About Me

My photo
Blog ini bukanlah blog ilmiah, jadi sila tutup buku ketika baca blog ini. Penulis blog maseh belajar di unisti yang tak terkenal di dunia. Blog ini khas untuk bakal anak penulis. Jika penulis mati dulu sebelum sempat ada anak, maka anak yatim layak mengaku penulis ini bapak dia.

Wednesday, September 11, 2013

Rasa rindu datang bila kita duduk sorang sorang atau time kita makan kfc?

Pada 31 July haritu gua balik dari Sydney
buat selama lamanya..mungkin lepas
ni gua datang sebagai seorang pelawat..
masa gua dalam kapal terbang, gua cakap
dengan kepala hotak gua, "lu takleh sedey..
masa depan lu lebih berharga dari kesedapan
tinggal di sydney"..lalu gua lihat takeoff kapal terbang
tanpa pejam pejam.. gua tenang
dan perati je bandar Sydney yang..
kelihatan pantai pantai yang indah yang
semakin lenyap dari penglihatan..
tempat yang gua akan rindui selama lamanya
mengecil dan terus mengecil..lalu
hilang dari pandangan gua..gua bersandar
buat buat tenang..

mula saat itu..gua termenung..gua tahu
ada rezeki gua datang tapi tak mungkin
sama dengan pengalaman gua tinggal..
gua rasa
80% tulisan gua dalam blog ni bila gua
ada kat Sydney..bila jumpa member sydney
mesti sembang pasal gosip sydney..macam
life kitaorang stuck kat situ je..mesti la cakap
benda lain, tapi dah kitorang belajar situ..
mesti la nak tau update pasal Sydney..

Sebelum gua cau dari Sydney, gua
dapat la kawan dengan budak first year
tahun ni..insyaAllah gua datang sydney dapat
la jumpa diorang..at least 4 tahun akan datang,
diorang ada la lagi kat sydney (engineering 4 tahun
sekali honours)..

Kalau luorang macam gua, tak ramai kawan..
luorang kalo ada peluang..apply la jadi resident
Malaysia Hall satu semester..satu semester
jadi la untok dapat kawan ramai..
dalam satu semester tu lu dapat jumpa 
macam macam kerenah budak malaysia hall..
paling best aktiviti yang dibuat oleh ahli
MHRC (Malaysia Hall Resident Club)..

Ni antara aktiviti yang buatkan gua rasa sangat
bahagia jadi sebahagian penduduk Dewan Malaysia
Sydney taun ini..walaupon baru satu semester kat
Australia, bebudak ni sangat la sporting dan tak
akward kawan dengan gua yang berusia belipat
kali ganda dari mereka..

Ni masa gotong royong..antara masalah Malaysia Hall adalah bedbug..
atau dalam bahasa english nya..per pee jart..
time ni semua lelaki takut pepijat masuk seluar dan gigit
anu..maklum la..takut tungau..

Ni lah detik kegembiraan tahap tinggi..dapat beli
BBQ set untok buat makan makan..
makhluk letak kepala dalam bbq set
tu kaki helikopter menan..macam gua..



Ni benda paling common kat Malaysia hall
masa tengah malam..kitaorang akan lepak
sama ada study, makan atau tengok movie..
paling best masa cuti sem, hari hari movie..paling
best gua paksa budak lain tengok cerita
zombi, hantu setan semua yang
menakutkan..sebab gua tau, kat Malaysia
gua penakut gila nak tengok hantu..

Ni masa bukak pasar tani/open house..time ni kitaorang jual
sosej atas roti..ni la kegunaan bbq set
tadi..tapi time nak mencuci..
kalo boleh semua nak buat buat sakit kena
tungau, sebab susah nak cuci...


































































Ni aktiviti kitaorang paling tak berfaedah..
kitaorang akan order pizza guna perkataan
yang diharamkan ditanah air sebagai nama..
contoh orang tu tanya "your name is k*te yeah?"..time
tu kitaorang akan tergelak terbahak bahak..
setiap selasa perkataan baru akan digunakan..
paling best omputih dapat belajar perkataan
baru..bijak tak kitaorang mengajar?



















Ni trip kitaorang pegi Snowy Mountain..semua
bebudak excited nak try ski/snowboard..

ni gambar kami..satu kepuasan yang tinggi
bila student perempuan tidor..haha..takde la..
time ni subuh..nak gerak balik..time ni kalau
terlupa zip, boleh kena potong terus
sebab sejuk gila.. nanti orang ingat pisang busuk
terjojol keluar seluar..ok ok..itu sangat lucu(lucah)..




































Ni salah satu aktiviti yang perlu buat..makan dekat
Pancake On THe Rock ..
tempat ni ada penkek paling sedap dekat
sydney 24 jam every day sampai
kiamat..so bila nak balik
Malaysia for good, semua orang mesti tak ralat
nak makan kat sini..kempunan woo penkek..




















Saat paling merisaukan gua ialah bila nak
balik..gua sangat takut/sedih kalo
takde sapa hantar gua balik Malaysia..
diorang ramai-ramai tunggu
depan pintu Malaysia hall sangatlah
menggembirakan gua..
oh time tu 2 orang member gua pon balik
sekali..
Irony nya, dekat pintu depan ni la
gua menangis teresak-esak bila
bapak, mak dan kakak gua
balik tinggalkan gua seorang kat Malaysia
Hall time gua first year dulu (2008)..Abis budak kecik tengok
gua nangis..




























Terima kasih Malaysia Hall Sydney..
gua akan merinduimu..satu hari nanti gua
datang bawak anak gua..gua nak kasitau dia,
sini tempat kedua gua..jangan malas belajar
sebab walau kaya luorang dapat melancong
oversea selama setahun pon, study diluar
negara sangat lah seronok..

No comments: