Hari ahad yang lalu gua telah mempersetujui untuk meneroka kawasan diberi nama Gold Coast.. terletak utara NSW..
sebelum ayam berkokok gua dan kawan gua pon terus gerak ke so called percutian..perjalanan dijangka mengambil masa 9 jam..oleh itu gua terus memecut laju kereta buatan kpop itu..
6..7..8..90 minit kemudian gua mula letih..rasa hasrat di hti dikecewakan oleh endurance body gua..gua berenti tepi jalan dan rehat..makan roti sebuku dua terus pecut lagi..lama2 gua dah letih balik..padahal baru pukul 9 pagi iaitu 3jam memecut..kecewa rasa nak tumbuk2 setreng..
gua cakap member gua gantikan gua kerna gua dah macam nak gigit streng kerna terlalu mengantok..melihat iklan disepanjang jalan banyak yang menyebut " stop, revive,survive"..pokok kata, keletihan boleh membunuh..lepas beberapa kali dinasihat secara serius oleh papan bilbod tu, gua pon terus berenti dan mrnyuruh member gua bangun dan drive..asyik tido jer..
bila member gua bawak plak kete,byk pulak nak berentinya..pegi pusat menjual pisang la..madu lebah pak cik robert la..last2 gua fedaap gua bawak balik..ada sekali tu ada scenery cantik, so gua berenti la..member gua sembang dgn sorg mamat dan minah yang asyik melepak seperti kutu kampong..dengan bertemankan rokok dan bermandikan arak..mereka melepak tepi lembah gunung..gua sembang2 dua patah, pastu ajak kawan gua gerak..mana tau mabuk2 pastu kidnap ke..setelah 12 jam perjalanan..akhirnya sampai..
kitaaorg check in dkt backpakers..kawan gua kata murah..memang murah sebab orang yang duduk situ berlonggok baju..gua udah la
letey nak tdo..gua pon terikut menepek spenda dan sluar di merata rata..malam tu gua takut sungguh..macam gua takde berkemaluan pulak..muda mudi eropah ni berparti lewat malam..
pastu ada sekali tu ada mamat ni dia bising2 macam kena rasuk..pastu dia bangun pastu berjalan menuju ke pintu energency..tiba2 pintu emergency tu berbunyi..dia terus tido balik atas tilam ke lantai gua tatau..sebab gua takut dia mengigau panjat katil double decker gua..akhirnya gua tertidor keras akibat takut sebab dikelilingi orang yang tak kenal..gua yakin manusia berperisa eropah menghuni bilik tersebut..
bersambung..



No comments:
Post a Comment