About Me

My photo
Blog ini bukanlah blog ilmiah, jadi sila tutup buku ketika baca blog ini. Penulis blog maseh belajar di unisti yang tak terkenal di dunia. Blog ini khas untuk bakal anak penulis. Jika penulis mati dulu sebelum sempat ada anak, maka anak yatim layak mengaku penulis ini bapak dia.

Friday, January 29, 2010

Gula= tak kacak

Skang ni aku ngaku yang
aku ni tak suka sangat minum or
makan benda manis..

kalau aku bantai makan benda manis pon
aku tetap akan sental perut aku dengan
air berwarna lutsinar yang digelar air kosong..
aku rasa takut la pulak nak makan benda manis ni..
ikuti perbualan aku...
"pls eat me mr freak..look at my shinny body"kata donut
tanpa berfikir panjang. "U sick" balas aku. Lalu aku
beredar tanpa menjeling tapi menelan air liur...
*Gulp*

Anyway..

Gula intake pon aku monitor..seperti seorang
inspektor aku check kandungan gula dalam
apa saja makanan..Namun..aku tak paham..
so aku bantai jugak..tapi siyes aku
kena minum air kosong bebanyak..

bila kita minum air lutsinar ni kita
kena expect pegi toilet banyak kali..
yang tak bestnya, bila tengah malam
aku minum..*pastu tetido*..esoknya
penuh pundi kencing aku..
perasaannya seperti
ini...


gitu la air yang 'memberontak' ingin dibebaskan...

akhir kata..air kosong adalah penebat terbaik
untuk sakit pedih ulu hati..bye

Tuesday, January 26, 2010

bilik untuk disewa sydney..

Salam perkenalan..(buat2 baru kenal)
saya mr freak a.k.a. gatal tengkok mu;
gtm; abang gtm; budak hensem mr freak;
dsb..

hari ni aku nak mintak tolong pembaca..
ye, korang telah byk bagi petolongan
kat aku..tapi kali ni aku nak mintak
sekali lagi..

korang kan tau aku tak duduk kat
rumah sewa lama tu lagi..dan aku
telah pon menyuruh sorang mate(english) aku
untuk carikan rumah sewa sebab dia kat
Sydney sementara aku kat Malaysia..
so aku pon mintak la tolong dia carikan..
so dapat la kitaorang rumah yang hensem
hendaknya..tapi...

kitaorang perlukan sorang jer lagi
house mate..kalau dapat house mate
ni kira cantik dah..-please don't skimming or
skipping my writing..ewahh-

anyway, ni gambar rumah akan datang aku

tempat makan...di latar belakang ada kotak minuman
keras...sila jangan takut kerana arak tu kepunyaan Tommy..


Dapur memasak macam rumah sewa kat malaysia tapi perhatikan
tiada tuala good morning digunakan..sedih~..hidup goodmorning towel..

boleh nampak facilitatis dia cukup..ada tempat masak air..
ada periuk masak nasik..aih takkan tempat masak nasik nak samak..
cit, apa la anda..

ni tempat stadi...korang nak main dam pon molek jugak

ni aku tak tau kat mana..ntah la..haha..

ok ni detail dia..bilik dia ialah
-sewa dia 120 seminggu termasuk semua bill
-duduk sorang(ya korang leh tido mati selama mungkin..
silap2 kitaorang bau bangkai dah..oppss)
-4 minggu bonds
-area kingsford
-peti ais ada, mikrowave ada, internet ada..

kami mencari
-orang Malaysia
-laki
-tajaan mana-mana

tambahan
-aku mencari org Malaysia(hopefully)
-tau budaya kita..sedar diri oiii..takkan datang
sini enjoy pg disko semua apa hal..

aku tak expect lebih-lebih utk bakal
roomate aku ni,.apa yang penting
memahami perasaan orang lain..

akhir kata, kalau ada sesapa tak kira la
kawan korang ke sapa ke yang nak datang
Sydney dan perlukan bilik..sila bagitau
aku meh..ok..bye2

*penulis harap takde org macam
penyewa yang lepas..tak suka pam jamban
dan suka melalak bila org dalam duka,..bye

Tuesday, January 19, 2010

Train that leads to bleeding

Salam kemesraan buat
semua pembaca blog ini..

Hari ni aku baru pulang
dari Ipoh ke Kl...
aku pulang menaiki
kereta api..tapi situasi
di dalam ketapi itu membuatkan
aku naik gila(nada suara tenang)

wokeh aku kongsi dgn korang..
ready getset go..

situasi- mula train nak bergerak

mood aku yang happy go hensem
tetiba merundum jatuh gedebuk
apabila 4 org mamat indon duduk
depan aku..aku tau profiling(google sendiri)
tak bagus, tapi aku suka buat-sambil selak rambut-..
ditambah dgn muka ganas mereka,
aku terus peratikan beg aku
yang berisi laptop kesayanganku
yang murah itu...

situasi- pertengahan train

perjalanan ku di dalam train bertambah
rumit pabila dua orang mula bersembang dgn
kuat...aku dipaksa bersabar...
kesabaran aku mula terjejas pabila
sipolan bin sipolan mula bercakap
tentang bisness berjute(berjuta-juta),
kredit card limit berbelas ribu,
serta kekencangan ketika bersembang
membuatkan aku tak senang duduk..

ada kalanya aku rasa nak beli
ipod jer time tu jugak, nasib dalam train
ada jual karipap jer..aku mula tak tahan
dgr sembang yang aku kategorikan
sbg sembang kencang...

situasi-dihujung-hujung perjalanan

aku makin tension..ditambah
dgn ringtone sipolan bin sipolan
yang menggila sampaikan
mamat Indon tadi gelak...
sebab dia guna
ringtone crazy frog, dan lebih
membengkakkan hatiku yang
separa membuak ni ialah
sipolan bin polan ni biarkan
ringtone dia lama-lama...

situasi- dah nak sampai

aku dapat bayangkan
kalau lagi sejam aku duduk
dalam train disertai dgn
sembangan yang riak itu,
maka aku berani kata yang
telinga aku akan keluar darah
panas tanpa diduga..

*ni gambaran kepanasan telinga aku..

syukur aku tak pekak dgr
sembangan yang boleh
dikategorikan ahli politik amateur..

harap kita tidak ketemu atau ketemu suara
lagi ya..nnt aku muntah kat atas
mulut anda ye..haaa camne tu..fikir2..

*penulis rasa nyampah dgn orang
sembang kuat serta ada unsur2 ke-aku-an
dan unsur ke-riak-kan...kalau sembang
pasal rambut ke,shampoo bawang ke orait la
gak..leh aku tumpang sembang..hikhik

Thursday, January 14, 2010

kedai jam ah tat

semalam aku pg kedai jam...
pastu hari ni aku pg balik
kedai jam tu akibat tak pueh
ati dgn jam tangan aku
yang tak berfungsi ...
aku dgn muka garang
masuk dalam kedai..
tapi tokey tu pny
PR(publik relation)
punya la power...tak jadi aku
sound...indeed dia cakap
manis..

so dia nasihatkan
kalau nak isi bateri jam
korang kena letak bateri murah..
lagi murah lagi baguit..
dia kata sambil ketawa..
memang common sense la,
jam kita tak perlukan
bateri canggih2 cam
enegiser ka, philip ka,
sebab engin jam kita
ni kecik jer..

arghh..aku dah agak dah korang
mesti skimming penulisan aku..
geli la aku ..

akhir kata,
skimming is bad for your knowledge
cause u risking ur life
not to read my beautiful writing...
dah la..bye

Tuesday, January 12, 2010

luahan jantung...

Apa kabar korang?
sihat tak?
bosan dgn perangai
boipren anda yang
suka berperangai cam
suami yang kurang
tatasusila..sila layan
blog aku utk lepaskan
tension dgn kekong kongan
balak korang..

my problem: my heart is running fast
caused by: sound..mainly cat, dog woofing around..and
unexpected sound..
genre: unknown

aku skang rasa fed up dengan
jantung aku...bila malam jer
degup laju..runcing aku...
korang jgn salah paham,
aku tak suka perasaan yg
menggila..arghhh-sambil type
dgn tenang...

meh aku explain....Tolong
jangan skimming penulisan
aku ni..camne nak rasa
manisnya tulisan aku ni
kalau baca laju-laju

ok...sejak dua tiga hari ni,
aku rasa takut plak dgn rumah aku sendiri..
bila aku dgr bunyi skit-jantung aku
mengepam dgn kelajuan 2km/h seperti lari
dari pemabuk jalanan...tak kesah la bunyi apa,
bunyi anjing ker, bunyi kucing cari
rejeki kat tong sampah ker- semuanya
buat aku terkejut...

ni semua gara-gara aku memperkecilkan
adik sedara aku yang umor 13 tahon..
aku cakap dia pengecut kecut..
last2 aku plak penakut..oiiii apakah
jenis perasaan ini..

'u sick little heart' kata penulis sambil selak rambut
skang ni adik sedara aku ni dah
berani..tido mlm mengangkang..ni
sudah lebih ...aku plak
yang takut..

ni semua salah diri aku..
kerna salah percaturan..lain kali
aku nak kutuk dia hensem byk kali
supaya aku akan hensem...

aku cuba buat terapi supaya
tak takut bunyi kucing atau apa
saja bunyi yang pelik..

akhir kata bersihkan ati
supaya senang dpt input yang
baik dan bersihkan gigi
supaya dapat jemput-jemput(cekodok daa)
dari jiran yang baik..


*gambar diatas mendambarkan macam mana rupa penulis
kalau tak takut...kalau terjumpa duit 1 juta ringgit mesti la tak takut..
apa daaa..

Sunday, January 10, 2010

Kejadian pelik kat rumah aku pulak

hari tu gua cerita kat hal rumah opah aku..
today yinadey aku nak cerita pasal kat rumah aku plak...

aku ni bukan la penakut..tapi kadang2
degup2 jugak jantung aku tanpa
warning..maybe aku ni darah gemuruh..
tapi time usha awek takde plak jantung
degup laju..biasa jer...

anyway, semalam aku lepak umah
opah aku..pastu balik pkl 10 malam camtu..
balik jer, adik sedara aku yang obese ni
suruh ronda rumah aku..
budak ni punya la bawak payung, maklum
la senang nak hayun perompak jalanan,...

aku ikut jer dia..stenby..mana aku nak
pegang payung plak..malu ar..
kacak=payung..tak masuk...
so dia ni ketuk2 la lantai supaya
perompak tu akan terkejut dan terus
give up sambil beristifar..

of course la takde perompak jalanan tu..
tapi lepas jer dia berenti ketuk, ada
bunyi ketuk plak..aik..aku pon
bior jer..diam..kang melompat plak
tekejut.

dulu rumah aku, adik sedara yang 'kecik' ni
masa dia baby..dia nangis la..bila dia berenti jer
ada sound nangis lagi..takkan rumah aku ada
sound recorder kot..

so ni kesimpulan aku buat..

* hantu pandai mengajuk
* hantu pandai teknologi rekoder
* pemilik hantu suka ajar hantu -teknologi
maklumat dan tekno(suffle)

jadi..korang jangan terkejut atau hairan
kalau cerita 'pemburu hantu' end up
takde hantu..sebab hantu dah bijak..
dah korang pasang device2 korang
yang canggih tu..hantu mesti la tau..

yang penting jangan pandang low atau
lower your gaze towards hantu2..

*p.s- hantu dulu penah takut dengan
orang hensem, skang makin berani haaa..cubit lengan baru tau

"I as members of hantu jalanan mengistiharkan darurat kepada mr freak
kerana memecahkan rahsia kita..u sick! mr freak..anyway i vote pemburu hantu
di seramkan dengan melantik saya jadi props..bye~~love clown..."

Friday, January 8, 2010

Katilku bergoyang2

Hello dan salam
pantai timur buat orang
di pantai timur...

tadi gua layan la crite
jangan pandang belakang...lagi kat tv3..
sedap2 tengok tetiba gua teringat misteri
yang sangat dasyat kat umah opah gua nih...

cerita dia gini...

wuuuuuuuuuuu..kasi soundtrack seram dulu..

ok2..gua start

malam tu hanya bapak sedara aku dengan
aku jer kat rumah tu...aku tengok la tv
tapi bapak sedara aku dah kata dia ngantok..
gua pon layan la..slalu kalau gua layan tv
mesti sampai 1-2 pagi...

tapi malam tu gua layan sampai pkl 12 gitu
dah rasa lain macam..rasa lain macam tu
kira cam dah tau2 jer ada benda...-masa
tu gua tak hensem lagi-(saja bagitau)...
gua pon tido la sebilik dengan
bapak sedara aku..

so bermulalah gua dikacau...gua sebenarnya
keliru bila bapak sedara gua bersuara tau..
maybe dia warning gua suruh buat tak tau
dengan kacau2 nih...kacau dia mengalahkan
cerita hantu2 bajet murahan nih..

start jer gua tido, katil gua dipijak2...
korang bayangkan..kiri kanan orang
pijak2..pijak jenis nak takutkan aku ..
then boleh pulak cakar2 dinding..
gua bertambah peluh...pulak tu tambah
lagi suara orang nangis teresak2..

gua mmg tutup kepala dengan bantal..
gua tau nih 'dia' tau gua tak
tido lagi..mana gua nak tido kena
kacau gila2...gua hanya tido2 ayam..
dari pkl 1 pagi gitu sampai 10 min
sebelum subuh dia kacau gua..

10 min sblm subuh dah takde kacauan tu..
esoknya gua tanya la bapak sedara gua kan..
dia dengan sardin kata...mana ada cakap
apa2 semalam..gua dah cam Tan Hong Ming
ternga-nga..abih tu apa dok bapak sedara aku
merepek malam2 bute tu..

anyway bilik tu dulu jugak mak sedara
gua rasa katil berhayun...

korang mesti tanya...camne skang??
hmm..benda tu dah takde...
dan peristiwa yang gua bertajuk
"Peristiwa five thirty in the morning"
takde kena mengena dengan bilik
"ganas" tu...

anyway, tu jer gua nak kongsi dengan korang..
sebab peristiwa ni mmg datang dari orang kita gak..
mungkin diorang dh tau aku akan hensem pada
masa akan datang pastu nak kacau aku..
gua mmg panas...oiii jangan kacau rambut aku..

peace..no evil intention, and if yes
lets talk about hair..maybe it will ease
your evilness...