semalam gua pegi kelas
and lebih membengangkan hati
gua bila member gua yang buat
palat sampai gua kena fined $20 dollar
masih lagi tak membayor..
gua dah malas gua diam je la..maybe culture
diorang gitu..well gua hanya cakap
diacungkan jari tengah sambil berkata
fak yoiu..LOLzy..
then gua terbaca berita ni kat sinar harian..
"
SKUDAI – Misteri penemuan seekor kucing hitam didakwa jelmaan individu yang mengamalkan ilmu hitam menggemparkan penduduk Jalan Laksamana, Taman Ungku Tun Aminah, di sini.
Kisah berkenaan terus menjadi tajuk perbualan hangat di kalangan orang ramai kerana haiwan terbabit dikatakan sering ditemui apabila serbuan dilakukan sebaik sahaja suara jeritan penduduk kedengaran setiap kali azan berkumandang.
Berkat doa dan solat hajat secara berjemaah selepas selesai isyak malam kelmarin, sekumpulan anak muda
berjaya menangkap kucing hitam itu di tandas rumah seorang penduduk.
Kucing jadian itu dimasukkan dalam sangkar dan dibawa ke Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah untuk pengawasan selama 24 jam. Ia bertujuan untuk memastikan sama ada haiwan terbabit boleh menjelma sebagai manusia, namun
tiada sebarang perubahan dilihat selepas sehari kucing hitam itu berada di perkarangan balai polis itu.
Imam Masjid Laksamana, Ahmad Tahir Mohamed, berkata, kucing itu
dilepaskan di Sungai Skudai, petang semalam dengan harapan ilmu hitam itu hanyut dibawa arus. “Kejadian yang berlaku sejak dua bulan lalu menggusarkan penduduk kerana beberapa rumah di sini di pecah masuk yang melibatkan kerugian ribuan ringgit.
“Penyamun berkenaan dipercayai mengamalkan ilmu hitam dan terpaksa memenuhi kehendak untuk melengkapkan ilmunya yang didakwa akan berakhir pada malam Jumaat ini.
“Modus operandi penyamun ini ialah masuk rumah melalui atap belakang. Dakwaan orang ramai berasas, apabila dikejar penyamun ini. Ia akan berakhir dengan penemuan kucing itu,” katanya.
Menceritakan kejadian ketika menangkap jelmaan terbabit, Ahmad Tahir berkata, haiwan berkenaan bertindak agresif dengan menggigit salah seorang anak muda yang cuba menangkapnya.
“Keadaan fizikalnya amat pelik dengan mata yang berwarna kemerah-merahan, telinga yang sedikit panjang umpama kucing hutan dan tidak ada bunyi dengusan ketika ditangkap.
“Saya tidak pernah melihat kucing seperti treler (panjang). Tidak sama seperti kucing biasa. Saya percaya ini ada kaitan dengan ilmu hitam,” katanya.
Kegusaran penduduk di situ tercetus sejak dua bulan lalu, apabila lebih tujuh kejadian pecah rumah di kawasan itu dilaporkan.
Atas rasa keprihatinan tersebut, 40 penduduk taman itu lakukan pemantauan secara sukarela di waktu malam
“Kami bersembunyi di atas pokok selama beberapa jam untuk menjejaki penyamun ini. Salah seorang penduduk turut tercedera kerana cubaan menangkap jelmaan itu.
“Kami terpaksa berjaga setiap malam sejak dua bulan lalu, dan turut dapat kerjasama polis. Kami bersyukur dan berharap kejadian ini tidak berulang lagi,” katanya.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner, Ruslan Hassan enggan mengulas.
“Tiada sebarang laporan yang dibuat oleh orang ramai,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.
Dalam pada itu, kejadian mistik ini turut dipanjangkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Datuk Zainal Abidin Osman.
Beliau berkata, kesahihan kejadian jelmaan seperti itu tidak dapat dikenal pasti sama ada benar-benar berlaku atau tidak.
Menurutnya, kejadian seumpama itu juga ada kalanya bergantung kepada kepercayaan masing-masing.
“Saya tidak pasti sama ada ia benar atau tidak dan adanya kewujudannya seperti itu, jelmaan itu benar-benar berlaku atau tidak, boleh jadi betul atau boleh jadi tak betul, saya tidak pasti, ia terpulang kepada kepercayaan individu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam."
mr freak :
oiii orang kampong berkenaan.. udah2 la pecaya benda karut ni..
malu gua tau..walau mak gua penah kena sihir banyak kali,
walau bapak gua tak sihat kata buatan orang, tapi sampai
seksa kucing ni apa pasal..apa bukti kucing hitam yang luorang
buang dalam sungai tu ada ilmu hitam..sedey betoi gua..
udah la tangkap kucing masuk dalam jel, pastu buang dalam
sungai..kita ni zaman
medieval ke, zaman yang pecaya
hantu bagai..sudah la oii..berita apa ni..memula berita
video seks, malu la oiii..orang fokus kat ekonomi
ni apa bangsat pasal video pulak ni..
polis sepatutnya membuat tangkapan berasaskan
bukti dan fakta bukannya emosi serta superstitious..
kalau camtu dah lama mak gua buat laporan yang peniaga
NASIK LEMAK ANTARABANGSA IPOH NASIK KUKOS
KAT GUNUNG RAPAT buat ilmu hitam..dia ada bela
hantu raya...dua orang muka sama..satu ada jambang
satu takde jambang..agak2 polis akan tangkap tak?
shit no! buang masa..
oiiiii malu gua wei..kucing masuk jel..mesti Johnny kat
rumah gua tu tamau makan sebab dia tension dengar
berita ni..
"Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner, Ruslan Hassan enggan mengulas."
Polis pong tamau ulas maaa..adoi..berita takde dah ke??
tulis la pasal apa student tamau balik serve for Malaysia..
buat la research pasal ni..ni buat poll, tanya video seks..
adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..kreatip la skit dol..
baik layan magazine ehem2...ok bye