About Me

My photo
Blog ini bukanlah blog ilmiah, jadi sila tutup buku ketika baca blog ini. Penulis blog maseh belajar di unisti yang tak terkenal di dunia. Blog ini khas untuk bakal anak penulis. Jika penulis mati dulu sebelum sempat ada anak, maka anak yatim layak mengaku penulis ini bapak dia.

Tuesday, October 4, 2011

Cara membuat burger tanpa peluh

Pernah tak luorang dengar cerita macam mana
Ramli mulakan perniagaan daging burger dia?
Ramli yang brand burger famous tu..

sebenarnya tak tau camne dia mula buat burger tu..
tapi gua teringin nak buat..so gua buat la..

pertama sekali gua amik daging cincang,
gua gaul dengan bahan x bahan y,
pastu gua gaul2 dan gaul dengan bahan
terakhir iaitu telur..jadi camni..

pastu gua amik tupperware bulat, gua bentukkan..gua masukkan
dan buat bentuk bulat, baru la burger jadinya..kalau bentuk petak,
tak panggil burger tapi daging segi empat..kan tak sempoi bunyi nyer tu..
so jadi camni..


pastu gua amik grease paper, gua balutkan daging tu..
daging yang baru dibuat takleh terus dimasak..dia masih
lembut dan ampuh..jadi tak sedap..jadi gua balut dia
dan masukkan dalam peti ais dan biarkan beberapa
ketika..


dah biar seharian ramuan tu menjadi sebati,
segala bahan dibiarkan meraba sesama sendiri..
oh lupa, gua gunakan sos khas supaya ramuan tu
menjadi pelbagai rasa..

maka setelah masak, gua sapu roti dengan
sejenis sapuan yang mengandungi salmon dan juga
udang..gua penuhi napsu rasa gua dengan tambahan
sayur salat...daging tadi dimasak garing kerana kita
tak mahu daging lembu tu lembut dan tak masak..
dan menjadi seperti ini..


gua sebenarnya suka makan salat..salat merupakan suatu
benda yang menyihatkan dan tak punya rasa yang
menjengkelkan..rasa dia macam minum air kosong..tapi
khasiat dia lebih baik dari minum air coke yang manis
dan brurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..



kini gua punya skills memasak naik +2..
sejak gua berjauhan dengan keluarga
skills masak gua bertambah..

dulu gua penah bercita cita nak jadi tukang masak
kerana gua ni malas nak belajar nak mampos..gua
cakap, baik belajar masak takyah baca buku..

cuba la masak daging burger..pasti anda akan tersenyum
kerana berjaya buat sesuatu yang boleh didapati
di pasaraya..

p.s: bahan rahsia tetap rahsia..nak tau tanya
la Ramli burger..

No comments: