Abu Babar tambah kali kelima tanpa disedari
dirinya sendiri... Semua masalah di benak masing-masing
hilang sebentar...Wan Mape berhenti makan seketika lalu
berkata di benaknya
Lalu Wan Mape sambung kembali makan sayur kangkung
"Serbuk ajinomoto mana la Endut ambil ni
sedap pulak rasanya..Ni mesti kat Janda Semah..."
masak ikan masin serta ikan bakar berintikan cili padi...
Situasi berlalu begitu sahaja..tiada yang pelik...
sama seperti biasa..cuma mereka tidak sedar bahawa mereka
sebenarnya mengambil masa yang lama untuk menikmati hidangan...
lebih lama dari biasa..
--------------
"Mak aiii dah pukul 8 malam dah...Habis la maghrib aku
cenggini.."kata Abu Babar bingkas bangun.
"Aih, pelik bebenor rasa saya hari ni bang, slalu kalau kita
makan malam tentu habis sebelum maghrib.."Salmah berkata hairan.
Wan Mape mula sangsi dengan resepi yang digunakan
Endut kerna semua orang menjadi lalai serta dibuai mimpi apabila
menikmati hidangan dari Endut..Dia mula mengeluarkan kertas untuk
mengkaji..belum sempat habiskan ayat kajiannya, dia mencapai
ikan bakar tadi dan terus baham(makan)...
-----------------------
Malam itu, tepat pukul 10 malam selepas
drama "Ampunkan Minah " di radio, Abu Babar memanggil
Endut untuk berbicara..
Endut kelihatan tenang sahaja kerana dia tahu ayahnya
takut waktu malam terutama malam Jumaat..
bertempat di jendela rumah...pukul 10.03 malam..
cuaca dingin
"Hah, kamu Endut...tunggu sat(menyalakan rokok daun)..
cuba cerita kat bapak sapa perempuan yang terlibat"Abu Babar
terus bertanya.
"Pompuan mana ni bapak, teman dah takde kekasih hati dah"
Endut berterus terang, diyakinkan dengan mukanya yang ikhlas.
"Kamu jangan bohong..sapa yang ajar kamu memasak nih..
janda mana yang ajar kamu...kurang asam punya budak..." Abu Babar
cuba menggunakan taktik komunis untuk menakutkan anaknya itu.
"Mana ada bapak...itu semua ilham teman..semua yang teman masak tu
ikhlas...tak ada janda yang ajar" Endut merendahkan suara
"Ni last worning haaa..skali lagi kamu masak sedap...bapak cari janda yang
terlibat...bapak akan ronda satu kampung ni nak cari sapa ajar kamu"
Abu Babar cuba cari alasan untuk makan dirumah janda-janda di
kampungnya itu..
"Bapakkkkkkkkkkk...lagu M. Daud Kilau sekarang"jerit Wan Mape
sambil memegang buku Who Created First Jet..
M Daud KilauEndut terduduk...termenung...mengenangkan nasib yang bersendirian,
yang kesepian..
Esok bulan ramadhan..Endut membaca niat untuk berpuasa
berdasarkan panduan Wan Mape...dalam hatinya berkata
"Hebat Wan Mape ni...dah khatam al-Quran..hapal hadith...
ntah-ntah hapal cara nak buat jet..ish-ish, adik sapa la ni..."
Dia tersenyum sendirian...

No comments:
Post a Comment