Beberapa hari lepas, gua serta kawan gua berpenis
dan tidak, menjejakkan kaki ke pesta buku yang menjual
lebih 3 jute buku..tempat tu dekat the mines yang diberi nama
the big bad wolf..Sehari sebelum pegi ke pesta tu, gua dok fikir,
buku apa la nak beli.. gua nih buku novel ke, buku yang berasaskan
tulisan dan perkataan semata-mata memang melumpuhkan niat gua
untok membaca..perasaan gua tak hilang sampai gua
sampai kat situ..
Buku-buku tersusun rapi macam manusia pegi tengok konsert m daud kilau
pada tahun 1980an..cewah..dipendekkan cerita gua terjumpa satu buku,
pasal Australia..gua terfikir dalam hati
"biar benar freak, lu nak amik buku pasal Australia..macam la
lu tak tahu tempat menarik dekat Sydney tu?" hati gua cuba
merobek niat gua membelek buku tu..
Lantas gua letak buku tu, lalu gua tawaf lagi kawasan buku tu..
dari satu genre ke satu genre..dari novel ke masakkan, ke seni,
ke majalah, ke buku cerita bergambar..akhirnya gua sampai ke
seksyen travel.. belek2 buku, terjumpa lagi pasal Australia lagi..
Ada sorang brother cari buku pasal travel jugak, dia cakap kat gua
"berapa buku dah amik ni bai?" brother
"tak berapa banyak la bang.." gua
"sini murah ni..kat kino (kinokuniya) mau
dekat 90 henggit untuk buku travel ni" brother
"gua takut beli banyak2 tapi tak baca" kata gua
bila fikir balik apa cakap brother tu, gua rasa
tak rugi gua sebat buku pasal Australia...tengok harga
rm 12.00..gua sebat simpan dalam bakul..
berguna jugak la gua nak berjalan nanti nak cover apa
yang tak terpergi lagi..
dalam gua belek-belek muka surat buku tadi, gua
terfikir..shit, mana gua letak gambar semua trip hah..
gambar yang pegi snowy mountain..gunung salju yang
mengambil masa 5 jam..yang gua ada video je..video
kitaorang main snow fight, main papan luncur..
terus terang beb, gambar gua semua gua tak tau letak mana..
even gambar graduation gua kat UNSW pon takde dalam kamera gua..
oh lupa, gua takde kamera..double damn..
so skang gua terfikir, susah jugak nak dapat balik gambar
kenangan semua..
****************************************************
Biar gua refresh skit gua punya memori gua, bercerita pasal
snowy mountain..Mount perisher to be exact...
sebelum tu gua ada pengalaman pegi Mount Buller,
tapi since pegi dengan budak usrah yang gua tak kenal,
jadi kekok skit nak main..pastu gua pegi kawasan
salji dekat Tasmania, Craddle Mountain..
So kali ni ke Mount Perisher di NSW..
pada haritu kitaorang bertolak awal pagi, takde la pagi sangat,
pukul 10am pagi Sydney kitaorang bertolak..gua bawak van
8 seat, dan member gua gagah perkasa bawak van 12 seat..
van 12 seat lebih besar dan lebih tinggi..ramai yang cakap
sapa bawak van 12 seat macam seksi..macam harammm..
anyway, gua cakap kat member gua si Ramli tu, bawak jangan
laju laju..ikut speed limit..nak bayar speed trap satu hal la pulak..
terus je sampai ibu negeri Australia, ACT, Canberra, ambik sorang
member kitaorang..tanpa buang masa terus je bawak van..gua
bawak kat depan, Ramli mengekor gua dari belakang..jam kat
tangan pukul 7 malam, kabus tebal gila malam tu, minyak plak
sipi sipi nak mampos..gua nih rilek je..kalau gabra habis la
terkencing semua bebudak nih..gua kena mantain cool..
bila naik kawasan bebukit, minyak makan banyak..pam minyak
ada yang gua terlepas sebab ada kereta cucuk gua laju sangat..
takkan gua nak brek mengejut..nanti arwah 7 orang dalam kete
gua tu nanti..
sampai je Cooma, bandar kecil sebelum Janderbain di Snowy Mountain,
ada pam minyak..gua dan ramli isi minyak..sementara tu, bebudak lain
pegi shopping glove kat kedai tu..kedai tu ada jual glove, snow cap,
dan peralatan snow-kerling (nampak tak gua cuba tipu luorang)..haha..
malam tu sampai dekat cabin park dalam pukul 9 malam..memang seram
cabin tu..
oleh kerana kami ni travel laki dan perempuan..kami tidur bersama
sama..
cewah..mesti la tak..nak kena bantai dengan eric? eric ni seorang
kristian yang baik serta alim..(dia satu sekolah dengan gua)..
jadi kami bahagikan kepada 5 kabin..sampai je gua pon
bawak van hantar ke kabin atas bukit..ada dua kabin
untok pompuan, maklum la mereka tolong masak..
2 kabin yang cantik
di lengkapi dengan kitchen serta bilik air..sangat selesa..
pastu ponggah beg baju bebudak pompuan ni..
selebihnya kena pegi kabin bawah bukit..1 kabin
perempuan, 2 kabin lelaki..jadi kami yang terlalu letih ni,
naik van turun ke kawasan tu..semua masuk kabin..
gua tengok, apsal kabin ni takde tandas langsong..
aik, pelik betoi..macam mana nak main sabun..eh silap..
macam mana nak mandi, amik air solat serta membuang
sisa kumbahan..ghope nya (rupanya), tandas kabin
bawah bukit ada 50 meter dari kabin kitaorang..
cis, kabin low class..
takpe gua rilek je..tapi gua nih jenis sensitif skit..minum
segelas air, 30 min mesti nak pegi tandas..takde daya
menahan langsong..gua goyang jugak la, gila apa nak
pegi tandas sorang sorang pukul 1-2 pagi..vampire banyak
tau..setan tak mengenal warna kulit..
malam tu, kitaorang letih gila babi setan..esok nak kena bangun
pagi sewa rantai untok tayar (snow chain) serta kelengkapan
ski, tabogan dll...snow chain ni penting tau, kalau tak sewa,
kitaorang boleh kena saman..in case salji lebat, rantai perlu
dipasangkan dekat tayar..
anyway, malam pertama dekat kabin tu, gua rasa lain macam..
kabin ni terletak dalam satu kawasan lapang..korang boleh bawak
caravan dan parking dekat situ..kawasan tu gelap nak mati..macam
dalam hutan pon ada..seram sejuk..ok la gua cerita apa ada dalam
kabin gua..
3 orang duduk dalam kabin tu..Ramli, gua dan Eric..walaupon
eric ni gila-gila dan pious (alim)..dia juga penakut..yes sangat penakot..
walaopon gua takut, tapi gua sorok dalam-dalam perasaan tu..
.ada fridge kecik, pemasak air, ada CERMIN, ada almari
dan TV..lepas je dinner, kitaorang balik bilik..dah langsai pegi
toilet 50 meter jauh tu..
dalam kabin ada
4 katil, 2 katil double decker, 1 katil single,
1 katil king size...gua tido katil single, ramli
tido kat double decker belah bawah..si eric
tido katil king size..gua rasa letih gila babi..
jadi masa si Ramli ni sembang/sweet talk dengna
bucuk bucuk dia (awek dia)..gua dah terlelap..
terbukak tutp mata gua..lampu biar 1 je pasang..
biar malap skit..tv biar bukak..
dalam sejam gitu gua terjaga..pastu gua rasa lain macam..
mata gua melilau..kabin tu senyap gila babi, maklum la kawasan hutan..
skeri gila..gua pon angkat kepala skit tengok, ramli rilek je tido..
tiba2 gua tengok kat kaki gua ada makhluk..harammmmmmmmmmmmmmmmm..
gua tengok sekali..dua kali..terjongkit gua..apa makhluk yang sanggup
bengkok kan badan demi duduk sekatil dengan gua?
terkejut gila babi gua..rupanya eric tengah tido kat kaki gua..
gua kejut eric tu..
"oii eric.."gua panggil dia cemas..
dia hanya letakkan jari di bibir..tanda suruh gua
senyap..
gua tanya lagi..
"eric..apa jadi?" gua semakin cemas
"shh diam.." kata eric sambil tunduk balik
kepala dia..
gua dah rasa lain macam..disebab eric perangai
pelik macam tu, gua rasa mesti ada benda tu dalam
kabin kitaorang..gua cuba pejam mata..tak boleh jugak..
cilake cilake cilake betoi..hati gua berdebar..
apa yang buat si eric ni tido sekatil dengan gua..
mata gua melilau tengok dalam kabin..takde apa pon..
lama-lama gua pujuk si eric ni tido kat king size punya katil..
gua cakap kat dia, gua tido sekali sebelah dia..
jam pukol 2 pagi..
gua dan eric tido sekatil..gua tak rasa janggal sebab kitaorang
tak pakai spenda sahaja masa tido..
Tv dibiar on..Ramli tido mati..
"eric.."panggil gua
"haa apa dia.."kata eric..
seminit kemudian
"eric ko dah tido ke" tanya gua lagi..
"belum"..
lima minit kemudian..
"eric...eric.." bisik gua perlahan
(bukan la macam bisikan husband dan wife ajak
menerokai malam tau)
sebenarnya tujuan gua panggil dia tu sebab
gua takleh nak tido..gua takut..gua dah tak
ingat apa dah..kalau letak awek manis sebelah gua
pon gua buat tak tau..takut woo..
gampang si eric ni tido dah..gua plak tak boleh tido..
paling best betol-betol depan gua ada cermin besar..
cantik punya depan muka..gua plak tak boleh tido
fikir makhluk apa yang ganggu pemuda alim bernama
eric ni..
lama-lama gua tertido akibat terlalu penat..ye ar, drive
5 jam, terbangun lagi..cilakak betoi..
esoknya, eric bagitau..dia bagitau dia tido..
pastu bila bangun dia tengok kitaorang takde dalam kabin..
dia sorang je..tu pasal melompat dia..rupanya dia
mimpi..tapi dia cakap seolah-oleh dia nampak betoi-betoi
takde orang...
macam lagu damasutra plak , "umpama mimpi dalam mimpi"..
esok nya baru la nak pegi sewa barang..main salji..
malas la gua nak cerita main salji..kat discovery channel
banyak ada tunjuk orang main salji, orang main ski..
main salji ni best, tapi tak best bila angin tiup..abis spek
mata gua penuh ais..pastu rasa sakit sebab hujan tukar
jadi ais kecik.
Antara aktiviti kitaorang la, main tabogan
(talam besar)..naik tabogan dari atas bukit ke bawah..
main ski..majoriti kitarorang kongsi main ski..best jugak
main ski..tapi tak reti boleh langgar orang..pastu ada
yang main snow board..tapi yang gua respek, bebudak undergrad
nih, baru je belajar main snow board sejam dua dah berani
naik lift ke puncak gunung..bila naik puncak gunung tu,
dia kena turun pakai ski, atau snow board..nak jalan kaki
takut mati sebab tu kawasan curam..kalau tak reti, merangkak la
luorang turun..
anyway, langsai je main salji kitaorang blah la dari situ..
dek kerana takde surau atau masjid macam R&R
Malaysia, kitaorang terpaksa semayang atas salji,,
wuduk pon pakai salji..nak pegi toilet dia, leceh, jauh..
so just amik salji yang bersih (takde kesan kuning -orang
kencing)..since kitaorang travel dalam 19 orang, semayang
ramai2 buat sapa2 yang segan tak kekok..datang ostolia ni
kena biasakan semayang merata rata sebab takde surau macam
kat malaysia..berlambak, tapi ramai tak semayang sebab
rasa boleh semayang kat rumah. (last2 terlepas semyang..)
hari ketiga..balik..sebelum gerak balik ke Malaysia Hall
Sydney, kitaorang singgah kawasan sebelum Perisher Snowy Mountain,
untok beli suvenir..suvenir ni penting untok kitaorang sebab ni maybe
last time pegi kawasan salji..tambah ada exchange student dari Uni Malaya..
bukan senang nak travel datang Australia lagi..
sampai je malaysia hall, bebudak nih ajak pegi keluar lagi, nak pegi
tepi pantai memalam buta..van kena hantar esok pagi..so
selalunya bawak jenjalan sebelum pulangkan van sewa tu..
badan letih, gua pegi kejap je tepi pantai..pastu balik..
sigh..mana gambarrrrrrrrrrrrr..adoi..
kepada anak gua, lu kena ada journal/diari la..
kenangan ni sangat best..gua ada la amik video semua..
dan gua pasti sapa yang join trip tu, mesti tersenyum
sorang sorang bila tengok video tu..
teringat gua masa kecik kecik ambik gambar pakai filem..
sangat priceless sebab kena amik gambar penting-penting je..