About Me

My photo
Blog ini bukanlah blog ilmiah, jadi sila tutup buku ketika baca blog ini. Penulis blog maseh belajar di unisti yang tak terkenal di dunia. Blog ini khas untuk bakal anak penulis. Jika penulis mati dulu sebelum sempat ada anak, maka anak yatim layak mengaku penulis ini bapak dia.

Friday, March 5, 2010

Dengar rintihan kami wahai big campus UNSW..

Hari ni hujan belaka..
waima ketika solat jemaat(Jumaat)
hujan turun dengan renyai..khutbah
dibaca dgn semangat oleh seorang pemuda..
kami mendengar dgn khusyuk
segala mesej yang cuba disampaikan..

korang mesti tertanya-tanya..kenapa
bawah pokok..takde masjid ke..surau ker...
hmmm..sebenarnya di UNSW memang ada
surau dan setiap hari jumaat satu
dewan khas diberikan kepada umat Islam
utk solat jemaat..

Tapi sikalang..universitas ini seakan-akan
cuba mempermainkan umat Islam UNSW..
segala alasan digunakan untuk mencampak
tempat solat jumaat dari satu tempat ke satu
tempat...akhirnya dengan tegas..pelajar muslim
UNSW(bukan melayu-umat Islam yer)
memboikot perintah uni dengan solat
dibawah pokok..


(http://www.complexification.net/gallery/machines/treeGarden/treeGardenA0000.jpg
)


kata brother tu, "kita akan solat
jumaat bawah pokok sehingga mereka
berikan tempat tetap seperti agama lain.."
tegas beliau dengan muka separa hensem..

ramai la jugak lalu lalang..tengok tengok..
tapi sebagai satu pasukan(ummah) tak
gentar..kalau 5-6 orang agak gentar la..
ni hampir 100 orang solat bawah pokok..
untuk uni ku sayang..permintaan kami
hanya kecik, berikan dewan solat
dan berikan cermin sekali, senang
aku sikat rambut(tambahan jer..
jgan melenting plak..hish)..

No comments: