dipaksa bapaknya, Abu Babar.
"Sejak bila kamu jadi pemalu dengan
perempuan ni Endut. Bagitau bapak.
Nak kata tak sunat lagi, dah sunat dah."
Abu Babar berdebat manja dengan anaknya
itu.
"Ayahnya ngape paksa anak kita tu.
Bukannya beliau umur belasan tahun lagi
bang."Salmah terpaksa masuk campur ketika
suaminya ingin mempetaruhkan maruah anak
nya itu.
"Aik, sejak bila awak ni Salmah pandai bercakap
macam drama dalam radio tu hah..amboi...
bercakap mengalahkan aur dan tebing"Abu
Babar pelik dengan perilaku seluruh ahli
keluarganya.
"Saya baru habis dengan dengan Cinta Kalbu
kat radio tu hah"kata Salmah selamba lalu
beredar ingin menyidai kain di ampaian.
"Pada pendapat hamba yang hina dina ini..
....(dicelah Abu Babar)" kata-kata Wan Mape di
pintas sekilas pandang.
"Ni lagi sekor, kena sebat kejap lagi.Bapak
ni pelik ler. Time nak ajak kenduri aja
semua bagi eskuis(excuse)...pelik la...
tapi time suruh dengar radio pasal
drama Kasih Bunga Pertiwi berebut
letak telinga"Abu Babar berceramah
seketika.
"Teman bukan apa bapak. Teman malu
ler dengan orang kampung. Udah ler
tahun lepas-lepas asyik berkepit jer dengan si
Sharifah, tup..tup...dia kawin dengan orang
lain...teman malu pak...malu...sambil menutup
muka.."Endut meluah perasaan yang
terpendam mendam...
"ni keputusan nyata dan tanpa lelap,
semua siap segera, dan pakai baju cantik
kita tetap pergi kenduri kahwin si
Sharipah tu..."Abu Babar memberi arahan.
Lauk petola masak kari ayam babas. Tak main perencah haa...Setibanya di kenduri tersebut, mereka sekeluarga
di pandang oleh orang ramai. Cuma Abu Babar
tidak merasa apa-apa. Malahan Abu Babar
merasakan dia seperti bintang M.Daud Kilau.
Endut kelihatan lesu serta pedih ulu hati kerana
bekas kekasihnya berkepit dengan Lokman
Vespa. Salmah, ibu si Endut pula sibuk bermesra dengan
ibu-ibu di kenduri sambil menceritakan tentang
drama di radio. Wan Mape pula sibuk bergaul mesra
dengan pakcik-pakcik tua sambil bergurau senda
tentang kubur yang semakin hampir dengan
menjemput. Ada gelak, ada yang sedih dengan
ceramah Wan Mape.
Kenduri akhirnya tamat. Orang ramai beransur pulang.
Endut mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah.
Tetapi bukan pada pasangan pengantin, tetapi pada
Nasir , kerana pasang khemah dengan kemas kerana
berasa geram dengan tingkah laku Sharifah.Lalu, Sharifah
marah dengan Endut kerana tak mengucapkan
tahniah kepadanya lalu menghalau Endut tanpa belas
kasihan. Endut mengalirkan airmata kerana tidak sangka
kekasih hatinya yang dulu ini, kini bertindak kejam.
Wan Mape cuba menenangkan abangnya itu dengan
memberikan pantun dua kerat. Lalu Endut lari dengan
laju kerana terlalu pedih pantun itu...Lari
bagai seekor kuda yang kehilangan jati diri dalam
perlumbaan..

No comments:
Post a Comment