Dikeluarnya rokok daun milik ayahnya.."kalau
bapak tau ni,habis aku"kata Endut dalam hatinya..
Endut ketika itu lebih risau kan rokok bapaknya
dari kerjanya yang tak kesampaian itu...
Suasana menjadi sepi selama 2 minit. Ayam tiba-tiba berhenti berkokok.
"Pahlawan kecewa pulang"kata Wan Mape secara
tiba-tiba ketika membaca surat kabar new straight time.
"Apa kamu merepek ni Mape? Udah la baca surat khabar
terbalik...Bapak sebat tali pinggang nanti"kata Abu
Babar geram dengan kebijakkan anaknya yang begitu bagus.
"Bapaknya hormat la sikit pandangan Wan Mape tu,asyik
mengamuk jer"kata Salmah sambil mengusap rambut Wan Mape.
"Assalamualaikum"kedengaran suara sayup,kecewa suaranya.
Radio buruk Pak Mail ronggeng rosak secara tiba-tiba.Ayam
terpaku melihat keadaan Endut,seperti ayam berak kapur.Senyap...
Keluarga Abu Babar menjadi pilu melihat Endut yang
berantakkan seperti orang yang kehilangan anak..Abu Babar
mengesat air mata Salmah yang berlinangan. Wan Mape
mengesat air hingus Abu Babar dengan tisu yang keluar tanpa diduga
oleh Abu Babar.
Endut berlalu pergi ke bilik dan terus baring di atas katil
lusuhnya. Dikeluarnya gambar kekasih hati lalu ditatap
gambar agak lama..cukup lama untuk mendidihkan
air telaga...Hari berlalu begitu saja...Endut terlelap
keletihan...Wan Mape menggeleng kepala perlahan-
lahan..
**************************************************************
Seminggu berlalu, Endut kelihatan sudah berputus asa
dengan hidupnya.. Dan seminggu jugalah beliau
menjadi katak dibawah tempurung dan
menyendiri di bilik sambil membaca buku
gila-gila. Wan Mape begitu perihatin dengan
sikap abangnya yang begitu menyayat hati.
Beliau telah membaca buku The Mind of Psycology
bagi membantu abangnya pulih sedia kala..
Ceria seperti biasa..
Suatu pagi...
"Mak cik Salmah, Endut ada tak?"Salman
bertanya dengan tergesa-gesa.
"Laa kamu ni tak reti bagi salam ker Man,
dah tu berpeloh-peloh cam orang bersumo"
Salmah bermadah.
"Ni penting ni mak cik,orang sastera kata
antara hidup dan mati ni...Endut ada tak ni
mak cik?" Salman cuba merungkai pemikiran
si Salmah.
"Haa,udah masuk ler...time-time gini
ramai la nak mengumpat mak cik...maklum la
baru dapat duit kutu...hikhik"Salmah bermanis kata
sambil ketawa kecil....
Berita itu disampaikan kepada Endut..risau juga
Endut akan jadi seperti Kassim Selamat...garpu dan
sudu disorok oleh Salman didalam poketnya...
Endut menarik nafas yang dalam lalu beredar keluar...
Salman tidak mengikut Endut kerana ingin makan bersama
Abu Babar. Abu Babar kelihatan senyum lebar kerana
hari tu merupakan duit kutu dan isteri tercinta menghidangkan
nasi ayam golek berempah.Wan Mape tidak ada dirumah kerana
mengajar anak-anak kampung belajar mengaji...
Dibawah pokok pinang di pekan Ipoh kelihatan dua kekasih
saling bertentang mata...seorang kelihatan gelisah seorang lagi
kelihatan tergesa-gesa...
"Sampai hati engkau merobek hati ni Pah"kata Endut memulakan
perbualan.
"Pah tak ada pilihan bang. Lokman vespa tu menjamin masa depan
Pah berbanding abang"Kata Sharifah sambil berpaling kearah selatan.
"Lokman vespa?(Sharifah mengangguk)Kuang asam punya Lokman,
dulu aku dan dia naik vespa sama ke Kuala Kangsar...kini engkau
tikam aku dari belakang"Kata Endut geram sambil menggaru
belakang....panau agaknya....
"Sudah lah abang, Pah tak nak panjangkan kisah kita yang pendek ni...
hubungan kita setakat ini saja...12 purnama 1979(bulan 12, 1979)..
Pah nak pergi dah, Lokman ada tu tengah makan cendol kat
Wak Rama yang kita selalu pergi tu...mungkin cendol Pah dah siap..
jangan ingat daku dalam ingatan mu"Sharifah berlalu pergi
sambil berlari anak..
Endut terduduk bersila...Hatinya hancur bagaikan
pasir di Pasir Pinji...disaat dia perlukan seorang teman
untuk menyokong dirinya Sharifah keparat itu
lebih pentingkan kekayaan dari Lokman vespa...
Endut termanggu sendirian....

No comments:
Post a Comment