About Me

My photo
Blog ini bukanlah blog ilmiah, jadi sila tutup buku ketika baca blog ini. Penulis blog maseh belajar di unisti yang tak terkenal di dunia. Blog ini khas untuk bakal anak penulis. Jika penulis mati dulu sebelum sempat ada anak, maka anak yatim layak mengaku penulis ini bapak dia.

Sunday, November 15, 2009

Project at Unibersity

ok hari ni kita lihat website kumpulan aku untuk
subjek environment...subjek aku ni diberi nama
Environment for Society...lebih kurang gitu la..

anyway hari ni aku nak tunjukkan serba serbi
kandungan website aku...task kitaorang ialah

1)buat website semenarik mungkin...tak menarik sangat aku rasa...
2)masukkan kandungan mengenai topik yang dipilih...carbon emission
3)bahagikan kerja kepada 4 orang...
4)clash in culture!

ok skang aku cite kan sorang2 warga negara yang terlibat dalam
course nih...

Sahir orang Pakistan...
kerja : buat website
hasil : ntah la..cakap macam2 haritu...hasil tak macam dia cakap..

Fred orang Australia
kerja : buat research tentang approach kurangkan carbon emission
hasil : bagus tapi dia slalu rejek idea aku..pastu senyap jer..

Thu orang Vietnam
kerja : aku tak tau apa patut dia buat..dia kata email tak dapat..pastu
masa presentation datang lambat..
hasil : bagus...aku tak faham role dia sebenarnya...

Aku orang Malaysia
kerja : Bantu mana-mana yang perlukan bantuan
hasil : slalunya idea aku kena reject pastu tak kasi reason
jangan racist la brother...

ni link ke website aku yang diberi nama Anti Carbon Student Alliance
Project.

Screen shot skit



Ni front page dia


Ni adalah overview projek kitaorang


Overall aku rasa projek ni boleh jadi outstanding kalau

1)korang tak main isu sensitif...ko muka cam Aboriginal..idea
ko kena reject..
2)email i rosak la..tak tau ngape..pastu buat muka tak bersalah
3)Semua IT stuff aku buat tau..ko duduk diam2..hasilnya...emmm...
4) poor communication because through email..aku yang cadangkan
guna messenger... tu pon diorang reject memula..
5) idea budak ni cikai..so aku rejek..rejek jerek..idea aku banyak kali kena
rejek..mungkin sebab aku tak outstanding..diam jer..
6)tapi akhirnya kitaorang berjaya siapkan..ok aku tanak kontek ko lagi..
bye...

Wednesday, November 11, 2009

Rumah sewa....oh rumahku...

Ok..setelah beberapa lama aku tak update...
aku nak update la skit baru tak nampak bersemak blog ni..
hari ni aku nak cite pasal umah sewa aku la...
ye kat sydney ni...

aku duduk kat salah satu kawasan yang dekat sangat
dengan uni aku..so aku masuk rumah ni sebab dah malas
nak duduk hall(kediaman lama aku..haha)

so aku masuk la umah ni..besor umah ni...
ada 3 bilik 2 bilik air..yang duduk sini 3 org Malaysia,
1 orang burma dan 1 orang US...international habis ni..
yang aku pening ni bill letrik dia gila babas mahal..sebabnya
mismanagement dan juga ikut kepala sendiri...
900++ AUD(australian dollar)...

so of cause la kongsi bersama kami...still mahal gila...
untuk pengetahuan korang aku baru duduk sini 3 bulan gitu..
dan yang buat aku nak pecah kepala ialah aku liable untuk
segala kerosakkan untuk 2 tahun rumah ni disewa..aku cam
argggggggghhhh korang gila!...

so skang ni aku dalam dilema...udah la aku takde skolarship..
diorang ni mmg mengarut...yang handle budak Malaysia...
dah ar...malas aku nak sembang lagi..u spoil my mood..u sick!

*begitu la perasaan penulis tentang rumah sewanya...
nak kata membawa kebaikkan tidak juga kerana
rumah itu mengandungi segala macam gejala sosial
maupon gejala makan pork...budak Burma gamaknya...

Tuesday, October 27, 2009

Malaysia oh tanah air ku

aku nak bagitau korang la kan..
bila aku baca blog orang lain yang
menceritakan kehidupan diorang kat
universiti/kolej kat Malaysia, aku rasa
cemburu pulak..ntah la kenapa..
bagi aku kehidupan kat Malaysia
sebagai student sungguh best..
duduk kat sydney memang best
tapi korang ke pandai cari kawan..
bukan apa..kadang-kadang bila korang
rasa cam kerinduan nak balik malaysia...
macam aku..sekarang ni aku rindu nak peluk KFC..
gila tak...oiiii sedapnya kfc makan dengan tabasco sos..

Saturday, October 24, 2009

coretan dari aku..takkan korang plak..

skang ni pukul 1.05 pagi waktu sydney...
aku tak tau la kenapa aku tak nak tido,
padahal lewat dan aku letih...

aku rasa aku sangat bertuah dapat study kat
bumi bertuah bernama Ostolia ni...
Australia daa...ye la, bukan semua berpeluang..

tapi pikir2 balik, aku memang rindu kolej..
ada skali aku mimpi tentang life kolej aku,..
gila babas ar...
aku dulu kolej biasa jer..
KLIUC tapi aku bangga ar..

walaupon ada perlekehkan budak kolej,,
tapi aku tak putus asa...

kalau korang nak tanya apa-apa
tentang belajar kat sini korang kena tunggu aku
grad dulu..kalau tak aku tak sudi nak jawab,...hahhaha..
apa korang ingat ni kounter pertanyaan...
takde la..aku sudi tolong kalau korang tak annoying..
ok...stay peace..no racist..no weed..no mouth war..
no bad mouthing..no smelly mouth...no harsh words..

Wednesday, October 21, 2009

Lil bit update

ok..aku rasa kecewa sejak beberapa hari ni..
pasal apa? hmm..aku rasa tak perlu la aku cerita...
yang penting aku nak kasitau korang yang dugaan ni
kalau kita lalui dengan tenang dan sabar dengan syarat
ada usaha ye, hasilnya lebih
manis kalau kita berjaya berbanding kita
dapat sesuatu tanpa dugaan... aku yakin ni...

contoh korang nak dapat markah tinggi dalam
kelas. pastu korang asyik dapat markah sederhana
jer.. setiap test dapat markah rendah...down la...
pastu korang usaha sampai 10 kali ganda..
dapatlah korang 10 ten student dengan markah baik..
hasilnya lebih manis..korang kena ada dugaan..

berbanding dengan takde dugaan..
cuba korang baca kisah Endut yang aku tulis tanpa dugaan...
dia terus kawin, dia ada bakat, dia kaya raya...
cerita akan bosan..begitu jugak dengan hidup kita ni..
ingat tu..bosannya hidup kalau takde dugaan...


so hidup aku skang ni dalam dugaan..
aku hanya dapat usaha doa dan tawakal...
anyway..dugaan adalah motivasi hidup..cuma kena fikir positif..

aku ngantok..nak tido..dekat 3 pagi..

Thursday, October 15, 2009

Episod 16 : Berputik perasaan bernama cinta

Hari ni hari pertama bulan puasa...
suasana disambut dengan gembira penduduk
kampung Endut..

Abu Babar khusuk mendengar radio sambil baca
surat khabar jawi... terkadang menguap kerana
tak cukup tidur..Salmah pula bertandang
ke pusat orang ramai bersama kesatuan wanita
kampung untuk membuat kueh raya beramai-ramai
untuk dijual..mengumpat juga tidak dilupakan namun
Salmah sering teringat nasihat Abu Babar agar tidak
mendengar dan menggalakkan mengumpat. Maka
dia sering buat buat tak dengar..

Wan Mape pula sibuk menelaah ilmu agama untuk
dijadikan tazkirah pada malam nanti..dibaca kembali
tulisan ulama ulama tempatan termasuk ulama tersohor
luar negara..sesekali dia termenung memikirkan
perbezaan pendapat ulama ulama tersebut..

Endut pula pergi ke kedai buku
Ah Goon untuk membeli buku masakan..
Basah lenjun baju Endut kerana terpaksa bersesak
sesak menaiki bas Regal semata mata untuk ke
pekan Tambun..hanya untuk membeli buku masakan..

"Ah Goon, ini buku berapa sen?" Endut memecah kesunyian
"Aiya, itu mulah saja, 50 sen saja...Lu ada luit ka Endut..
kalau takde gua takmau layan lu..gua mau dengar radio,
ada nyanyi-nyanyi lagu cina" Ah Goon cuba menduga poket
Endut.
"Tak baik Goon lu kata itu macam... Wa pelanggan lu tau.."
Endut terasa di perkotak-katik oleh peniaga berusia 50-an itu.
"Aiya lu talak terasa maaa, gua gurau saja...lu amik saja
satu buku, gua kasi percuma..lu sudah lama jadi pelanggan gua,
itu olang putih kata kostumer..."Ah Goon senyum.
"Tengkiu Goon, gua nak pegi warong Senah mau beli
sikit lauk untuk berbuka"Endut berlalu sambil bersalaman
dengan Goon...
"Gua terlupa Goon, lu talak tutup zip seluar" Endut menutup mata.
"Aiya, tengkiu-tengkiu..gua rasa sejuk maa...kalau nyonya nampak
gua mesti malu woo..mutut ka?" Ah Goon merah muka macam orang
mabuk todi..

Kedai Senah

"Assalamualaikum Wak...oooo Wak..."Endut tercari-cari dimana Wak...
"Wak Korjo dan Mak Cik Senah cuti hari ni" satu suara lembut kedengaran
tapi hanya nampak dari belakang..
"Err cik, kak ,eh...lauk ni sapa pulak masak?"Endut bertanya hairan
"Saya....."katanya sambil menoleh....

waktu bagaikan terhenti..Degupan jantung Endut
semakin lama semakin kencang..perutnya berbunyi
secara tiba tiba..hidungnya keluar cecair putih dinamakan
hingus..perlahan lahan keluar namun pantas Endut lap
dengan tangannya..lalu dilap pada seluar Yankee nya..
Organ dalaman Endut bagaikan gagal berfungsi buat
seketika..Masakan tidak, seorang gadis ayu bertentangan mata
dengan Endut...Comel rupanya bertudung warna putih...
Giginya putih, teratur rapi..Endut cuba mencubit kaki
kirinya, takut takut dia berada didalam mimpi..


"Assalamualaikum....." Endut cuba memulakan perbualan
"Walaikum salam. errr...Abang nak beli
lauk untuk berbuka yer?" gadis menduga...
"Err ni apa?" Endut sopan
"Ni rendang tok"Gadis nama dirahsiakan berbicara..
"Hmm...sapa nama orang buat
lauk ni...mesti nama dia sedap"Endut mencubit kakinya
perlahan lahan. Geram dengan dirinya yang selalu
melepaskan peluang keemasan.Gadis
tidak membalas soalannya..Endut menundukkan
kepala tanda kecewa dengan dirinya..

Beberapa ketika kemudian..Si gadis bersuara..
"Nama tukang masak hari ni
Latipah Kak Som binti Osom.."ketawa kecil
gadis tu..Endut mengangkat kepala perlahan lahan
dan tersenyum lebar..
"Bagi rendang tok ni lima posen yer"
Endut membetulkan kain pelikat sambil
cuba mengambil duit di selitan kain pelikat..
"Ni bang.."kata Latipah sambil memberikan lauk...
"Terima kasih ye..nama saya Endut...saya balik dulu ya...
esok saya bagitau sedap ke tak...bye"Endut bergurau.

Azan berkumandang...lalu mereka sekluarga makan kurma
dan terus makan nasi...bersama lauk masakan Latipah...
"Sedapnya lauk ni Endut...mana kamu beli ni haa"Salmah menduga..
"Wak takde..org lain masak..nama dia Latipah.."Endut terus makan..
"Esok kamu beli lauk ni lagi tau..sedap pulak bapak rasa.."Abu Babar menyambung...
"Baik pak"Endut berkata pelahan...


"Maknya, apa bau busuk kat sepatu saya ni haaa"Abu Babar pelik...
"Saya pegi surau dulu ye bapak..." Endut berlari ke surau.
"Anak awak tu yang pakai sepatu awak tu, terpijak apa
ntah waktu beli makanan tadi..tak
samak plak tu"Salmah mengunakan lampu
suluh untuk suluh ke arah Endut...
"Endutttttttttt..."Abu Babar bertempik geram..namun tak dendam...
Wan Mape sudah awal awal lagi pergi ke Surau, membaca Quran
keutamaan beliau di bulan Ramadhan

Friday, September 4, 2009

Episod 15: Detektif Abu Babar

Kesemua mereka kelihatan berselera...
Abu Babar tambah kali kelima tanpa disedari
dirinya sendiri... Semua masalah di benak masing-masing
hilang sebentar...Wan Mape berhenti makan seketika lalu
berkata di benaknya

"Serbuk ajinomoto mana la Endut ambil ni
sedap pulak rasanya..Ni mesti kat Janda Semah..."

Lalu Wan Mape sambung kembali makan sayur kangkung
masak ikan masin serta ikan bakar berintikan cili padi...
Situasi berlalu begitu sahaja..tiada yang pelik...
sama seperti biasa..cuma mereka tidak sedar bahawa mereka
sebenarnya mengambil masa yang lama untuk menikmati hidangan...
lebih lama dari biasa..

--------------

"Mak aiii dah pukul 8 malam dah...Habis la maghrib aku
cenggini.."kata Abu Babar bingkas bangun.
"Aih, pelik bebenor rasa saya hari ni bang, slalu kalau kita
makan malam tentu habis sebelum maghrib.."Salmah berkata hairan.

Wan Mape mula sangsi dengan resepi yang digunakan
Endut kerna semua orang menjadi lalai serta dibuai mimpi apabila
menikmati hidangan dari Endut..Dia mula mengeluarkan kertas untuk
mengkaji..belum sempat habiskan ayat kajiannya, dia mencapai
ikan bakar tadi dan terus baham(makan)...
-----------------------

Malam itu, tepat pukul 10 malam selepas
drama "Ampunkan Minah " di radio, Abu Babar memanggil
Endut untuk berbicara..
Endut kelihatan tenang sahaja kerana dia tahu ayahnya
takut waktu malam terutama malam Jumaat..
bertempat di jendela rumah...pukul 10.03 malam..
cuaca dingin

"Hah, kamu Endut...tunggu sat(menyalakan rokok daun)..
cuba cerita kat bapak sapa perempuan yang terlibat"Abu Babar
terus bertanya.
"Pompuan mana ni bapak, teman dah takde kekasih hati dah"
Endut berterus terang, diyakinkan dengan mukanya yang ikhlas.
"Kamu jangan bohong..sapa yang ajar kamu memasak nih..
janda mana yang ajar kamu...kurang asam punya budak..." Abu Babar
cuba menggunakan taktik komunis untuk menakutkan anaknya itu.
"Mana ada bapak...itu semua ilham teman..semua yang teman masak tu
ikhlas...tak ada janda yang ajar" Endut merendahkan suara
"Ni last worning haaa..skali lagi kamu masak sedap...bapak cari janda yang
terlibat...bapak akan ronda satu kampung ni nak cari sapa ajar kamu"
Abu Babar cuba cari alasan untuk makan dirumah janda-janda di
kampungnya itu..
"Bapakkkkkkkkkkk...lagu M. Daud Kilau sekarang"jerit Wan Mape
sambil memegang buku Who Created First Jet..

M Daud Kilau

Endut terduduk...termenung...mengenangkan nasib yang bersendirian,
yang kesepian..

Esok bulan ramadhan..Endut membaca niat untuk berpuasa
berdasarkan panduan Wan Mape...dalam hatinya berkata
"Hebat Wan Mape ni...dah khatam al-Quran..hapal hadith...
ntah-ntah hapal cara nak buat jet..ish-ish, adik sapa la ni..."
Dia tersenyum sendirian...