Gua tengok anugerah bintang popular semalam..
(tak payah la nak sebut Berita Harian..dan cukup kaut
untung dah orang undi..)
sebagai seorang anak watan Malaysia, gua terus
streaming secara live dan pasang pada lcd screen kat
Malaysia hall..pastu tetiba ada iklan cerita hantu
parody..ala cerita macam 'hantu dalam botol kicap' tu
kira parody la.. maybe dia nak buat bahan jenaka kat
cerita 'ANU dalam botol' yang kemudiannya di tukar kepada
'.... dalam botol'...tukar nama je beb..
gua terus terang cakap makin menyampah dengan syarikat
produksi yang buat cerita takde kualiti nih..gua rasa
luorang dah tau kan, syarikat movie mana gua cakap ni..
lepas satu satu, filem crap diorang produce, tapi still dapat
kutipan tinggi..tapi cerita power macam 'bunohan' yang dapat
award tak dapat sanjugan dan kutipan yang bagus..
cuba tengok movie kat bawah ni..ada rasa better dari cerita kita tak?
gua tau cerita ni diarah pengarah luar, tapi kita kena tengok
pada sudut yang berbeza.. kita kena ingat filem ni ada
spillover/tempias pada industri perfileman Indonesia..
benda macam ni mengajar pengarah tempatan cara nak
buat shot yang elok, effects dia, atau mungkin jalan cerita
yang simple tapi 'wow factor'
cerita camni la kita nak..belum lagi gua kasitau yang
rating cerita ni 8.4/10..mesti luorang cakap
orang Indonesia je yang rate filem ni..tak mungkin orang
Indonesia je puji sebab 5000++ pengguna yang komen
di IMDB (klik sini)..IMDB ialah database movie terkenal di dunia..
dengan jolokkan "the best movie in decades!", gua yakin
akan menyemarakkan persaingan pengarah tempatan Indonesia
untuk challenge cerita ni..
gua faham kita ada cerita 'kl gangster' yang dapat kutipan
tertinggi meninggalkan cerita 'sembilu', tapi kita perlukan
sentuhan yang epic..kita perlukan movie yang lagi dasyat
dari 'kl gangster'..cukupla dengan cerita yang kutip duit
bebudak dengan cerita cinta yang ending nya predictable..
atau mungkin cerita berdasarkan kenegerian..hantu yang
tak takut..
Oh, gua lupa masa tengok anugerah bintang popular kan,
gua perasan ada perubahan,,kita sokong artis yang ada kontroversi
lebih dari artis yang ada potensi..what a waste..

No comments:
Post a Comment