About Me

My photo
Blog ini bukanlah blog ilmiah, jadi sila tutup buku ketika baca blog ini. Penulis blog maseh belajar di unisti yang tak terkenal di dunia. Blog ini khas untuk bakal anak penulis. Jika penulis mati dulu sebelum sempat ada anak, maka anak yatim layak mengaku penulis ini bapak dia.

Thursday, March 1, 2012

Tempat tinggal paling politik

Gua tengok-tengok balik, rupanya posting
bulan lepas 9 jer..kepala hotak betoi..ingatkan
dah 30 kali gua post cerita..LOL..

Setelah gua ada kurang 7 hari disini,. gua hampir
terlupa yang gua tinggal di Malaysia hall. Tempat
penginapan yang menjadi rebutan pelajar di
sekitar UNSW. Salah satu sebabnya ialah sewa bilik
dia agak murah. Tapi orang luar sana jarang tahu yang
nak duduk kat Malaysia hall ni perlukan politik.

POLITIK apa plak ni? Politik dari segi hubungan luorang
dengan Warden, hubungan dengan House Sec, dan kadang
kadang hubungan dengan President Malaysia Hall Resident
Club (MHRC). Oh gua lupa, dengan tukang masak pon kena
jaga tatasusila, jumpa dia kasi greet kasi senyum kasi buat
lawak kenegerian, kalau boleh nyanyi 'anak tupa'..
Kalau luorang dapat jaga hubungan baik
dan dapat mengipas bontot key VIP ni dengan baik maka
luorang boleh tersenyum sambil minum air kotak soya
bin sambil tengok movie. Kerana diorang akan tolong luorang kelak.
70% chance 'bukan janji tapi pasti'.

Satu lagi tips bagi gua agak bermakna iaitu selalu buat
tugasan yang diberikan. Kalau dia suruh cuci meja
sampai nampak gigi. Buat je semua tu. Kalau boleh
cuci sampai boleh nampak taik mata luorang. Ini
penting bagi memastikan survival luorang.
Kalau ada event/persembahan/hari raya luorang jangan
bagi alasan 'sibuk' atau 'busy' atau 'assignment' kerana
itu perkataan paling pantang ketika adanya event. Luorang
kena pandai bahagikan masa, luorang kena join aktiviti
yang disediakan atau luorang tak dapat tinggal lama
di Malaysia hall.

Tips paling last, paling berkesan, paling diakui jabatan zoo
negara ialah..kena muka tebal macam babi kalau nak tinggal
Malaysia hall. Terus terang bila luorang duduk lebih dari satu
tahun, kena start fikir bagi peluang kat orang lain untuk duduk
kat sini. Contoh student baru sampai, final semester student (diorang
banyak thesis), or even exchange students.

Gua duduk kat hall ni pon sebab gua tak pasti samada sambung study
ke tak masa tu.. yang pasti lepas satu sem ni cabut la, gua pon ada maruah
nak dijaga..dah dapat bantuan duit, takkan nak duduk lagi sini, orang
lain yang self-sponsored pon perlukan tempat jugak..
Jadi consider la orang lain.