yang menyayat hati..Sila amik tisu pastu letak kat
dalam lobang hidung engkorang, sebab sedih gila babi setan..
Sewaktu gua derjah lima, gua ditempatkan didalam
kelas 5 kenanga dekat SK Sungai Rapat. Disebabkan
gua budak baru time tu, gua tak tau sapa pon. Agak
pelik jugak sebab each time gua tengok student pompuan,
gua mesti ingat muka diorang sama. Maklum la sebelum
tu gua sekolah semua laki. Jadi agak rambang mata, otak
gua cuba memberitahu bahawasanyer pompuan mempunyai
wajah dan perangai berbeza. Jadi, gua terpaksa depends pada
kengkawan untok beritau ni sapa, ini sapa dan ini sapa. Maksud
gua, gua perlukan kawan sebelah meja untuk memperkenalkan
gua dengan kawan lain.
Dan satu hari, gua diperkenalkan dengan Budin (bukan nama
sebenor).. Budin secara fizikalnya merupakan budak yang kurus
kedimping, agak tinggi sedikit dari gua, badan melengkung seperti
pembaris geomatrik set, bercakap ala2 ketawa..
bila member cerita pasal budin, agak kurang enak cerita yang
gua dengar.. kengkawan menceritakan detik dimana budin telah
berak dalam seluar..ye, berak dalam seluar..agak janggal, tapi
tak mustahil.. So gua pelik, budin kelihatan seperti normal pada
mata gua..dia tak cacat, dia tak ada usus terkeluar (tak tak..gua tak check
alat rembesen beliau)..
gua tamau ceritakan la apa terjadi secara detail..ok la, gua ada sekali
tu, gua secara tak sengaja sound dia direct. ada sekali tu, lepas pj cam
biasa budak lelaki tukar baju dalam kelas. selamba je, budak perempuan
tukar baju pj ke baju sekola kat dalam toilet.. so dah tukar2 baju ni,
ready la nak rehat..tetiba datang budin menegur gua sedang
gua buat something(gua lupa)..
gua dengan tanpa segan terus cakap
"bau apa nih, huhhhhhhhhhhh hancing" kata gua dengan
selamba badak..of course la spara kuat..kuat sehingga
bebudak lain dengar..ya gua tau, gua jahat..
"laa diam la wei" budin dengan panas sound balik
gua..
gua pulak yang kena sound balik..dah hancing, takkan
gua nak tutup idung je..mesti la kasitau dia, you are stinking
smell like urinated cow.. kalau gua tak kasitau dia, nanti
satu sekolah terbau hancing dia, lagi la dia malu..
bukan setakat peristiwa ni je, ada sekali gua nampak
kuku jari Budin warna hitam, sehitam hati seorang
peragut yang meragut wanita mengandung..
gua perati je..
semua benda yang berlaku kat Budin mengarah kepada
satu klue..jadi tanpa gua menyiasat, sorang member baik
gua, Azli kasitau yang Budin tak disayangi di dalam keluarganyer..
kuku hitam kat jari Budin tu disebabkan jarinya
terkapit dek pagar rumah..maybe dia tertutup gate pastu
jari terkepit..darah beku kat kuku..apparently, mak beliau lebih sayangkan
adik dia, tapi tak hiraukan kebajikan Budin..kasihan kan..
nak tau kenapa Budin terbuang dalam seluar??
sebenarnya Budin takut pada bersorangan dalam tandas..
mesti dia trauma atau pernah tengok cerita hantu yang
dilakonkan didalam tandas..atau mungkin mak pak dia penah
dera dia..itu semua gua tak tau..hanya Budin je tau..
selang beberapa tahun, gua jumpa Budin, dalam bas
tambang..lama gua perhatikan dia..lama sangat sehinggakan
bolih didihkan air masak..pastu gua cakap camni
"lu Budin ke?"tanya gua curious
"ak ah gua Budin"jawab budin selamba..
perbualan tu tak sampai 15saat..perbualan
paling pendek dalam sejarah gua..jadi gua tengok
dia tak minat nak menyembang, baik gua ushar
budak methodis girl school kat jalan kampar yang
kiut miut..kui kui..
kisah budin ni kisah benar, bukan gua reka reka..
biasa bagi budak kecik buang dalam seluar, tapi dah
umur 10-12 tu agak jarang la..gua rasa masalah Budin
lebih kepada masalah sosial..institusi utama dalam
hidup dia(iaitu keluarga) dah buat palat, camne la dia nak
membesar macam orang normal..
gua harap la Budin, lu dan gua takkan bertemu lagi..lagi
bertemu lagi banyak la gua pandang serong sama lu..gua
harap lu lagi awesome lagi hidup dari gua..Bye Budin..
p.s- gua dah try tukar tulisan..tapi maseh gagal..ni mesti
ada orang dengki dengan gua ni..hantar bomoh letewwwww..

3 comments:
budin tak ingau lu ker? lu frust budin x kenal lu? cian lu..
tulisan kemas comel dan lote. gudjub.
@l@dylily ni bukan pasal gua terasa sebab budin tak kenal gua..ni pasal masalah yang timbul sebab family dia abaikan dia..
@suria tulisan takde beza la dik..sama je
Post a Comment