About Me

My photo
Blog ini bukanlah blog ilmiah, jadi sila tutup buku ketika baca blog ini. Penulis blog maseh belajar di unisti yang tak terkenal di dunia. Blog ini khas untuk bakal anak penulis. Jika penulis mati dulu sebelum sempat ada anak, maka anak yatim layak mengaku penulis ini bapak dia.

Wednesday, March 4, 2009

Episod 2: Tapak pertama

Sedang Endut terlelap nyenyak, hujan turun dengan
lebatnya.. Terjaga seketika beliau sambil menggosok mata
merasakan cuaca memahami perasaan beliau. Tanpa
berfikir panjang beliau tidur kembali. Wan Mape
hanya menggeleng kepala perlahan-lahan melihat
perangai abangnya itu..

Keesokkan harinya, Endut bersiap-siap sambil
menyikat rapi rambutnya. Kemas dan kacak
perwatakkan beliau hari itu. Ibunya memanggil
Wan Mape yang asyik membaca buku
Mystery of Almond Stealer meskipun beliau
baru berumur 13 tahun. Kemudian ibunya mengetuk
pintu bilik Endut..Ibunya bagaikan dibuai mimpi
apabila melihat anaknya yang selama ini
memakai pakaian lusuh , mengenakan
pakaian kemeja milik atuknya Pekan Razaki.

"Bang tengok ni bang anak kita"tegur ibunya girang.
"Purshhhh"begitu lah bunyi semburan kopi Abu Babar.
Abu Babar mengesat mulutnya tanpa disedari
semburan tadi mengenai muka Wan Mape.
Wan Mape seakan tidak kisah dengan semburan
kopi ayahnya kerana dia sering menjadi mangsa.

"Hah kamu smart macam Din direk selling ni ngape?"
kata Abu Babar pelik namun seakan bangga..
"Endut nak cari kerja pak..tu pun kalau mak dan
bapak izinkan"suaranya sengaja dipelahankan kerana
ingin mendapat duit belanja untuk ke pekan.
"Nah amik 2 ringgit ni buat tambang teksi"hulur ayahnya
sambil tersenyum. "Eh banyak ni pak, beli dedak
ayam pon tak ngape,"Endut bermadah sopan menolak
wang ayahnya. Namun beliau ambil juga.

"Hati-hati ye kanda,kalau ada rezeki adalah kerja
untuk kanda"kata Wan Mape menggunakan
dialek cerita P.Ramlee.
Abu Babar dan Salmah menoleh ke arah Wan Mape pelik.
Namun dilambai kembali Endut.

No comments: