..
Basah lenjun baju Endut kerana terpaksa bersesak
sesak menaiki bas Regal semata mata untuk ke
pekan Tambun..hanya untuk membeli buku masakan..
"Ah Goon, ini buku berapa sen?" Endut memecah kesunyian "Aiya, itu mulah saja, 50 sen saja...Lu ada luit ka Endut.. kalau takde gua takmau layan lu..gua mau dengar radio, ada nyanyi-nyanyi lagu cina" Ah Goon cuba menduga poket Endut. "Tak baik Goon lu kata itu macam... Wa pelanggan lu tau.." Endut terasa di perkotak-katik oleh peniaga berusia 50-an itu. "Aiya lu talak terasa maaa, gua gurau saja...lu amik saja satu buku, gua kasi percuma..lu sudah lama jadi pelanggan gua, itu olang putih kata kostumer..."Ah Goon senyum. "Tengkiu Goon, gua nak pegi warong Senah mau beli sikit lauk untuk berbuka"Endut berlalu sambil bersalaman dengan Goon... "Gua terlupa Goon, lu talak tutup zip seluar" Endut menutup mata. "Aiya, tengkiu-tengkiu..gua rasa sejuk maa...kalau nyonya nampak gua mesti malu woo..mutut ka?" Ah Goon merah muka macam orang mabuk todi..
Kedai Senah
"Assalamualaikum Wak...oooo Wak..."Endut tercari-cari dimana Wak... "Wak Korjo dan Mak Cik Senah cuti hari ni" satu suara lembut kedengaran tapi hanya nampak dari belakang.. "Err cik, kak ,eh...lauk ni sapa pulak masak?"Endut bertanya hairan "Saya....."katanya sambil menoleh....
waktu bagaikan terhenti..Degupan jantung Endut
semakin lama semakin kencang..perutnya berbunyi
secara tiba tiba..hidungnya keluar cecair putih dinamakan
hingus..perlahan lahan keluar namun pantas Endut lap
dengan tangannya..lalu dilap pada seluar Yankee nya.. Organ dalaman Endut bagaikan gagal berfungsi buat
seketika..Masakan tidak, seorang gadis ayu bertentangan mata
dengan Endut...Comel rupanya bertudung warna putih...
Giginya putih, teratur rapi..Endut cuba mencubit kaki
kirinya, takut takut dia berada didalam mimpi..
"Assalamualaikum....." Endut cuba memulakan perbualan "Walaikum salam. errr...Abang nak beli lauk untuk berbuka yer?" gadis menduga... "Err ni apa?" Endut sopan "Ni rendang tok"Gadis nama dirahsiakan berbicara.. "Hmm...sapa nama orang buat lauk ni...mesti nama dia sedap"Endut mencubit kakinya
perlahan lahan. Geram dengan dirinya yang selalu
melepaskan peluang keemasan.Gadis
tidak membalas soalannya..Endut menundukkan
kepala tanda kecewa dengan dirinya..
Beberapa ketika kemudian..Si gadis bersuara..
"Nama tukang masak hari ni Latipah Kak Som binti Osom.."ketawa kecil gadis tu..Endut mengangkat kepala perlahan lahan
dan tersenyum lebar.. "Bagi rendang tok ni lima posen yer" Endut membetulkan kain pelikat sambil cuba mengambil duit di selitan kain pelikat.. "Ni bang.."kata Latipah sambil memberikan lauk... "Terima kasih ye..nama saya Endut...saya balik dulu ya... esok saya bagitau sedap ke tak...bye"Endut bergurau.
Azan berkumandang...lalu mereka sekluarga makan kurma dan terus makan nasi...bersama lauk masakan Latipah... "Sedapnya lauk ni Endut...mana kamu beli ni haa"Salmah menduga.. "Wak takde..org lain masak..nama dia Latipah.."Endut terus makan.. "Esok kamu beli lauk ni lagi tau..sedap pulak bapak rasa.."Abu Babar menyambung... "Baik pak"Endut berkata pelahan...
"Maknya, apa bau busuk kat sepatu saya ni haaa"Abu Babar pelik... "Saya pegi surau dulu ye bapak..." Endut berlari ke surau. "Anak awak tu yang pakai sepatu awak tu, terpijak apa
ntah waktu beli makanan tadi..tak
samak plak tu"Salmah mengunakan lampu suluh untuk suluh ke arah Endut... "Endutttttttttt..."Abu Babar bertempik geram..namun tak dendam...
Wan Mape sudah awal awal lagi pergi ke Surau, membaca Quran