About Me

My photo
Blog ini bukanlah blog ilmiah, jadi sila tutup buku ketika baca blog ini. Penulis blog maseh belajar di unisti yang tak terkenal di dunia. Blog ini khas untuk bakal anak penulis. Jika penulis mati dulu sebelum sempat ada anak, maka anak yatim layak mengaku penulis ini bapak dia.

Thursday, September 9, 2010

Mr Freak ex-michaelian

readers sekalian..jangan baca post
gua ni..ni akan menyedihkan semua
orang..lu orang nk raya kena happy...

sedang anak kecil bermain bunga api
keriangan..takbir raya yang bakal
diulang-ulang dikaca tv..mercun
berdentum dentum walaupon
dihening pagi..gua tak kesah semua tu..
apa yang bermain di pikiran gua skang
lebih mensyahdu kan..

gua terkenang kan member skolah
lama gua..hari tu gua usha member gua
kat facebook..lega gua dia ada...at least
dia still ada...
nak suruh gua bukak facebook dan
connect to whole community again??

panjang ceritanya..bila gua nak datang sini
hanya sorang je member gua dari sekolah st michael
yg tau gua nak study sini..sedih gak la
bila bukak website persatuan bekas pelajar
st michael ipoh..ada yang gua pernah tengok muka..

gua rasa gua dah tinggalkan sahabat gua yang lama..
wan bruang- dia tau gua study kat kl..tapi gua tak
kasitau gua blajar oversea..
zul-mamat cekeding ni mmg tiap kali raya
mesti call gua..skang ni mesti dia putus asa
cari gua..
fahim-budak jiwang nih..banyak awek..haha..
tapi tiap kali raya mesti wat open house..mesti
gua akan jumpa member lama..
zyroul- dia ni jela sorang yang tau
gua study kat sini..gua kata kat dia, jgn kasitau orang
gua study sini sbb gua nak kasitau sendiri bila
gua tamat study nnt..
shahril- budak jambu banyak awek..haha..
dia ni pernah kena prank dengan gua dan
kengkawan masa kat Australia..gua tak bagitau
pon yang gua study kat sini..

sorry kengkawan..gua terlalu rahsia dengan
luorang..tapi hidup perlukan perngorbanan kan..
andai kata gua jumpa luorang nanti lu orang
jangan rejam gua dengan seliper tau..tepuk2 skit
ok ler..

Mr Freak(St Michael Institution batch 2000-2004)..
peace you all bro..-end-

No comments: