saya merupakan pengguna lrt atau
maksud penuhnya land rage train....
Di sini saya ingin perkenalkan
adab ketika menaiki kenderaan
yang bergelak pelahan tetapi laju
di pertengahan...
1. sila bayar tiket di kaunter. ramai membeli tiket di kaunter tandas dan
marah apabila diberitahu ini bukan kaunter lrt sambil mencuri tisu...
2. sila jangan bersila di hadapan garisan kuning. ramai orang
terutama pelajar sekolah suka melepak di hadapan garisan kuning
dan bersembang seperti di kantin sekolah menengah st michael...

Ketika pintu dibuka ramai bernafas secara pukal
kerana bau sangat manis kerana ramai tak pakai
deodorant...
3. sila jangan berdiri jika tak mandi. situasi ini sukar dijelaskan...
ramai pengguna tidak segan silu tidak mahu duduk dan
terus mengangkat tangan dan memegang palang...
akibatnya ramai insan terpaksa menahan bau busuk..
ini juga disifatkan sebagai jenayah senyap...
4. sila beratur ketika menaiki pesawat lrt...
ramai pengguna tidak mahu beratur dengan alasan
penat menjadi murid sekolah...tinjauan mendapati mereka
yang tidak suka beratur pernah dirotan sekurang-kurangnya
2 kali semasa zaman persekolahan...
5. sila jangan tidur dalam kenderaan lrt...
anda tau apa keburukan tidur dalam lrt?
melalui poll atau teka teki....mendapati
jika anda tertidur besar kemungkinan anda
terlupa sudah pergi atau belum ke tempat kerja anda...
ada yang menjerit kerana menyangkakan terlambat
pergi kerja walhal itu waktu balik bagi beliau....
6. sila silent henspon(handphone) anda...
kita tersipu malu apabila ringtone kita
berbunyi kuat...kita muka merah lepas
ringtone yang berbunyi beruang makan
cornflakes kedengaran...ingatlah...
aku lagi meluat dengar bunyi
tu semua...oiii dengar tak...oiii
semua adab ini prasangka saya semata...tidak
perlu ikut jika anda bijak seperti george w bush
yang tercekik makan biskut...
-f-

No comments:
Post a Comment