About Me

My photo
Blog ini bukanlah blog ilmiah, jadi sila tutup buku ketika baca blog ini. Penulis blog maseh belajar di unisti yang tak terkenal di dunia. Blog ini khas untuk bakal anak penulis. Jika penulis mati dulu sebelum sempat ada anak, maka anak yatim layak mengaku penulis ini bapak dia.

Monday, October 17, 2011

Masalah lelaki yang takde penyelesaian sampai kucing bertanduk

Pernah tak luorang terfikir, kenapa
lelaki nih suka bebenor pakai kain
pelikat..selain mempunyai ruang
pengudaraan yang sangat baik, ia
dapat membelai alatan para lelaki..
kain pelikat sangat popular bukan sahaja
dikalangan orang Melayu malah popular juga
dikalangan orang India. Kalau korang nak tau
kain pelikat bermutu tinggi datang dari India.
Mak gua beli kain pelikat kat pekan ipoh
memang mahal skit, bermutu tinggi..pakai 2
3 tahun memang takde hal..even kawan
gua Jagindran pakai kain pelikat masa
duduk kat Malaysia hall..agak stylo ketika
tu..

tapi itu bukan buah bicara gua kali ini,
gua nak bincangkan kenapa kain pelikat ni
tak macam pakaian lain..
korang cuba tengok kain pelikat milik bapak
engkorang atau adik laki engkorang..cuba letak
dalam air bersih..kalau tak keroh macam air
sungai kat belakang masjid jamek tak tau la..
99% gua pasti, kain pelikat tersebut dipakai,
dilanyak, dipaksa melakukan kembangan..
dan gua hampir pasti kain tu tak dibasuh lebih dari 3 hari..
tak basuh hari2 dengan alasan, tak kotor..padahal
kaki berbulu, celah kangkang bau telor tembelang,
ponggong berpeluh..ni realiti dia..

ok2..rilek dulu..ni belum masukkan faktor tidak
memakai sebarang seluar kecik..perghh memang
kain pelikat ni diuji..kalau kain pelikat boleh muntah,
agak2 berapa kali dia muntah setiap kali disarong..
tu takpe lagi, ada yang kongsi kain pelikat lagi
padahal masa pakai kain pelikat masing2 bukak
spenda..pastu sarong member punya kain pelikat..
abis 'johnny' kawan tu bersih plak..perghhh..isu berat ni..
seperti isu kedai mamak tak basuh tangan menebar
tepung roti canai, isu kain pelikat ini dipandang remeh
oleh masyarakat kita..

sekali lagi gua tegaskan, kalau kain pelikat
letak dalam air jernih, sure keroh air tu..letak la
clorok ke, diamond water filter ke, sure keroh..

jadi camne nak atasi masalah ini... kita ketahui
kain pelikat kalau beli banyak2 kat kedai, nanti
pekerja kedai tu ingat kita nih kencing tilam malam2..
malu pulak rasanya..jadi camne?
sebenarnya takde penyelesaian..kita akan mati
dalam keadaan ni sampai bila2..pembersih camne
pon,tang kain pelikat mesti 2-3 hari pakai kain
pelikat sama..spenda tamau pakai..panas jawab
nya dengan selamber..kecuali mimpi nakal la..sure
tukar lain..har har har..

gua nak luorang pegi bilik bapak/suami/adik luorang, pegi cium bau
kain pelikat dia pakai..mau mati bau dia kan, kalah stokin..
ada betoi ke tak?ala gua pon ada bau gak..bau
kuat pon pak/adik/suami luorang jugak..kah kah kah..

selamat mendalami masalah lelaki..

No comments: