About Me

My photo
Blog ini bukanlah blog ilmiah, jadi sila tutup buku ketika baca blog ini. Penulis blog maseh belajar di unisti yang tak terkenal di dunia. Blog ini khas untuk bakal anak penulis. Jika penulis mati dulu sebelum sempat ada anak, maka anak yatim layak mengaku penulis ini bapak dia.

Wednesday, March 25, 2009

Episod 6: Kejutan

Petang itu Endut bercadang ke kebun Pak Mail
untuk mengambil upah menebas lalang...
Dilalunya di denai-denai sungai yang
masih segar ditumbuhi lalang....Mukanya tenang
walaupun pacat sedang bermaharaja lela di kakinya yang
sebesar penyapu lidi...


"Pak Mail, pekabor yeop?"sapa Endut dengan mesra sambil
mengukir senyuman sejuta harapan.
"Hah kamu Endut, ngape kamu cari aku pepagi buta ni?
ni mesti nak pau rambutan aku yang merah menyala tu kan?"
kata Pak Mail dengan nada sindiran.
"Takkan saya nak makan rambutan Pak Mail tu(sambil menunding).
Tujuan saya ni nak amik upah menebas lalang ni.."Endut berkata sambil
mengukir senyuman.
"Aku dah upah si Kudin anak pak Ramli..lagipon dia amik
upah murah..tak macam kamu..amik upah pastu nak buah sikit,
kalau camtu habis la masa depan aku nak makan buah tersebut"
kata Pak Mail juara syair kampung sebelah nya itu...
"Jikalau begitu saya pulang dulu"kata Endut kecewa
kerana dihina suka makan buah Pak Mail.
"Haa tu nak bagitau bapak kamu la tu,oiii kamu tu
tak ada nilai, sekolah darjah berapa ntah,muka pon
aku nyampah...dah balik..nanti aku tembak
dengan senapang ni haa beso pulak lubang
hidung kamu nanti.."tempelak Pak Mail dek kerana
geram dengan Endut kerana suka mintak kerja
tapi makan buah yang lebih...

Endut terasa kecil dirinya...kerja diminta di pekan
ditolak mentah-mentah...pulak tu di tinggal
kekasih yang cantik rupanya...kekecewaannya itu
tak sempat sembuh, dihina pulak pak Mail yang
umurnya 70 tahun tapi mulutnya masih berbisa
seperti Janda Leha yang suka mencaci orang awam...

Dalam perjalanan pulang
Endut terkejut apabila rumah nya
dikerumuni orang ramai seperti ada
majlis yang penting..mungkin bacaan yassin..
tapii..

"Takkan bapak jemput baca yassin tengahari macam ni..
takkan la...mungkin mak buat pertandingan ratu kebaya..
tapi takde pulak Janda Susi...dia juara bertahan(sambil ketawa
kecil)....eh ntah-ntah....ada orang meninggal!!"benaknya
berbicara lancang setelah terkejut..
"Haa kamu Endut ngape balik lambat...pegi naik atas
tu haa....ramai berebut nak tengok"kata pak imam
Seleman...
"Endut meh sini duduk dekat sini, beri laluan
kepada anak saya Endut" kata Abu Babar kepada
orang ramai di rumahnya itu...
"Semua jangan berebut ye, takkan melayu
hilang didunia disebabkan perkara ini"Wan Mape
mula menenangkan orang ramai...

No comments: