About Me

My photo
Blog ini bukanlah blog ilmiah, jadi sila tutup buku ketika baca blog ini. Penulis blog maseh belajar di unisti yang tak terkenal di dunia. Blog ini khas untuk bakal anak penulis. Jika penulis mati dulu sebelum sempat ada anak, maka anak yatim layak mengaku penulis ini bapak dia.

Friday, January 13, 2012

abang amik pestol ni, abang tembak kat darth vader..






Hari ni gua main laser skirmish..
Tahun 2008 dalam bulan 12 gua
main jugak, gua ada tulis dalam
post ni..tapi tahun 2008 gua pegi
dekat area city..sekepala dalam $18
dollar back then..tapi tu pon member
gua belanja..

hari ni, dengan semangat pegi tempat baru..
area Moore Park..dalam tempat tu ada
arcade, snooker, karaoke, bowling, and
laser skirmish..mungkin ada yang tak tau
apa tu laser skirmish..laser skirmish ni
sebijik macam paintball tapi dia guna
laser je..bila orang tembak jaket kita,
pistol kita akan freeze(takleh tembak) selama 10 saat..

hari khamis dapat main apa sahaja..kira main
sampai lebam la..so kitaorang
bermula dengan main bowling..gua tengok orang lane sebelah
tu beria ria main bowling..team kitaorang ni main masuk
longkang saja.muka semua mat study je gua ushar....
team kitaorang sucks gila, ye la sebab gua
dapat no. 2..

lepas tu, member gua yang cuti pegi karaoke dulu, yang
tak bercuti kena la bertugas..atas padang pon jadi la
, dah tanggung jawab, mesti la tunaikan..
amik kompas, tengok arah..pastu tunaikan..
lepas siap semua tanggungjawab, kitaorang join
geng yang cuti hari ni..
lepas je karaoke, siap sedia untuk main
laser skirmish..jeng jeng jeng..

gua rasa, bila main benda alah ni, perpaduan antara orang
berkulit sawo matang (gua) dan orang putih nampaknya
begitu akrab sekali..masa game pertama kita main, lepas habis
je, ada mamat omputih ni bagi tips kat gua..dia kata"bila
start je game, lu kena naik atas..tingkat atas tu adalah
tempat paling senang nak attack lawan"..gua angguk angguk
je..mamat ni, nampak macam gamers..tapi bila tembak, mengalahkan
polis..

lepas je habis game pertama, kumpulan merah iaitu
kompulan omputih ajak main lagik sekali..tapi kali ni
gua selamba derk je naik tingkat atas(tempat lawan)..
diorang berkubu kat atas..
berbekalkan semangat bak komando 69 seperti bapak
gua, gua pon naik dengan selamba..gua cari mamat ni, pakai
spek(ala yang kasi tips kat gua tadi tu.)..
dia selalu bunuh orang..kuang hajar sgt..kami pon saling
menembak..bang bang(bunyi tembakan..bukan abang~~awww)
..bila gua tembak dia, dia cakap camni
"you got me"..bila dia tembak gua..gua gelak..
pastu kan,disebabkan semangat jati diri gua yang
tegar bak bapak gua, ada sorang perempuan ni cakap kat gua
"i hate you..i mean, i killed you a lot of times"..kata beliau..
gua hanya gelak gelak sahaja..rupanya team omputih ni
ada taktik diorang..obviously diorang banyak kali datang sini..




gua team biru,
nama gua Slaughterhouse..
and gua no 1..kui kui..
musti bapak gua angguk2
bangga kerana ada darah
komando dalam diri gua..







lepas je dua game, penat gila, rasa baru lepas
pegi jogging..gua ingat nak lompat guling guling
macam polis, tapi takut over sangat..kang
diorang cakap gua rambo plak..kui kui..
ok la, gua nak tido..elok rupanya exercise, takde
la gua nak melagho tengok gambar gadis manis..

Wednesday, January 11, 2012

Fat bear

Semalam gua skype dengan family gua..
sedang asyik melihat wajah skretary
rumah gua iaitu mak gua, dia perasan
gua dah besar macam beruang..

tambah nanahkan perasaan ini bila pak
gua pon perasan yang gua dah gain weight..
so petang ini gua berajam mahu berlari
gunakan bontot dan mengesut atas padang
supaya bahagian ponggong dan perut
gua tampak lebih kecil..

tapi sekarang ni cuaca panas..tadi gua
berdiri kat luar, seperti sekawan gagak
emas merobek robek kulit gua kerana
terlalu panas..

"so pagi esok la"kata gua sambil mengorek
gigi dengan lidah..ada french fries melekat


Sunday, January 8, 2012

Segelas Teh Sebuah Cerita...Sazali jaman dulu dan sekarang

Segelas teh merupakan initiatif gua sebagai rakyat
biasa Malaysia yang perihatin kepada golongan
pekerja yang sibuk berkerja siang dan malam..
Jadi gua jadikan ini satu platform untuk luorang
bancuh teh/kopi/air masak/air pepsi apa2 je la..
pastu letak kan air tadi dimeja komputer dan
baca karangan gua..

Cerita ini dibuat untuk menjadi peneman luorang yang
sentiasa mencari cerita untuk releks kan minda..
seat back relaks and enjoy..kalau skimming gua rasa
gua nak tampar dahi sebab penulisan gua sangat bagus..
kalau baca sambil pakai lilin mesti rasa nak jatuh cinta
dengan gua..feel tu penting..lagi bagus kalau baca ketika
baru lepas break dengan balak..

--------------------------------------------------------------------------------------------------

"Sazali dah penat la ibu..hari hari mereka mentertawakan
Sazali..mereka katakan Sazali anak orang miskin..sazali
tak punyai uang saku untuk beli kueh Mak Cik Siti..Sazali
malu ibu..Sazali malu.." tangis remaja 14 tahun kepada
ibunya..

"nak, kita ni orang miskin..kais pagi makan pagi nak.."
ibu Sazali berkata perlahan..sebak..dikesat air matanya
dengan hujung baju kirinya..

"ayah kamu tu, pemabuk, kuat berjudi..mana la kita nak
cukup duit beli makanan..tu karipap yang kamu makan tu,
mak jumpa kat tong belakang rumah Haji Seleman"sambung
ibunya..

pffff..tersedak Sazali, namun dikutipnya sisa karipap itu tadi, dan
dimakan kembali..berkaca matanya itu mengenangkan nasib menimpa
keluarga nya itu..

Esoknya..

"Sazali anak orang miskin..Sazali anak orang miskin..
Sazali anak orang miskin.."sakat rakan sekelas Sazali..

Akibat sakatan rakak sekelasnya itu, Sazali berlari
mendapatkan rakan baiknya Mong..

"Mong, hari ini aku sedih sangat..mereka tidak berenti-
renti menyakat aku Mong..tidakkah kamu kasihan kan
aku?"Sazali memulakan bicara sama sahabat karibnya..
Sazali memeluk sahabatnya erat erat..

"meowwww"Mong membalas soalan rakannya itu..seolah
olah memahami perit yang ditanggong oleh Sazali..

narrator: begitula kehidupan seorang remaja bernama
Sazali..hidupnya dihimpit kemiskinan, bapanya seorang
kaki judi, kaki botol dan juga kaki kencing manis..
Tambah malang, pabila seluruh umat kelas 3 Kenangan
tidak mahu berkawan dengan Sazali kerana pakaiannya
compang camping.. Bukan sahaja rakan sekelas, malahan
cikgu juga diskriminasi terhadap Sazali termasuk cikgu
Saleha..nama saja cantik, tapi jahat mengalahkan bawang merah
di dalam slok akesia tv 3..

"Sazali, kamu mesti siapkan 30 soalan ilmu hisab ini..
dan cikgu mahukan kamu hantar soalan ini esok pukul
7 pagi.."perintah cikgu Saleha sambil mencekak pinggangnya..
pinggulnya sungguh besar, pinggang pula ramping
bak kerengga..(saja penulis nak mention..mana la tau ada
pervert kat luar sana..)

Setibanya di rumah, Sazali tanpa membuang masa terus
membuat kerja rumahnya..tetapi, ibunya seakan tidak memahami..
ibunya walaupon lemah lembut, tetapi seakan memaksa Sazali untok
mengikut kehendaknya..kadang disuruh Sazali menjual kueh di kawasan
kampongnya itu..Sazali pula tidak pandai menunjuk perasaan terhadap
ibunya itu..sering menunduk kepala pabila ibunya bercakap..

petang itu..

"Sazali, ibu mahu kamu jual kueh ini ya..jangan lupa
kutip sayor paku pakis di hutan ya?"kata ibunya..
"tapi bu, jauh mahu petik paku pakis..kurang
lebih 2 jam mahu masuk hutan"Sazali tried to ask
for his mother belas kasihan..
"Sazali, jangan lawan kata ibu...mungkin rezeki
kita lebih kamu boleh tangkap ketam"sambung
ibunya lalu berlalu pergi sambil menyanyi lagu
can mali can..oii oii
Sazali tidak boleh kata apa apa..dilihat ibunya dalam dalam..
pelik juga ibunya sudah kelihatan tidak seperti biasa..
masakan ada ketam didalam hutan?

satu jam dua jam tiga jam baru Sazali pulang dari
menjual kueh dan juga memetik pokok paku pakis..
disapu peluhnya..di letakkan hasil jualan kueh dan
pokok paku pakis di atas meja ..air di dalam labu
sayong dituang ke dalam gelas kayu dan menghirup
perlahan lahan..

"Sazali..mari sini nak..ibu mahu bercakap sebentar.."
kedengaran suara jauh di kebun belakang rumahnya..
"Sazali, tolong ibu masak mi goreng malam ini ya..ibu
mahu ke musyuarat di pekan malam ini.."tambah
ibunya lagi..

Sazali mengusap usap dadanya tanda sabar..dia terus
mandi dan memasak mi goreng ibunya itu..
setelah siap memasak..Sazali mula membuat soalan
matematik hasil pemberian cikgu Saleha..satu persatu
disiapkan..tiba disoalan theorem pitogoras, ibunya
memanggil Sazali lagi..Sazali kelihatan sungguh stress..
dia genggam erat erat pensil 2b feber kastel..namun
dia tidak mahu menderhaka kepada ibunya itu..

"Sazali..mi ini kurang enak..masakkan ibu lagi
satu.."pinta ibunya..
"kenapa ibu..semua bahan nya cukup..garam
cukup..kicap cukup"Sazali cuba menduga sikap
pelik ibunya itu..
"ibu mahukan mi meggi.."kata ibunya selamba..
"Mi meggi..mi meggi???"Sazali kehairanan..
"iya..mi meggi..mi ini sangat
sedap nak..tapi ibu tidak tahu bagaimana
mahu memasaknya.."ibu Sazali cuba memujuk
anaknya untok cuba memasak "mi meggi"..
"Ibu, Sazali tidak tahu bagaimana mahu
masak mi meggi..mungkin susah.."Sazali cuba
mematahkan hasrat ibunya itu..
"Mungkin kamu boleh masak mi bandung.."ibunya menyambung

Sazali tanpa membuang masa, terus mengambil
garpu dah terus mencocok matanya itu akibat
terlalu stress..lalu dia terlanggar dinding lalu
tertembus garpu itu ke tengkorak kepalanya..Sazali
mati serta merta..

Maka beberapa hari lepas Sazali meninggal, bapa
kepada Sazali telah insaf dan telah kembali kepada
ibunya Sazali..mereka berdua telah melupakan kisah
lama dan dikurniakan dua lagi anak..


buku ditutup dengan nafas yang lega...

"Begitu la kisah dia..skang ni..papa nak Aisyah dan RabiatulAdawiyahSulaiman
tidur ya.."kata Kamal kepada anaknya itu
"Abang nya pon..rosak pemikiran anak kita cerita ganas ganas.."kata
isteri kepada Kamal, Julia Eban

"Awaknya, saya guna teknik 2 F..iaitu food and film..
budak jaman sekarang kan suka meggi dan cerita ombak rindu"
kata Kamal sambil angkat kening..

"Alololo..abang ni.bijak kemain lagi..mari"kata Julia Eban sambil memimpin
suaminya..
"ombak rindu lagi sekali ek"sambung Julia lagi

"cait..ingatkan nak dapatkan baby lagi.."kata Kamal tersenyum
sambil membuka zip..................jaketnya..

mitos yang gua approve..bacaan 18 tahun - 45 tahun sahaja

Semalam merupakan hari yang tak best
untok gua..ntah kenapa gua mulakan hari
dengan makan meggi..bila gua kenyang, gua
jadi seorang gangster..gua jeling orang, gua
berdengus..rasa nak pukol orang 24 jam-macam
lagu kpop 24/7..hari isnin gua pukul lu..hari selasa
gua kontek lu..hari rabu gua pukul parents lu..
hari khamiss...oiii sambung baca la..

tambah menyiksakan Malaysia hall dipenuhi
oleh kanak2 berlari sana sini seumpama di
hari raya..ada jugak gua berdengus kuat,
tapi diorang lebih gangster dari gua..diorang
buat derk..testis gua kedalam kerana diorang
tak takut dengan gua..

dah tension2 waktu malam..gua nak pegi toilet ni..
gua buat perkara a section
(1) iaitu
buang air kecik sambil berdiri tanpa tutup pintu..
shrrtttttt..kepala gua toing toing masa tu..gua kelambut
nak zip..sekali zupppppppppppppp..pedih pedih..
geleng geleng kepala gua sambil type skang ni..

gua tengok adik gua..ada luka..kuang jo betoi punya zip..
pastu masa tido gua tak kenakan langsong butang sluar..
trauma dengan diri sendiri..
kini gua sedar, mitos mengatakan ada kebrangkalian
kulit tersangkut kat zip
bagi yang belom sunat adalah benar belaka..gua setuju
sejak semalam

Thursday, January 5, 2012

Dari 12 jam ke 24 jam..sebuah perjalanan nurakka

Ok gua sebenarnya dah lama nak cerita
perjalanan balik dari Gold Coast ke Sydney...
haritu gua ada tulis dari perjalanan dari
Sydney ke Gold Coast(klik sini), tapi tak secara detail..
tapi disebabkan lemak badan yang meningkat
serta tahap kemalasan seumpama babi didalam
lumpur, gua acap kali menangguhkan hasrat murni gua..

Hari ni gua nak ceritakan macam mana perjalanan
yang sepatutnya mengambil masa 12yam(jam) akhirnya
menjadi 24yam (jam)...ya, kawan kawan post-telitabis sekalian, 24
jam perjalanan (tak termasuk pegi jamban, makan
serta semayang)..

Cerita dia bermula dengan shopping di Harbor Town..
gua ni sebenarnya malas nak bershopping, tapi ye la kan..
christmas sale la, hari kejadian Jesus sale la, Salamat Kong
hari Natal la..so jadi banyak la diskaun nya..so nak dijadikan
cerita lepas je gua dengan member gua beli barang-tapi
tak la sampai beli spenda ke apa..tak sempat nak try...
pukol 2 petang (bersamaan 1 petang waktu sydney)
baru bertolak balik ke Sydney..

Jadi gua pon bermula dengan ganas..GPS macam kurang hajar
pulak cakap 9 jam..mula la nak menipu macam haritu..so gua pon
malas nak rushing rushing..bawak je macam pegi kl ke ipoh..

dalam pukul 4 lebih gitu, gua berenti kat satu tempat nih..
badan dah rasa letih skit, elok la berenti rehat..tempat ni bukan
hentian rehat malaysia..ada kedai makan, ada awek jual mee kari,
ada tandas yang bersih, ada mamat jual jam tiruan, ada yang sibuk
isap rokok,.ada kipas yang kuat, ada cekedis..gambar bawah ialah
so called tempat rehat la..sign board kata tempat rehat,
tapi macam pondok dusun je kan..




















tapi sebenarnya tempat rehat ni bukan macam kat highway,
sebab nya setkan gps tak ikut highway..kena toll pulak
kang susah..bukan macam toll malaysia, dia pakai e-tag..
kena beli toll daftar dekat kereta..so bila lalu je toll tu,
dia pakai camera tangkap plate kereta..walaupon boleh
bayar tunai, tapi still tak berbaloi..mahal, baik gua
isi petrol..

so sampai je kat tempat rehat ni, gua tengok ada ayam kampong
2-3 ekor..macam pelik je gua..apa pasat ada ayam pulak kat sini..
pastu ada 3-4 caravan(van yang ada dapor, tilam semua) parking
kat situ..gua macam biasa, buat tak tau la..member gua ni
nak pegi toilet, gua stenby je la kat kereta..banyak barang
mahal dalam kereta seperti cekedis, air gas dan juga
nasik goreng..takkan nak kasi orang rompak kan..

bila member gua dah sudah pegi toilet, giliran gua pulak..
gua tarik napas dalam2..ye la kan, selalu public toilet
bau macam haram..pastu kotor macam bluekkkk...cilake
punya kotor..so gua pon masuk la..pastu gua tengok jamban
dia pelik..jamban duduk la..omputih tak suka cangkong-
tak feel katanya..takkan nak baca paper sambil cangkong-
tak civilize la kata diorang..so gua tengok dia punya jamban
perghhhhhhhhh....terkejut gua..cuba tengok gambar nih..




















gua tengok jamban ni, rupanya dia punya lubang
jauh sampai 1 meter kebawah..gua pon dengan tenang
test la power ke tak, jamban ni..srutttttttttttttttt...
dengan selamber gua keluarkan sisa kumbahan kecil...
pastu dah siap, basuh semua (takkan nak detail lagi kot..
gila pervert!)..gua pon tunggu 10saat..pastu gua berdengus
sorang diri sambil berkata "tak berkesan pong"..
mana taknya..kat jamban tu ada tampal kertas camni...







kalau tak nampak biar gua tulis balik

-simple to use
-replaces scary pit toilets
-has no foul odours
...
...











pastu gua fikir..bau air kumbahan kecil gua tak hilang
hilang lepas 5 minit ni apa citer..bau busuk gila plak tu..
penipu punya tandas..pastu gua pon blah..
mintak simpang la, sakit perut malam2..mana la tau, tengah
kecing tiba2 ada beruang dalam lubang
jamban tu tarik anu gua..tak ke putus!
besar gila lubang tu, kira hantu langsuir,kopek boleh
nyorok kat situ..takpon budak kampong boleh
nyorok kat situ..atau remaja bongok lari dari
rumah boleh la bermalam kat lubang jamban
tu..gitu la besarnya lubang bawah tu..






































sebenarnya kawasan ni, macam hutan simpan la..
diorang buat pondok untuk orang berenti berehat..
tapi kalau malam kan, gua rasa mesti beruang atau
musang mesti lepak kat pondok ni..jamban tu gua
takleh lupa..terngiang ngiang bunyi air kincing
gua jatuh...macam kencing kat gaung..

pastu kitaorang decide nak pegi ke satu kawasan ..
nama dia Byron Bay..sebuah pantai yang terletak
dia sebuah pekan kecik..gua tengok pekan kecik,
tapi banyak kemudahan.,.ada car rental, ada shopping
mall..ni menandakan tempat ni tarikan pelancong..
nak drive ke kawasan tebing Byron Bay ni
memang sengsara skit..jalan kecik..tapi tiba
je kat top of the bukuit (bukit la..lempang kang..haha)..
pemandangan dia umpama, melihat sekumpulan gadis
senyum kat gua..cewahh..
tanpa buang masa, gua pon park kereta..


















gua pon grab doritos sepeket..pastu makan sambil
melihat keindahan awek..eh silap..keindahan pantai..
gua macam nak mandi, tapi susah la..plus, takut
gua letih sangat..mandi ni perlukan banyak tenaga..cewah..

kejap je kitaroang lepak situ, dalam 30 minit kitaoran gerak
balik..pastu member gua ni nak memerot..punya la cari jamban kat
mana..dia dah terloncat loncat tahan..gua dah panik..last2
ada community library kat situ..alang2 semyang terus maghrib la
kan..kawasan tu dipanggil Ballina..sebenarnya, sebelum
ada jalan highway(tanpa tol), Ballina digunakan untuk ke Gold Coast..
tapi sekarang, Ballina ni orang tak singgah dah-sebab ada jalan
terus ke Gold Coast tanpa lalu kawasan ni..kira bandar mati la..
untuk menggalakkan orang datang ke Ballina, banyak papan tanda
tulis camni
"Ignore your GPS, proceed to Ballina"..ye la kan, dulu orang
ramai singgah pekan ni..kalau takde orang singgah dah,
habis la bisnes kat kawasan ni..

lepas je semayang, kitaorang tanpa buang masa
bergerak ke destinasi..9 jam ke sydney sebenarnya
satu yang agak mustahil sebab, badan letih..tapi
optimistik..kitaorang bawak jugak kereta..

maka, malam pon tiba..time malam bawak kereta leceh skit..
lori2 sebesar badan Optimus Prime, tanpa segan silu
potong gua..gua malas nak pecut, sebab kamera dia
merata rata..tambahan pulak, double demerit kalau
exceed speed limit..dalam pukul 10 malam gitu, kereta
kitaorang kena slow..merangkak rangkak kereta
menyusuri simpang..gua rilek, sabar..mungkin sebab
gua pekena energy drink..kelihatan satu lori besar
terbabas ke gaung kecik..gua dengan geram cakap
dalam hati- "lori lori..dah takde keje lain ke selain
speed tengah malam..bangang ke apa
tengah malam bwak laju macam pelestit(pelesit)
mentang mentang kompeni hang bayar duit minyak..
sekarang cium gaung tu"..

pukul 10 malam gitu, berenti dekat McD, bukan untok
makan mekdi, tapi untok makan bekal..nasik goreng
sama telor dan juga nugget..masak awal awal dari bekpakers..
orang semua tengok kitaornag makan bekal, gua tak peduli,
yang penting gua kenyang..

lalu tanpa perasaan belas kasihan, gua dengan ego bawak
kereta menyusuri malam..dalam pkl 11 tengah malam..gua
kasitau member gua, yang gua tak larat nak bawak..so
member gua plak bawak..bila member gua bawak pulak,
gua takleh tido..

"apahal ni bawak slow.."gua
"gua silau..takleh bawak laju"kata member gua
selmaber..

pastu tak lama kemudian..
"orang belakang ni kurang jo la..lampu tinggi"
"laa dah bawak 80 km/j memang la
diorang marah..ni kawasan 100 km/j" kata
gua..
"ahh biar je diorang.."

maka member gua dengan tegar, bawak selamber ja..
kereta kat belakang dah macam ulat gonggok..
dalam pukol 12 pagi waktu tempatan Sydney,
member gua kata tak larat nak drive..parking kereta
kat shell..pastu rehat..gua time tu dah tak larat sangat..
so kitaroang pon rehat la dalam kete..pastu sedar sedar
je pukol 3 pagi..alang2 dah pukul 3 pagi ni..molek bebenar
la semayang suboh dulu..

lepas je solat subuh..gua bawak kete..tengok dari sisi muka
gua yang kacak melalui cermin pandang belakang kereta, gua
yakin gua tak mengantok..dengan pantas gua bawak kereta..
zoommmm kata engko...sampai je kat mcD dalam
pukol 5 pagi, member gua ajak
breakfast..tapi dia kata, dia nak gosok gigi..gosok gigi sebelah kereta..
punya la banzai member gua nih..gua layankan aja..pastu
order la potato sama mocha..perut dah isi, maka
gerak lagi bawak kereta..time tu gua cakap lu
ada lagi 5 jam perjalanan..lu tau tak apa rasa bawak macam
haram, gerak nya sikit je?? takpe2 teruskan membacha..

so dalam sejam gitu, gua tengok ada signboard
cakap...free coffee, gua pon fikir, elok la minum
rilek2 tenangkan minda..so gua pon berenti kat satu
perhentian rehat ni..



















dua orang, gua yakin suami isteri jaga booth minuman tu..
apa yang menarik, diorang ni volunteer ok..diorang tak
mintak peruntukkan ke apa..diorang buat ni untuk
kurangkan kadar kemalangan..kat bawah ni
ialah peta geng2 macam diorang ni..boleh tengok
kat kawasan kiri peta tu, kawasan paling sunyi..
takde orang ramai tinggal..kalau nak
pegi kawasan tu mungkin makan lebih dari
3 hari driving..amacam ada berani ?





































ok ni la kawasan rehat tu..ni baru proper kawasan rehat
ada toilet bersih..tapi takde stalls la..and kalau lu tengok
banyak van dan caravan berenti kat sini..gua suka
culture diorang yang suka travel..even kalau
van, diorang letak tilam kat belakang..pastu ada dapor
macam2..kretif gila..maybe bila gua dah tua, gua nak buat
camni..anyway, lepas je ke toilet dan minum teh free,
kitaorang pon gerak..dalam pukul 9 pagi kitaorang
sampai ke bandar newcastle..

dekat newcastle(kebanyakkan bandar kat Australia ni
ada persamaan dengan UK...contoh liverpool dll..),
kitaorang revitalize..cari makan..time tu dah
lapar gila..gua rasa mengantok sangat sangat..
gua pon cari la makan..gua cakap member gua, gua
nak subway..subway seafood dia, yum yum kata gua..
tapi member gua cakap dah muak nak try benda lain..

so member gua ni pon masuk la dalam kedai bakery..
order sandwich, gua tengok tukang buat sandwich tu
pon macam nak muntah..muka dia kalau buat potret,
mungkin 3 tahun orang tak selera makan..so member
gua nih pon order2..siap je..nak makan..bluekkk..tak
selera gua nak cerita..sandwich apa bau hanyir..
mayonis pon takde! ni dah melawan norma kehidupan
manusia barat ni..mayonis tu penting tau..

member gua ni, last2 makan subway..masa makan ,
kitaorang bertentangan dengan orang gila..
dalam hati gua kata kasihan..tapi apa nak buat,
kalau gua kasihan semua orang..sapa nak kasihan
dengan gua? cewahh..
lalu kitaorang teruskan perjalanan..
pukol 1lebih, gua sampai ke Malaysia hall..time tu
rasa nak bergoyang pon ada kepala gua..letih, ngantok,
tak mandi..

jadi bertolak 1pm waktu sydney hari Khamis..sampai 1 pm
hari Jumaat..amacam..ada gila tak? pastu kalau luorang rasa
nak ke Perth..ambil masa dalam 1 hari 20 jam gitu..gua rasa
tak mustahil membawak kepada 2 hari 12 jam..ye la mana
la larat nak bawak berterusan lebih dari sehari..gila ke apa..
lepas je trip tu, gua tak rasa nak pegi tempat lain dgn driving..

ni expressi gua bila bawak kereta..
3 jam driving- lihat la dunia..gua drive kereta dengan muka kacak
5 jam driving- humphh..letih la pulak..tapi cover je la..awek tengok kot..
7 jam driving- arghhh tension nya..sakit pinggang, sakit hati..awek tak awek..sakit oiiiii
9 jam driving- pukol kang..oii apa tengok2..pukol kang..

*p.s - safety tips, always bawak berus gigi..kalau tido dalam kereta
pastu terbangun..gosok gigi terus..bila dengan air mutlak..takut
sembang mulut bau kaki, eksiden pulak..tak ke naya?

Wednesday, January 4, 2012

Masalah adik shuffle

Sehubungan cerita sebenar adik sedara gua,
gua banyak berpikir.. kenapa sampai jadi
camtu..dulu masa upsr bangga kembang
idong dapat 3 A..gua dulu penah la ushar dia buat
trial paper kan..gua perati je lama lama budak nih..
buat keje dalam bilik konon..tup tup dah siap..rupanya
dia amik jawapan belakang, tanda...

ni masalah utama, ingat upsr tu sama
stupid level dengan pmr..dari pengalaman
gua, bebudak yang aim high upsr dan
ingat upsr sama level dgn pmr, akan kecundang
dalam exam pmr..tapi macam biasa, bebudak
nih, selagi tak kena batang idong, selagi tu
la rilek..

dalam hal ni, gua rasa tak salah pada dia sorang..
family dia pon busy..tapi gua amat tak setuju bila
semua tunding sesama sendiri.. parents dia salah,
dia pon salah..

bila dapat result, kak gua cakap..kasihan la dia..mak
dia busy sangat..gua rasa kalau ikutkan, budak ni
patut kena simbah dengan air..kasi bangun..
ada ke salahkan mak bapak..dah umur 15 tahun, bulu
pubis dah panjang..takkan takleh nak berdiri atas
telapak kaki sendiri..gua dulu time form 1, 2 lepak
dulu..masa pmr pulun la..walau dapat 3 a je..
tu tanda usaha..

in the end, tak kena batang idung sendiri, takkan
sedar..
semoga dapat 2c 6d ni bangun la dari tido...
budak muda, kalau orang kasi nasihat jangan
ego..kan dah kena..

Monday, January 2, 2012

Episod 18: Khas buat Latipah

Selang beberapa hari, Endut bangun awal
subuh itu. Salmah masih lagi tidur miskipun
45 minit lagi akan masuk waktu subuh..

kecheng..kecheng..bunyi kuali tembaga
pemberian arwah ibu Salmah diketuk ketuk
Endut..begitu serius mukanya, seserius muka
Wan Mape ketika membaca buku bertajuk
Permasalaahan Rumah Tangga si Kaki Botol
karangan Prof. Khalis a/l Gambit..
Salmah terbangun lalu ke dapor..dilihatnya
Endut sedang tekun memasak..

"Dut..kamu masak apa subuh ni..mak terlelap
pulak tadi..apak kamu...hik hik"Salmah tertawa
sendirian lalu tunduk malu..
"Ada la sikit istimewa resepi Endut coba nih..mak hari
ni rehat..kejutkan apak dengan Wan Mape..lagi 10
minit siap ler.."Endut cuba buat buat tak
endah perkara suami isteri yang berlaku di kamar
tidur ibu bapaknya..dicalit kuah
daging masak kicap..diangguk angguk kepala tanda
sedap..

Abu Babar kelihatan terkebil kebil matanya..namun
matanya terbeliak apabila terbau lauk pauk subuh tu..
dihampiri Endut, lalu ditepuk tepuk bahu Endut. Bangga
barang kali..Endut lalu mengambil sudu dan menyuapkan
ke mulut bapak nya itu..Abu Babar mengangguk angguk
3 kali, lalu naik ke ruang tamu untuk tidur kembali..

"ok, semua..masakan dah siap..dan ini,
tak boleh usik..ni untuk kekasih hati"kata Endut
sambil menunding jari kearah lauk daging masak
merah..
"ala bang..kasi la kitaorang rasa sikit..Mape ada
ceramah sat lagi..nanti tak bertenaga.."Wan Mape
cuba memujuk..
"amik la, abang sengaja duga Mape..makan semua.."
kata Endut sambil isikan lauk ke pinggan Abu Babar..
"Apak pelik la Endut..kamu ni belajor memasak kat
mana..Selalu terbongkang tidor..takde la pulak belajor
memasak ke apa.."Abu Babar berkata kata sambil
makan..lahap juga..terkadang tersedak namun buat buat
batuk..
"Ate apaknya, udah udah la sangsi dengan bakat anak kita..
kita juga untung makan sedap sedap.."Salmah menyampuk
sambil tersenyum..segak juga suaminya pada pandangan
Salmah subuh tu..

kringgggggggggggggggggggggggggggggggg...

"haa..lagi 5minit nak masuk waktu subuh..Mape sengaja
kunci jam tu haa.takut terlepas waktu subuh..Mape
pegi surau dulu yer..hari ni jadi imam lagi..
Tok imam pegi ke Kuale pulak..ada hal dengan
isteri muda gamaknya"Wan Mape
berlalu pergi sambil mencium kepala Abu Babar
tanda meminta restu..Abu Babar kelihatan mengangguk angguk..

----------------------------------------------------------------

Petang tu, Endut siapkan kayu api..dinyakan, dibiarkan api
menjilat segala ranting dan kayu api..dia kusyuk mencucuk
daging ayam ke lidi untuk buat satey..Salmah hanya memerhatikan
gelagat Endut..makin hari makin banyak benda pelik Endut buat..
Namun Salmah perasan, Endut cuba pikat hati seseorang..

setelah dipanggang 30 cucuk satey..satey dibungkus dengan
kertas tekap milik Wan Mape..di bungkus elok elok..lalu beliau
berjalan ke kedai Wak Korjo atau nama sebenarnya Osom..
muka Endut yang berkerut menahan kepanasan petang itu
bertukar menjadi senyum kambing..tersenyum melihat
gadis idaman hati sedang sibuk melayan pelanggan yang
tak putus putus membeli juadah berbuka..setelah pelanggan
berkurangan, Endut menghampiri meja jualan tersebut..lalu
dilihat mata Latipah dalam dalam, lalu dihulurkan bungkusan
satey ayam..Latipah seakan terpukau dengan jelingan mata
Endut..

"Eh Abang Endut..apa ni?"kata Latipah sambil mengambil
bungkusan tersebut..
"Abang buat masak skit untuk Latipah..tapi tak le sesedap
masakan Latipah.."Endut berkata sambil sengih sengih..
"Aih Endut, anak aku je engkau oper..aku ni?"kata
Wak Korjo sambil menggaru garu ketiaknya..
"Wak rasa la saya buat satey tu..tak sedap mana pon..kalau
Latipah buat satey lagi sedap"terpusing pusing badan Endut
malu melihat Latipah tersenyum melihat wajah gelapnya itu..
"Udah la Endut, Wak nak tutup kedai ni..dah nak berbuka ni..
terpaksa la aku halau engkau ni..terjoget joget macam
Miss Cheng pakar dancing pekan Tambun..dah jangan nak
berasmara dana dengan anak dara aku nih.."kata Wak Korjo
bergurau..

Endut berlalu pergi..petang tu seluruh keluarga Endut berbuka
puasa di Surau memandangkan Sazali anak pak Man Telar
baru balik dari Kuala Lumpur..lauk pauk sungguh enak
memandangkan sekor lembu ditumbangkan
demi membalas jasa orang kampong yang pernah
mengutip duit tambang untuk Sazali belajar di ITM, Sri Iskandar..

Selepas moreh, Wan Mape menyampaikan tazkirah pendek dan
menasihatkan orang kampung agar tidak melakukan dusta di bulan
mulia sambil meninggikan suara dan
menjeling kepada pemuda kampung..hebat jelingan Wan Mape
sehingga pemuda yang suka buat onar di kampung tunduk malu
dan menutup muka dengan tangan..kelihatan seperti insaf..