setiap hari plak tu tido awal..pkl 10-11 malam
gua dah tido..pastu bangun awal..terasa best
kalau bangun awal..takde pening kepala bangun
lambat..matahari takde mengamuk tengok gua
tido cam zombi..semalam gua tido pukul 8 malam..cuaca
yang dingin seperti menepuk nepuk ponggong gua suruh tido..
Tapi hari ni gua bukan nak bercerita tentang cuaca..
nanti orang Malaysia kata gua ni saja nak jeleskan
diorang..ok! gua tak penah jeles orang Malaysia..enjoy
the hot weather ok..har har har..
hari ni gua nak ceritakan tempat tuisyen gua
masa gua sekolah menengah..tempat tuisyen
gua nih nama dia pusat tuisyen L.U.I..apa maksud
L.U.I tu gua tak la tau..mungkin nama owner dia
kot..persetankan aja nama tuisyen nih..
pusat tuisyen Lui ni sangat popular dikalangan
beberapa sekolah termasuk sekolah gua..terletak
beberapa minit dari sekolah dan juga pusat
membeli belah yik foong(baca: ni landmark paling
penting untok budak sekolah nakal), Uda ocean
serta restoren KFC. Tak lupa juga tuisyen ni jugak
la jadi alasan untuk bebudak sekolah berjalan
jalan dengan balak sebelum pegi tuisyen..
tapi gua skang ni tanak cerita pasal perihal budak
tuisyen..takut nanti malu diri sendiri..kerana salah
satu awek dapat ditangkap di pusat tuisyen nih...
ayat power, sapa tak lentok! sambil kuis kuis bahu
gaya orang gampang..
okeh, tuisyen ni kalau kita boleh kategorikan antara
10 - the best
5- sederhana
1- tak layak jadi pusat tuisyen
gua nak ratekan tuisyen ni jadi -5..sebab apa?
sebab yang petama, tuisyen ni takde sistem jadual..
maksudnya kalau cikgu Razak free, dia boleh
mengajar A hari Rabu..kelas B hari Khamis..
sangat2 tak sistematik sehingga gua rasakan
baik gua belajar sendiri kat rumah..atau main
ps kat rumah..
kedua, guru yang mengajar stok MLM..ada sorang cikgu
ni baru join tuisyen kitaorang..first kelas dah macam haram..
beliau memarahi kitaorang..macam orang tak pernah period
setahun! pembelajaran seperti tahi..pastu dekat2 nak habis kelas
dia macam takut kitaorang report..
next week terus kena buang..hah!
macam tu la rutin kelas kitaorang, cikgu tukar2, pastu kalau
ada pon jadual lain2..tapi gua masih ingat cikgu yang
sangat komited, cikgu ramesh- geografi, gua dapat A pmr..
cikgu Solehin(DBP punya orang)- bm, gua dapat A..
gua teringat cikgu Solehin selalu dgn nada sinis berkata
'kalau ada perempuan sentuh2 awak, tu seksual harasmen
tau..kena report..termasuk orang terdekat'...
atuk pegang cucu perempuan seksual harasmen, camne
kalau nenek? kah kah..ni tak adil!
ketiga, takde sillibus..hantam sajo dik..ni gua tak tau la
samada positif ke tak..tapi memang takde silibus langsong
apa nak belajar..cuma kitaorang diberi buku tuisyen
untuk follow..at least ada la untuk dirujuk..
kalau tak mesti kitaorang ni blind folded meraba
raba untuk maju dalam pelajaran..ahaks..
ok la gua cerita la characteristics pelajar kat
tuisyen ni..
80% datang tuisyen ni sebab dekat dengan pusat
membeli belah yik foong..yik foong ni ada
banyak game arcade kat atas sekali..gua pon
tak terkecuali..tapi gua tak main sangat..lepak
tunggu member gua jer..diorang ni main game
dj, sampai dah hafal..sampai takyah tengok
screen game tu..satu pencapaian yang gua rasa
takleh dicapai oleh nerd cam gua..
76.96% datang ke pusat tuisyen Lui ni sebab
senang nak mengail awek..termasuk gua..
antara nama awek yang popular time tu
adalah roza, chairina(mix chinese and malay)..
cantik dan sangat mahal..gua tak sampai level
+5 untuk mengorat diorang..level gua time tu
+1.2..saddddddddddddddddddddddd..
65% pelajar berniat untuk dapat keputusan
cemerlang..kerana ada yang tamau datang
tuisyen sebab 'tersangkut' dengan game
kat Yik Foong tu..mungkin juga main game
'babi', iaitu judi..ha ha.. toto wannabe...
50% datang sebab nak bersosial..maklum la
kat rumah boring..
45% muka tak lawa tapi perangai gedik..
muka bedak murah..tak cantik..kasut
color kuning, merah atau warna clown..
cis gua boleh terperangkap, nasib mak gua
fetch gua haritu..kah kah..
35% rasa pusat tuisyen ni bagus..bagi gua
patut di pukul di siku kiri dia..mungkin otak
dia kat siku kiri dia..kah kah..
15% tak gosok gigi masa datang tuisyen..gua
teka je..mungkin gua tergolong disini
11.2% mat poyo, cover hansem serta
'conteng buku skit pon tak boleh, pastu
belagak cakap -eh jangan la conteng buku
aku'..belagak betoi..padahal buku baru
je sepanjang masa..simpang dalam frame
lagi baguit..
5% kurang hajar dengan staff pusat tuisyen
Lui..
1% still isap rokok dalam jamban tuisyen LUI
yang bau macam babi..korang boleh sense tak
tahap IQ budak isap rokok dalam jamban ni..
bila dah besar, orang tak kesah pon ko nak
isap rokok ke, nak mati ke..yang penting
tunggu besar dulu, pastu pegi isap 20 batang
sekali gus..takpon rempit..bau macam haram
pon still boleh tahan..
0.2% datang hanya isap rokok kat jamban..
0.1% ada sifat gay di hatinya..gua teka je..tapi
pasti ada..

4 comments:
kat aussie insya masuk kol baper?
7 pm camtu
oke. smpt solat sblm tdo. haha
lu nk tdo tak smyg pon blh..takde sapa larang
Post a Comment