Andai kata la janji itu boleh beri
kekenyangan maka
Orang miskin akan sentiasa memberi janji
kepada anaknya..
"sabor anak ku, hari ini kita terpaksa makan
roti kosong je..esok apak janji kita makan
restoren KFU.."kata seorang lelaki tua
"apakkkkk..janji makan cendoi kat kedai appu
tu pon apak tak tunaikan lagi"
"asalkan kamu kenyang nakkk"kata ongtua tu..
Nelayan sentiasa janjikan ikan besar2 kepada
orang tengah..
"Chong esok gua tangkap ikan todak 10kg
untok lu sorang je..lagi nak ikan apa"Pak abu
"Dah la Abu, semalam janji nak tangkap lobster
pon lu tipu gua..lu mau gua mencarut cina ka?"
Ah chong memerli..
"Asalkan lu kenyang Chongggg"Abu berkata lalu belah..
Pengusaha MLM sentiasa menjanjikan serkup badan
premium bitiful ada infrared yang boleh libas
lemak walaupon duduk sahaja dan tak gerak
langsong badan..
"Kiah lu beli benda ini..ikat kat perut..pastu
lu takyah buat apa..lu duduk baca majalah
mangga pastu lu leh memasak..makan..tak kesah..
janji lu kayakan gua..eh..silap2..janji lu beli ni
dan kurus.."Senah
"boleh jugak.laki aku tu pemalas..boleh taruh
kat badan dia..dah rope perut orang pegnen je..
at least kasi kurus skit..."
Kata Kiah sambil ketawa berdekah kah kah..
"Asalkan aku kenyang Kiahhhh"tawa
Senah dalam diam..
Janji ni kalau sedap macam stroberi,
gua pon nak jugak buat..

No comments:
Post a Comment