About Me

My photo
Blog ini bukanlah blog ilmiah, jadi sila tutup buku ketika baca blog ini. Penulis blog maseh belajar di unisti yang tak terkenal di dunia. Blog ini khas untuk bakal anak penulis. Jika penulis mati dulu sebelum sempat ada anak, maka anak yatim layak mengaku penulis ini bapak dia.

Wednesday, March 31, 2010

How do you feel?

How do you feel?
itu la aku nak tanya korang..

How do you feel, when a friend
of yours graduated from oversea and
you(me) haven't graduated?

How do you feel, when your friend
who is graduated earlier than you
return home and tell your friend
that..' hey this freak guy
tak grad lagi, aku tak tau la..
maybe dia kantoi..'hahha...

How do you feel, when your friend
know bout it and spread the rumors
to your lecturer?
best tak?..pastu your friend
start to ym you, 'wei freak bila
nak grad ni..gaji aku dah doploh
pat ribu ni..hahha padan muka ko
nak belajar jauh-jauh...'

How you freaking feel when you realize
that you have been in 3rd year but still
in 2nd year?

How do you feel when whole college
know you are total los*r(saja taip
camni sebab pedih rasanya)...


















(http://home.acceleration.net/clark/COOL938/Email.Essays/Anger_Management.jpg)


How do you feel?
wise answer is silent...


p.s i am freak

assign the ment

Esok submit assignment...
tapi aku leh tido rilek..
aku ingat part presentation tu
leh cover skit..aku lupaaaaaaaa...

kalau tiru bulat2 kena tangkap plagiarism..
arghhh...ok la..nak buat keroje...
seksa takleh sup sap sup sap masa
buat assignment..diorang
pakai turnitin..mak ai..
bye

Tuesday, March 30, 2010

Buku

Fight for your right...
di UNSW buku pinjaman
terbahagi kepada 2..

satu pinjaman selama lebih kurang
sebulan, satu lagi pinjaman untuk
tempoh dua jam..

pinjaman buku untuk tempoh
dua jam untuk pastikan buku
dapat dibaca, diguna, dirujuk
oleh semua students dan tidak
mengamalkan discriminasi...kalau
tak nak pinjam masuk je dalam
library photostat dan pulang balik..
senang jer...

so satu hari tu aku pegi la library
nak photostat content untuk
SLSP 2001..so aku pon pegi la..
tengok-tengok takde kat 2-hours loan
tu.. buku tu ialah buku rujukan untuk
course ni..

aku pun email kat library..menyatakan aku
sedih sebab tak dapat pinjam atau rujuk buku
kerana semua buku habis dipinjam
untuk tempoh 3 minggu gitu..lama kan,..

so pastu pihak libery kata kena rujuk
lecturer..so aku pon email la leanne(lecturer)
pada hari sabtu gitu.. hari ni, Alhamdulillah
buku dah ada kat 2-hours loan..dia
kata 2 bijik buku dah di letakkan pada
2-hours loan..

see, fight for your right..and they don't
even discriminate us..jangan jadikan
bureaucracy sebagai alasan nak lambatkan
atau perlekehkan orang lain..

now that is why economic rationalism is
so important..

p.s: madah ku ini, madah orang kacak..

helo

First of all, follower ke-9!
wow..tapi gua tau bai,
blog ni ramai masuk tapi tak
jadi follower..takpe tak kesah..

Today...hard time..mann..
sebenarnya hari ni, gua mentally
and physically tired bai...
sebenarnya hari ni gua midterm..

then pekena mother 2 tin..
caffienated drinks...memang
kacip gigi la kesan dia..pastu gua
dah separuh sedar dah...petang je
kuasa caffien tu berkurang..then..
skang pkl 1.30 pagi, aku rasa
nak pengsan..

pasal midterm aku takyah cite la..
biarkan aje aku tanggung..huhu
ok la..bye

Sunday, March 28, 2010

Kari berbulu

awas cerita ini menggelikan hati serta telinge anda...
so al-kisah member gua ni pg la centennial
park untuk makan bbq party..so dia tak la
makan lauk aku masak semalam..

hari ni dia masak la lauk baru tau,
plus dia masukkan lauk yang dia tak makan tu...
so dia customize la..kari sadin campur ayam..
sedap jugak la..

dia cakap ko amik la kepak ayam..
gua serba salah la bai...kepak
ayam tu ada 2-3 helai bulu yang buat
aku ngeri nak ngap..aduss..sebenarnya
aku lupa nak buang semalam..
then aku tinggal la untuk dia makan..
tup-tup aku kena makan balik..

hingga kini kepak itu masih dalam
periuk sendirian..menanti seseorang
untuk ngap...aduss..
bulu ayam bai..arghhhhhh..

p.s: ayam goreng gua boleh tutup mata
sama bulu tu..kari? no way dude..dude
where's my car?

Friday, March 26, 2010

Sebak segak dan bergaya

Malam-malam gini baca belog(blog) aku
sambil minum kopi memang slurppp sedap kan...
skang ni tepat pukol 1 pagi..apa jadi hari ni???

hmmm..aku tanak bebalkan dan bebankan pembaca
aku dengan hectic life gua kat universitas...memang bosan
nak cerita all the way hari-hari tentang study...

so hari ni aku cerita pasal beza budak scholar
in reality around UNSW..


but then..aku tak sampai ati..
wajah opah dan tok aku yang
suci tu buat aku cancel niat aku...
aku call skype opah tok aku...
opah aku cakap
"makan jangan tahan-tahan,
kalau lapar makan..ada rezeki
tu."opah aku selaku setiausaha agung
rumah di Ipoh..aku ni takde la
makan mewah kat sini,tapi syukor..
ada jugak duit nak bayor bulan2
kongsi masak..anyway

adik sedara aku, Aishah dah pandai
buat sign peace..umur dia sama dengan
berangkatnya aku datang sini..
dua hari sebelum aku datang sini
pada 2 tahun lepas dia lahir...skang dah
boleh buat peace...nanti mungkin
dia boleh cakap plak..

hmm..so aku tak jadi la nak
cite pasal budak scholar ni..
mungkin rejeki diorang kan..
aku ni sapa la..nak mintak scholar pon
segan..ye la, royal Albert Einstain
pon tak dipandang aku..

sedih lak aku ni..korang jangan sedih..
rejeki tu dimana-mana..samy vellu tu pon
ada rejeki dia..inikan kita ni umat Muhammad..


p.s: ada duit jangan cakap takde duit,
ada duit hulur2 kat tabung mesjid..kalau
tanak orang tau berapa posen korang
campak dalam tabung, letak la
dalam kertas pastu balut-balut..bye

Wednesday, March 24, 2010

muka hitam

Hello salam kembara..
gua nak update ckit jer memandangkan
pak cik ni tak sabor nak balik
nak tengok cite csi kat channel ten..

semalam gua jumpa aiman bai..
dia kata muka gua nampak hitam..
aik..gua rasa mungkin bahang ar...
mungkin jugak dia nak cakap
tak ada cahaya iman..

masa sembang dengan dia tu
gua biasa jer..gua cakap la
'ala bahang matahari kot'..
lama2 gua rasa dia nak kasitau
yang gua punya muka gelap
sebab takde iman ..ah sudah..

takpe2 korang jangan panik..
hanya kita sendiri yang tau
tahap mana kita berada..bagi
gua elok la dia tegur gua..
lama jugak gua tak dengar nasihat..
slalu dengar nasihat makanan jer..hmm..

right now,
gua mentally tired ar..sigh..takpe2..
nak dekat cuti Easter dah...

p.s : jangan main ps banyak2 untuk budak sekolah..
main buku tak ngape...bye..