memang mencabor kehidupan gua..
sudah la gua ni jenis malas nak fikir
sangat, gua biar je rambut gua
tak berpotong..
sejak akhir-akhir ni
ramai yang seakan membenci rambut gua..
maklum la di dalam masyarakat yang
pentingkan rupa dan juga penampilan,
gua dapat baca orang tua mula memandang
serong penampilan gua..
rambut panjang= tak ada masa depan=tak ada displin=mulut busuk..
mulut busuk tu saja gua tambah...LOL..
kalau gua sorok sijil gua, mesti diorang
kata gua ni kutu benahak..takde keroje..
dah banyak dah gua kena sound,
nasib gua jenis tahan maki..
ada yang sound depan-depan, ada
yang gua boleh baca expressi..
tak payah sorok la pakcik, gua tau..
tengok raut muka pon dah tau..
awak je le yang mulia, rambut pendek
semart, displin amalan masyarakat berjaya
kononnya..
gua dulu, dengan selekehnya masuk dalam school
uni, mintak advice, elok layan gua..bayangkan
lecturer pon pakai tshirt gambar tengkorak,
rambut tak kesah warna apa..
sini??dekat kolej mungkin boleh (gua rasa ar)
..oii rambut gua nih boleh luka kan muka korang ke?
abih tu apsal masam tengok gua?
gua ada anak nanti, gua nasihatkan agar tak buang masa
dengan penampilan..ala pakai smart smart biasa la nak
pegi tengok wayang..nak pegi libery nak smart buat apa?
nak goda buku?
Gua sekarang memang serabai..memang gua buat tak tau je
orang nak kutuk gua ke apa..ingat, expressi orang yang
kutuk kita sebelum dan selepas dia tahu kita punya
kebolehan/kelulusan sangat la enak..macham korek telinga
sedapnya..bukan nak belagak..tapi luorang boleh rasa
indahnya bila orang tu berubah wajah..
dia macam graf dari menurun terus
mencanak naik...orang baru start nak
sembang dengan lu..what a joke la macha..
orang kata don't judge book by its cover,
tapi kat malaysia ni..yes, we do judge a book by its cover..
Gua sengaja serah diri agar dapat dikutuk,
kalau tak, hidup masyarakat yang smart dan displin
tak akan rasa seronok tentang diri mereka..
jadi keji la saya..


No comments:
Post a Comment