gua amat bosan dan jelek dengan laman
web sinar harian..so gua tulis kat editor dia..
gua gunakan bahasa sopan dan 99% bahasa Malaysia,
1% ialah internet..LOL..
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sebelum saya memberikan pandangan
saya tentang laman sesawang Sinar Harian,
izinkan saya meluahkan bahawa saya merupakan
pembaca setia SH. Bagi saya SH sudah semakin
matang dan kebanyakkan berita yang ditulis
lebih telus dan tidak berat sebelah. Itu yang
menarik hati saya untuk terus setia bersama SH.
Terus terang saya katakan bahawa laman sesawang
SH yang dahulu lebih menarik dari sekarang. Kini, grafik
yang digunakan di laman sesawang SH kelihatan seperti
serabut. Terdapat banyak animasi yang kelihatan
mencacatkan laman sesawang ini, sebagai contoh
animasi mempromosikan Karangkraf. Saya merasakan
pembaca sudah maklum bahawa SH merupakan produk
Karangkraf. Laman sesawang portal berita yang lain tidak
menggunakan animasi yang bergerak pantas dan menyakitkan
mata dan menekankan isi kandungan berita secara penuh.
Sebagai contoh laman berita Newstraitstimes yang hanya
mempertaruhkan nilai penulisan yang mantap dan hanya
menggunakan paparan yang bersahaja.
Bukan itu saja, adalah lebih baik sekiranya pihak editor
SH membuat laman sesawang dwi bahasa. Langkah SH
menggabungkan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris di
laman yang sama sedikit sebanyak menunjukkan SH
ketandusan idea. Adalah lebih bagus sekiranya SH
membuat ruangan baru khas untuk bahasa Inggeris.
Setidak-tidaknya dapat menarik pembaca yang
gemar membaca berita dalam bahasa Inggeris.
Tindakan mencampuradukkan kedua-dua bahasa ini
seolah-olah 'melepaskan batuk di tangga'. Tidak pernah
saya membaca laman sesawang berita yang mencampur adukkan
bahasa. Malahan laman sesawang Harakah Daily pon
menggunakan fungsi dwi bahasa dalam paparan
berita mereka. Sekurang-kurangnya mereka
melabelkan 'English' untuk semua berita bahasa Inggeris.
Manakala SH hanya melabelkan 'World' untuk berita bahasa Inggeris.
Diharap pihak SH dapat mempertimbangkan atau sekurang-kurangnya
melihat dari segi positif. Aspek yang saya sentuh mungkin tidak
merubah pandangan pembaca lain. Akan tetapi perlu diingatkan
pembaca semakin matang dan dengan adanya internet, mereka
boleh mencari laman berita yang lebih menarik dan bagus isinya.
Sekian dari saya. Terima Kasih.
Yang benar,
Encik F
p.s: kalau gua tulis mr f, nnt kena sound sebab
campor adukkan bahasa..so gua tulis..encik f

3 comments:
Like!
ni bukan fesbuk..
patutnya
U SICK!
tu baru betoi..
paham tak hamtaro?
hamtarooooo?? cis cis u SICK freak!!! g makan obat-obatan!!
Post a Comment