About Me

My photo
Blog ini bukanlah blog ilmiah, jadi sila tutup buku ketika baca blog ini. Penulis blog maseh belajar di unisti yang tak terkenal di dunia. Blog ini khas untuk bakal anak penulis. Jika penulis mati dulu sebelum sempat ada anak, maka anak yatim layak mengaku penulis ini bapak dia.

Sunday, January 8, 2012

Segelas Teh Sebuah Cerita...Sazali jaman dulu dan sekarang

Segelas teh merupakan initiatif gua sebagai rakyat
biasa Malaysia yang perihatin kepada golongan
pekerja yang sibuk berkerja siang dan malam..
Jadi gua jadikan ini satu platform untuk luorang
bancuh teh/kopi/air masak/air pepsi apa2 je la..
pastu letak kan air tadi dimeja komputer dan
baca karangan gua..

Cerita ini dibuat untuk menjadi peneman luorang yang
sentiasa mencari cerita untuk releks kan minda..
seat back relaks and enjoy..kalau skimming gua rasa
gua nak tampar dahi sebab penulisan gua sangat bagus..
kalau baca sambil pakai lilin mesti rasa nak jatuh cinta
dengan gua..feel tu penting..lagi bagus kalau baca ketika
baru lepas break dengan balak..

--------------------------------------------------------------------------------------------------

"Sazali dah penat la ibu..hari hari mereka mentertawakan
Sazali..mereka katakan Sazali anak orang miskin..sazali
tak punyai uang saku untuk beli kueh Mak Cik Siti..Sazali
malu ibu..Sazali malu.." tangis remaja 14 tahun kepada
ibunya..

"nak, kita ni orang miskin..kais pagi makan pagi nak.."
ibu Sazali berkata perlahan..sebak..dikesat air matanya
dengan hujung baju kirinya..

"ayah kamu tu, pemabuk, kuat berjudi..mana la kita nak
cukup duit beli makanan..tu karipap yang kamu makan tu,
mak jumpa kat tong belakang rumah Haji Seleman"sambung
ibunya..

pffff..tersedak Sazali, namun dikutipnya sisa karipap itu tadi, dan
dimakan kembali..berkaca matanya itu mengenangkan nasib menimpa
keluarga nya itu..

Esoknya..

"Sazali anak orang miskin..Sazali anak orang miskin..
Sazali anak orang miskin.."sakat rakan sekelas Sazali..

Akibat sakatan rakak sekelasnya itu, Sazali berlari
mendapatkan rakan baiknya Mong..

"Mong, hari ini aku sedih sangat..mereka tidak berenti-
renti menyakat aku Mong..tidakkah kamu kasihan kan
aku?"Sazali memulakan bicara sama sahabat karibnya..
Sazali memeluk sahabatnya erat erat..

"meowwww"Mong membalas soalan rakannya itu..seolah
olah memahami perit yang ditanggong oleh Sazali..

narrator: begitula kehidupan seorang remaja bernama
Sazali..hidupnya dihimpit kemiskinan, bapanya seorang
kaki judi, kaki botol dan juga kaki kencing manis..
Tambah malang, pabila seluruh umat kelas 3 Kenangan
tidak mahu berkawan dengan Sazali kerana pakaiannya
compang camping.. Bukan sahaja rakan sekelas, malahan
cikgu juga diskriminasi terhadap Sazali termasuk cikgu
Saleha..nama saja cantik, tapi jahat mengalahkan bawang merah
di dalam slok akesia tv 3..

"Sazali, kamu mesti siapkan 30 soalan ilmu hisab ini..
dan cikgu mahukan kamu hantar soalan ini esok pukul
7 pagi.."perintah cikgu Saleha sambil mencekak pinggangnya..
pinggulnya sungguh besar, pinggang pula ramping
bak kerengga..(saja penulis nak mention..mana la tau ada
pervert kat luar sana..)

Setibanya di rumah, Sazali tanpa membuang masa terus
membuat kerja rumahnya..tetapi, ibunya seakan tidak memahami..
ibunya walaupon lemah lembut, tetapi seakan memaksa Sazali untok
mengikut kehendaknya..kadang disuruh Sazali menjual kueh di kawasan
kampongnya itu..Sazali pula tidak pandai menunjuk perasaan terhadap
ibunya itu..sering menunduk kepala pabila ibunya bercakap..

petang itu..

"Sazali, ibu mahu kamu jual kueh ini ya..jangan lupa
kutip sayor paku pakis di hutan ya?"kata ibunya..
"tapi bu, jauh mahu petik paku pakis..kurang
lebih 2 jam mahu masuk hutan"Sazali tried to ask
for his mother belas kasihan..
"Sazali, jangan lawan kata ibu...mungkin rezeki
kita lebih kamu boleh tangkap ketam"sambung
ibunya lalu berlalu pergi sambil menyanyi lagu
can mali can..oii oii
Sazali tidak boleh kata apa apa..dilihat ibunya dalam dalam..
pelik juga ibunya sudah kelihatan tidak seperti biasa..
masakan ada ketam didalam hutan?

satu jam dua jam tiga jam baru Sazali pulang dari
menjual kueh dan juga memetik pokok paku pakis..
disapu peluhnya..di letakkan hasil jualan kueh dan
pokok paku pakis di atas meja ..air di dalam labu
sayong dituang ke dalam gelas kayu dan menghirup
perlahan lahan..

"Sazali..mari sini nak..ibu mahu bercakap sebentar.."
kedengaran suara jauh di kebun belakang rumahnya..
"Sazali, tolong ibu masak mi goreng malam ini ya..ibu
mahu ke musyuarat di pekan malam ini.."tambah
ibunya lagi..

Sazali mengusap usap dadanya tanda sabar..dia terus
mandi dan memasak mi goreng ibunya itu..
setelah siap memasak..Sazali mula membuat soalan
matematik hasil pemberian cikgu Saleha..satu persatu
disiapkan..tiba disoalan theorem pitogoras, ibunya
memanggil Sazali lagi..Sazali kelihatan sungguh stress..
dia genggam erat erat pensil 2b feber kastel..namun
dia tidak mahu menderhaka kepada ibunya itu..

"Sazali..mi ini kurang enak..masakkan ibu lagi
satu.."pinta ibunya..
"kenapa ibu..semua bahan nya cukup..garam
cukup..kicap cukup"Sazali cuba menduga sikap
pelik ibunya itu..
"ibu mahukan mi meggi.."kata ibunya selamba..
"Mi meggi..mi meggi???"Sazali kehairanan..
"iya..mi meggi..mi ini sangat
sedap nak..tapi ibu tidak tahu bagaimana
mahu memasaknya.."ibu Sazali cuba memujuk
anaknya untok cuba memasak "mi meggi"..
"Ibu, Sazali tidak tahu bagaimana mahu
masak mi meggi..mungkin susah.."Sazali cuba
mematahkan hasrat ibunya itu..
"Mungkin kamu boleh masak mi bandung.."ibunya menyambung

Sazali tanpa membuang masa, terus mengambil
garpu dah terus mencocok matanya itu akibat
terlalu stress..lalu dia terlanggar dinding lalu
tertembus garpu itu ke tengkorak kepalanya..Sazali
mati serta merta..

Maka beberapa hari lepas Sazali meninggal, bapa
kepada Sazali telah insaf dan telah kembali kepada
ibunya Sazali..mereka berdua telah melupakan kisah
lama dan dikurniakan dua lagi anak..


buku ditutup dengan nafas yang lega...

"Begitu la kisah dia..skang ni..papa nak Aisyah dan RabiatulAdawiyahSulaiman
tidur ya.."kata Kamal kepada anaknya itu
"Abang nya pon..rosak pemikiran anak kita cerita ganas ganas.."kata
isteri kepada Kamal, Julia Eban

"Awaknya, saya guna teknik 2 F..iaitu food and film..
budak jaman sekarang kan suka meggi dan cerita ombak rindu"
kata Kamal sambil angkat kening..

"Alololo..abang ni.bijak kemain lagi..mari"kata Julia Eban sambil memimpin
suaminya..
"ombak rindu lagi sekali ek"sambung Julia lagi

"cait..ingatkan nak dapatkan baby lagi.."kata Kamal tersenyum
sambil membuka zip..................jaketnya..

No comments: