About Me

My photo
Blog ini bukanlah blog ilmiah, jadi sila tutup buku ketika baca blog ini. Penulis blog maseh belajar di unisti yang tak terkenal di dunia. Blog ini khas untuk bakal anak penulis. Jika penulis mati dulu sebelum sempat ada anak, maka anak yatim layak mengaku penulis ini bapak dia.

Wednesday, July 24, 2013

Betoi ke Bondi beach paling cantik di sydney?

Ramai yang datang Sydney
mesti tergagau cari cara nak
pegi Bondi Beach.. Diorang
kata, kena melawat sebab
famous nak mampos..Untok
pengetahuan luorang Bondi
beach ni terlalu overrated..

Sebagai manusia yang tinggal
di Sydney sejak 2008, gua merasakan
statement shaperti inj perlu diperbetoikan
bagi mensadarkan orang diluar
sana, banyak lagi pantai yang
jauh lebih owsome dari Bondi..

Mungkin sebab destinasi yang strategic (dekat dengan Bondi
Junction-shopping kompleks)
serta stigma masyarakat setempat
pasal pantai ini sangat indah belaka.
Terus terang benda yang gua teringat pasal Bondi
bila member gua dapat menyaksikan awek
omputih topless..selain itu
keindahan pantai yang typical
dan tak menarik hati..



Bondi Beach

banyak lagi pantai yang di
sekitar sydney yang dipandang
enteng oleh pelancong macham
Coogee, La Perouse, Manly, Clovely yang jauh lebih aman dan nyaman
sebab nya orang tak kerumun pantai
ni..

Gua teringat lagi lecturer gua orang
Aboriginal ada cakap, dia suka jogging dekat pantai waktu subuh
sebab nak elak dari pengunjung pantai
yang ramai sangat.. bila travel
website macam travel advisor atau lonely planet suggest Bondi sebagai
pantai yang patot pergi, maka
penuh dan sesak la pantai tu..boring tau..tak ada nilai rileks dan santai..

macham La Perouse jarang penuh sebab orang tak berapa tau.. Manly plak macham jauh tapi sangat best view..

Kalau korang ada rezeki datang Sydney, judge
la sendiri pantai mana yang best
kat sydney ni..personal
favourite Clovelly beach..

Wednesday, July 10, 2013

Masjid Punchbowl taun 2013

OK.. terus terang gua akan tinggalkan Sydney
For good lah..anyway gua berkesempatan
melawat kat tempat gua penah datang
masa first year dulu..

Gua ingat lagi, Nafis selalu bawak gua jalan2
luar Sydney.. contoh nye dia ada bawak gua pegi
Komuniti Islam kat Bankstown Dan Punchbowl--

Benda best bila bejalan dekat Punchbowl sebabnya
dapat naik train..lol..pemandangan dia ok la..not
bad untok orang pemalu cam gua..

Beberapa hari lepas, gua berpeluang pegi balik
dekat masjid Punchbowl..teringat dedulu Nafis
bawak gua tahun 2008..dengar cite Mapeng belajar
agama dengan usrah Indonesia dekat masjid ni..

anyway ni gambar latest masjid Punchbowl..
Nak upgrade katanya..









Sunday, July 7, 2013

apa benda yang best dengan selji

gua lupa nak include gambar
and lupa nak cerita
benda best mengenai salji..

yang pertama, sila refer gambar
no satu tu..luorang bolih
nampak budak kecik pakai
beg sekolah..mungkin budak ni
nak pegi sekolah..gigih macham
budak sekolah pendalaman..

yang kedua, salji kali ni
especially tempat main tabogan
sangat keras..tak lembut untuk
gempalkan dan buat ais kepal..
ais berketol keras sampai
bebudak tak buat snowman tapi
buat rumah iglu..sadd

Thursday, July 4, 2013

salji dan masa

Salam tangan kanan buat
semua..

Minggu lepas buat kali kedua
nya gua pegi ke Perisher Snowy
Mountain.. macam biasa pegi
sebab nak main snow..

memula gua rasa malas nak
pegi.. bebudak first year pujuk
gua..kalo diikutkan gua
nak je suruh diorg basuh baju
gua setahun sbb gua bakal
pegi ke snowy mountain sebagai
driver..

plan dia simple..bertolak hari
sabtu malam..drive slow2..sampai canberra isi minyak..pastu singgah semayang dekat Cooma,
sampai ke Jindabyne untuk
sewa peralatan macham
ski, snow board dan tabogan..
sampai je kat snowy,
langit dah cerah..tanpa tido
bebudak ni main la salji..

gua memileh untok tak main
ski sebab gua tau, gua akan end
up rasa rugi sebab tak reti
main..dan macam biasa gak
budak first year nih semangat
nak main ski, dan snowbod..
nak merasa dikatakan..

pukul 3 pm kitaorg memileh
untuk cau sebab letih yang
amat..sudah la tak tdo..lapar pon kalah bila dah terlampau
letih..bila sampai je dekat
backpakkers semua tdo awal
dan dengkor kuat2 macam
badak air jantan gadoh
dengan bini sebab tak
masak nasik..

sebenarnya gua macam
tak semangat nak pegi..tapi
bila fikir balik, malaysia tkde
salji..gua terus bangkit dari
lamunan kepalajingga..tak
lama lagi Sydney akan menjadi
sejarah terbesar dalam hidup
gua..lebih baik gua enjoy
the moment..
.. masa, tetap cemburu
dengan gua..

Saturday, June 29, 2013

milo panas sudu kecik

Dulu masa gua kecik..gua suka milo.. hari hari gua minum milo..
saat paling best, bila gua minum milo guna sudu kecik..
pastu hirop pelahan lahan sebab panas sangat..
kalo nak best skit taruk dalam piring sambil hirup..
berdiri atas kerusi memang satu kewajipan bagi gua..
abang gua plak kacau milo dengan susu pekat 
tapi tak taruk air langsung. just makan gitu je..

masa tingkatan 1 camtu, gua ikut abang gua 
pegi sure heboh!(time tu tak tukar jom heboh lagi).. 
gua ni dahaga gila, so gua cakap la kat abang gua nak beli air.. 
gua pon tengok banyak betoi pilehan air air yang bolih gua beli.. 
nampak je milo, gua terus beli..
kawan abang gua, sound gua..dia cakap..
"apesal hang beli milo, kat umah pon bolih buat"..
gua senyap je..sebagai peminat milo, gua terasa sentap..
takkan gua nak order air yang tak menepati anak halkum gua..
"kak, bagi saya susu akak satu gelas"..tu je pengganti milo..

sekarang, kat ostolia..milo satu minuman yang sangat palsu..
umpama lelaki pakai gel rambut..buat2 hansem padahal tak..
rasa milo tawar sangat..geli gua minum..kalo tak pecaya, 
luorang beli milo satu tin kecik..try buat air..
gua sure lu tak sabar nak balik Malaysia..

kalo la luorang bagi pilihan antara internet dan milo panas..
gua akan pileh milo panas..sebab masa silam yang 
bersangkutan dengan dengan milo amat besor 
maknanya sebesar jerawat remaja gatal..
intenet tak besar impak pada gua selain ceramah ustad don..lol

Friday, June 14, 2013

Anjang penerajang bini: edisi baran

Segelas teh merupakan initiatif gua sebagai rakyat
biasa Malaysia yang perihatin kepada golongan
pekerja yang sibuk berkerja siang dan malam..
Jadi gua jadikan ini satu platform untuk luorang
bancuh teh/kopi/air masak/air pepsi apa2 je la..
pastu letak kan air tadi dimeja komputer dan
baca karangan gua..

Cerita ini dibuat untuk menjadi peneman luorang yang
sentiasa mencari cerita untuk releks kan minda..
seat back relaks and enjoy..kalau skimming gua rasa
gua nak tampar dahi sebab penulisan gua sangat bagus..
kalau baca sambil pakai lilin mesti rasa nak jatuh cinta
dengan gua..feel tu penting..lagi bagus kalau baca ketika
baru lepas break dengan balak..

-----------------------------------------------------------------------------------------------"

Abang maafkan Leha bang..mungkin cinta kita
disini saja bang..Wan Lebor dah pon hantar meminang..
Ayah Leha dah terima pinangan" tutur leha..sebak didada
beliau nampak jelas..

"Jangan buat begini pada abang...Abang sayang leha
sepenuh perigi di timba"...........puppppppp


Telivisyen antik ditutup..

"Apa bangang sangat cerita awak tengok ni..
Marion...oh marion..mari sini" tempik Leman..tangan
Leman digenggam..

Marion Kus Melati, belari anak ke laman tamu..
mukanya cemas.. apa la nasib beliau, Leman secara
tiba-tiba mengamuk..

"ye darling"kata Marion lembut..

"Apa darling darling sangat ni! Aku ni
balik ni nak kan kepuasan..rumah ni aku
beli supaya selesa.."kata Leman bagai di rasuk setan..

kelihatan anak mereka, Wan mula menangis..
agaknya terkejut pekikkan Leman..

"awak ingat best sangat ke tengok cerita romantik,
pasang kuat kuat..ni tengok ni..loya la tekak aku nih"
jerit Leman sambil tunjuk anak tekak..

"Darling..apa jadi ni..tak pernah...."kata Marion cuba
tenangkan anaknya yang berusia 3 tahun..

"Ahhh awak diam..meh dekat saya sekarang..
bukak baju awak tu..lama kita tak bersama.."Arah
Leman..sambil cuba peluk pinggang Marion..

"Abang ni mabuk ke..anak kita kan tengah nangis nih."
Marion cuba memberontak..bukan niat nak tolak
pelawaan suami, tapi bila tak kena masa dan waktu,
Marion terpaksa bantah..lagi-lagi sewaktu anaknya
menangis..

"Oh..awak ni..pantang saya nak seronok sikit..
mula la menolak..ni sapa punya gambar ni..awak
berpoya-poya dengan sapa!!" Leman mula keluarkan
satu buku bersaiz A4..dihempas atas meja..

"Kita tamat disini.."kata leman sambil berlalu pergi..
emosi beliau bertukar..

"astagfirullah..." Marion cuba menenangkan diri..
hatinya diurut urut..pelahan lahan beliau mengangkat
buku A4 itu..cuba mencari "gambar" yang dimaksudkan
suaminya itu..rupanya..

buku tersebut adalah skrip bertajuk "Anjang penerajang
bini" ..tersenyum lalu
memujuk anaknya..

itulah padah berkawin dengan orang teater..
suami aku kan lembut..kata hatinya..

Wednesday, June 12, 2013

Dalam hati bukan ada taman, tapi ada azam..

Lepas je present depan client, gua terus
hilang rasa nak pegi jamban...bila gua nervous
segala system dalam badan gua bercelaru..bagai jentik jentik
berenang dalam air penuh garam..terkinja kinja..

Bila kevin cakap
"muhamad last week you were better,
but today you are the best" muka serious,
gua hanya angguk..
Gua tak percaya la cakap si Kevin tuh..

Lagipon menjawab soalan daripada
2 orang wakil client, sorang professor,
dan 2 lecturer serta sorang student dari group lain
bukan la hebat mana..semua orang boleh buat..

Kali ni gua pastikan gua tak gementar..gua
buat rilek sambil tangan diletakkan dibelakang badan..
dada kedepan..bila nak jawab soalan gua langkah kedepan..
adap dan etika menjawab soalan shaperti gua "menjawab pada
guru besar, yang group gua tak isap ganja bawah pokok sambil
pakai baju sekolah koller terangkat"..
Sherly macham biasa, excellent menjawab soalan..

Bila habis je, 2 group lagi present..gua tengok diorang
punya 'question answerer' (tukang jawab soalan) mantap-mantap..
malah lebih mantap dari kumpolan gua..bila luorang tanya gua
ni dasyat ke?
gua rasa gua ni tak dasyat..

Dari kiri: kevin, gua, richard, jean, richard tomson, sherly, lucy

Surat mengesahkan kumpolan gua terpileh..

Sebulan lepas, gua terpaksa bersetuju dengan vote,
bahawa gua kena jawab soalan bersama Sherly..
Lucy seorang Australian tamau jadi 'question answerer'
sebab dia cakap dia tak bagus jawab soalan..
atau dia nak cakap dia nervous gila babi..
Walaupon dia tak ada masaelah (masalah) jawab
pertanyaan kerana beliau sangat faseh berbahasa 
inggeris, namun beliau mahu present sahaja..

Kevin pulak macam gua..
tak berani, walau gua tau dia
ada potensi gantikan gua..paling muda
dalam kumpolan gua serta mempunya accent
tersendiri, beliau menang bermain coin flip-
dimana gua kalah (terpaksa jadi question answerer)

semua dalam group optimis
nak pileh gua, mungkin warna kulit gua seumpama
lelaki Hawaii yang kerap berjemur dipantai
bersuming trunk.. Jadi anggapan orang hawaii
pandai berbahasa inggeris..

terima kasih kumpulan 5, kerana buat
gua jadi berani.. i luv u guyz (tolong jangan type
macam ni tau..sebab macam gampang)...
so type la camni.. 
i love you guys (kata gua
sambil garu ponggong)..