mencucuk daging ayam ke lidi....
Peraman daging itu menjadi kerana
kelihatan kerengga mengerumuni
cebisan daging ayam yang sengaja
di buang atas tanah.
"Tokey sampei" Abu Babar kelihatan gembira
melihat tokey lamanya...dia mencampak ketepi
penyapu lidi lalu terkena Wan Mape...
Wan Mape tenang, sudah masak dengan
perwatakkan bapaknya itu...
"Welkome-welkome to our haus"Abu Babar
cuba menonjolkan teknik bahasa inggerisnya.
"It seems like you change a lot Abu Babar.
Who teach you to speak really well?" Andrew cuba
menduga tahap kepahaman tatabahasa Abu Babar.
"Well, like father like sun"Abu Babar ketawa kecil .
"Hello Andrew how are you? My name is Wan Mape."
Wan Mape berbicara pantas tak tumpah seperti
pembaca berita Mahazhir Lokman.
"I'm very good, thank you. Anyway, this is my wife
Hannah and this is our little boy Howard. Anyway
where is Hendut?"kata Andrew sambil tercari-cari.
"My son no Hendut, but Endut. Paham tak?
penat tau aku bubuh nama."terpacul bahasa Melayu
dari mulut Abu Babar.
"Anyway my brother is over there. He's making
something special for you"pantas Wan Mape menutup
kesalahan tatabahasa bapaknya itu.
Titisan peluh membasahi pipi kanan nya
manakala pipi kirinya sudah dilap
ibunya Salmah...
Seketika dia mengelamun...
"Sedapnya abang buat..sayang la kat abang.."
manis pujian Sharifah.
"Jangan la puji gitu, malu la abang,
hmmm...bila kita nak nikah ek?"kata Endut
sambil rapat kepada Sharifah.
"Hmmm...dah gatal yer...hmmmm
Pah tak kesah bang..kalau abang dah
kerja masuk jer memikah" kata Sharifah
sambil mencuit bahu Endut.
"Ye ker...yahoooooo!!!" teriak Endut
"Abang nak daging ayam tu lagi..
sedap la...boleh la buat banyak-banyak
untuk Pah nanti dah kawin"Sharifah berkata manja
sambil membuat muka comel.
Endut hanya tersenyum.
Mereka kelihatan saling bergurau senda
sehinggakan Pak Mail cemburu kerana
isterinya Mak Mail sungguh garang dan
tidak romantis.
Endut tersedar dari lamunan setelah
anak Andrew yang bernama Howard menarik
kain pelikat Endut sehingga terlondeh...
Suasana petang itu sungguh meriah. Wan Mape kelihatan
sibuk sekali mengalih bahasa kepada seluruh ahli keluarga.
Daging panggangan Endut mendapat pujian encik
Andrew. Sesekali dia menepuk bahu si Endut, Wan Mape
tersenyum kerana paham apa yang dimaksudkan oleh
orang putih itu. Endut hanya mengangguk-angguk.
Salmah kelihatan menidurkan anak Andrew kerana
terlalu letih sambil diperhatikan Hannah.
Pertembungan dua bangsa ini betul-betul
mengagumkan. Sehinggakan Wan Mape
sanggup menulis setiap apa yang disembangkan
pada malam itu untuk dipos kepada radio RTM
untuk dibacakan diradio itu pada malam Jumaat
yang bertajuk "Diari ku di hari ini".
"Thank you so much Abu Babar. It's been so nice
meeting your family. And Endut thanks for saving our
lives"kata Andrew sambil bersalaman dengan Endut.
"Yes-yes. Endut is goodnight" Abu Babar berbicara, namun sumbang.
"I guess i'll have to say goodbye cause tomorrow
we're going back to America"sebak seketika Andrew.
Abu Babar menunjukkan ibu jari tanda 'bagus'
namun setelah dialih bahasa oleh Wan Mape
Abu Babar memeluk Andrew.
Sebak mereka berdua.Masakan tidak
setelah 7 tahun berkerja bersama Andrew.
Wan Mape kelihatan sedih kerana Abu Babar
kelihatan menyayangi tokey nya
seperti sahabatnya. Endut juga sebak
kerana pujian keatasnya hanya sementara
waktu. Salmah memeluk Hannah dan mereka
hanya berkomunikasi melalui gerak tangan dan
muka.
Andrew Steinson beransur pulang,
Abu Babar kelihatan sebak dan Salmah
cuba memujuk Abu Babar.
Tinggal Endut dan Wan Mape bersendirian.
Mereka berdua baring diatas
tikar sambil bersembang.
Belum sempat Wan Mape memberitau
apa pesanan Andrew, Endut
berdengkur...Wan Mape hanya
menggeleng-geleng kepala sambil
baring kembali melihat bintang-bintang
yang merupai bentuk senduk itu.

No comments:
Post a Comment