Endut terpinga-pinga menggaru kepala
kerana terlalu panik...tiga orang kelihatan
seperti tak sedarkan diri,seorang
lagi budak kecil berumur 15 purnama
..Endut mengetuk cermin sambil
berkata " bangun...bangun.."
dengan tidak membuang masa
beliau bertindak memecahkan cermin dan
mengeluarkan mangsa...
Rupanya ketiga-tiga mangsa merupakan
mat salleh, atau terkenal dengan gelaran
'omputih' oleh sebahagian besar penduduk
Tambun.
Secara tak sengaja Endut terlepas salah
seorang lelaki dan kepala lelaki tersebut
tersembam ke tanah dan berbunyi seperti
nangka yang jatuh rebah ke bumi...bukk..
Dan mangsa membuka mata lalu mengeluarkan
kata-kata...
"Boy, what happend to me?"kata orang
tersebut dengan nada tersekat-sekat
mungkin kerana sesak nafas.
"Nama saya Endut, bapak saya
Abu Babar..Encik ni penjajah ker?
saya tak buat jahat kat encik
cuma terhentak kepala encik jer..."
Endut menggeletar seperti disoal
tentera Jepon ..
"Abu Babar?Go and get him boy"
orang putih itu memberi arahan..
"Bapak ker? dia sibuk bercengkerama
dengan mak ler..."Endut cuba santai.
"I said NOW!"orang putih itu mensergah.
Endut tersedak,lalu dia terus
mengangguk seperti kapten ortroman...
dia terus berlari dan beberapa kali
juga kain nya terlondeh...kadang-kadang
dia terasa malu kerana kain terlondeh
meskipon hanya kambing yang berada di
sepanjang jalan...
"Bapak!! ada orang kemalangan kat
simpang depan sanun tu,
teman nampak.kesian mangsa."Endut lelah sambil
bercakap perak pekat.
"Hishh, kamu ni.bapak tengah dengar
cerita " Kasih Bunga Pertiwi" ni...
Wan Mape kamu tengok abang kamu ni
time bapak nak rilek, time ni la
nak mintak tanda tangan.."Abu Babar mengomel
seperti disuruh berperang.
"Bapak, there's been an accident. Let's go and
help them"Wan Mape berbicara bahasa omputih.
"Apa! ada kemalangan?!!"Abu Babar bangkit
lalu mengetatkan ikatan kain pelikat cap pulicat.
Sejak Wan Mape mengajar bahasa inggeris kepada
Abu Babar, dia lebih fokus kepada mendengar bahasa inggeris..
Lalu 3 beranak bergegas ke tempat kejadian, Endut
ditugaskan pergi beritau ketua kampung,
ketua kampung kemudian akan kayuh basikal ke
pekan tambun dan beritau kepada Kulop,
Kulop kemudian akan pergi ke rumah
Amirol untuk telepon ambulan...
Abu Babar terkejut kerana tokey lamanya
Andrew Steinson yang terlibat dengan
kemalangan tersebut.. dia, isteri dan
anaknya kelihatan tidak sedarkan diri...
Wan Mape bertindak memeriksa
nadi ketiga-tiga mangsa dan mengangguk
tanda mereka masih hidup...dia kemudian meletakkan
kayu besar di kaki ketiga-tiga mangsa
bagi melancarkan pengaliran darah...
Abu Babar menepuk-nepuk
bahu Wan Mape kerana begitu bijak...
Wan Mape sebak kerana jarang bahunya
ditepok, jika ada pon sebab ayahnya
nak jadikan dia imam ketika solat...
tidak lama kemudian ambulan sampai,
Abu Babar ikut sama didalam ambulan..
Wan Mape dan Endut kelihatan
letih namun mengharap mangsa
terus hidup...Wan Mape kemudian
mengelap pipi Endut kerana Endut
sebak lalu mengalir air mata...
Endut terlihat sesuatu...rupanya
gambar kepunyaan Andrew Steinson...

Anak kepada Andrew Steinson seperti
pramugari ingin pulang dari pesawat.

No comments:
Post a Comment