About Me
- Mr Freak ; gatal tengkok mu
- Blog ini bukanlah blog ilmiah, jadi sila tutup buku ketika baca blog ini. Penulis blog maseh belajar di unisti yang tak terkenal di dunia. Blog ini khas untuk bakal anak penulis. Jika penulis mati dulu sebelum sempat ada anak, maka anak yatim layak mengaku penulis ini bapak dia.
Wednesday, August 17, 2011
Sunday, August 14, 2011
bila hati kata bosan..semua bosan..tulisan pon bosan cam tahi
Oiiiiiiiiiiiiiiii...
gitu la pembukaan penceritaan gua kali ini..
luorang perasan tak, lama dah takde orang
tag...owh trends yang sungguh kejap...
bila kena tag, mula la operasi mempromosikan
blog.. tapi blog gua ni walau kena tag..tak
ramai pon yang baca...mungkin gua tak
friendly..hanya gua dan burung gua je
yang tau betapa friendly nya gua
di dunia nyata..kah kah..
gua ada masalah terbesar sekali..
gua takde hobi..
begitu la kekosongan hidup gua..
gua rasa sangat kesal kerana takde hobi..
hidup gua bagaikan tin kosong..bangun
tidor gua bukak laptop buat assignment..
sangatlah menjengkelkan..
nak kumpol
bini, duit tak cukup..
nak kumpol stem
gua tak minat stem..
nak kumpol poskad
gua takde napsu nak kumpol..
nak kumpol tahi
telinge..dah bosan..
gua harap la cepat sikit kerja,
boleh gua tido dalam posisi duduk..
at least tu hobi gua masa buat
praktikal..gua rindu ushar
tv bersama mak gua...
mak gua adalah tv addict..
dari pagi sampai malam, ada
je cerita nak tengok..
tengah hari discovery channel
atau rancangan memasak..
pkl 5
dah start bukak cerita tamil..
malam bukak cerita melayu..
gua rindukan kerusi empok
dan tv kat malaysia..serta
kucing yang overweight
serta makanan yang sedap..
gua rasa kalau gua ada anak nanti,
gua nak suruh dia pilih apa hobi dia..
mungkin la dia pilih nak mengumpol
gambar gadis cute..tapi sure gua tak
galakkan..gua nak dia buat apa yang
dia suka..kalau dia nak kumpol
stem, gua belikan..kalau dia nak
tangkap gambar, gua belikan dia
kamera..kalau dia nak kawin
pada usia 10 tahun? gua tamper
dia..lawan tokey..haha
anyway, gua rasa hobi ni penting..
kalau tak jadi bosan..gua tengok
orang main facebook ni hobi
gak..so gua rasa kalau dia happy dan
tak kesah spend masa baca artikel bodoh
member diorang post..well,it is a good hobby then...
seriously tolong cadangkan apa2..
gua haritu nak daftar kelas memanah..
tapi gua pulak sibuk.. jadi gimana sich
gwe mau hilang bosan nya..
gua tengok roomate gua ni, buku/magazine
gua ingat dah dekat 100 bijik..ntah2 lebih..
gua pulak 9-10 buku..3 tahun kat sydney 10 bijik!!!
amat sedih..ha ha..
tambah sedey, kuda kesayangan gua dicuri orang..
takleh nak naik kuda pegi kelas..bangang la
pencuri tu..udah la kuda tu dah berkarat..
takleh la gua nak ronda2 kat area kingsford
nih..
ada sesapa tau tips untuk tak menjadi
manusia tak membosankan?
owh mungkin ada, bukak facebook ek..
maybeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
next 45 years..
kehidupan kembali bosan..the end
Friday, August 12, 2011
kepandaian masyarakat kita terutama social website addicts
Hari ni facebook memang sinonim
dengan alam siber..cakap je facebook
kat budak kecik, mesti tau..hatta
sebut perkataan facebook kat anjing
sekali pon mesti dia faham..pokoknya
dah memang macam makanan..
takde facebook takleh berak..takleh
berak means tak best..perut berangin..
buncit..cam pak guard..LOL..gurau
anyway, masa gua belanjor kat UNSW,
first semester, ada sa-orang lecturer ni
bagitau facebook merupakan projek
yang sangat merbahaya..cewah..bahaya sebab
facebook mempunyai hak ke atas gamber balak lu,
video adik lu nyanyi, phone number ex gopren lu,
atau mungkin nota cinta pet lu(tu pon kalau lu
anggap balak lu sebagai binatang peliharaan laa..
sit, walk, don't talk to girl, eat..)..
pokoknyer segala content kat facebook adalah
milik facebook..faham ke tak? gua ulang
sekali lagi sambil mengurut janggut gua
segala benda( video,gambar, whatever) adalah
hak milik facebook..walaupon anda delete
segala content mahupun delete account anda,
ia tidak akan membawa kesan kerana
ia masih disimpan facebook...
jadi tak guna lu nak
cakap camni
"gambar saya tak boleh di save di mana-mana
sekali pon, saya tidak akan HALALkan dunia
akhirat"..
tu la bongok takmo membaca masa sign up
facebook..terkumit-kumit ponggong menahan
excited nak connect with friends la konon..LOL..
jadi rakyat jelata berbangsa gua ni tak kesah bila
gua cakap mengenai privacy violation.. maklum
la, apa omputih nak buat dengan gambar
orang Malayu kan..jadi kalau dah hati tak kesah
buat tak tau je la..cakap lebih nanti kena sound plak..
ada sekali tu, terbeliak mata member gua, dia tidak
percaya..malah argue dengan gua..nanti lu la dol..
gua tak kesah..LOL
jadi dari benda basic iaitu membaca policy..
ala buat apa nak baca kan..tup2 no phone
luorang kena rembat..pastu buat2 tension
bengang bangang...kah kah...
cari sini cerita orang tak paham policy..
gua ada komen kat situ..
gatal tengkok mu pada 07 Aug 2011
ramai jugak tak tau yang pemilik facebook ada hak keatas gambar serta content dalam facebook setelah orang tu sign up,..baca polisi tengok..jangan main sign up tergedik2..
violation privacy apa, hang yang malas baca..kah kah..lawak2
sekarang ni bila no telepong hangpa kena
rembat bising, nak saman..padahal
kekurangan membaca..kah kah..
jadi timbul lah satu gerakan ingin
menghack facebook..
antara petikan berita tersebut ialah
Mentioning privacy concerns and Facebook's ability to store and sell personal information about its users, the group said, "Everything you do on Facebook stays on Facebook regardless of your 'privacy' settings, and deleting your account is impossible.
maybe luorang kata berita tu tak reliable
serta malas nak layan..ni from daily telegraph
australia..berita ni datang dari youtube
video nih..
hackers ni kata nak hack facebook..gua punya
pandangan ialah mudah je,
buat la apa pong, tak merobah pon
hidup manusia, ..apa apa
pong, gua tetap tak suka facebook
dan tak kesah pon apa jadi kat website
ni pada masa depan..
cuma satu je, jangan jadi bangang lalu
menghentak kaki pabila seorang
lelaki berbulu hidung panjang menelepon
anda ingin berkenalan..kah kah..
jadi kunci kata hari ini ialah
ignorant is a bliss,
kebongokkan ialah iblis..
reti?
Tuesday, August 9, 2011
Raya, gembira, sedih, sebak atau hanya perasaan saja
Hari ni gua ushar dalam elmari gua,
hmmmm..mana peginya baju raya gua..
yang ada just baju melayu warna merah..
baju melayu gua tak tau kat mana..
apa pun biarlah gua bercerita awal awal,
agar bila raya nanti takde la gua ulang ulang..
gua baca blog orang lain, baca sambil berpikir
bersama burung, student uni kat Malaysia
sebak bebuka tanpa keluarga disisi..
apa gua rasa bai semua? takde feeling..ilek..
hakikat berada jauh dari segi geografi terlalu
lama dari
family buatkan gua jadi kebas..kebas
hati gua untuk sedih..kebas hati gua untuk
rasa sebak..
segalanya menjadi biasa..sahor jadi biasa, berbuka
jadi biasa..bila tengok gambar bazaar ramadhan,
gua hanya tengok gambar orang berpusu pusu
membeli makanan BUKAN nya gambar
keenakkan makan bersama keluarga.. tiada
perasaan yang mencuit gua untuk bersedih..
kenapa jadi begini? kenapa? gua sendiri
masih tertanya tanya..bengkak sangat hati
ni sampai tak de rasa dah..
luorang yang belajar kat uni, contoh kat Kedah
mungkin study masa bulan puasa tapi raya
dapat cuti pastu dapat balik kampung..
dah tu dapat enjoy dengan sanak saudara..
lu tau kat sini berapa lama raya yang betol2 raya?
lepas semayang raya sampai 10.30 je raya yang meriah,
lepas tu you are alone...........................................
.....................................................
kalau luorang pandai cari rumah orang, atau
ramai member mungkin luorang busy pegi
rumah orang..tapi gua ni, pukol 1 petang dah
pakai baju buruk..rasa raya pon takde..
haishh..gua harap kelak dapat
la gua merasa raya betol2..4 tahon macam
kejap tapi lupa teros segala kenangan best..
gua cuba buat hati gua layu dengan kegembiraan
ada kat kampung..takde langsong effect..
adakah jiwa gua terlalu brutal atau terlalu
ditoreh toreh kerinduan sampai takde langsong
rasa?
gua rasa kalau gua takde baju raya, gua
rasa gua pakai je la apa2 je baju..dalam luar
sama je rasa, apa la nak beza..spenda levis
pon dah rasa macam pakai seluar raya dah..
so takde beza dah..
lagu zamani pon takleh buat gua sayu mengingat
kembali zaman raya..raya oh raya..
dahulu, masa kita kecik- kita tertunggu tunggu
berbuka puasa...bila dah besar skit, kita tertunggu
tunggu sanak saudara datang- jauh dan dekat..
bila dah besar lagi, kita tak sabar nak dapat
duit raya..tapi skang bila gua kat sini, gua
rasa tamau jumpa sanak saudara..
beribu sebab gua boleh kasi..atau mungkin
gua dah selesa begini..
masalah terbesar ialah, gua sudah biasa tanpa
raya..terbiasa membuat kan daku melupakan
keenakkan bersama-sama keluarga ketika beraya.
maafkan gua wahai perasaan..tidak bisa
gua berbohong..
Monday, August 8, 2011
Lesson not learnt!
Dah berkali gua cakap,
gadis jangan berseluar besar,
jangan jalan kengkang..sah
sindrom POTAWED..
kenapa dunia ni tamau dengar
cakap gua..
Subscribe to:
Posts (Atom)



