About Me

My photo
Blog ini bukanlah blog ilmiah, jadi sila tutup buku ketika baca blog ini. Penulis blog maseh belajar di unisti yang tak terkenal di dunia. Blog ini khas untuk bakal anak penulis. Jika penulis mati dulu sebelum sempat ada anak, maka anak yatim layak mengaku penulis ini bapak dia.

Friday, March 26, 2010

Sebak segak dan bergaya

Malam-malam gini baca belog(blog) aku
sambil minum kopi memang slurppp sedap kan...
skang ni tepat pukol 1 pagi..apa jadi hari ni???

hmmm..aku tanak bebalkan dan bebankan pembaca
aku dengan hectic life gua kat universitas...memang bosan
nak cerita all the way hari-hari tentang study...

so hari ni aku cerita pasal beza budak scholar
in reality around UNSW..


but then..aku tak sampai ati..
wajah opah dan tok aku yang
suci tu buat aku cancel niat aku...
aku call skype opah tok aku...
opah aku cakap
"makan jangan tahan-tahan,
kalau lapar makan..ada rezeki
tu."opah aku selaku setiausaha agung
rumah di Ipoh..aku ni takde la
makan mewah kat sini,tapi syukor..
ada jugak duit nak bayor bulan2
kongsi masak..anyway

adik sedara aku, Aishah dah pandai
buat sign peace..umur dia sama dengan
berangkatnya aku datang sini..
dua hari sebelum aku datang sini
pada 2 tahun lepas dia lahir...skang dah
boleh buat peace...nanti mungkin
dia boleh cakap plak..

hmm..so aku tak jadi la nak
cite pasal budak scholar ni..
mungkin rejeki diorang kan..
aku ni sapa la..nak mintak scholar pon
segan..ye la, royal Albert Einstain
pon tak dipandang aku..

sedih lak aku ni..korang jangan sedih..
rejeki tu dimana-mana..samy vellu tu pon
ada rejeki dia..inikan kita ni umat Muhammad..


p.s: ada duit jangan cakap takde duit,
ada duit hulur2 kat tabung mesjid..kalau
tanak orang tau berapa posen korang
campak dalam tabung, letak la
dalam kertas pastu balut-balut..bye

No comments: