About Me

My photo
Blog ini bukanlah blog ilmiah, jadi sila tutup buku ketika baca blog ini. Penulis blog maseh belajar di unisti yang tak terkenal di dunia. Blog ini khas untuk bakal anak penulis. Jika penulis mati dulu sebelum sempat ada anak, maka anak yatim layak mengaku penulis ini bapak dia.

Monday, April 30, 2012

Tekun menyimpan tak semesti kaya

Nasib manusia ni takde sapa tau..
Kadang kita berjimat macam mana pon,
Mesti ada je duit yang keluar..

Beberapa hari yang indah, gua bersama kawan
kawan gay, berjalan di supermarket sederhana besar..
Gua ni nak masuk duit, takkan nak ajak
Kawan bertestis lain..nanti kata gua ni
Baru menang loteri..tak manis kata orang..

Gua pon masuk kedai duit (bank)..lepas
Je masuk duit dalam bank, gua tak
Pueh ati..gua keluar bank, check balance guna
Atm pulak..lepas je kluar resit gua blah..

Dalam 30 saat pastu gua tercari2 kad gua..
Gua patah balik depan atm.. Ada mamat depan atm..
Tetiba kad atm gua kuar, guamik kad tu, trus
blah..

3 hari pastu gua nk check blance 300 dollar hilang..
Gua tak tau mana hilang duit tu sampai gua tringat balik
mamat depan mesin atm tu..
Gua terus buat repot kad bank serta
balai polis dang wangi di Sydney..

Dipendekkan cerita sampai sekarang tak ada berita pasal duit gua..maybe
mamat yang cilok duit gua tu sangat happy..mungkin doa dia di makbulkan
Supaya dapay duit free tapi dia tak tau gua sangat upset..
Ada hari ada balas, ada hari kena balas..

Dalam borang polis tu kat ruangan
'apa motif utama anda melaporkan kejadian..
Gua tulis
For justice.

Sunday, April 22, 2012

Sijil yang biasa biasa di Malaysia, tapi luar biasa bagi gua

Ni la sijil yang dapat masa graduation day..
Maaf kan apak tak upload gambar apak
amik scroll sbb apak pemalas..

Sijil tu dia letak dalam bekas folder hitam,
Tak cantik dan terlalu terdedah,
Jadi gua amik initiative beli frame dan letak sijil
dalam tu..nak dapat sijil ni 4 tahun..
3tahun untok orang bijak..
Jadi ada baiknya gua pelihara keindahan sijil ni..


Sunday, April 15, 2012

kesimpulan hidup mr freak untok seminggu

Apsal kalau orang lama tak menulis, mesti cakap
dah berhabuk dah blog..this is internet u dumbass,
mana ada habuk..yang berhabuk diari bukan
blog..metofora konon..

Jadi kita teruskan penceritaan tentang kehidupan
seorang pelajar di Sydney yang sudah basi..nak cerita
gua jogging, dah boring..nak cerita gua ni makin bulat,
dah boring..nak cerita rambut gua, dah boring..
jadi apa ntah nak cerita kat luorang pon gua tak tau..
rasa nak bunuh je blog ni..tapi disebabkan aqal(arob skit),
gua panjang..gua tulis jugak demi anak2 gua yang
bakal bermuka puteh dan berspeaking german..

dear anakku, apak mu berasa sakit perut di ulu hati,
namun pabila ke tandas, tidak pula rasa mahu melepas..
apak mu makan bagai esok tsunami melanda, selagi tak
kenyang atau perut membuncit, selagi itu apak melantak
nasik, kuih, biskut waima pop corn masin..kehidupan apak
disini agak bosan kerana cuaca cepat gelap..pukul 5 petang sudah
gelap..apak rasa seperti di united states of kindom (UK), tapi apak
berdiri di bumi nyata, Australia juga apak berdiri..

Semalam apak bergelak ketawa berguling guling sampai 4-5 kali
batal solat..masa kan tidak,imam terlupa 3 rakaat, lalu apak
dengan kawan apak tergelak terbahak bahak kerana makmum tak
tau nak tegor imam atau gelak..kami memilih untuk gelak..

beberapa hari sebelum tu, apak berjogis bersama teman ber testis..
berjalan la kami, sembang segala jenis berkaitan dengan perempuan..
tetiba apak terserempak bersama 2 ekor anjing yang ganas..
kelihatan 2 orang dibelakang anjing tersebut..
apak dan kawan kawan, kelihatan kecut skotrum..rasa nak
lari..tapi 2 orang tadi(suami isteri) menenangkan kami..

"tidak apa apa, anjing ini tidak akan meng attack, what ever
it is"kata perempuan tua itu..

apak serta kawan terkejut, rasa seperti dunia ini terlalu kecil..
dua orang omputih bercakap bahasa melayu yang sangat bagus..
hargai la bahsa kita, kalau setakat belajar kat oversea baru setahun
dah speaking beria ria..apak ni 4 tahun, bahasa melayu tatap melekat dihati
gua..hidup bahasa Melayu..bahasa rasmi Malaysia

Wednesday, April 11, 2012

Budak kecik skang dah advance

Sedang gua main sepak2 bola plastik
di Malaysia hall, seorang budak kecik
menegur gua..

"eh, main macam budak kecik" kata seorang budak
perempuan..

terasa terpanah dek sindiran budak kecik itu,
maka gua pon terus blah masuk bilik..malu dia
terasa shaperti dibogelkan dihadapan tentera
Amerika yang suka pada lelaki..

tak lama kemudian gua pegi keluar bilik, mahu kan
angin yang fresh..duduk di ruang tamu Malaysia dapat
mengurangkan seksaan angin berkuap dalam bilik gua..
kelihatan budak kecik tadi, gua jadi takut..budak ini
mempunyai personaliti yang mampu meruntuhkan
ego lelaki besar..

lalu sebagai seorang pelajar yang mempunyai iq lebih tinggi dari
budak pavi, mat rempit, atau dsr fag, gua terus membuka tirai
perbincangan dengan budak kecik tersebut..

"dik, hari ni pegi jalan2 mana?"kata gua santai..remote tv diambil
sambil jari menekan butang 'on'..
"ala jalan la.."kata beliau
"pegi shopping ke"duga gua..
"ak ah"..jawab beliau ringkas..

"semalam, pegi zoo tengok apa?"kata gua takde akal..
"tengok binatang laa.."kata beliau cuba meruntuhkan
soalan tidak bernas gua..

lama kelamaan gua jadi takut mahu bersoal jawab dengan beliau,
takut dikalahkan dengan teruk, terasa gua ni pengalah (loser)..

pastu dia cakap camni tau..budak kecik darjah 4 nih punya ayat..
baca tau..

"bye"kata beliau sambil mahu naik ke tingkat 2 malaysia hall
"bye"kata gua sambil membuka peti ais..cari apa ntah..
"awak ni comel la"kata beliau yang berusia 10 tahun..

gua terasa seperti dingorat..terasa seperti rambut gua hari ini
terlalu ayu..apa la hair dyer nih, buat rambut gua terlampau hansem..
so ini la taktik, yang digunakan datuk2 dan tan sri2 untuk kawin dengan
anakk dara 20 an...LOLzy

Monday, April 9, 2012

Pasca anugerah bintang popular

Gua tengok anugerah bintang popular semalam..
(tak payah la nak sebut Berita Harian..dan cukup kaut
untung dah orang undi..)
sebagai seorang anak watan Malaysia, gua terus
streaming secara live dan pasang pada lcd screen kat
Malaysia hall..pastu tetiba ada iklan cerita hantu
parody..ala cerita macam 'hantu dalam botol kicap' tu
kira parody la.. maybe dia nak buat bahan jenaka kat
cerita 'ANU dalam botol' yang kemudiannya di tukar kepada
'.... dalam botol'...tukar nama je beb..

gua terus terang cakap makin menyampah dengan syarikat
produksi yang buat cerita takde kualiti nih..gua rasa
luorang dah tau kan, syarikat movie mana gua cakap ni..
lepas satu satu, filem crap diorang produce, tapi still dapat
kutipan tinggi..tapi cerita power macam 'bunohan' yang dapat
award tak dapat sanjugan dan kutipan yang bagus..

cuba tengok movie kat bawah ni..ada rasa better dari cerita kita tak?



gua tau cerita ni diarah pengarah luar, tapi kita kena tengok
pada sudut yang berbeza.. kita kena ingat filem ni ada
spillover/tempias pada industri perfileman Indonesia..
benda macam ni mengajar pengarah tempatan cara nak
buat shot yang elok, effects dia, atau mungkin jalan cerita
yang simple tapi 'wow factor'

cerita camni la kita nak..belum lagi gua kasitau yang
rating cerita ni 8.4/10..mesti luorang cakap
orang Indonesia je yang rate filem ni..tak mungkin orang
Indonesia je puji sebab 5000++ pengguna yang komen
di IMDB (klik sini)..IMDB ialah database movie terkenal di dunia..

dengan jolokkan "the best movie in decades!", gua yakin
akan menyemarakkan persaingan pengarah tempatan Indonesia
untuk challenge cerita ni..

gua faham kita ada cerita 'kl gangster' yang dapat kutipan
tertinggi meninggalkan cerita 'sembilu', tapi kita perlukan
sentuhan yang epic..kita perlukan movie yang lagi dasyat
dari 'kl gangster'..cukupla dengan cerita yang kutip duit
bebudak dengan cerita cinta yang ending nya predictable..
atau mungkin cerita berdasarkan kenegerian..hantu yang
tak takut..

Oh, gua lupa masa tengok anugerah bintang popular kan,
gua perasan ada perubahan,,kita sokong artis yang ada kontroversi
lebih dari artis yang ada potensi..what a waste..

Sunday, April 8, 2012

Berjalan di padang pasir

Hari ni gua pg Newcastle,
Perjalanan mengambil masa satu movie hindustan
Kuch kuch hota hey, atau filam bobby..

Apa yang menarik
-gua demam
-gua kacak
-panas terik
-main sand boarding..dia semacam padang sahara,
Kita naik puncak gunung pasir dan turun naik papan luncur..

Apa yang tak menarik
-gua batuk
-gua as usual main driver walau demam..pak gua
Seorang driver yg mantap satu ketika dulu,
Tok gua seorg driver tegar..

Gua pada mulanya tak berapa suka
Nak pegi ramai2 ni, but it turns out to be ok..
Jadi pada masa depan MAYBE gua pegi buat
road trip lg..




Gambar ni diambil masa kitaorg makan restoren kat
Newcastle..cite dia camni, masa kitaorang jalan2 ada
Mamat ni..orang Malaysia la..dalam sembang2 kitaorg
Tanya mana la nak makan benda halal...jadi dia cakap ok follow dia..
Kitaorg pon follow la dekat 20 minit ikut mamat tu..gua dh merungut ala2
Pondan bila dia bawak tempat makan yang jauh gila..


Mamat tu kata makan halal..
Sampai je depan kedai gua macam teruja..mesti sedap gila makan dia..so
Gua pon trus bukak menu..whatttt.. Ada babi/pork..
So gua tgk harga plak..whattt..mahalnya..tapi takpe, bersangka
Baik since ada student malaysia keje situ so kita org order..
Gua pon oder Pat Thai..apa ntah..macam kuay tiaw..pergghh tak berapa
Sedap..sesal jugak la, tapi gua berterima kasih la kat brother yg sanggup
Bawak kitaorg makan..tq so much bro..

Trip berakhir dgn demam gua tak kebah kebah