About Me

My photo
Blog ini bukanlah blog ilmiah, jadi sila tutup buku ketika baca blog ini. Penulis blog maseh belajar di unisti yang tak terkenal di dunia. Blog ini khas untuk bakal anak penulis. Jika penulis mati dulu sebelum sempat ada anak, maka anak yatim layak mengaku penulis ini bapak dia.

Thursday, January 5, 2012

Dari 12 jam ke 24 jam..sebuah perjalanan nurakka

Ok gua sebenarnya dah lama nak cerita
perjalanan balik dari Gold Coast ke Sydney...
haritu gua ada tulis dari perjalanan dari
Sydney ke Gold Coast(klik sini), tapi tak secara detail..
tapi disebabkan lemak badan yang meningkat
serta tahap kemalasan seumpama babi didalam
lumpur, gua acap kali menangguhkan hasrat murni gua..

Hari ni gua nak ceritakan macam mana perjalanan
yang sepatutnya mengambil masa 12yam(jam) akhirnya
menjadi 24yam (jam)...ya, kawan kawan post-telitabis sekalian, 24
jam perjalanan (tak termasuk pegi jamban, makan
serta semayang)..

Cerita dia bermula dengan shopping di Harbor Town..
gua ni sebenarnya malas nak bershopping, tapi ye la kan..
christmas sale la, hari kejadian Jesus sale la, Salamat Kong
hari Natal la..so jadi banyak la diskaun nya..so nak dijadikan
cerita lepas je gua dengan member gua beli barang-tapi
tak la sampai beli spenda ke apa..tak sempat nak try...
pukol 2 petang (bersamaan 1 petang waktu sydney)
baru bertolak balik ke Sydney..

Jadi gua pon bermula dengan ganas..GPS macam kurang hajar
pulak cakap 9 jam..mula la nak menipu macam haritu..so gua pon
malas nak rushing rushing..bawak je macam pegi kl ke ipoh..

dalam pukul 4 lebih gitu, gua berenti kat satu tempat nih..
badan dah rasa letih skit, elok la berenti rehat..tempat ni bukan
hentian rehat malaysia..ada kedai makan, ada awek jual mee kari,
ada tandas yang bersih, ada mamat jual jam tiruan, ada yang sibuk
isap rokok,.ada kipas yang kuat, ada cekedis..gambar bawah ialah
so called tempat rehat la..sign board kata tempat rehat,
tapi macam pondok dusun je kan..




















tapi sebenarnya tempat rehat ni bukan macam kat highway,
sebab nya setkan gps tak ikut highway..kena toll pulak
kang susah..bukan macam toll malaysia, dia pakai e-tag..
kena beli toll daftar dekat kereta..so bila lalu je toll tu,
dia pakai camera tangkap plate kereta..walaupon boleh
bayar tunai, tapi still tak berbaloi..mahal, baik gua
isi petrol..

so sampai je kat tempat rehat ni, gua tengok ada ayam kampong
2-3 ekor..macam pelik je gua..apa pasat ada ayam pulak kat sini..
pastu ada 3-4 caravan(van yang ada dapor, tilam semua) parking
kat situ..gua macam biasa, buat tak tau la..member gua ni
nak pegi toilet, gua stenby je la kat kereta..banyak barang
mahal dalam kereta seperti cekedis, air gas dan juga
nasik goreng..takkan nak kasi orang rompak kan..

bila member gua dah sudah pegi toilet, giliran gua pulak..
gua tarik napas dalam2..ye la kan, selalu public toilet
bau macam haram..pastu kotor macam bluekkkk...cilake
punya kotor..so gua pon masuk la..pastu gua tengok jamban
dia pelik..jamban duduk la..omputih tak suka cangkong-
tak feel katanya..takkan nak baca paper sambil cangkong-
tak civilize la kata diorang..so gua tengok dia punya jamban
perghhhhhhhhh....terkejut gua..cuba tengok gambar nih..




















gua tengok jamban ni, rupanya dia punya lubang
jauh sampai 1 meter kebawah..gua pon dengan tenang
test la power ke tak, jamban ni..srutttttttttttttttt...
dengan selamber gua keluarkan sisa kumbahan kecil...
pastu dah siap, basuh semua (takkan nak detail lagi kot..
gila pervert!)..gua pon tunggu 10saat..pastu gua berdengus
sorang diri sambil berkata "tak berkesan pong"..
mana taknya..kat jamban tu ada tampal kertas camni...







kalau tak nampak biar gua tulis balik

-simple to use
-replaces scary pit toilets
-has no foul odours
...
...











pastu gua fikir..bau air kumbahan kecil gua tak hilang
hilang lepas 5 minit ni apa citer..bau busuk gila plak tu..
penipu punya tandas..pastu gua pon blah..
mintak simpang la, sakit perut malam2..mana la tau, tengah
kecing tiba2 ada beruang dalam lubang
jamban tu tarik anu gua..tak ke putus!
besar gila lubang tu, kira hantu langsuir,kopek boleh
nyorok kat situ..takpon budak kampong boleh
nyorok kat situ..atau remaja bongok lari dari
rumah boleh la bermalam kat lubang jamban
tu..gitu la besarnya lubang bawah tu..






































sebenarnya kawasan ni, macam hutan simpan la..
diorang buat pondok untuk orang berenti berehat..
tapi kalau malam kan, gua rasa mesti beruang atau
musang mesti lepak kat pondok ni..jamban tu gua
takleh lupa..terngiang ngiang bunyi air kincing
gua jatuh...macam kencing kat gaung..

pastu kitaorang decide nak pegi ke satu kawasan ..
nama dia Byron Bay..sebuah pantai yang terletak
dia sebuah pekan kecik..gua tengok pekan kecik,
tapi banyak kemudahan.,.ada car rental, ada shopping
mall..ni menandakan tempat ni tarikan pelancong..
nak drive ke kawasan tebing Byron Bay ni
memang sengsara skit..jalan kecik..tapi tiba
je kat top of the bukuit (bukit la..lempang kang..haha)..
pemandangan dia umpama, melihat sekumpulan gadis
senyum kat gua..cewahh..
tanpa buang masa, gua pon park kereta..


















gua pon grab doritos sepeket..pastu makan sambil
melihat keindahan awek..eh silap..keindahan pantai..
gua macam nak mandi, tapi susah la..plus, takut
gua letih sangat..mandi ni perlukan banyak tenaga..cewah..

kejap je kitaroang lepak situ, dalam 30 minit kitaoran gerak
balik..pastu member gua ni nak memerot..punya la cari jamban kat
mana..dia dah terloncat loncat tahan..gua dah panik..last2
ada community library kat situ..alang2 semyang terus maghrib la
kan..kawasan tu dipanggil Ballina..sebenarnya, sebelum
ada jalan highway(tanpa tol), Ballina digunakan untuk ke Gold Coast..
tapi sekarang, Ballina ni orang tak singgah dah-sebab ada jalan
terus ke Gold Coast tanpa lalu kawasan ni..kira bandar mati la..
untuk menggalakkan orang datang ke Ballina, banyak papan tanda
tulis camni
"Ignore your GPS, proceed to Ballina"..ye la kan, dulu orang
ramai singgah pekan ni..kalau takde orang singgah dah,
habis la bisnes kat kawasan ni..

lepas je semayang, kitaorang tanpa buang masa
bergerak ke destinasi..9 jam ke sydney sebenarnya
satu yang agak mustahil sebab, badan letih..tapi
optimistik..kitaorang bawak jugak kereta..

maka, malam pon tiba..time malam bawak kereta leceh skit..
lori2 sebesar badan Optimus Prime, tanpa segan silu
potong gua..gua malas nak pecut, sebab kamera dia
merata rata..tambahan pulak, double demerit kalau
exceed speed limit..dalam pukul 10 malam gitu, kereta
kitaorang kena slow..merangkak rangkak kereta
menyusuri simpang..gua rilek, sabar..mungkin sebab
gua pekena energy drink..kelihatan satu lori besar
terbabas ke gaung kecik..gua dengan geram cakap
dalam hati- "lori lori..dah takde keje lain ke selain
speed tengah malam..bangang ke apa
tengah malam bwak laju macam pelestit(pelesit)
mentang mentang kompeni hang bayar duit minyak..
sekarang cium gaung tu"..

pukul 10 malam gitu, berenti dekat McD, bukan untok
makan mekdi, tapi untok makan bekal..nasik goreng
sama telor dan juga nugget..masak awal awal dari bekpakers..
orang semua tengok kitaornag makan bekal, gua tak peduli,
yang penting gua kenyang..

lalu tanpa perasaan belas kasihan, gua dengan ego bawak
kereta menyusuri malam..dalam pkl 11 tengah malam..gua
kasitau member gua, yang gua tak larat nak bawak..so
member gua plak bawak..bila member gua bawak pulak,
gua takleh tido..

"apahal ni bawak slow.."gua
"gua silau..takleh bawak laju"kata member gua
selmaber..

pastu tak lama kemudian..
"orang belakang ni kurang jo la..lampu tinggi"
"laa dah bawak 80 km/j memang la
diorang marah..ni kawasan 100 km/j" kata
gua..
"ahh biar je diorang.."

maka member gua dengan tegar, bawak selamber ja..
kereta kat belakang dah macam ulat gonggok..
dalam pukol 12 pagi waktu tempatan Sydney,
member gua kata tak larat nak drive..parking kereta
kat shell..pastu rehat..gua time tu dah tak larat sangat..
so kitaroang pon rehat la dalam kete..pastu sedar sedar
je pukol 3 pagi..alang2 dah pukul 3 pagi ni..molek bebenar
la semayang suboh dulu..

lepas je solat subuh..gua bawak kete..tengok dari sisi muka
gua yang kacak melalui cermin pandang belakang kereta, gua
yakin gua tak mengantok..dengan pantas gua bawak kereta..
zoommmm kata engko...sampai je kat mcD dalam
pukol 5 pagi, member gua ajak
breakfast..tapi dia kata, dia nak gosok gigi..gosok gigi sebelah kereta..
punya la banzai member gua nih..gua layankan aja..pastu
order la potato sama mocha..perut dah isi, maka
gerak lagi bawak kereta..time tu gua cakap lu
ada lagi 5 jam perjalanan..lu tau tak apa rasa bawak macam
haram, gerak nya sikit je?? takpe2 teruskan membacha..

so dalam sejam gitu, gua tengok ada signboard
cakap...free coffee, gua pon fikir, elok la minum
rilek2 tenangkan minda..so gua pon berenti kat satu
perhentian rehat ni..



















dua orang, gua yakin suami isteri jaga booth minuman tu..
apa yang menarik, diorang ni volunteer ok..diorang tak
mintak peruntukkan ke apa..diorang buat ni untuk
kurangkan kadar kemalangan..kat bawah ni
ialah peta geng2 macam diorang ni..boleh tengok
kat kawasan kiri peta tu, kawasan paling sunyi..
takde orang ramai tinggal..kalau nak
pegi kawasan tu mungkin makan lebih dari
3 hari driving..amacam ada berani ?





































ok ni la kawasan rehat tu..ni baru proper kawasan rehat
ada toilet bersih..tapi takde stalls la..and kalau lu tengok
banyak van dan caravan berenti kat sini..gua suka
culture diorang yang suka travel..even kalau
van, diorang letak tilam kat belakang..pastu ada dapor
macam2..kretif gila..maybe bila gua dah tua, gua nak buat
camni..anyway, lepas je ke toilet dan minum teh free,
kitaorang pon gerak..dalam pukul 9 pagi kitaorang
sampai ke bandar newcastle..

dekat newcastle(kebanyakkan bandar kat Australia ni
ada persamaan dengan UK...contoh liverpool dll..),
kitaorang revitalize..cari makan..time tu dah
lapar gila..gua rasa mengantok sangat sangat..
gua pon cari la makan..gua cakap member gua, gua
nak subway..subway seafood dia, yum yum kata gua..
tapi member gua cakap dah muak nak try benda lain..

so member gua ni pon masuk la dalam kedai bakery..
order sandwich, gua tengok tukang buat sandwich tu
pon macam nak muntah..muka dia kalau buat potret,
mungkin 3 tahun orang tak selera makan..so member
gua nih pon order2..siap je..nak makan..bluekkk..tak
selera gua nak cerita..sandwich apa bau hanyir..
mayonis pon takde! ni dah melawan norma kehidupan
manusia barat ni..mayonis tu penting tau..

member gua ni, last2 makan subway..masa makan ,
kitaorang bertentangan dengan orang gila..
dalam hati gua kata kasihan..tapi apa nak buat,
kalau gua kasihan semua orang..sapa nak kasihan
dengan gua? cewahh..
lalu kitaorang teruskan perjalanan..
pukol 1lebih, gua sampai ke Malaysia hall..time tu
rasa nak bergoyang pon ada kepala gua..letih, ngantok,
tak mandi..

jadi bertolak 1pm waktu sydney hari Khamis..sampai 1 pm
hari Jumaat..amacam..ada gila tak? pastu kalau luorang rasa
nak ke Perth..ambil masa dalam 1 hari 20 jam gitu..gua rasa
tak mustahil membawak kepada 2 hari 12 jam..ye la mana
la larat nak bawak berterusan lebih dari sehari..gila ke apa..
lepas je trip tu, gua tak rasa nak pegi tempat lain dgn driving..

ni expressi gua bila bawak kereta..
3 jam driving- lihat la dunia..gua drive kereta dengan muka kacak
5 jam driving- humphh..letih la pulak..tapi cover je la..awek tengok kot..
7 jam driving- arghhh tension nya..sakit pinggang, sakit hati..awek tak awek..sakit oiiiii
9 jam driving- pukol kang..oii apa tengok2..pukol kang..

*p.s - safety tips, always bawak berus gigi..kalau tido dalam kereta
pastu terbangun..gosok gigi terus..bila dengan air mutlak..takut
sembang mulut bau kaki, eksiden pulak..tak ke naya?

No comments: