About Me

My photo
Blog ini bukanlah blog ilmiah, jadi sila tutup buku ketika baca blog ini. Penulis blog maseh belajar di unisti yang tak terkenal di dunia. Blog ini khas untuk bakal anak penulis. Jika penulis mati dulu sebelum sempat ada anak, maka anak yatim layak mengaku penulis ini bapak dia.

Tuesday, October 11, 2011

Lawatan ke Den Pasar, Canberra

Ok mari gua ceria apa gua buat di ibu negeri Australia
iaitu ACT, Australian Capital Territory atau Canberra.
merupakan negeri terkecil di australia sebesar tahi lalat
pua chu kang jika dilihat atas map..

jadi kitaorang meneruskan perjalanan agak lewat..fed up
gua lalu dekat jalan Paramatta..trafik light banyak,
pastu jem..nasib takde motor cilok2..kalau tak mau
gua maki, sebab time jem, sedap mengumpat mat rempit..

anyway, sampai je Canberra, terus je pegi stadium..gua
upload gambar stadium kat coretan sebelum ni..
sebelum masuk stadium, ada penyokong harimau
malaya dari Putrajaya..dia bersemangat sungguh..
gua rasa kesian plak kat diorang sebab
taruk harapan tinggi..anway,masuk
je stadium tu, malaysia dah kena 1-0..
gua dah separa down, rasa cam dileteri oleh
awek..tak best woo kene beleter..takleh buat apa..
terus gua serta member duduk kat penyokong
malaysia yang sangat havoc dan cool..gendang2 serta
menjerit..semua rakyat malaysia ada walaupon berbilang
bangsa, berlainan kulit, berlainan kaler gigi, berlainan
agama, berlainan brand kasut, mahupon berlainan
perasa ubat gigi, kitaornag terus menjerit dan
memberi semangat..tapi apa kan daya, cuaca tak sesuai untuk
player Malaysia (cuaca mesti disalahkan..pasti)..

Esoknya, kitaorang pegi ANU..Australian
National University...uni ni terkenal sebab
rangkin #1 di Australia dan top 30 dalam dunia..
so kalau dapat masuk uni anu ni..luorang memang
anu...gerah terbaik..




















Pastu kitaorng terus pegi Florade, pameran bunga
yang sangat owesome..udara tidak dicemari
asap2 yang memburuk kan kulit kita..









































ni la florade punya map..



















Malam tu kitaorang gerak balik Sydney jam
10 malam gitu..gua bawak kete sebab
gua lebih percayakan diri sendiri bawak..gua
bawak biasa2..gua percayakan ada hikmah
mengikut speed limit..malam tu cuaca sejuk..
terpaksa gua pasang lampu tinggi sebab
kabus..ada sekali gua nampak ada binatang
baring sebelah jalan..cuak beb..binatang
tu besar gila babi..kalau langgar sure
pecah cermin depan..tu gua bawak slow..

Overall, gua suka makanan kat Canberra..
banyak makanan ada tulis halal..tulis
halal tu maksudnya, tak leh tipu customer..
kalau didapati tipu, boleh tutup bisness..
gua rela lagi makan kat kedai tulis
halal (Orang putih) dari pekerja kedai badan bertatu(Middle east),
pastu cakap ayam tu halal..

Sebuah bandar yang seronok untuk melancong,
tetapi tak seronok untuk tinggal..

No comments: